31 May 2013

Bersyukurlah

Assalamu'alaikum.

Terasa lama benar tidak kubelai 'baby' kesayangan aku ni. Rindu. Jujur aku rindu. Tapi, apakan daya, dek kerana urusan lain lebih penting, jadinya aku dahulukan mana yang utama itu. Terima kasih pada kamu, kamu, dan kamu kerana masih sudi menyinggah di sini ya. Aku hargai. :')

Sebenarnya, lately kesihatan tak memberangsangkan. Perut yang sepertinya meragam tiada henti. Kepala pusing mengalahkan roller coaster berpusing. Alhamdulillah. Its okay, mungkin itu antara wasilah Allah S.W.T. ingin lenyapkan dosa-dosa kecil di hati ni. One thing, I know, I trust, He knows The Best.

Hari ini, aku cuma ingin berkongsi sedikit sahaja, iaitu tentang syukur. Di negara kita yang mempunyai ribuan penduduknya, terkadang ada ketikanya masing-masing selalu sahaja buat hal sendiri atau kata lain yang agak kasarnya pentingkan diri sendiri. Aku dengan hal aku. Kau dengan hal kau. Tapi, tak pernah ke kita terfikir, kita semua adalah bersaudara, walaupun mempunyai perbezaan agama, berbilang bangsa, keturunan dan terkadang selalu sahaja berbeza pandangan. Namun, kenapa ya selalu sahaja kita egois? Terlalu ingin menangkan kehendak sendiri, sehinggakan keperluan insan lain yang lebih memerlukan terabai dan terbiar. Cubalah. Cuba terima kekurangan mereka, cubalah untuk menghargai mereka untuk merasa apa itu nilai dihargai dan nilai harga diri. 

Syukurlah. Syukur. Dengan apa yang kita ada. Usah terlalu bongkak dan sombong dengan kelebihan yang kita ada. Hidup ni cuma seketika. Esok lusa belum tentu akan jadi milik kita. Aku berkata begini kerana aku memerhati. Memerhati gelagat manusia di sini dan mereka di 'sana'. Walaupun ku lihat ada persamaannya. Namun, perbezaannya jauh ketara, Sungguh ketara. Sebab itu kukatakan, ayuh jadi hamba yang tahu bersyukur.

 Mereka hidup dalam keadaan terdesak mencari sesuap nasi, kita di sini bersenang lenang, di mana sahaja boleh dapatkan nasi. Mereka di sana kerah tenaga sepenuhnya mencari rezeki, kita di sini ada sahaja yang goyang kaki. Mereka di sana saling hormat-menghormati sesama sendiri, kita di sini sombong lagi bangga diri. Mereka di sana cermat ketika memandu di jalan-jalan kota walaupun terdapat ribuan pacuan beroda, sampaikan jumlah kemalangan zero nisbahnya, tapi kita di sini, merempit tak tentu hala, bagai nyawa yang melayang dapat diganti semula. Mereka tak pernah kenal erti penat lelah, walau sesaat sekalipun. Tetap mencari kerja yang halal, walaupun pekerjaan itu hina di mata sesetengah manusia yang buta mata hati untuk menilai. Namun, semangat di hati membuatkan mereka terus gigih berusaha, tanpa mempedulikan suara sumbang di tabir sana, malah ia dijadikan sebagai batu loncatan pula, untuk terus gigih dalam perjuangan demi mencari sesuap nasi untuk diri, anak-anak dan juga isteri. Kerana mereka yakin, rezeki Tuhan yang beri. Namun, Tuhan tidak akan memberi kalau usahanya hanya tahu gigit kuku sendiri. Tepuk dada, tanya iman dan hati. 

Perkongsian ini, adalah untuk diri aku sendiri dan semoga turut beri manfaat buat semua. Kita hanya hamba Dia. Segala apa yang kita ada, Dia yang punya. Apa-apa pun, kita akan kembali pada Dia. Jadi bersyukurlah. 

Tak dapat nak lama-lama di sini. Perlukan istirehat yang cukup untuk terus kuat berdiri dan melangkah demi esok hari. In shaa Allah, esok lusa aku datang kembali andai masih diberi ruang dan peluang. Yang pasti, aku rindu. Rindu moment antara aku, kau, dia, dan mereka. Entah bila akan bertemu lagi. 

K, terima kasih selagi lagi ya. Jumpa lagi. Senyum tak perlu kata apa-apa. :')
Assalamu'alaikum.


25 May 2013

The Moment Again

Assalamu'alaikum!

Okay, first boleh tak nak mintak tolong akak-akak or adik-adik manis, tolong urutkan tangan aku? Lenguhhh! Ergh. *Gedikss.

Anyway, malam tadi dah siap packing barang untuk journey esok, Alhamdulillah. Before tu, tadi awal pepagi lagi family aku dah bergegas balik kampung belah ayah aku dekat Kedah, seperti mana yang aku ada cakap dalam entri yang lepas, by this week, my another cousin bertunang lagi. Hihi. Seronok! Hihi. Kenapa seronok? Sebab bila balik kampung belah ayah aku, aku rasa happy lah! Huhihuhi. Tak tau lah kenapa. Sebab mak pak sedara, sepupu semua sempoiiii tak terkira. Hehe. Aku dedatang jer rumah Mak Ndak aku, salam-salam semua yang ada, buat kecoh sekejap, then terus pergi dapur buat kerja sebagai 'anak dara'. Buat-buat sebok sediakan kuih itu ini, cuci pinggan mangkuk yang sememangnya kerja aku dulu kini dan selamanya di mana-mana sahaja aku berada, ke hulu ke hilir macam aku tuan rumah dia. Haha. Poyo gile, tapi tu laa, bila lagi kan nak practise semua tu? Kuikui.


