21 October 2013

So What??? Whatever

Hari demi hari. Terkadang keliru dengan perasaan sendiri. Fikir mana baik mana buruk. Dilema.

Allah. Guide my way. Jatuh lagi. Jatuh dan terus jatuh. Siapa yang sudi tarik tangan aku naik kembali ke atas? Whoooo! I'm asking! Blerghhh!

Of course bukan dia, dia, dia dan dia. Kau tak perlu nak mengharap pada manusia. Sebab apa? Kerana manusia takkan pernah faham.

Kau senyap, manusia takkan dengar dan faham keinginan kau.
Kau berkata-kata,  belum tentu manusia nak dengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut kau.

So what??!


Dalam bilik, mata pandang atas meja solek. Al-Quran pink comel milik aku. Kupandang sayu. Allahhhhhh. Di situ ada sumber kekuatan yang telah lama hilang. :'(

.
.
.

Sekali selak, terus terpampang surah Al-Kahfi. Mata terus tajam terlihat tafsir ayat 104-105. 

Bunyinya begini, "(Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedang mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan dan tidak percaya terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sia amal mereka, dan Kami tidak memberikan penimbangan terhadap amal mereka pada hari Kiamat."

Maafkan aku andai aku tak sempurna. Aku senyap bukan bermakna aku benci. Tapi aku tengah mencari kekuatan diri aku yang hilang. Biarlah. Biar. Biar tiada siapa yang memahami. Cukup hanya Dia yang tahu isi hati aku bagaimana. 

Mungkin juga, aku bukan yang terbaik. Biar aku cari sendiri hala tuju hidup aku di mana. Walau ia akan membunuh masa. Biar.

Tiada  niat untuk menyakiti, tapi itulah hakikat, bukan aku. Bukan aku.

Please, pray for me to be pious one. 

Dear self, remember one thing, mati bila-bila masa. Tu je. Well prepared.

Inner struggling. Again. 

Takpe, Dia tahu. Dia tahu.

16 October 2013

15 October 2013

Salam Aidil Adha Mubarakah

Bismillah.

Ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa saudara-mara kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh umat Islam di muka bumiMu ini. 

Limpahkan kami rahmat serta inayahMu kepada kami.

Ya Allah ya Tuhan kami,
Andai sebentar lagi Kau ingin menarik nyawa kami, 
Matikan kami dalam iman. Matikanlah kami dalam husnul khotimah, jangan pula dalam keadaan su'ul khotimah.

Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Kami tidak layak untuk ke taman-taman syurgaMu, 
Tetapi kami tidak pula sanggup menahan siksa api nerakaMu ya Rabb.
Maka oleh itu, Kau ampunilah kami ya Allah.
Jangan Kau bolak-balikkan hati kami sesudah Kau berikan petunjuk.
Jangan Kau biarkan kami tergolong dalam golongan orang yang rugi.
Kasihanilah kami.
Hanya Engkau tempat kami berlindung. 
Hanya kepada Engkau tempat kami serahkan jiwa dan raga kami.
Terimalah doa kami.
Sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Memahami segala isi hati.

Amin ya Rabbal 'Alamin.

Salam Aidil Adha 1434H.
Maaf zahir batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum.


14 October 2013

Hijrah, Untuk Tuhan

Bismillah..

Dear blog yang aku sayang, chenta seluruh jiwa raga. Aiceeehh. Ekceli kan kan kan, dah sampai kampung sejak pagi Sabtu lagi, kol 3.30 pagi centu. Nak katanya bleh goyang kaki yayyyyy! I meant 'cuti' kejap dari pegang timbunan bebuku. Lahhh sangatttkan. *Banyakk cantekk! Last paper dah lah Khamis nih. Habok pon tak revise lagi. Eh ehh, cool lah cool, malam masih mudaaa. *Ayat nak sedapkan hati. Cet. 



Mood raya ON, mood exam also ON. Hehe. Bagus tak bagus tak? ==" *Sepak kang dak Nis nih.

