8 May 2013

Rasa Yang Tak Terluah

Assalamu'alaikummmmmmm.

Hi all readers. Camne hari you guys today? So far so good?? Hm. Aku, Alhamdulillah. Camni haa. Ehh, camnilah. Tahlah. Tak berapa nak sihat lately. Selsema, sakit tekak, pening kepala. Memang officially satu set lah senang cerita. Mungkin demam PRU13 tak reda lagi gamaknya. Hihohiho. Tapi takpa, sakit ni sebenarnya tanda gugur dosa-dosa kecilkan?? Yelaah, aku ni haa, tak maksum dari dosa. Bila kadang-kadang dapat sakit ni, kena sabar dan terima. Istighfar bebanyak. Peluang Dia nak ampunkan dosakan. 


Okayy, sebenaqnya hari ni aku nak cerita apa hah. Kenapa eh hati aku lately banyak tak senang woooo! *Hah! Banyak dosa lah tuu! Cecepat lah bertaubat weh. Tapi, memang pun wei. Kalau nak dikira dosa aku ni, memang aku sendiri tak mampu nak hitung. Kak Izza. SERIUS! Aku rindu gila dengan dia ni. Dah sebulan aku tak dapat nak contact dia. Dia pi Indonesia. Study dekat sana. 'Akak, serius anis rindu sangat dekat akak. Rindu nak nangis dekat akak. Rindu nak dengar akak nasihat anis. Akak, akak rindu anis tak?? Kenapa akak sekali pun tak contact anis kat sini, ye anis tau akak tak boleh bawak handphone ngan lappy pi sana, anis paham, tapi caner ni anis rinduu. Ya Allah. Dulu, bila anis rindu, memalam jer mesti ada mesej akak, tapi sekarang anis hanya boleh tengok fb akak je lelama. Reda sikit kerinduan ni. Anis harap akak pon rindu dekat anis. ' 

Actually, dia naqibah aku. Serius, bagi aku dia adalah akak yang terbaik yang pernah aku kenal. Aku sayang dia. Time usrah kitaorang selalu nangis sama-sama, peluk sama-sama dengan ahli usrah yang lain. Lelepas ni harap semuanya still boleh gathering sesama. Pesanan aku, tak rugi kalau join usrah ni. Yela, kita ni hamba Dia. Dia cipta kita atas dunia ada motif dan rencana. Memang, manusia dalam perkataan arabnya ialah an-nas, yang berasal dari perkataan nasiya yakni lupa. Kita memanng pelupa pon. Kadang-kadang sendiri lalai, sendiri leka. So, dengan join usrah, in shaa Allah, sedikit sebanyak boleh merawat hati ni yang kian mati. 

Akak tu selalu pesan dekat aku, 'Anis, anis jangan sesedih na. Anis kena kuat. Kena kuat lawan ujian dalam hidup ni. Dia pilih anis bersebab. Sebab apa? Sebab anis ni istimewa. Jangan rasa lemah. Bila rasa lemah, cecepat ingat Dia balik, istighfar, mintak petunjuk Dia.'

Allah S.W.T. berfirman, "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman." ['Ali-'Imraan 3:139]

Airmata, boleh tak kau pergi jauh dari akuu?? Kenapa lah kau sesenang je nak keluar! Geram aku. Ya Allah, andai setiap guguran air jernih dari tubir mataku ini adalah yang terbaik untuk kerinduan ini, kau terima lah Ya Allah. Aku tahu, airmata ni Kau bagi pada aku sebagai peneman aku, agar aku tak terlalu menderita, sakit dalaman dek menahan rasa perit tu. 


Hati. Aku nak kau jadi lebih kuat. Kuat. Dan kuat! Alaaah, aku kan selalu minum milo, tak milo neslo, tak neslo milo. Pusing-pusing itu jelah air yang kau gila-gila kan sangat. Eh eh, lari tajuk pulak. Yelaa, kena kuat untuk Dia. Biarlah orang sekeliling kau tak suka dekat kau, mengata dekat kau, tak puas hati apa-apa sahaja tentang diri kau. Ah pedulikk pulak aku kan! aku tak kisah. Aku tetap aku. Nak kata ayu tak lah ayu. Nak kata comel boleh la kot. Err. Poyosss. Betul la apa aku kata, aku ni tak seindah apa yang dilihat, tak baik mana pon, banyak kowwttt cacat dan celanya. Tapi takpela, kalau korang tak nak terima, korang punya pasal la. Memang la, kita kene jaga hati orang lain dahulu, kita kene bagi apa yang terbaik, mana yang termampu kita beri pada orang sekeliling kita. Ya, aku cuba. Aku cuba untuk jadi yang terbaik walaupun kengkadang ada jelah yang tak kena. Seriously, kalau korang ada makan hati ke limpa ke dengan aku, minta maaf sesangat. paling kurang pon, aku dah cuba. Sobs.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu daripada perasaan dukacita dan sedih. Aku berlindung pada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung pada-Mu dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung pada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang. Amin.

Okay. Jumpa lagilah lain kali, kalau dipanjangkan rezeki umur ini. Assalamu'alaikum.



3 comments:

Unknown said...

sabar,sy pasti jika awk rindukan dia,insyallah dia pun rindukan awk....

niesalhaq said...

In shaa Allah.

eizz said...

Yeah !! Kita mesti kuat. tak boleh lemah. Btw, thanks singgah blog kita n komen. Sy letak blog awk dlm bloglist. Lepas ni senang nak jenguk lagi. Hee. Salam perkenalan :)

Btw, boleh tak remove word verification utk komen ni. Susah nk komen. Hehe :D