Anyway, di kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan congrats to my lovely cousin, Kak Mirah atas pertunangan nya. Aku doakan in shaa Allah kekal hingga ke alam perkahwinan seterusnya bertahan hingga akhir hayat bertemu di syurga sana. *Aiwah ayattt, nak hiperbola saja aku ni.

Doakan aku untuk journey esok. In shaa Allah, kita berjumpa lagi seminggu akan datang yaa. Sorry, jadi super duper busy girl this week. Hehe. 

Salam kasih dan rindu dari aku buat semuaaa.

Assalamu'alaikum. :')

24 May 2013

Al-Kisah Seorang Gadis

Assalamu'alaikum.

Hi guys. Hopefully sihat-sihat sahajalah ya. Anyway, sekali lagi aku kena tag, thanks to adik comel Ain sebabnya tag akak. Actually, before ni aku dah pernah join game ni, try klik SINI untuk tengok yang lepas. Tapi its okay, untuk tidak menghampakan adik sorang ni, aku sudi join. Tapiiii adik! Akak tak ikut rules boleh? Hehe. Takpe kan? Akak just jawab questions adik je, okay?



QUESTIONS FROM ADIK AIN TO ME

1. Apa perasaan korang apabila disakiti?
-To be honest, serius sakit sangat, menusuk sampai ke dalam jantung, peparu, hati, limpa, and sekutu dengannya. Tapi, its okay, apa-apa pun, aku akan maafkan walaupun disakiti, aku bukan jenis pendendam.

2. Nanti dah besar, apa kerja yang korang akan buat?
-Actually, aku ni tak cukup besar ke? Ekekeke. Okay, cita-cita aku lecturer-to-be. By the way, ayah aku harap aku jadi cikgu. Its okay, ada rezeki, tak kemana kan? Aku harap ayah dan ummi doakan yang terbaik untuk aku.

3. Subjek apa yang korang susah nak faham?
-Setakat semester lepas, yang tough giler punya subjek, adalah Land Law. Serius, aku belajar sambil menangis. Result pon dah keluar, so, aku terima apa je ketentuan Dia. Syukur dengan apa yang aku dapat. Alhamdulillah.

4. Artis mana yang paling korang benci?
-Wow, tak pernah plak aku terpikir nak membenci memana artis. Sebab bagi aku, kalau dia nyanyi or berlakon best and tarik perhatian aku, aku layan jer. Hoho. Takde kot yang aku benci. One thing, aku tak berapa nak ngam dengan K-Pop. Hiks.

5. Dalam banyak-banyak kawan, siapakah yang buat korang sakit hati? Hee.
-Apabila kawan makan kawan.

6. Peristiwa yang korang tak boleh lupakan? Terangkan.
-Peristiwa ni berlaku lebih kurang 13 tahun yang lalu. Mak saudara yang paling kamcing dengan aku meninggal dunia. Aku panggil dia 'Wan Tak'. Dia duduk dekat Kuala Kangsar. Ada seorang anak lelaki. Dia sayang aku sangat, and for sure aku sayang dia sangat-sangat. Masa aku kecil, every weeks dia akan ambil aku, and duduk dekat rumah dia. Dia layan aku macam anak dia sendiri. Antara anak-anak buah yang lain, aku yang paling rapat dengan dia. Tapi, umur dia tak panjang. Tuhan lebih sayangkan Dia. Tuhan ambil dia dari aku. Mungkin tanggungjawab Wan Tak dah terlunas dekat dunia ni, sebab tu Allah S.W.T.  suruh dia 'berehat'. Aku rindu. Wan Tak, anis rindu sangat. Harap nanti kita dapat jumpa lagi ya dekat sana. *Sorry, aku taip sambil menangis. Erghh. Apa laa soalan ni, buat aku touching! Sepak kang!

7. Negara mana yang korang teringin nak pergi sana?
-For sure Makkah Al-Mukarramah. In shaa Allah, semoga umur ni panjang untuk jejak kaki dekat sana.

8. Cikgu-cikgu kat sekolah, berapa banyak yang paling sporting?
-Aku dah habis sekolah. Yang aku ingat dulu, ramai laa jugak yang cikgu sporting ni, walaupun pada hakikatnya diorang tegas nak mati, tapi bestt! 1, 2, 3, 4, 5, 6, banyakkk laaa. Hihihi.

9. Guru atau pensyarah yang mana lagi korang minat?
-Dua-dua aku minat. Hehehe.

10. Blogger mana yang korang pikir dia tu comel?
-Bagi aku blogger cecomel niii antaranya Cik AkakEizzMizz AizaNana LienaSis KathyAisya LiezaDeeyaMichelleLatifah ZainalFais dan baaaaaanyakk lagi sebenarnya. Haha. Tak larat nak masukkan link.Try la terjah blog diorang, comell and superb habis okay. I tak tipu.

