4 May 2013

Marilah Mari Kita Mengundi

Assalamu'alaikum.

Hey hey hey you! Marilah mariii, kita mengundiiii. Jangan lupa kewajipan pada negara. Opss, lupa lirik seterusnya. Korang sambunglah sendiri hokey!


Alhamdulillah, esok hari yang tersangat-sangatlah penting buat all of Malaysians. 5 Mei 2013, adalah tarikh keramat penentu masa depan negara. 5 tahun yang lalu, aku belum cukup umur untuk pergi mengundi. Hari ini Alhamdulillah, umur diberi, In shaa Allah, aku akan tunaikan kewajipan ini andai Dia izinkan esok hari.

Baru sahaja sampai di kampung, tadi berpeluang menyaksikan kemeriahan flashmob anak-anak muda yang tiada henti-henti berusaha meneruskan perjuangan mereka sampai ke saat-saat terakhir. Serius, suka hati menyaksikan semangat perjuangan mereka. Semoga Allah S.W.T. menilai setiap usaha mereka. Moga Allah redha. Walaupun tiada di dunia, In shaa Allah, di akhirat sana pasti akan dapat juga. 


Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud, "Dan janganlah kalian memakai pakaian yang haq kepada yang bathil sementara kalian menyembunyikan apa yang haq itu, padahal kalian mengetahui." [Al-Baqarah 2:42]

Pertarungan antara al-haq dan al-batil takkan berhenti sepanjang zaman. Kedua-duanya saling bertarung untuk tampil sebagai juara di persada pertarungan dengan pelbagai cara dan sarana. Namun demikian, yang mendapat jaminan daripada Allah S.W.T.  pastilah al-haq. 

Sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki kecuali dengan menyempurnakan cahaya-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik itu tidak menyukai." [At-Taubah : 33]

Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kemenangan itu hanya di sisi Allah." [Al-Anfaal : 10]


Ingat, jangan merasa lemah. Walaupun tiada di dunia, In shaa Allah, Dia pasti bagi di syurga sana. Dia lihat, Dia perhati, Dia nilai setiap perjuangan kita. Dia Maha Memahami Segalanya. Dia tak beri bukan Dia tak suka, tapi, Dia nak kita terus-terusan berusaha, demi Ad-Deen tercinta. Islam pasti menang akhirnya. Itu janji Dia di dalam kalam suci-Nya. Allahuakbar!

Ya Allah, tunjukkan kepada kami yang haq itu haq, dan berilah kami kemampuan untuk mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami yang bathil itu bathil, dan berilah kami kekuatan untuk menjauhinya.

Ini kali lah! In shaa Allah. Selamat malam. 

Jumpa lagi. Assalamu'alaikum. 

5 comments:

Lieza Nordin said...

skrg just tggu keptsan dri apa y diundi :DD

Unknown said...

ni masih menunggu keputusan..aduh lmbatnye

niesalhaq said...

Yuppp! Apa pun keputusan kita sama-sama berlapang dada in shaa Allah =)

Unknown said...

lambat beno keputusan.. sambil tunggu meyh jenguk blog kite. ade promotion aurawhite

Unknown said...

sudah tahu keputusannya...