Haaa, hari ni hari Isnin bersamaan 9 Zulhijjah 1434H. Jum kita sama-sama rebut peluang ambil tawaran daripada Allah dengan berpuasa sunat Hari Arofah, lillahi ta'ala.

Nak tiba 10 Zulhijjah 1434H yang mana umat Islam seluruh dunia akan sama-sama menyambut Aidil 'Adha yang mulia, atau disebut jugak Hari Raya Haji, dan hari Raya Qurban, yang mana seluruh umat Islam akan mengagungkan Allah SWT dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan melakukan ibadah Qurban untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, ia juga bersempena dengan mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya Ismail a.s. Sama-sama kita bermuhasabah diri in shaa Allah. Pada bulan ini jugak umat Islam di seluruh dunia turun ke bumi Mekkah Al-Mukarramah untuk menunaikan kewajipan Rukun Islam yang ke-5. Serius, teringin nak ke sana. In shaa Allah. Moga Allah bukakan hijab-hijab di hadapan agar dipermudahkan langkah kaki seterusnya. Amin.



Hmm hmmm hmm. Lately, banyak betul ujian hati. Sebab apa? Sebab diri sendiri ke yang tak pandai nak care tentang hati sendiri? Hmmm. :'(

Sebab Dia peduli.

Lalai. Leka. Lupa. Alpa. Buat dosa. Tersedar. Taubat. Lalai. Leka. Lupa. Buat dosa. Taubat. Ulang lagi benda yang sama. Beratus kali lah asyik ulang benda sama. Tapi, pernah tak kita terfikir. Kenapa Allah masih bagi kita peluang untuk terus menapak atas muka bumi Dia ni? Pernah tak?

Adakah hanya untuk kita mengulangi dosa, ulang ulang ulang dan ulang, then akhirnya dihumban ke dalam An-Nar yang sangat ngeri azabnya tu? Na'uzubillah.

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Sesungguhnya aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.' Mereka berkata, 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu sedangkan mereka orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpah darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.' Tuhan berfirman, 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'." [Al-Baqarah : 30] 



Sungguh. Allah Maha Tahu apa yang kita tidak tahu.

"Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." [Az-Zaariyat : 56]

See? Nampak tak tujuan utama Allah ciptakan kita. Terkadang kita sedar apa tujuan utama hidup kita, kan? Tapi, terkadang bila terbuai dengan keindahan dunia yang sementara ni, kita always leka, jatuh. Itulah manusia. Kita lah.

Tapi, Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah tu baik. Baik sangat. 

Nah.

"Katakanlah (Wahai Muhammad), 'Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Az-Zumar : 53]



Allah selalu bagi kita peluang. Sama ada kita sedar atau tidak atau sengaja buat-buat tidak sedar. Itu saja.

Setiap yang teruji tu, berkemungkinan fasa tersebut adalah untuk Dia mengampunkan dosa-dosa kita. Atau untuk menguji keimanan kita di paras apa. Ya. Dia faham kita. Dia faham sangat. Kita lemah. Lemah. Sebab tu Dia suruh kita kuat. Kuat yang macamana?

"Jangan kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman." [Ali-Imran : 139]



Tiada siapa yang mengenali diri kita. Orang yang paling rapat dengan kita, bahkan ibu bapa kita pun tidak mengenali kita dengan sebenarnya, sama ada luar, apatah lagi yang di dalam. Allah. Allah yang kenal siapa kita. Sebab Dia yang menciptakan kita. 

Once bila terbuat dosa, lepas tu bila dalam hati rasa resah, gelisah, tak tentu arah. Bersyukurlah kerana itulah antara hidayah yang Allah beri pada kita. Kasihnya Dia pada kita. Tapi, kita balas tak kasih sayang pada Dia? 

