10 May 2013

Never Dead, Please?

Assalamu'alaikum.

Hai. Apa khabar all blogger yang di sayangi sekalian. Hopefully all of you berada dalam jagaan Rabb. In shaa Allah. Actually, dah tengah malam dah. Nak tidur, tapi hati meronta-ronta, terasa ada sesuatu yang tidak mampu kuluahkan melalui perkataan dan lisan. Tersimpan jauh di sudut hati, mungkin yang paling dalam. Sakit! Erghhh. Tuhan. Aku teramat rindu suasana di kampus. Banyak sahabat yang selalu mengingatkan di kiri mahupun kanan, walaupun aku sendiri sedar, terkadang aku sendiri cuba menafikan, tapi itulah hakikat insan, perlukan sandaran, perlukan kekuatan, perlukan peringatan demi peringatan agar hati lebih kuat ingat Tuhan. 

Jujur. Sebenarnya, aku suka berkeadaan begini, maksudnya tidak terlalu berada dalam keadaan mood selesa daripada hati bersenang-lenang tanpa memikirkan masalah hati, tanpa memikirkan dosa yang sedang bermaharajalela di tabir hati. Kelam. Hitam. Dek bintik dosa-dosa yang menikam. Ya Allah. Kau tahu, aku sedang berperang dengan hati aku sendiri. Sebenarnya di manakah hala tujuku yang pasti? Aku buntu. Aku celaru. Aku jadi tak menentu. :'(

Tunjukkan aku jalan yang pasti. Tunjukkan aku kebenaran agar aku tahu yang aku sebenarnya tidak keseorangan. Aku tidak sunyi, kerana masih ada keluarga cinta hati sebagai tempat untuk aku berpaut dan berteduh tika hujan dan panas. Keluarga aku lah segala-galanya bagi aku. Tanpa kasih sayang ummi ayah, tanpa abang, kakak, adik aku mungkin takkan sekuat hari ini. Hanya mereka harta tak terhingga yang aku punya. Hanya mereka. Mereka terima aku seadanya. :'(


Solehah. 'Susahnya untuk menjadi solehah'. Aku ada terbaca satu tajuk post mengenai tu masa meninjau-ninjau bahan untuk di baca buat tatapan. Aku tersentap. *Baru baca tajuk dah tersentap, bila dah baca pengisiannya lagi lah! Oh hati, rapuh betul kau. Sebenarnya, inilah yang aku cari. Aku ni, biasa-biasa jer. Terkadang jatuh, bila rasa ada kekuatan nak bangun, aku akan bangun. Selepas itu, akan jatuh lagi. Dan Dia akan bagi aku peluang untuk bangun lagi. Begitulah seterusnya kehidupan insan. Jatuh dan bangun takkan dapat dipisahkan. Andainya tiada yag terjatuh, sudah pasti tiada terasa nikmatlah kehidupan ini. Jatuh tu merupakan suatu ujian. 

Tapi, kita sering bertanya, 'kenapa aku diuji?'. 

Nah! Al-Quran menjawab, maksudnya, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji lagi?" [Al-Ankabut : 2]

Kita bertanya lagi, 'kenapa aku diuji seberat ni?'

Al-Quran menjawab lagi, yang bermaksud, "Allah tidak membebani seseorang  melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Al-Baqarah :286]


Hm. Hati kecil kita selalu jugak bertanya, 'bolehkah aku berputus asa?'

Al-Quran menjawab terlebih dahulu begini, maksudnya, "...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." [Yusuf : 7]

Kita tak puas hati, akan meronta-ronta lagi untuk bertanya, 'tapi, bagaimana caranya untuk aku hadapi ujian dalam hidup ni?'

Al-Quran menjawab, maksudnya, "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." [Al-Baqarah :45]

Kita tanya lagi, 'Ya Allah. Adakah benar aku mampu sekuat ini?' 

Dan, nah! Al-Quran menjawab lagi, "...cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal..." [At-Taubah :129]


Serius! 'Hasbunallah wa ni'mal wakeel, ni'mal maula wa ni'mal naseer.' Aku betul-betul jatuh cinta dengan ayat ni. Ayat yang kukira menjadi penguat aku di saat aku lemah dan terasa ingin berputus asa. Korang dengarlah lagu Hasbunallah - Yoga AlGhazali ft. Ajeng. Lagu ni, first time je aku dengar dulu, menangis aku. Touching sangat sebab mula-mula dengar je dah jatuh hati.

Aku. Terkadang terlalu cepat inginkan perubahan, sedangkan aku tahu dan sedar, berkemungkinan akan menyebabkan aku hanya hangat-hangat taik ayam jer. --'' Serius, takut, takut tak mampu nak istiqamah dengan perubahan tu. Aku akui, memang sekarang bi'ah itu adalah dalam diri aku. Tapi, aku hanya insan biasa wei. Aku hanya biasa-biasa je. tersangatlah tiada apa-apa. Terlalu jauh dari sifat sempurna. Bukan aku tak cuba untuk perbaik pulih kelemahan demi kelemahan, aku cuba. Tapi terkadang bila terasa tidak bersedia akan perubahan tu, till then just sia-sia je. Sebab tu aku cakap, aku perlukan 'sandaran dan dorongan' tu. 