11. Korang ada pakwe? Benda apa yang buat anda sakit hati dengan dia?
-Pakwe? Siapalah nak dekat aku ni. Hm *Ayat yang sama aku nak ulang, tak kira tak kira, 'dahlah hidung tak mancung, pipi tembam, dagu pulak macam ikan buntal' --" 'Sembunyikan perhubungan, rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan.' Itu lebih baik kan, aku pegang benda ni. Jodoh, ajal maut, rezeki, Allah S.W.T dah tentukan. Ada, adalah, kalau takda kena terima. Well prepare je. Ye dak? Hm hm hm. *Tangan ke bahu, mata ke langit.


Okayy, sekian sahaja dariku untukmu. Assalamu'alaikum.

23 May 2013

Surat Cinta Buat Si Manis

Assalamu'alaikum.


Kepada si manis wanita peliharaan Allah S.W.T.,

Mengapa dirimu sering bersedih dengan ujian yang sedang dilalui? Mengapa matamu yang jernih itu sering dibasahi air mata untuk seseorang yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu? Usahlah dibazirkan air matamu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri. Apakah kamu telah lupa kepada Pemilik nyawa?

Sekarang, kamu pejamkan mata dan rasailah gerak hati yang bersih. Dapatkah dirimu rasakan yang Dia bersama dan sedang memujuk dan memelukmu erat bersama dengan kalimah suci yang terangkum menjadi satu kitab cinta umat Islam yakni Al-Quran? Wahai si manis, ingatlah, dirimu tidak pernah keseorangan tatkala berasakan dunia ini meminggirkanmu.

Si manis sayang, ingatlah, saat dunia memandang lemah dan mengenepikanmu, Allah S.W.T. masih kekal bersama denganmu. Senafas pun Allah S.W.T. tidak meninggalkanmu. Tidakkah dirimu berasa begitu istimewa? Selangkah dirimu mendekati Dia, sehasta Dia menghampirimu. Maka, Senyumlaah wahai si manis sayangku.


Tahukah dirimu bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Setiap manusia itu pasti melalui pancaroba berdasarkan kemampuan. Mengukur kemampuan itu adalah di luar kebolehan insan, hanya Allah S.W.T. sahajalah yang mengetahui. Anggaplah bahawa ujian itu sebagai tarbiyah agar tidak alpa dalam kehidupan. Kadangkala dirimu berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya. Ada ketika lain dirimu berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri sehingga air mata jernih menitis membasahi wajahmu yang mulus.

Namun wahai si manis, fahamilah hakikat seorang hamba. Allah S.W.T.  berhak ke atasmu. Suka dan duka tetap menjadi nikmat dan kurnia yang dianugerahkan. Jika ingin mengakhiri kehidupan ini dengan kebaikan, maka mulakanlah dengan langkah serta amalan yang diredhai. Seandainya dirimu memilih untuk menghabiskan sisa waktu dengan keburukan, maka sepanjang kehidupan pasti diselubungi dengan kegelapan sehingga detik nafasmu yang terakhir.


Tapi, ingatlah wahai si manis, Allah S.W.T. menurunkan setiap ujian dan dugaan itu kerana Dia tahu, kita mampu untuk menghadapi setiap satu darinya. Oleh itu, hadapilah dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar. Percayalah dengan kata-kata Allah S.W.T. ini kepada hambanya, yang bermaksud :

"Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa) : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah." [Al-Baqarah : 286]

Si manis harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu kelak. Malah, In shaa Allah, dirimu akan berdiri cemerlang dengan kehendak-Nya. Ingatlah kepada Al-Khaliq, Yang Maha Pencipta. Dia sentiasa berada di sisi tidak kira masa dan ketika.

Wahai si manis, hentikanlah tangisanmu. Sucikan wajahmu dengan wudhu' supaya nur kebahagiaan kembali terpancar di wajahmu. Tabah ya wahai si manis, teruskanlah perjuangan dengan penuh keyakinan. Berdoalah kepada Allah S.W.T. agar membawa pergi dukamu saat titisan air itu mengalir membasahi anggota bagi mensucikan zahir dan batinmu.

Dalam mengharungi hidup yang penuh ranjau berduri ini, dirimu akan berhadapan dengan pelbagai mehnah yang bisa menyesakkan jiwa dan mindamu. Tetapi, usah khuatir si manis, Allah S.W.T. kan ada? Berdoalah selalu dan mintalah pertolongan dituntun je jalan yang lurus agar bisa kuat selalu. Benar! Keresahan itu bisa meragut ketenangan hati. Fikiran disogok dengan kepedihan dan kenangan lalu hingga membawa minda menerawang entah ke mana dan membuatkan jiwa tidak pernah tenteram. Saat itu mulalah fikiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai persoalan mulai timbul satu-persatu. Hati tidak keruan memikirkan masalah yang entah ada jalan keluar entah tidak. Sebagai insan yang lemah, Pencipta yang Maha Esa akan mula dilupakan.



