28 September 2013

Kuasa Tuhan

Bismillahirrahmanirrahimm.


Just nak buat paling short sharing for today. 

*Langit masa maghrib tadi. Indah kan? 

*Sorrryyy morrry terpaksa print scrin jer sebab nak cepat. Moga Allah kaseh. If nak lebih jelas klik pada gambar untuk tumbesaran! :'D

Please, pleasee. If rerajin nanti, ada masa free lepas solat ke, or whatever, cuba lah tadabbur ayat-ayat dalam Surah Al-Ma'arij. Semuaaaaa sekali! Sikit je ayat dia. Baca dalam masa 7 minit pun boleh habis. just ada 44 ayat je, ayat pendek-pendek. Wallahi, sangat menyentuh hati dan jiwa dan raga apa semuaaa. Menangis if betul-betul kita hayati maknanya, mostly mengenai keadaan time Hari Kiamat, tentang keadaan manusia pada waktu tu, azab Allah Yang Maha Pedih bagi mereka yang angkuh dan sombong ketika di dunia. Na'uzubillah. :'(

Moga-moga dengan sedikit pengisian malam ni, ada manfaatnya. Moga Allah redha. Jum jadi hamba yang soleh solehah untuk Dia. Tuhan kita. Allah. :')

Assalamualaikum, lots of love. <3

26 September 2013

Cycling

Bismillahirrahmanirrahimmmmm....

Okayyyy, apa khabar sayang-sayangku sekaliannn? Aicehhh. Hihi. Okayy, actually tak dapat nak update pepanjang hari ni, little quite busy sebab banyak lagi nak kene study lepas ni. Okay.

Alhamdulillah, pagi tadi dapat gathering together bersama besties terchentaaa. Walaupun sekejap tapi cukup bermakna. Maybe lepas ni tak dapat lagi kot camni sebab sorang di antara kami dah nak habis study, soooo, mesti susah dah nak jumpa dia. Sobbbsss. So, sementara study week yang berbaki ni, semalam sempat lah khatam kan sekali imbas subjek Undang-undang Acara Mal, paper untuk next Tuesday. Pray for me okayy. Nak hilangkan stress yang menjengah di saat ni, dapat lah luangkan masa sikit pergi cycling dengan diorang dekat Taman Botani, Putrajaya. Hoorreeyyyyyy! *Whoopppss, solehah sikit okay*


Wallahi! The best moment ever i had okay! Sebab apa? Hehe, sebabnya, ni pertama kali aku cycling untuk setelah sekian lamanya aku tinggalkan 'gejala' ini *Ouhh, bahasa sungguh tidak sopan*. Last aku berbasikal masa darjah 6 ulang alik pergi sekolah. 12 tahun beb! Bayangkan, sekarang dah 22 tahun *Sweet-sweet 20 gitteewww. Ahh, kau xpayah nak perasan sangat yer* Huehe. Lepas tu dah takdak, yelaa dah naik sekolah menengah, basikal ayah bagi dekat anak kawan dia. Sobsss. Takpe laah, sekurangnya dapat jugak manfaatnya kaannnnn kat situu. In shaa Allah. Nasib laa masih ingat lagi cara-cara nak kayuh basikal. Huhihuhi.



Tak tahu lah kenapa, makin lama makin rasa perangai kanak-kanak sangat. T____T

Persahabatan yang sejati bisa membawa kepada kerinduan yang abadi.
Sungguh! Persahabatan lebih unggul dari percintaan.
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir.
Tetapi, tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal.
Biiznillah.
Till then, hargailah persahabatan yang terjalin.



Doakan ukhwah kami till jannah. Aminn. 

In happy moments, praise Allah.
In difficult moments, seek Allah.
In quiet moments, worship Allah.
In painful moments, trust Allah.
In every moment, thank Allah! :')

Lots of lovee, <3 <3 <3

24 September 2013

Hati Menangis

Sakit.
Perit.
Hati menjerit.
Tak mampu terpekik-pekik.
Diam itu lebih baik.



23 September 2013

Aku Sayang Kau

Bismillahirahmanirrahim.

Apa bezanya erti kawan, teman, sahabat?
Apa maknanya berukhwah seandainya seringkali hati terasa bagai disiat-siat?
Adakah itu yang dinamakan ikhlas?
Hanya Dia lebih tahu setiap yang terlintas.

Jujur, aku sayang kau.
Aku tahu, aku memang tak sempurna.
Kau di antara yang banyak membantu.
Jelas di sudut hati, kau turut menyayangiku.