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan-Mu dengan bertaubat, serta bertawakal kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberi pertolongan." [Az-Zumar : 54]

Jangan berputus asa dengan kasih sayang Allah. Kita manusia, tak terlepas dari berbuat dosa. Tapi, janganlah kita gunakan ia sebagai tiket untuk kita melarikan diri dari segera bertaubat kepada-Nya. Taubat. Tak boleh bertangguh-tangguh. Kenapa? Ajal tak menunggu kita. Bila-bila masa. Bimbang tak sempat nak mohon maghfirah dari Dia. Tak ke itu suatu yang sia-sia? Allah. :'(



Someone pernah ingatkan aku tentang hijrah. 'Nak berubah biar kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Kena ikhlas. Ikhlas? Payah. Memang payah. Mula-mula memang kena paksa diri. Paksa untuk berubah dari jahiliyah ke arah fitrah sebenar(baik). Lepas tu in shaa Allah bila dah terbiasa, ia semudah abc, petik jari haaa!'

Istiqomah. Istiqomah. Istiqomah. Biar jatuh, biar rebah. Kena bingkas bangun. Grab peluang tu selagi ada masa.

Ujian. Ujian. Ujian. Jadikan ia sebagai penguat diri untuk dekatkan diri dengan Rabbi. Jujur, aku suka bila diri dalam keadaan susah, payah. Kerana saat itu aku dapat merasa hati aku kuat bertaut dengan kasih dari Illahi. Direct. Bukan aku kata aku tak suka dalam keadaan senang. Bukan. Cumanya aku bimbang, jika dalam situasi itu selalu, aku akan berasa berada di zon selesa dan besar kemungkinan aku hanyut. Lupa tujuan utama aku. Menjauh. 

Susah. Senang. Derita. Bahagia. Semuanya adalah ujian. Untuk Dia menguji tahap kehandalan hati dan iman kita diparas apa. 

"Allah berfirman kepada malaikatnya, 'Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpakan bermacam-macam ujian padanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.'" [Hadith Qudsi Riwayat Thabrani]

Meremang bulu roma bila baca berulang kali hadith qudsi tu. :'(

Allahh. Baiknya Kau pada aku. 

Sweetnya Kau ya Allah. Engkau telah mengujiku dengan cara Kau sendiri. Kau menguji kerana Kau rindu akan rintihan aku kan ya Allah? Allahu Akbar. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana Kau telah memilih aku untuk ujian ini.



Berbahagialah kerana kita diuji.

Kerana apa?

Kerana itu tanda kasih sayang Allah tidak pernah berbelah bahagi.

Sungguh. "Hanya dengan mengingati Allah jiwakan kembali tenang." [Ar-Ra'd : 28]

Hasbunallah. Hasbunallah. Hasbunallah.

Hijrah. Untuk Tuhan.

Tahu. Aku memang bukan yang terbaik. Sedang cuba. 

Biarlah berapa kali aku nak jatuh bangun. Biar orang nak hina, asal Allah tahu aku usaha bagaimana.

Isbir ya Qalb. Cuba. Ya, cuba lagi.

Awak. Jom kita sama-sama mulakan langkah ya? Renew and reset niat. Saya sayang awak. Fillah. Moga-moga till Jannah Allah. In shaa Allah.

Sodaqallahul'azim.

10 October 2013

Merasa Jadi Ibu Yeay!

Bismillah...

Actually, sekarang busy sangat. Busy lah sangat kan. Takde. Biasa lah mood final exam ni tak menentu. Risau sana risau sini. Hey hey! Kau belajar lillahi ta'ala ke tidak nii. Hmmmm. Hmmmm. Sorryy sorry my bloggie terpaksa jugak meluah something dekat sini. Sebab tak mampu nak tanggung sorang-sorang. Allah kan ada? Kau luahkan jelah semuanya dekat Dia. Dia maha faham segala apa yang ada dalam hati kau. Yup! Betul lah tu. Dia yang paling faham hati aku. And for sure, anytime Dia ada untuk aku, sedia dengar masalah aku. Anytime. Ya Allah. Sometime rasa malu dengan Kau. Mohon jangan berpaling dari aku setelah Kau beri rahmat dan kasih sayang Kau pada aku. :'(


Lately, fikiran ni melayang entah kemana. Exam lah wei exam! --' Okayy.

