26 January 2016

Dull

I'm gonna take my own sweet time,

And my own bitter time too,

Because that's how I am.

15 January 2016

Unforgettable Trip : Awan Lived Happily Ever After HAHA

Bismillahirrahmanirrahimm.

Assalamualaikum!

Sebelum ni dah nak menulis, tapi ada saja kekangan. Tapi takpe, sementara ada masa terluang ni, nak tinggal setapak dua jejak. Alhamdulillah, so far baru selesai menghadapi minggu-minggu yang agak complicated dengan nak completekan presentations and writing papers, final exam and kebetulan di akhir-akhir ini banyak dugaan menduga; itulah inilah. Tapi, Alhamdulillah, Tuhan beri kekuatan untuk bertahan dan selesaikan apa yang patut diselesaikan. Terkadang rasa tak mampu dah. Tapi, melalui kesakitan demi kesakitan yang dirasai, Tuhan hulurkan penawar bagi merawat luka yang ada. :')

Alhamdulillah, selesai hadap final exam. Sedih sebab terlalu rindukan suasana kelam kabut siapkan kerja-kerja yang menimbun, suasana rasa nak putus nyawa bila kerja yang diproceed tak nampak sebarang tanda-tanda akan siap pun, situasi rasa nak menangis setiap kali lepas presentations, situasi keluar and makan ramai-ramai dengan classmates, situasi berborak and sharing stories dengan kakak roommate sampai 2-3 pagi and so on. Kepada Kak Liza, terima kasih sudi jadi kakak roomate yang paling baik yang pernah kite ada. Terima kasih selalu dengar kite membebel. Terima kasih selalu bagi semangat kat kite. Terima kasih bagi classmate kite tumpanng tido bilik kite time exam week. Banyak sangat kenangan yang ada. Minggu-minggu terakhir before kite balik kampung, kite tengok akak lain. Akak nampak macam tak bermaya, macam hilang semangat untuk teruskan research PhD akak. Kite hanya mampu dengar luahan hati akak and bagi kata-kata semangat apa yang patut je. Akak, terima kasih untuk setiap kenangan yang ada. Kite doakan akak terus untuk kuat semangat untuk abiskan research PhD akak tu. Jangan stress-stress. Semoga akak dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dunia akhirat. Sorry buat akak menangis masa kite nak balik malam haritu. Kite tak sengaja. Tak sengaja nak buat akak rasa hilang. Kita jumpa lagi next time okay! Nanti kite turun UKM kite inform kat akak tau tau. See you when I see you, soon. In shaa Allah. :')

Sehari lepas habis final exam, planned dengan classmate pergi jalan-jalan. Tak jauh pun. Pergi berjemur dekat Banting je. Hehe. Actually, sorang dari member aku ada nampak tempat tu dekat facebook. Tengok tempat tu cantik, and kebetulan fees dia pun boleh tahan murah. So, sebab tu kitorang tawakal je pergi. Tadom Hill Resorts, Banting. Dari UKM haritu kitorang bertolak dalam 9.30 pagi, then stop breakfast dekat Nilai and bajet sampai sana around pukul 11.20 pagi macam tu. Serius aku cakap, tempat tu tersangatlah cantik and bersih. Fees nak masuk sini kalau weekdays (Mon-Thurs) Adult around RM20, weekends (Fri-Sun) RM23, for children tak silap half price dari tu.  Untuk Facilities; gazebo, khemah, toilets, showers, surau, cafe and security kawasan tasik sangat tiptop. Securities pun boleh tahan la. Cuma nak pesan awal-awal, tasik memang boleh mandi, tapi kawasan dia tu macam ada bau sikit la sebab kawasan ladang kelapa sawit. So faham-fahamla. Tapi, benda tu takdak bagi effect pun. Cumanya, in case la kan, kulit sapa-sapa yang tak tahan ke kan ada gatal-gatal owatsoeva, better tak payah mandi kot, sebab that side atas tanggungan kita sendiri. Tapi kalau tak mandi tasik tu rasa macam rugi sebab dah bayar pun ahaha. So, kalau rasa kulit tak berapa tahan, better pergi carik tempat yang lebih sesuai untuk mandi manda bersama yang tersayang ihik ihik. Lagipun, before kita masuk tu kita perlu sign lebih kurang macam agreement/form menandakan sebarang yang berlaku atas tanggungan sendiri. So, pilihan atas diri sendiri nak go on or tak.

So far, aku and members pergi sana and rasanya sampai harini kot tak boleh move on. Haha. Ok, over kan. Bukan. Actually, aku ni jarang sangat dapat pergi tempat-tempat macamni. So, bila dah dapat pergi tu, that memories macam susah nak buang. Lagipun dapat new experience, Alhamdulillah. Sebab sebenarnya, aku ni sangat-sangat lah penakut dengan air dalam contoh macam laut. Setakat tempat cetek aku boleh la main. Kalau pergi kat kawasan kaki tak sampai tapak ooh please, janganlah paksa aku even pakai life-jacket sekalipun kalau kau taknak aku benam-benamkan kepala kau dalam air masin tu disebabkan kegabraan, kecuakkan and kekalutan aku. Dulu first and last kot masa mandi kat Langkawi. Mangsa kene kakak aku lah. Huhuhu. Sorry kakak. Harap kau tak serik ada adik macam aku. Hehe. So, kesimpulannya macam tulah. Bila datang tempat ni, memula memang otak aku ligat fikir, macamana la aku nak mandi tasik tu nanti. Takkan aku nak benamkan kepala kawan-kawan aku pulak?? Makkkkk taknakkkk. So, bila aku citer experience aku tu dekat member2 aku, dengan harapan aku boleh excuse mandi, tapi jawapan yang aku dapat dari diorang, 'Ahhhh, takde takde Awan kena jugak mandi. Tak kira. Penat jalan jauh.' T_____T So, bila tiba masa kejadian tu, take time kot nak turun ke tasik tu. Buat malu je dengan semua orang kat sana. Boleh tahan la, abang yang jaga tasik tu cakap, tasik tu dalam 20 kaki dalam. Kalau tak pandai berenang and abaikan life-jacket so memang boleh sampai ke dasar lah. Pastu dia boleh gelak kat aku. Kureng betul huhh! Tapi tulah, berkat doa dan usaha yang gigih serta sokongan dari member2, aku berjaya buang perasaan insecure aku, perasaan cuak aku, perasaan gabra aku, perasaan kalut aku lepas je masuk dalam tasik. Hahah, pelik-pelik aku ni. So, lepas je dari kejadian tu, Awan lived happily ever after. Hehe.