Kebelakangan ini.
Aku resah.
Resah memikirkan ukhwah ini.
Antara aku, kau, dia, dan mereka kerana aku sebolehnya tidak mahu kita berpecah-belah.

Ego.
Susahnya nak menundukkan rasa.
Rasa yang boleh membinasa.
Rasa yang kadangkala bisa menghancurkan segala-galanya.

Aku sayangkan kau.
Sehingga aku terpaksa wujudkan sedikit jurang.
Jurang bukan untuk menjauh dari kau.
Tapi, beri kau ruang dan peluang berfikir dengan lebih matang.


Aku sayangkan kau.
Kau punya kelemahan.
Begitu juga dengan aku.
Ayuh sama-sama berlapang dada terima setiap satu kekurangan.

Terlalu rindu ukhwah semanis dulu.
Ya Allah, titipkanlah rasa cinta dalam hati-hati kami.
Biar kami sentiasa menyayangi dan saling mencintai.
Moga tautan hati antara kami kembali bertaut semekar kuntuman mawar di taman syurgawi.

Rindu. Rindu. Rindu. :')

Biar Susah Sedikit Kerana Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Wake up, wake up! Sedarlah dari lena yang panjang Nies. Banyak lagi tugas yang perlu kau lunaskan, yang perlu kau siapkan dalam jangka masa segera. Penat? Heyy, Allah kan ada. Minta kekuatan pada Dia. Dia tahu kau mampu.


"Biar susah sedikit kerana Tuhan". A simple words that give me a big strength. Dipetik dari sebuah lagu yang bertajuk 'Nun di Sana by Rabbani', dihadiahkan oleh Kak Eyqa pada aku suatu saat dahulu. Jujur, setiap kali aku dengar, aku hayati, ada sedikit kekuatan menyelinap masuk dalam sanubari, sedikit demi sedikit. Terkadang menangis sendiri sebab mengenangkan tempoh masa yang pernah dibazirkan selama ini, hingga terlupa tujuan asal aku untuk apa.

*Satu dalam seribu. If you know what i meant...

Kak Eyqa, Nies rindu akak. Nies tahu mesti akak busy dengan lab akak, report, journal and ect. Kalau boleh Nies taknak ganggu akak. Nies harap akak tak lupakan Nies. Nies doakan akak sentiasa sihat, diberi kekuatan untuk terus menyelesaikan tugasan-tugasan akak, moga Allah permudahkan segala-galanya untuk akak dunya akhirah. In shaa Allah.

Ya Allah. Sampaikanlah salam rinduku kepadanya, sehingga aku menjadi kerinduannya juga, Aminn. 

Okay, nak siap-siap, jap lagi ada satu class revision. Moga Allah permudahkan langkah. Ikhlaslah. Ikhlas.

Mujahadah. Final exam, please be nice.

Bismillah.

22 September 2013

Dear Self

Kenapalah dengan kau ni. Tak habis-habis menyusahkan hati orang lain. Do you know, everybody love you. Too much. Do you know?! Tapi, kenapa kau masih tak faham-faham?

Tolonglah. Tolong. Be more mature of thinking in everythings.  EVERYTHING! If you really love, why you still make the same mistakes? Oh my Allah! Please, kesiankanlah mereka-mereka tu. Kalau kau tak kesiankan mereka pun, kesiankan diri kau tu. Kalau kau hanya rasa lemah, lemah, lemah dan hanya tahu lemah, kau takkan kemana. You never know how strong you are, until being strong is the only choice you have. Kuatlah. Kuat. Turn back to Allah. He always be there for you. 

Kata nak buat orang lain bahagia dengan kau, tapi whats effort you've done for them?? Ada kau fikir? Ada kau cuba perbaiki dari hari ke hari? Ada ke aku tanya??!

Please don't be too selfish. Kau dah besar. Kau dah boleh fikir. Mana baik, mana buruk. Pilihan semua ada di tangan kau. If you wanna everyone understand yours, you should do the same things to them. Time goes by so fast. People go in and out from your life. You must never miss the opportunity to tell these people how much they mean to you. Jangan sampai satu saat nanti, they're gone, baru kau sedar, baru nak sentap bagai. Hellooo, masa tu is tooo late.

Everybody has problems. Semua orang ada bad times masing-masing. But, do we sacrifice all the good times because of them?? Do you? 