One day, tengah sarat. Aku jalan sorang-sorang menuju ke KTM. Masa tu aku sendiri tak pasti hala tuju aku apa sebenarnya. Bila tren sampai aku pon naik. Bila sampai je dekat satu perhentian tu, aku turun  and terus kan perjalanan. Yang pasti masa tu, hati aku tengah sedih. Tak pasti sedih apa. Then tetiba sampai dekat satu kedai ni aku pon masuk mencari something untuk dibeli. COKLAT! Yes. Itu sebenarnya yang aku cari. Lepas jumpa segala apa yang nak dibeli aku pon ke kaunter untuk buat pembayaran.

Suddenly, mata berpinar. Sakitt. Sakit sangat! Pakcik yang jaga kaunter pembayaran panik terus papah aku masuk ke dalam kereta then bawak aku ke hospital. 

Ya Allah. Mungkin dah sampai masanya. Suami aku mana? Family aku? Aku sorang-sorang kat sini? Arghhhh. Aku tak sempat nak contact sesiapa pun sebab masa tu dah sakit sangat. Pakcik yang tolong aku tadi bagitau aku jangan risau nanti dia yang akan uruskan inform pada family aku. Air mata mengalir.

Di bilik wad, hanya aku, doktor dan jururawat. Mereka suruh aku kuat. Kuat semangat untuk ini. Aku melawan kesakitan tu demi satu kelahiran lagi. Ya. Yang amat aku tunggu-tunggu selama ni. 

Alhamdulillah, dengan kekuatan yang Dia beri, aku selamat melahirkan cahaya kesayanganku. Tepacul dekat bibir aku saat melihat dia, "Anak ibuuu. Ibu sayang kamu." :')

Sempat doktor tanya pada aku, "Mana suami puan?" Aku balas, "Dia belum sampai lagi. Dia kerja hari ni." Doktor tanya lagi, "Suami puan kerja apa?" Aku jawab, "Cikgu".

Tak lama lepas tu, family aku sampai. Tapi, kelibat suami aku tak kelihatan juga. Tertanya tanya dalam hati, 'Mana suami aku ni? Tak nak tengok anak kita ke. Hm.'

Pakcik yang tolong hantarkan aku ke hospital tadi masuk melawat aku. Dia datang dengan penuh kegembiraan. Pakcik tu cakap baby aku comel sangat. Dia minta izin untuk cadangkan nama untuk baby aku. Aku benarkan je sebab dia dah tolong selamatkn nyawa aku dan anak aku. "Anak kamu cantik sungguh. Disebabkan dia baby perempuan, pakcik nak letak nama dia Sara, boleh?" "Boleh pakcik." Aku tersenyumm. 

Tak lama lepas tu aku pegang handphone. Mendail nombor suami aku untuk bagitahu yang aku dah selamat melahirkan.

Tupp! Terdengat azan Subuh. 

Allah. Astaghfirullahal 'azim. Mimpi rupanya.

Alhamdulillah. Bahagia. Rasa yang tak tahu nak gambar macamana. Allah je yang lebih memahami. Terima kasih ya Allah. In shaa Allah. One fine day.

Sebenarnya ni effect dari suka tengok preggy mummy, baby-baby comel sama ada tersempak kat mana-mana or sesiapa jelah. Entah la. Tengok commmmeeelll sangat. Maybe ni kot naluri setiap insan bergelar wanita kann.

Mimpi. Adakah ia suatu petanda. 
Sama ada baik atau sebaliknya.
Ya Allah hanya Kau yang ketahui segala rahsia.
Permudahkan andai ia berita gembira.
Jauhkanlah andai ia bisa membawa sengsara.

