Dengan bismillah tinta mula bercerita.
5 Mei segala-galanya bermula.
Bermula segala cerita.
Cerita suka dan duka.
Kukira ia mengakhiri segala.
Namun, ilmu dan kekuasaan Dia mengatasi segala.
Kerana apa?
Kerana perjuangan kita bukan terhenti di sini cuma.
Aku akur.
Aku syukur.
Walau terasa berat namun kutelan jujur.
Entah kenapa butir jernih dari tubir mata senang sahaja gugur.
Dek terkenang perjuangan mereka yang gagah gempur.
Gugur bukan bermakna aku lemah.
Gugur bukan bermakna aku mengalah.
Tapi, kerana terasa zauq al-'izzah meresap dalam pembuluh.
Menyelinap ke segenap tubuh.
Mungkin juga selama ini aku pejam mata.
Kelam dek tipuan nafsu dunia.
Aku tidak menuding jari pada sesiapa.
Salah diri sendiri juga kerana tiada usaha meneruskan jalan dakwah yang sedia ada.
Dakwah yang kukira sangat penting di segenap era.
Sejak dahulu, kini dan selamanya.
Kerana hanya dengan dakwah, dai'e dan mad'u bisa bersatu menerusi maudhu' sebagai perantara.
Hari ini, bukan pengakhiran segala.
Bagi mereka yang ingin teruskan impian membina empayar Islamiyyah tetap segar bugar di persada dunia.
Usah gentar.
Usah bimbang.
Sesungguhnya Dia punya rencana.
Dia tidak beri sekarang kerana Dia tahu kita perlu mantapkan lagi empayar di segenap ruang.
Niat, solat, akhlak, aurat, sedekah cuba reset kembali berulang-ulang.
Dia Maha Lihat.
Dia Maha Memahami setiap yang tersirat.
Doa senjata mukminin mukminat.
Berdoalah untuk menjadi hamba yang kuat.
Dia akan makbulkan setiap yang dihajat.
Mungkin hari ini, esok lusa dan tulat.
Bila-bila pada masa yang tepat.
Bila-bila pada masa yang tepat.
Dia berharap kita sambut ujian yang dihulurkan dengan ikhlas, sabar dan syukur.
Kata-Nya setiap ujian yang datang adalah tanda kemenangan semakin dekat.
Umpama ibu yang melahirkan bayi yang suci dari noda.
Kesakitan si ibu Ya Rabbi Kau sahaja yang ketahui.
Tiada seorang pun insani sanggup merasai kecuali insan bernama ibu yang gagah lagi berani.
Sanggup berperang, bergadai nyawa sendiri demi melahirkan zuriat sebagai tanda kemenangan diri menjadi seorang emak, ibu, mama dan ummi.
Dia turut berjanji.
Kemenangan pasti menyebelahi.
Biar Dia yang nilai.
Biar Dia yang tentukan.
Kalau bukan hari ini, in shaa Allah suati hari nanti.
Senyumlah, usah rasa lemah lagi.
Sesungguhnya Dia sentiasa berada di sisi.
Menjaga kita saban waktu dan hari.
Esok masih ada ruang dan peluang.
Yang menang tunaikan amanah sebaiknya.
Kerana esok lusa ia bakal diperhitungkan.
Kerana esok lusa ia bakal diperhitungkan.
Yang kalah mohon jangan mengalah.
Namun, dalam perjuangan tiada istilah kalah.
Tidak kalah, cuma belum menang.
Namun, dalam perjuangan tiada istilah kalah.
Tidak kalah, cuma belum menang.
Ingat.
Syurga itu mahal.
Jangan sekali terlalai dalam kesenangan dan kesombongan.
Jaga diri.
Jaga iman di hati.
Juga jaga peribadi.
Moga Dia jaga kita selamanya di sini.
Di sini kita bermula.
Di sana kita mengakhiri.
Di sini adalah dunia.
Di sana adalah akhirat kekal abadi.
Andai inilah bahagia itu, aku sudi terima.
Andai inilah bahagia itu, aku sudi terima.
.
.
.
Alhamdulillah, walaupun kesihatan tak berapa nak memberangsangkan pada hari ini, tapi Dia masih berikan aku kekuatan untuk terus menyelusuri hari-hari dengan penuh senyuman.
Di sini aku ada sertakan link pautan untuk lihat keputusan Pilihan Raya Umum 13 tahun 2013 kali ini. Moga sekalian berlapang dada menerima dengan hati redha, sabar dan ikhlas.
Tahniah pada yang menang, pada yang kurang bernasib baik, in shaa Allah, di masa lain cuba lagi yaa. Klik je sini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Tahniah pada yang menang, pada yang kurang bernasib baik, in shaa Allah, di masa lain cuba lagi yaa. Klik je sini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Sooo, kita jumpa di PRU14. See yaaa!
Assalamu'alaikum.








4 comments:
wah,bencana PRU13 rupanya...nicely...kita pun ada...pape pun cukup la benda yg sudahkan...
Yup. Sebab dah lepas lah nak tinggal sedikit cebisan supaya bisa menjadi suatu kenangan yang dapat dikenang.
Sabar tu indah kan.. :D so pilih yang betul =)
In shaa Allah akak. Terima kasih =)
Post a Comment