  Apa lagi yang kau mahu. Apa lagi. :'(

Only Allah can turn a mess into a message, a test into a testimony, a trial into a triumph, a victim into a victory. Mintak pada Dia. Allah is the Best Planner and the Best Listener. Walaupun kau tak cakap, Dia dah lebih dulu tahu apa yang terlintas dekat hati kau la. Please, jangan jadi sombong. Kau tu hanya hamba Dia. Kalau kau tak serahkan jiwa raga kau pada Dia, jangan nak salahkan Dia one day, Dia biarkan kau terkontang-kanting keseorangan sebab dulu kau sendiri tinggalkan Dia. 

Sedarlah. Sedar before terlambat. Esok lusa belum tentu jadi milik kau. Jaga-jaga. Latih diri berkata, "Aku sedang diperhatikan oleh Allah. Ya, Allah. Allah." :'(


Kemaafan Yang Tertangguh, Andai Itu Takdirnya...

Teringin benar rasa hati untuk terbang melayang seperti rama-rama,
Terbang setinggi awan di langit,
Menggapai bintang di cakerawala,
Lupa segala sengketa yang kian perit.



Assalamualaikum. Nenonenoneno..... Okay, emosi tak stabil emosi tak stabil! Allah!
Dear heart, please be tough?? Takmau lah sesedih cenggini. Haiihh! Baru sikit kowt, dah touching lelebih. Tak rockk laaaa!

Actually, baru lepas layan 2 buah cerita sedih. Okay, feeling sengsorang pulak tu sebab roomate sorang balik kampung, sorang lagi keluar pi gayut kat tangga. HAHA *Gelak sopan gaya evil. Okay lupakan soal tuu. Haaaa, sambung balik cerita aku. Kalau dah nama pun cerita sedih, confirm-2 lah kan ayaq mata ni tak dapat di tahan-tahan lagi. Sobbssss! *Weii, kata dah besar? Kata kuat? Cesssss. Okayyy, saya OKAY, saya dah BESAR! :') 

Cerita yang buat touching-2 ni kan selalunya cerita chentaaaa je kan! ELLLEEHH! Kali ni dua-2 cerita yang aku layan, dua-2 tentang relation anak dengan ibu. Sedih mak nak! Dari start cerita sampai ending dia, tah berapa kotak tisu aku guna yelaaa nak lap ayaq mata lagi ayaq idung lagi, tak ke haruu. Huuuuuu. Tajuk first cerita yang aku tengok "Andai Itu Takdirnya", looks like adaptasi dari novel. Hiho. Second "Kemaafan Yang Tertangguh". Rasanya cerita-2 ni dah ditayangkan kat TV, tapi yelaa aku kan always LAMBAT! --" *Apa pandang-2?

Morals of the story yang aku dapat dari kedua-dua cerita tu ialah hormatilah kedua-2 ibu bapa kita, sayangilah mereka, berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada ni, berdoalah kebaikan untuk mereka dunia akhirat, moga-moga kita bisa menjadi anak-anak soleh soleha buat mereka. Biarlah, biar. Seburuk mana pun ibu bapa kita, seteruk mana pun mereka, ingat, mereka tetap ibu bapa kita, tetap darah daging kita yang telah berkorban jiwa dan raga sepenuhnya di dalam membesarkan kita sehinggalah SEBESAR sekarang. Jaga hati mereka dengan baik. Jangan sekali-kali lukakannya. Minta ampun daripada mereka. Taatilah mereka selagi mana mereka tidak menyuruh kita melakukan kemungkaran dan menyuruh kufur kepada Tuhan.


Remember this. Syurga, di bawah tapak kaki ibu ayah. Tanpa mereka, siapalah kita di dunia. Tanpa redha mereka, mustahil dapat redha dari Tuhan yang Esa. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang kedua-2 cerita ni, pergilah search kat youtube, tu pon kalau ada lah. Aku ada pon sebab copy paste dari kawan, yelaa bila weekend ni takde nak pi mana, mood study tak datang-datang, daripada aku tidur je memanjang, ada baiknya jugak layan story yang bagi impak pada jiwa ni kan? *Ayat tak boleh skema lagi ke kakak?


Ummi. Ayah. Ni doa untuk ummi ayah. :')
Anis sayang ummi. Anis chenta ayah. Fillah. In shaa Allah. 

Doa untuk ummi ayah :
"Allahummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma kamarabbayani soghiro",

"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku serta kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka mengasuh dan mendidikku sewaktu aku kecil."