Jadi hamba solehah.
Jadi anak solehah untuk ummi dengan ayah. 
 Dia akan hantarkan someone tu tepat pada masanya in shaa Allah.

Anak ibu. Awak tunggu ibu ya. 

Dear future husband, tunggu saya. Tunggu saya solehahkan diri.
Kalau kita tak berjumpa di dunia in shaa Allah dekat akhirat nanti.

Moga dalam jagaan Allah.




5 October 2013

Kau

Kau sabar.
Kau kuat.
Kau setia.
Kau segala.

Lemah itu biasa.
Lemah dan kalah jauh beza.
Lemah terkadang asbab diri juga.
Lemah tak salah jika buat diri muhasabah sentiasa.

Kuat itu kuasa.
Luar biasa.
Segalanya kerana Dia.
Ya, Dia.

Terima kasih untuk segala.
Terima kasih kerana kau ada.

Dukacita.
Bahagia.
Itulah warnanya.

Cinta.
Biar dalam jagaan Dia.


3 October 2013

Akibat Melewat-lewatkan Solat

Bismillahirrahmanirrahimmm.

Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu' dan melaksanakan solat Maghrib. lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa sangat letih, sangat letih.


Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa orang berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.


Jantungnya hampir pecah kerana denaran yang sangat kuat.

Ianya adalah Hari Kiamat!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada Hari Kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi Hari Kiamat itu akan berlaku. 

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkannya. Semua sebuk dengan urusan mereka sendiri.

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.


Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah ke satu rumah kebajikan yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Dia ada melihat juga ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa berada di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan."

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernahberpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya dek terlalu ketakutan.

matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah.

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain."

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, Al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika kalau-kalau ada seseorang yang akan membantunya.

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat,

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai 5 kali sehari dari kotoran, begitulah juga bersihnya orang yang melaksanakan solat 5 kali seharian daripada dosa-dosa mereka."

Dia menjerit,

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka sampai ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api neraka.


Dia hanya jatuh 5 atau 6 kaki dari atas jurang apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.

Dia menyapu debu ditubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"

Lelaki tua itu menjawab.

"Saya adalah solat anda."

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka Jahannam! anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh."

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,

"anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"


Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. 

"Astaghfirullahal 'azimmmmmm! Allah. Allah. Allah."

Teresak-esak menangis. Sambil mengusap dadanya berkali-kali. Laju airmata turun dari tubir matanya ke pipi. Basah. Basah sama seperti peluh yang membasahi tubuhnya kini.

Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan sebagai tanda telah masuknya waktu solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat-cepat dan pergi mengambil wudhu'. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya selama ini.

.
.
.
.

*Perkongsian ni aku terima dari whatsapp. Kalau perasan dekat fb pon kawan-kawan ada updates mengenai ni. Peringatan untuk diri aku sendiri sebenarnya. Moga Allah redha.*

.
.
.
.

Hey hey awak awak tuuu, dah solat belum??


Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan orang yang mendirikan solat dan demikianlah juag zuriat keturunan kami. Aminnn.


Baiknya Allah. 

Walaupun terkadang tinggal solat, jarang-jarang solat, solat hujung-hujung waktu, mendedah aurat, namun Allah masih izinkan kita untuk terus merasai nikmat bernafas di bumi hingga saat ini. Allah masih benarkan kita untuk melihat bumi dan berjalan ke sana ke mari di atasnya.

Kalau orang lain buat baik dengan kita, Kita mesti rasa serba salah nak buat jahat pada dia kann?? 

Tapi, kalau dengan Allah pulak, acaner eh?? Bagaimana keterikatan hubungan kita dengan Allah? Hmmm. *nanges laju-laju kesat air mata* 

Moga dari perkongsian ini, kita sama-sama beroleh manfaat, in shaa Allah. 

Till then,
Ayuh, jadi hamba soleh solehah untuk DIA. ^____^

Lots of love. <3 <3 <3

*All of the pictures credit to Abang Gugel.