Si manis, jangan. Jangan jadi seperti itu. Jangan dilupakan siapa yang menciptakan dirimu dan apakah hakikat kehidupan yang sebenarnya sebagai khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Pujuklah tangkai hati dengan janji-janji Ar-Rahman Ar-Rahim. Sesungguhnya dirimu akan berasa lebih tenang dan tenteram. Jangan menangis lagi ya? Teringat pada ayat Al-Quran yang membawa maksud :

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." ['Ali-'Imran : 139]

Wahai si manis sayang,

Andai jiwamu terhimpit dengan 1001 penyesalan, sering berasa gusar di atas kealpaan suatu ketika dahulu, bahkan masih terasa diri dipalit dosa-dosa hitam semalam, maka menangislah sepuas hatimu andai itu bisa melegakan jiwamu. Jika dirimu mengalirkan air mata keinsafan, itu lebih bermakna. Cara itu mampu mendekatkanmu dengan Rabb-mu. Mintalah keampunan dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya, Allah S.W.T. Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. 

"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-Ku, nescaya Ku-ampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula." [Riwayat At-Tirmizi]

Si manis yang disayangi lagi dicintai,

Jadikan kisah silammu sebagai pengajaran yang bermakna. Sematkanlah di dalam hati supaya dirimu tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguhlah dengan tali Allah S.W.T. Percaya dan yakinlah sepenuh hati bahawa Allah S.W.T. akan mengampuni dosa-dosa dan mengurniakan maghfirah buatmu. Benar, kita hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Namun, dengan kesilapan jugalah yang akan menguatkan kita.


Beruntungnya kita kerana di lahirkan menjadi seorang Muslimah. Setiap tingkah sentiasa ada pedomannya. Walaupun perkara sekecil zarah, hati akan menjadi sangat senang dan mudah dengan landasan kehidupan yang diberi petunjuk. 

Yakinlah sayang, Allah S.W.T. Maha Melihat Maha Mendengar. Tiada satu pun yang akan tersembunyi dan terlupa kerana Dia menjadi saksi segala. Hidup perlu diteruskan meski penuh dengan beribu-ribu tangisan sehingga sampai detik nyawa dicabut malaikat-Nya. Ingat! Dia tidak akan membebani setiap hamba dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Sama sekali tidak akan!

Jadi, senyumlah, tabahlah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi berpahat kukuh. Pesan pada diri, jangan lupa untuk bersolat dan bersujud sepenuh hati kerana di situlah punca hidupnya hati, punca kedamaian, punca kebahagiaan. Bersedialah untuk mengejar cantiknya ufuk fajar sebelum ia terbenam dan tidak muncul kembali.


Akhir kalam buat si manis, usah terlalu merasa derita kerana kehidupan, berbahagialah menghadapi setiap ujian, merasa beruntunglah kerana telah terpilih untuk menghadapi setiap detik itu, kerana janji Tuhan itu pasti. Bahagia akan muncul di akhir nanti. 

Si maniss, ayuh! Kita ubah, biar lelah jadi lillah. :')

Ikhlas,
Aku, hamba yang masih mencari kekuatan untuk terus kuat berdiri demi mengenggam erat tali Illahi.
*Si manis : Refer to myself.

22 May 2013

SEGMEN KATHY MENCARI BLOGLIST MEI-OGOS

Assalamu'alaikum.

JOM SUPPORT SEGMEN BLOGGER KATHY.

Sekiranya kalian turut berminat untuk join segmen ni, klik saja banner dekat bawah ni haa.

Photobucket
*Entri melekat sehingga 31 Mei 2013.


Mulut! Jaga-Jaga

Assalamu'alaikum.


Bangun pagi, celik je mata, automatik mulut kita pun memulakan tugasnya bercakap sehinggalah mata kita terpejam. Ada tak sesiapa yang seharian dia langsung tak bercakap? Walaupun just bercakap sorang-sorang? Haa, cuba kita bayangkan andai kata kita duduk berseorangan seharian tanpa dapat berkata-kata walau sepatah. Hehe. 

Bayangkan jugak kalau kita duduk dekat rumah seharian dan sendirian tanpa ada seorang pun teman untuk berbicara. Pastinya boleh sakit jiwa dibuatnya. Begitulah pentingnya teman untuk berbual, supaya apa yang ada dalam minda dan hati dapat diluahkan melalui kata-kata.


Namun, kena ingat bahawa bercakap ni pun harus kena pada tempatnya. Kita tak boleh sesuka hati mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan akibat daripada ungkapan yang kita keluarkan. "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Selalukan dengar pepatah Melayu ni? Of course lah selalu kan. Tetambah masing-masing belajar Bahasa Melayu dekat sekolah dolu-dolu. Islam juga turut menggariskan supaya kita dapat berbicara dengan baik seperti yang digariskan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Sesiapa yang beriman kepada Allah S.W.T. dan hari akhirat, maka berbicaralah dengan baikk atau diam." [Riwayat Al-Bukhari]

Seringkali kita dengar, sekiranya bicara kita itu tidak mendatangkan satu faedah pun, lebih baik kita berdiam diri.

Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran, maksudnya :

"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir (Malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan)." [Qaf :18]


Dari ayat tu, teringat pula masa mengajar dekat tadika, budak-budak pun pandai and tahu tugas-tugas serta nama-nama malaikat, sambil bernyanyi lagi. Haa, dekat sini kita nampak, tujuan dan matlamat manusia berbicara perlu jelas dan mendatangkan kesan yang baik khususnya demi menjamin keharmonian sesama manusia.