Till then, 
With love.

Assalamualaikum, lailan saliiman. :)

19 September 2013

Friendship

Bismillahirrahmanirrahim.

Oh My Allah! Akhirnyaaa, settle jugak assignment, presentation, test, segala. Next week dah start study week. Final exam around the corner. Hokeyyy, tak payah nak honey moon sangatt wahai niesss. Sangat banyak ye tuan-tuan dan puan-puan nota yang nak kena disiapkan AS SOON AS POSSIBLE! Kalau tak, habis laaaaa aku. Haaa, ni study untuk ngadap final exam je ke atau untuk dunia akhirat?? PAPPP! Rasa macam kena tampar! Huwarghhhh. T_T

Haaa, jadual exam pun dah keluar. Memacam planning dah dibuat. After habis je final exam yang dijangka tamat dalam pertengahan bulan Oktober ni, classmates aku haa planning nak buat 'lawatan sambil belajar' ke Langkawi. LOL! In shaa Allah, if tak ada apa-apa halangan, nak gathering sesama semua sekali, al-maklum lah lelepas ni kitorang semua akan ngadap final semester, then practical, then confirm punya lepas tu tak ada masa dah nak gathering semua sekali, kalau ada pun, maybe tak semua dapat involve. Time belajar ni lah kena manfaatkan bebetul friendship tu kan. Moga ukhwah tu kekal hingga ke akhirnya. 

*Ni sebahagian dari classmates aku, time ni baru je lepas habis kelas Evidence's Law, last class for this semester by Puan Rabi'ah, tu yg tengah kecik-kecik tuuu, dia la tuu. Sporting abessss. Hehe.


Pray for me in final exam, pleasee! Moga-moga pointer this semester makin naik, dan moga-moga berat badan jangan pulak makin naik! =="

Ok lah, jumpa lagi! 

Till then, 
Lots of love, Assalamualaikum. :)

18 September 2013

Untuk Chenta Hati

Bismillahirrahmanirrahim.


Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan mencemburui kepada orang lain yang mencintai orang yang kita cinta,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar aku pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang kau berikan kepadaku.

-Sajak Aminah Qutb buat bakal suami-


Sajak dekat atas ni adalah sajak hasil garapan Aminah Qutb yang merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal iaitu Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.


Wahai engkau,
Yang entah di mana hatinya,
Yang aku sendiri tidak pasti untuk siapa sebenar hatinya,
Moga-moga teguh mengagungkan chenta dari Tuhan yang Esa,
Kerana hatimu adalah milik Sang Pencipta,
Moga terus berada di bawah jagaan Dia.

Chenta,
Aku tak mencari engkau yang sempurna segala,
Cuma cukuplah kau bisa ajari aku tentang santun dalam beragama.
Beri aku masa untuk bersedia,
Bukan untuk menjadi idaman para jejaka,
Tapi, untuk terus gagah menjadi hamba yang sebenar-benar hamba pada Dia yang terlalu mencintai kita.

Ya Rabb, salurkan rasa chenta di hati untuk terus teguh mencintai-Mu, menggapai redha-Mu sebagai tujuan utama hidup dan matiku di sepanjang perjalanan yang panjang ini, menuju-Mu. :"(

15 September 2013

Kalah Bukan Mengalah

Kalah.
Bukan bermakna aku menyerah.
Bukan bermakna aku berhenti dari kerah.
Aku redha aku pasrah.

Lelah.
Bukan tanda aku lemah.
Bukan tanda aku hilang arah.
Aku punya Allah.
Punca kekuatan, punca barakah, punca aku mulakan langkah.

Allah.
Hanya Engkau tempat aku berserah.
Hanya Engkau tempat aku meluah.
Segala rasa, segala resah.
Allah, sungguh Kau Maha Pemurah.

Picture credit to Pakcik Google.

13 September 2013

Sanah Helwah Kakak Cantek!

Bismillahirrahmanirrahimm.

Semalam, 12/9/2013, genap sudah 23 tahun umur my senior merangkap my naqibah. 


Akak, thanks for everythings. Anis sayang akak. Doakan Anis terus kuat dan thabat di jalan ni. Moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirah. 

Aku yang bernama insan. Banyak kali jatuh. Ya Tuhan, kuatkanlah tangkai hati agar bisaku bertahan dari kelelahan biar ia menjadi lillah. Allah. Kumohon, jagakan Kak Izza untukku. Amin.