Gazebo ni kene sewa. Tak silap aku RM80/day include terus deposit RM30. Tapi geng aku tak mampu nak sewa, so kitorang guna tikar je. Lepak atas pasir. Hehe. Sebbaik dibenarkan.

Khemah untuk sesiapa yang nak rest ke kan, bermalam kat sini pun boleh. Ada satu lagi bentuk dia macam lebih kurang chalet, besar gak la, lebih selesa dari ni, yang tu lupa nak snap. Sama jugak fees RM80/day.

Ni view depan sekali, bangunan blah kiri tu receptionist, tempat nak simpan barang berharga, side kiri tu ada tasik, oren tu tempat simpan life-jacket.

Masa mula-mula kitorang sampai sana, tengah krik-krik sebenarnya. Buntu fikir nak bentang tikar kat mana.

Okay, ni dah bersiap sedia untuk menghadapi saat 'genting' tersebut. Hehe.

Finallyyyy, Alhamdulillah, berjaya jugak. Hehe. Gambar masa saat 'genting' takde harap maklong. Hehe.

Alhamdulillah, last aku naik kayak masa degree dulu, tu pun sebab join kokurikulum punya aktiviti. First berkayak masa form 4 time join kem kepimpinan dekat Pulau Pangkor. So, latest berakit pulak. Hehe. Feeling dia lebih kurang je rasanya. As long as pandai imbangkan diri atas tu so okay je. And kena pandai kayuh.

 Ni masa dekat atas bukit, nampak tak buluh belakang tu?? Tu kawasan untuk terjun ke bawah I meant terus ke dalam tasik. So, new experience jugak la time tu terjun dari tempat tinggi. Faham tak perasaan tu macamana? Entah, yang aku tahu, rasa macam jantung nak terkeluar. Once dah terjun, aku siap monolog dalam hati, 'bila nak sampai bawah ni weh, aku dah rasa macam takdak jantung'. Rasa lamaaaa gila tau tak nak sampai. Then bila masuk je dalam air tuuuu, monolog lagi dalam hati, 'Ya Allah, aku akan timbul balik ke ni ya Allahhh'. Sama jugak rasa macam lama je bila dah kat dalam ayaq. Hukhuk. Once bila timbul je, terus sebut Alhamdulillah, air pun dengan bahagianya masuk dalam hidung apa semua. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Hukhuk, takpala Nis, at least kau ada pengalaman. At least first step aku berjaya buang rasa takut aku, untuk jadi lebih berani. Lepas-lepas ni, keep it up lagi okay! Kalau tak cuba takkan tahu. Masa pergi tu, bukan geng kitorang je, ada budak-budak dari UM and UIAM jugak, hehe. So, ramai lah jugak berkawan kat sana. Takdak la krik-krik bawak haluan sendiri. Perangai depa semua pun lebih kurang je cam kitorang, so far okay la boleh masuk. Hehe.

Ni Kak Nana. First yang terjun. Hehe, kelakar gila tengok gelagat masing-masing masa nak terjun tu. Huhu.

Okay, ni lepas aku berjaya terjun. Hehe. Okay, abaikan mat salleh kat belakang aku tuh, dia budak UIA. Tah macamana boleh masuk dalam gambar ni pun tak tau. Masa tu dia duk main buaian tu.

'Luasnya hati tidak pernah bisa kita saksikan wujudnya. Setiap orang yang kita temui sedang bergelut dengan dunianya sendiri. Dunia yang tentu saja sebagaimana dunia yang kita pijak hari ini, memiliki lautan dan langit. Tempat yang luas untuk menampung segala keresahan dan ruang yang luas untuk dimaknai. Tempat itu adalah hati.' -Kurniawan Gunadi.

Bersama-sama mereka, aku bahagia.

Okay, dah settle up semua dan tunggu nak balik je. :)

Arrrgghh, suka port ni. Sangat cantik. Kalau bukak and lepaskan kain warna putih tu biarkan terbang bersama angin sepoi-sepoi bahasa wahh rasa macam dalam kayangan je ahahah. Ok, suka berangan.

Okay, last but not least, ini lah kenangan penutup lepas study semester ni. Alhamdulillah. Moga-moga, didoakan semuanya berjaya dalam imtihan. Amin ya Allah.

Okay, dah mula rinduuuuuu. Sobss. Thank you girls for this the veryyyy unforgettable short trip. Jumpa lagi kawan-kawan the next day. I will love you, forever until hereafter, biiznillah. :)

sampai ketemu lagi pada saat-saat yang tidak terduga nantinya.

Love.

6 January 2016

Weh!

Bismillah.

Weh!

Esok last paper. Rasa nak nangih.

Doakan.





Hm. Hm. Hm. Takde idea la nak tulih. Buntu.

Jaga diri, hiasi peribadi.






Kbai.