ADAB-ADAB APABILA BERBICARA

1. Bercakap Benar.

Sebelum perkataan keluar dari mulut kita, kita perlulah berhati-hati dan berfikir sebaik-baiknya kerana Islam mewajibkan supaya bercakap benar. Terkenal dengan pepatah Melayu, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya." Kewajipan untuk bercakap benar seperti dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama-sama orang yang benar." [At-Taubah : 119]

Berbicara harus berpandukan fakta yang benar, bukan berdasarkn pendustaan yang dilemparkan untuk memuaskan hati atau demi kepentingan diri. 


2. Perkataan Yang Baik.

Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Oleh itu, ucapkanlah kata-kata yang baik agar sedap didengar, dan ia akan dibalas denan kata-kata yang baik juga. Kata-kata yang baik boleh mendatangkan kebaikan, rangsangan motivasi, timbulkan rasa semangat, dan menggembirakan orang yang mendengarnya. Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 

"Jagalah diri kamu daripada api neraka walau dengan sebelah kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik." [Riwayat Al-Bukhari]


3. Kurangkan Bercakap.

Actually, inilah yang amat sukar untuk kita praktikkan. Ramai orang tahu bahawa kita hanya bercakap apabila diperlukan sahaja. Namun, realiti sebenarnya memang sukar untuk kita laksanakan. Sebahagian manusia, mulut ini lebih selesa bercakap daripada senyap. Kalau tak dapat bercakap, terasa bagai tekanan yang menghempap, gedebuk gedebak! 

Bagaimanapun, kita harus mencari jalan untuk mendorong hati agar sedikit berbicara. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 

Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara." [Riwayat At-Tirmizi]

Tetapi, harus difahami menerusi hadith ini, maksud orang yang banyak bicara itu ialah orang yang berbicara yang langsung tidak membawa apa-apa kebaikan untuk dirinya mahupun orang lain. Sama seperti yang dijelaskan tadi, seandainya sesuatu percakapan itu tidak membawa apa-apa kebaikan, lebih baik diam.


4. Jelas dan Terang.

Berbicaralah denagn suara yang jelas dan terang supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. 

Berbicaralah dengan perlahan-lahan serta tidak terlalu tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa berbicara dengan memandang wajah orang yang mendengar. Dengan cara ini, orang yang mendengar itu bisa merasa diri dihargai dan tidak merasa jemu untuk menjadi seorang pendengar yang baik di kemudian hari serta boleh merangsang minatnya untuk berbicara dengan lebih baik.

Akhir kalamnya, ini hanyalah sebahagian daripada adab-adab untuk berbicara yang telah dianjurkan oleh Islam. Apabila kita berbicara, jadikanlah bicara dan lafaz yang terucap di bibir kita suatu ibadah. 


Moga Allah nilai ia sebagai satu amalan yang mebuahkan pahala kerana ucapan yang baik juga merupakan suatu sedekah. So, smile! :)

Sumber pembacaan :   Hj Zainuddin Ali. Solusi. Isu No. 27. Seni Berbicara Islami. Jurulatih Profesional berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (UUM) dan Ijazah Pengurusan Perniagaan (Royal Melbourne Institute Tech.) 

Wordless Wednesday #3

Assalamu'alaikum.


21 May 2013

Rindu

Rindu.
Tapi entah pada siapa yang dirindu.
Lidah terasa kelu.
Bila aku tahu ada seseorang turut menyimpan rasa itu.

Rindu.
Mungkin pada mereka, mungkin pada dia, mungkin juga pada kamu.
Terasa berat bagai ada sesuatu.
Biarlah hanya aku dan Tuhanku yang tahu.

Rindu.
Aku lebih rela diam membisu.
Bukan niat aku menjauh dari kamu.
Tapi, siapalah aku.

Rindu.
Andai rasa ini bisa buatku tersasar dari tujuan sebenarku.
Mohon dihapuskan segera biar ia berlalu.
Pergi jauh dari hidupku.

Rindu.
Biar Allah sahaja yang menjaga rasa di qalbuku.
Biar doa sahaja yang menjadi perantara aku dengan Rabb-ku.
Aku sudi, demi redha dari Empunya Sebenar Rindu.

Rindu.
Saat merasai nikmat terbalasnya rindu dari Tuhanku.
Ujian dugaan silih berganti, namun aku tak pernah rasa jemu.
Kerana  kusedar Dia rindu mendengar rintihan doa dariku.

*Original Ilham from Illahi, written by Me


20 May 2013

Am I Strong?

Assalamu'alaikum.


Aku bukanlah orang yang hebat, tapi aku mahu belajar dari orang yang hebat.
Aku adalah orang yang biasa, tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa.
Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa.


Allah adalah kekuatan. 
Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.


Ya Allah. 
Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berikanlah kepadaku keyakinan bahawa takdir-Mu lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan.

*Sources : Abang google tersayang.

Nies, everyday is a second chances. Trying hard, again and again. Sesak terasa di dada. Berat. Berat bagai ada bagasi besar yang sedang menindih. Allah.

Tears. 

Review Blog : Aenn Athirah's Blog

Assalamu'alaikum.

Hai peeps! Okay, aku nak ambik masa sekejapppp je! Lepas ni ada kerja lain nak buat. Tapi, aku nak jugak update satu post tentang review blog ni. Anyway, thanks kepada adik Aenn Athirah sebab mentioned aku sebagai followers yang ke-333 dekat blog dia. Alhamdulillah. So, sekarang ni aku tiba-tiba teringin nak review blog adik ni. Kalau korang nak review blog adik manis ni pon boleh. Klik je pada gambar bawah ni.