Generasi hari ini selalu menyebut, 'solehahkah aku untukmu wahai imam/bakal husband lah wei'. Mual jugak kengkadang. Yelaa, aku tak cakap aku tak nak jadi wife-solehah-to-be to my-husband-soleh-to-be. Cait! Aku pon naklah! Sebab yelaa, aku sekarang pegang satu je, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, dan begitulah sebaliknya, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya; aku petik maksud dari surah An-Nur ayat 26. Tapi, baik ke aku nak dapat yang baik? Allah. Jalan aku masih jauh. Jauh. Jauh. 


WEIII, TAPIIIII! Itu bukan motif utama aku. Aku taknak bila aku kawen, aku gagal jadi anak yang solehah buat ayah ummi aku. 20 tahun lebih ayah ummi besarkan aku, takkan aku nak lepaskan tangan centu je. :'( Ayah. Solehahkah anis untuk ayah? Solehahkah anis untuk ummi? Gulp! Jujur. Aku tak tahan. Jauhnya aku. Pandang cermin, tatap wajah, atas ke bawah, terdetik dalam hati, 'wajah ni ke yang akan menggembirakan ummi ayah sebagai anak solehah ya Allah?'. Ni motif utama aku, its enough for the time being. Terkadang hati resah bila memikirkan hal yang satu ni. Bimbang. Aku kena pastikan dan aku kena cuba jadi yang terbaik selagi ada masa ni.  Aku sayang ayah. Aku cinta ummi. Hm. Mother's Day pon dah nak dekat. Ummi, selamat hari ibu. Harap sangat ummi berbahagia. Hari-hari merupakan hari untuk ummi. Ya Tuhan, bahagiakan ummi dan ayah di dunia mahupun akhirat sana. Ampunkan mereka, permudahkan segala urusan mereka. Sayangi dan cintai mereka, seperti mana mereka menyayangi dan mengasihiku sepenuh hati mereka. Amin.

Wahai diri, please kuatkan diri buat ayah ummi. Tentang masalah 'hati' yang sepertinya tiada pengakhiran, kalau boleh abaikan. Think positive to make your life live. Negative feeling make you feel  messy and dead.


Okay-lah. Pesan pada hati, please jangan mati. Hiduplah. Tolong kuat demi Illahi. Ya Tuhan yang sering membolak-balikkan hati ini, andai benar tentang rasa di hati kala ini, kumohon, tunjukkan jalan kebenaran, perluaskan dan lapangkanlah agar kubisa temui jawapan. Kumohon. Tunjukkanlah Ya Allah. Andai ada kebaikan, dekatkanlah ia padaku agar aku rasa tenang dan damai. Suburkan rasa cinta di hati. Namun, andai ia tiada kebaikan bagiku, maka jauhilah ia dariku dan jadikanlah aku kuat untuk menerima segala ketentuan dari-Mu. Aku titipkan ia di bawah jagaan-Mu kerana aku pada zahir dan hakikinya bukan sesiapa untuk itu. Jagakan ia Allah, walaupun ia bukan untukku. Amin.

Bismikallahumma ahya wa amuut. Assalamu'alaikum.

13 comments:

Unknown said...

pjg nyer entri.tp ttap yg terbaik sbb mengingatkan sy ttg ujian yg melanda diri&hidup sy skrg.TERIMA KASIH KERANA TOLONG MENGINGATKAN SAYA

Mizz Aiza said...

hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan masa akan datang.. yang penting jangan berputus asa untuk terus berdoa&berusaha agar mendapat yang terbaik dalam hidup..

eizz said...

Nak berubah memang susah. Ye. memang susah. macam saya, kenapa susah sangat nak berubah ke arah yang baik. jatuh bangun itu biasa.

Nice entry :)

Unknown said...

Setiap apa yang usahakn psti ada ganjaran. Setiap apa yang kta lalui psti hikmh yg amt besar. Dunia terkadang itu pahit kerana syurga itu manis....

Anonymous said...

Allah hanya berikan ujian sekadar yang kita mampu tanggung.

TQ for this entry. I <3 it.

Lisa Sheila said...

Setiap manusia itu mempunyai fitrah utk.jadi lebih baik dr hari semalam... kalau ingin berubah ke arah kebaikan...mmg bnyak halangan dan hasutan drp kata2 dan bisikan2 yg tidak sptutnya.. Tapi istiqomah la..slalu bermunajat pada Allah SWT..inshaallah... :)

Lisa Sheila said...

Setiap manusia itu mempunyai fitrah utk.jadi lebih baik dr hari semalam... kalau ingin berubah ke arah kebaikan...mmg bnyak halangan dan hasutan drp kata2 dan bisikan2 yg tidak sptutnya.. Tapi istiqomah la..slalu bermunajat pada Allah SWT..inshaallah... :)

Lieza Nordin said...

mmg rindu suasana kampus.. kngkwan y ada ketika kita ssh n sng.. :) sama2lah kita beramal utk menuju redhaNya :)

Emildza Jayy said...

Muhasabah diri. :')

Mormor said...

tx kak nies, ingat kan diri ni :'D

Mormor said...

tx kak nies, ingat kan diri ni :'D

Mormor said...

tx kak nies, ingat kan diri ni :'D

melyssa said...

Nice entry, perkongsian yg bagus :)