Assalamu'alaikum.
Bangun pagi, celik je mata, automatik mulut kita pun memulakan tugasnya bercakap sehinggalah mata kita terpejam. Ada tak sesiapa yang seharian dia langsung tak bercakap? Walaupun just bercakap sorang-sorang? Haa, cuba kita bayangkan andai kata kita duduk berseorangan seharian tanpa dapat berkata-kata walau sepatah. Hehe.
Bayangkan jugak kalau kita duduk dekat rumah seharian dan sendirian tanpa ada seorang pun teman untuk berbicara. Pastinya boleh sakit jiwa dibuatnya. Begitulah pentingnya teman untuk berbual, supaya apa yang ada dalam minda dan hati dapat diluahkan melalui kata-kata.
Namun, kena ingat bahawa bercakap ni pun harus kena pada tempatnya. Kita tak boleh sesuka hati mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan akibat daripada ungkapan yang kita keluarkan. "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Selalukan dengar pepatah Melayu ni? Of course lah selalu kan. Tetambah masing-masing belajar Bahasa Melayu dekat sekolah dolu-dolu. Islam juga turut menggariskan supaya kita dapat berbicara dengan baik seperti yang digariskan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Sesiapa yang beriman kepada Allah S.W.T. dan hari akhirat, maka berbicaralah dengan baikk atau diam." [Riwayat Al-Bukhari]
Seringkali kita dengar, sekiranya bicara kita itu tidak mendatangkan satu faedah pun, lebih baik kita berdiam diri.
Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran, maksudnya :
"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir (Malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan)." [Qaf :18]
Dari ayat tu, teringat pula masa mengajar dekat tadika, budak-budak pun pandai and tahu tugas-tugas serta nama-nama malaikat, sambil bernyanyi lagi. Haa, dekat sini kita nampak, tujuan dan matlamat manusia berbicara perlu jelas dan mendatangkan kesan yang baik khususnya demi menjamin keharmonian sesama manusia.
ADAB-ADAB APABILA BERBICARA
1. Bercakap Benar.
Sebelum perkataan keluar dari mulut kita, kita perlulah berhati-hati dan berfikir sebaik-baiknya kerana Islam mewajibkan supaya bercakap benar. Terkenal dengan pepatah Melayu, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya." Kewajipan untuk bercakap benar seperti dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama-sama orang yang benar." [At-Taubah : 119]
Berbicara harus berpandukan fakta yang benar, bukan berdasarkn pendustaan yang dilemparkan untuk memuaskan hati atau demi kepentingan diri.
2. Perkataan Yang Baik.
Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Oleh itu, ucapkanlah kata-kata yang baik agar sedap didengar, dan ia akan dibalas denan kata-kata yang baik juga. Kata-kata yang baik boleh mendatangkan kebaikan, rangsangan motivasi, timbulkan rasa semangat, dan menggembirakan orang yang mendengarnya. Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Jagalah diri kamu daripada api neraka walau dengan sebelah kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik." [Riwayat Al-Bukhari]
3. Kurangkan Bercakap.
Actually, inilah yang amat sukar untuk kita praktikkan. Ramai orang tahu bahawa kita hanya bercakap apabila diperlukan sahaja. Namun, realiti sebenarnya memang sukar untuk kita laksanakan. Sebahagian manusia, mulut ini lebih selesa bercakap daripada senyap. Kalau tak dapat bercakap, terasa bagai tekanan yang menghempap, gedebuk gedebak!
Bagaimanapun, kita harus mencari jalan untuk mendorong hati agar sedikit berbicara. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara." [Riwayat At-Tirmizi]
Tetapi, harus difahami menerusi hadith ini, maksud orang yang banyak bicara itu ialah orang yang berbicara yang langsung tidak membawa apa-apa kebaikan untuk dirinya mahupun orang lain. Sama seperti yang dijelaskan tadi, seandainya sesuatu percakapan itu tidak membawa apa-apa kebaikan, lebih baik diam.
4. Jelas dan Terang.
Berbicaralah denagn suara yang jelas dan terang supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Berbicaralah dengan perlahan-lahan serta tidak terlalu tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa berbicara dengan memandang wajah orang yang mendengar. Dengan cara ini, orang yang mendengar itu bisa merasa diri dihargai dan tidak merasa jemu untuk menjadi seorang pendengar yang baik di kemudian hari serta boleh merangsang minatnya untuk berbicara dengan lebih baik.
Akhir kalamnya, ini hanyalah sebahagian daripada adab-adab untuk berbicara yang telah dianjurkan oleh Islam. Apabila kita berbicara, jadikanlah bicara dan lafaz yang terucap di bibir kita suatu ibadah.
Moga Allah nilai ia sebagai satu amalan yang mebuahkan pahala kerana ucapan yang baik juga merupakan suatu sedekah. So, smile! :)
Sumber pembacaan : Hj Zainuddin Ali. Solusi. Isu No. 27. Seni Berbicara Islami. Jurulatih Profesional berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (UUM) dan Ijazah Pengurusan Perniagaan (Royal Melbourne Institute Tech.)










10 comments:
HEHE..saya ni manusia yang kurang suka bercakap..tapi kalau me'latah' (*bukan sebab dicucuk) laju ja me membebel..hehe..nice tips.. :) inshaaAllah mana2 yang perlu digunapakai..hoho
nice entry~
Waalaikumussalam..hm betol sgt 2, adab2 berbicar 2 pntg, lidah ni lebih tjam dr pedang, kalau terlajak berkata2..dri sndri jgak binasa..
Berkatalah baik atau diam, tp kdg2 susah nak kawal mulut nie..
Bagus entri ni dik, mengingatkan diri akak juga ni. ALmaklum la...mulut susah nk tutup kadang-kadang.
thanks sebab mengingatkan akak nis..akak ni cepat marah, bila marah mulut pun mula la membebel..
Selamat malam. Saya sedang mencari sponsor untuk merasmikan 1st GA saya dan partner . Jom lah menimbulkan diri :3
Banyak kelebihannya bila korang jadi sponsor tau ^^
http://leprecious-nineplus-two.blogspot.com/2013/05/attention-pencarian-sponsor-hebat.html
good entry...:)
ckp bila perlu ... kadang2 diam lebih baik kalau berckp meyakitkan hati org..hek3.. :)) *jum menaip ?* :DD
Betul, kurangkan bercakap. Kadang2 kita tatau bila kita dah sakitkan hati orang even kita rasa kata2 kita tu satu gurauan. Tapi susah jugak kalau orang yang banyak cakap ni tetibe senyap pulak. Hehe~
Post a Comment