Photobucket

atau boleh klik link di bawah ni.


Okay, aku review setakat mana yang aku sempat okayyy. Blog adik manis ni more to purple colour. Rasanya, itulah antara feveret colour dia. Hihi, aku main teka jer. Blog adik ni kemas and tersusun je segala widget-nya. Comel je blog dia, sama macam tuan dia lah yang pasti. Dalam blog dia ada music yang menenangkan jiwa dan raga. Haha, poyo je ayat aku ni. Dia lepasan SPM kalau tak silap aku, sebab hari tu aku ada baca post dia, dia ada kata, dia dapat sambung belajar dekat UiTM kalau tak silap aku, asasi sains, kan dik? Hihi, aku ingat pon sebab ada blogger sorang lagi, panggil Aein jugak, korang boleh terjah blog dia jugak, aeinafq.blogspot.comdia pon dapat sambung study dekat sana and aliran asasi yang sama. Sebab tu aku ingat. Hihi. Hobi dia tak silap aku berblogging.

Adik ni dah mencecah 344 followers. Jomlah reramai jadi followers dia. Kita support blogger yang comel ni. Blog dia ada menceritakan tentang kehidupan diri dia sedikit sebanyak and for sure, dia selalu join segmen atau mana-mana GA yang dianjurkan. Haha, rajin betul adik ni. Aku ni haa, jarang betei. Tak pelah, aku slow-slow. Anyway, all the best dik. Sesapa yang ada buat apa-apa segmen and GA or apa-apa je contest, ajak laa adik nii, kompem dia join. Hehe.

Okay, maybe stakat ni dulu kot. Selamat berkenalan dengan adik manis ni and selamat berblogging. Assalamu'alaikum!

Alhamdulillah!

Assalamu'alaikum.


Haii everyone! Apa khabar semuanya? Moga-moga sihat selalu dan ceria sentiasa hendaknya. In shaa Allah.

Actually, aku baru je sampai rumah, semalam pergi Puchong, sebab pagi tadi ada engagement ceremony my cousin, kak ngah, and majlis aqiqah anak kak long, diorang ni anak kepada cuna aku. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Cantik tengok kak ngah tadi. berseri-seri muka dia. Hehe. Semoga berkekalan lah ya sampai ke syurga. In shaa Allah. Tadi pun, dah siap-siap tetapkan tarikh untuk majlis bernikah apa semua. So, semoga semuanya dipermudahkan. Tadi, masa nak mula je majlis nya, macam biasalah, ayah chor aku, dengan gaya nya lah, berpantun bagai. Haha, sampai terdiam pihak sebelah lagi, tak tau nak jawab apa. Hanya mampu gelak ramai-ramai. Hehe. Macam tu lah setiap kali, ada majlis apa-apa dalam family sebelah ummi. Happy family till syurga, amin. 

Bak kata ummi, 'Selesai dah satu bab. Banyak lagi hah bab-bab seterusnya.' Mestilah, ramai lagi anak cucu cicit Haji Alang Endut tak kahwin lagi, and ada yang bakal berkahwin pun tahun ni, semoga segalanya diredhai perjalanan sepanjangnya. 

Debar. Debar. Debar. Waiting for the next week, and next two week. Here we gooooo! Huhihuhi. 

Anyway, by June ni dah start semester ke 7, merangkap final year aku. Alhamdulillah, baru tadi je selesai register course untuk next semester. Memula sedih, sebab before ni, aku bukak student portal, tengok aku punya reserve hostel takdak, takdak statement kata aku book mana-mana dorm before ni, padahal sistem before ni memang tak perlu re-reserve kalau still nak stay dorm lama. Nak nangis rasa, asyik pikir, habis laaa aku kena berperang habis-habisan nanti masa nak ambik kunci. Pastu, tanya habis semua kengkawan, diorang punya cemana. Tapi, jawapan sama macam aku. Sistem kot yang busy, sebab tu dia tak update lagi masa tu. Hihi. Tapi, alhamdulillah, tadi lepas register course semua, dapat balik reserve dorm lama. Yehuuuu! *Lompat bintang tinggi-tinggi

Klik pada gambar untuk tumbesaran.

Anyway, doakan aku eh. Next sem aku ada 15jam kredit. Nak pengsan bila asyik terigau-igau senior kata subjek akan datang ni semuanya tough belaka. Errghh! Nak taknak memang kena struggle bebetul. Fokus! Fokus! Taknak main-main lagi. 

And, for sure, nak ucap terima kasih sekali lagi dan semestinya berkali-kali kepada sis Cik Akak sebab pilih aku sebagai antara calon yang menang untuk GA Bintang Mencari Cinta yang Cik Akak anjurkan beberapa hari yang lepas. Actually, aku takdak la harap boleh menang pon, sebab aku create ayat-ayat tragis tapi penuh makna tu pon sesaja je, and join GA tu pon sesaja nak isi masa. Tak sangka pulak terpilih. Hihi, first time join GA as a blogger. Alhamdulillah, lelepas ni in shaa Allah, kalau rajin lagi aku join lagi ya sesapa yang anjurkan apa-apa segmen dalam blog ni. 