Kerana Aku..... Rindu

Bismillahirrahmanirrahimmm.

Testing, testing, 1 2 3. Hihi. Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today, In shaa Allah for tomorow. Alhamdulillah sehingga ke detik ini masih bisa merasai nikmat untuk menghirup oksigen dan terus bernafas di atas nama cinta kerana Tuhan yang Esa! :'D 

Wowowow! Rasa lama teramat jari-jemari tak menari-nari menaip al-kisah ceritera diri dalam ditigal diary ni. Banyaaaakkk! Teramat banyak yang ingin dikongsi. Tapiiiiii, kekangan masa yang tidak memberi. Rindu rindu rindu.

Secara ringkas, rasa macam dah terlambat, tapi nak tetap nak wish jugak! Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sefamili, maaf zahir dan batin.




Raya raya jugak lah kannn. Tapi, terfikir tak kita caner rakyat Mesir beraya? Syria? Palestin? Seronok eh bunyi pom pom pom mercun tuu? Alaaaahhhh. Kita dekat Malaysia beraya dengan mercun sakan. Tapi Mesir? Beraya dengan bom real punya okay! Kesimpulannya, tak payah lah gatal-gatal tangan main mercun bagai, sampai tercabut jari, putus tangan semuaa. Haaaa, volunteer diri pergi jadi mujahidin dekat Mesir, dapat gak pahala syahid kalau mati pon. Takdelah mati katak, mati yang sia-sia. Na'uzubillah. Ayuh, sama-sama kita doakan yang terbaik buat saudara kita di sana. Andai kita tak mampu hantar para pejuang, cukup cuma hantarkan doa-doa bagi mereka yang tidak pernah putus asa berjuang. Selamatkan bumi Mesir, Palestin, Syria, Ghaza ya Allah. Kurniakan mereka kekuatan untuk terus berjuang. Amin.




Actually, picture dekat atas ni masa aku attend program Kempen Gaza dan Syria dekat kampus aku. Malam tu sempat untuk aku dengar ceramah dari Al-Fadhil Ustaz Abdul Malik mengenai isu Syria, and forum mengenai Cinta Monyet Mitos atau Realiti, panel by Imam Muda Hassan dan Sis Adibah from MPP Uitm, Puncak Alam and moderator by Sis Fathimah Az-Zahraa. Cintaa??? Motiff? Hahaha. Jiwa remaja kowwtt. Huehuehue. Bak kata moderator malam tu, 'kenapa heh kampus setiap tahun mesti ada je program tentang cinta paling kurang pon satu mesti ada'. 

Pictures bawah ni masa pergi kenduri akad nikah and majlis resepsi kak ngah anak Chu Na aku, dekat Puchong. 

Ada ciri-ciri seorang ummi tak? Heheheh.

Bersama anak-anak buah den haaaa. 

Cousins yang ohsem!

Cousins jugak. Semua the best! Dari yang bujang, sampai lah yang dah kahwin.

Time suami kak ngah sarungkan cincin. Hihi. Sweeet!

Majlis resepsi.

Congrats untuk kak ngah and husband dari kami sefamilyyy. :)

Okayyyy, kat bawah ni pulak masa aku and classmates pergi ziarah rumah salah seorang classmate, dekat Senawang, Negeri Sembilan. Hehehe. Sedapppp giloss makanan orang nogori ni. Pedasss diaa, perghhhh! Hauuuliaooo punyaa ouh. Kena lah dengan selera aku yang memang suka makan pedas, tapiiiii, sangat elergik dengan sauce. Any sauces. Errr errrr. :D

Ni tak semua ada sebenarnya, ada lagi, tapi yang lain tak dapat join, ada hal masing-masing. Tapi, apa-apa pun, best moment ever. 

Hm hm hmmm. Actually, tak sampai sebulan je lagi dah nak final exam. Serius, debar tak tau nak kata. Assignment ada lagi yang tak submit, last presentation, research for thesis and bla bla blaaa. Ya Allah, ease my way. Moga bisa terus melangkah dan terus teguh berdiri demi Dia. Nis, jangan nangis jangan nangis. Kena kuat okay! Walaupun terasa berat, ingatlah Allah sentiasa ada di sisi. Moga terus kuat, moga terus thabat. Bismillah.

Ada dekat kampung niii. Hehee, dah lama tak balik! Esok nak pergi jumpa anak buahh. Hurreeeeeeyyy! :'D

Okay-lah, sampai sini dulu. 

Till then, with lovess. <3 <3