Terima kasih juga kepada blogger-blogger yang lain yang sudi bertandang dekat blog picisan aku yang tak seberapa ni. And congrats also, to all the other winners. Yang kurang bernasib baik, in shaa Allah jangan sesekali berputus asa, cuba lagi yaaa! Tiada istilah kalah dalam kamus hidup kita, cumanya masih belum menang. Sampai masa nanti, Dia akan beri. ;)

Allah S.W.T. berfirman dalm Al-Quran, yang bermaksud :"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka berimankepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." [Al-Baqarah : 186]

Nah lagi, Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran, yang bermaksud :"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akanku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." [Ghafir : 60]

Say, Astaghfirullah for yesterday. Alhamdulillah for today. In shaa Allah for tommorow.

K, jaga diri baik-baik okay! Assalamu'alaikum. Senyum.

18 May 2013

Sebenarnya Aku.......

Assalamu'alaikum.

Sedih. Sebak. Resah. Rindu. Gembira. Semua bercampur dalam satu. Duhai hati, bertabah ya. Esok nak gerak gi KL, ada urusan family. Kakak saudara aku nak bertunang. Anyway, congrats kak, semoga akan kekal bersatu hingga ke syurga. Seronok tengok kakak-kakak saudara ramai yang dah kahwin, ramai yang dah timang cahaya mata pun. Seronok! Bila tengok baby-baby nih. Damai hati. Segala masalah semua boleh hilang sekelip mata je. Tak pecaya? Cuba lahhh tatap baby lelama.

By the way, next week pulak aku dah nak berangkat. Ya Allah, debarnya rasa hati ni. Mungkin sebab tak biasa, sebab tu lah. Harapnya tiada apa-apa masalah yang akan berlaku, hope so. Awak, awak dan awak sekalian yang aku sayang lagi rindu sepanjang detik dan waktu, jaga diri bebaik okay! Kalau rindu aku, berdoa mintak pada Dia, semoga rindu korang sampai pada aku. Tu pon kalau korang rindu aku lah. Kalau tak sesenyap udah!

Hm. Hm. Hm. Then, naik sem akan datang ni, for sure busy-se-busy-busy-nye. Huh! Its okayy nis, itulah cabaran dalam hidup kan? Nak berjaya tak nak??? Nak. Taknak. Nak. Taknak. Nak. Taknak. Errghh. Sepak kang! Of course laaaa nakkkk! Haiisyyyhhh. In shaa Allah, aku akan cuba buat yang terbaik untuk final year ni. Rabbi yassir yassir wala tu'assir. 

Okay-lah. Cakap pepanjang pon tak gunaa. Sebab buat masa ni, hati aku meronta-ronta, rindu teramat. Tak tau nak habaq cemana lagi dah. Petang tadi dah puas tatap gambar-gambar. Teringat kenangan sewaktu bersama. Baru seminggu je tak jumpa, tapi rasanyaaa macam dah bertahun lama. Penangannya pergghh! Buat aku tidur malam tak lena, buat aku tak tentu hala dalam kerja. Harapnya sampailah rindu aku ni buat yang tercintaaaa. Kita jumpa by next week ya sayang-sayangku! 


Sebenarnya aku..... Aku rindu diorang ni hah. Serius. Bila ada depan mata, penat sungguh nak melayan karenah. Tapi, bila menjauh, hati sayu. :'(

I miss you. Tolonglah, moga sayang-sayang aku ni pon rindukan aku. 

K, nak beradu dulu. Esok nak kena packing barang. 

Fi hifzillah semuanya. Moga dalam redha Allah S.W.T. in shaa Allah. 

Assalamu'alaikum.

17 May 2013

Apabila Kita Sedar Kita Adalah Pendosa

Assalamu'alaikum.

Hi. Salam Jumu'ah Mubarakah! Apa khabar kengkawan sekalian. Harapnya di hari Jumaat yang penuh berkah ini, kita sama-sama mendapat rahmat serta keampunan daripada Allah S.W.T. in shaa Allah. 

Pendosa. Kita adalah pendosa. Siapa bukan pendosa dalam kehidupan dunia ini? Hanya Rasulullah s.a.w. dan para nabi sahaja yang maksum daripada segala noda dan dosa. Kita sebagai manusia biasa, dosa hakikatnya adalah sebahagian daripada fitrah. Aku, kau, dan manusia di segenap dunia juga mempunyai dosa. Hanya perbezaannya adalah sama ada ia jelas ataupun tersembunyi. Setiap antara kita punya aib tersendiri, cuma ianya terzahir atau terhijab, itu sahaja.


Persoalannya di sini ialah, bukanlah ia dikira dari dosa yang terzahir ataupun tidak. Akan tetapi, adakah kita punya inisiatif untuk membersihkan segala dosa kita ataupun tidak?

'Mahu' adalah jawapan yang membezakan kita daripada pendosa-pendosa yang lain. Ingat, petunjuk Allah S.W.T., ada di mana-mana, tinggal kita sahaja untuk mencarinya. Usah asyik berkata, 'masih belum sampai seru', bimbang nanti diri sendiri yang menyesal kemudian hari. Kerana apa? Ajal maut, bukan di tangan kita, tapi di tangan Yang Maha Pencipta. 

Benarkah kita pendosa tidak mempunyai harapan? Manusia manakah yang berkata sedemikian? Sedangkan pengampunan Allah S.W.T. begitu maha meluas.

Pendosa yang tidak memohon ampunan daripada Allah S.W.T. akan menjadi sebahagian daripada ahli neraka. Namun demikian, para pendosa ini akan memasuki syurga Allah S.W.T. seandainya mereka bersungguh-sungguh membersihkan diri, mencari kesalahan diri, dan berusaha memperbaikinya. Sungguh! Keampunan Allah S.W.T. begitu luas. Tetapi, untuk mendapatkan keampunan daripada Allah S.W.T. perlu disertai dengan usaha, bukan hanya dengan bersahaja.

Allah memperjelaskan dalam Al-Quran, maksudnya :
"Sesiapa yang melakukan kejahatan ataupun menganiaya dirinya sendiri dengan melakukan maksiat, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [An-Nisa : 110]

Ini adalah sebagai dalil yang membicarakan tentang Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang Maha Pengampun. Oleh yang demikian, usah putus asa dari rahmat Allah S.W.T., kerana apa? Kerana sesungguhnya kita para pendosa ini sentiasa mempunyai harapan. Jangan sesekali berkata tidak. Harapan sentiasa terbuka selagi ajal dan kiamat masih belum tiba.

Firman Allah S.W.T. lagi dalam Al-Quran yang mana maksudnya berbunyi :
"Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu." [Al-'Araf : 156]


Sebenarnya, Allah S.W.T. memberikan kita pilihan. Sama ada memilih ke syurga, ataupun ke neraka-Nya. Mahu menjadi hamba-Nya yang sejati ataupun penderhaka kepada-Nya. 

Rumusan ni adalah daripada sumber pembacaan yang aku baca iaitu dari Buku Motivasi 'Untuk Kita Pendosa - Harapan Selalu Ada' by Hilal Asyraf. Bolehlah you all lawat laman web Langit Ilahi, untuk dapat sebarang informasi. In shaa Allah, semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Jom dapatkan reramai buku ni, in shaa Allah, akan berpuas hati dan takkan menyesal. Sebab apa? Sebab buku ni cara penyampaiannya simple, santai, mudah difahami, menusuk qalbu bila dibaca, ada pengajaran dan superb!

Fi hifzillah, Assalamu'alaikum, chenta hati.

16 May 2013

Spontaneous Thursday #1

Assalamu'alaikum.

Law student. Lol!


Aku Tahu Aku Hebat

Assalamu'alaikum.

Hi guys! Sebenarnya tak pasti apa motif post aku kali ni. Tengok tajuk pun nonsense gila. Kahkah. Right now my feeling a lil' bit nak kata okay tu boleh lah, and nak kata gelong tu ada lah sikit. Hihi. Tapi its okay, aku yakin lelepas ni in shaa Allah aku boleh adapt punya dengan suasana yang bagi aku so far Alhamdulillah, mungkin semua yang aku lalui saat ni adalah sebahagian dari petunjuk dari Allah. Who knows right? Whatever, Allah knows the best. Aku yakin tentang tu.

Allah uji aku macam ni bukan sebab Dia nak biar aku terus-terusan hanyut. Bukan nak biar aku terus-terusan berada dalam keadaan hidup tak berpedoman. *Mak aihh! Tak delah sampai tak berpedoman. Mulut kau nis. Yela, I meant Dia bagi semua ni bersebab. Sebab yang aku sendiri tak tahu apa. Tapi, yang aku tahu, mesti ada hikmah yang terbaik punya lah. 

Takpelah. Have fun dengan ujian ni. Hehehe. Allah uji atas kemampuan diri aku. Aku yakin, aku tak keseorangan. Be tough! Yeay! Rasa dah matang sikit kot? Hihi. Yelaaa tu, matang lah sangat kan. 

Biarlah aku dengan cara aku. Kau dengan cara kau. Dia dengan cara dia. Mereka dengan cara mereka. Cuma, biarlah hati di antara kita kembali bertaut demi menuju cinta dari Rabb yang Satu. 

"Remember Me, I will remember you." [Al-Baqarah 2:152]

Allah, i will. I'm trying harder than before, to start a journey towards YOU. 

Thanks because YOU always be mine. Love YOU.

Okay lah, nak keluar dengan family. Haha, nak riangkan hati ni. Hehuhehu. Peaaacccee!

Adioosssssss! Assalamu'alaikum. Kbai.



Menjauh

Menjauh.
Bukan kerana aku lemah.
Bukan kerana aku tidak menerima taqdir Allah.

Menjauh.
Agar bisa berhenti luka berdarah.
Agar tidak menjadi kian parah.

Menjauh.
Masa untukku mula bermuhasabah.
Kuturutkan keinginanmu demi menjaga mahabbah.

Menjauh.
Ketidaksempurnaan aku adalah fitrah.
Andai benar-benar ikhlas terimalah jiwa raga dengan sabar dan tabah.

Menjauh.
Bukan bererti aku mengalah.
Tapi beri peluang kepada hati kembali kepada Allah.

Menjauh.
Bukan tanda aku pasrah.
Tapi beri kau peluang berbahagia tanpa rasa lelah.

Menjauh.
Terlalu ingin terbang jauh.
Moga aku lebih tabah.

Original Ilham from Illahi, written by Me