28 July 2013

Allah, Mohon Sampaikan Aku pada Lailatul Qadr-Mu

Bismillahirrahamanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana masih berikan aku ruang dan peluang untuk terus menapak di atas muka bumi ini. Ni amek masa tulis entry by phone. Huehue. Nak lepas rindu lah katakan. Syukur tak terhingga. Dalam sedar tak sedar, tinggal 10 malam lagi untuk kita sama-sama mengejar dan meraih keredhaan Tuhan disamping memperbanyakkan amal ibadat di dalam bulan yang super duper mulia ini. Ya Allah, sejauhmana amal ibadah aku selama ini. Adakah amal ibadah ku ini mampu membawa aku menuju syurga-Mu. :'(

Masih ada masa. Masih ada masa yang tersisa untuk meneruskan langkah kaki ini. Gunakan sebaik mungkin. Pesanan dari naqibah aku dalam usrah lepas, "Jangan jadi orang yang menunggu Lailatul Qadr. Tapi, jadilah orang yang sentiasa mencari-cari Lailatul Qadr." 

Actually, bulan ni aku busy sangat, banyak kerja nak kena disiapkan. Segala pliding mahkamah, assignment and presentation, thesis, sampaikan nak menjengah dekat diary digital aku ni pon tak sempat. Bukan kata takde benda nak dikongsi, tapi serius tak terkejar den. Pejam celik pejam celik, dah habis half semester dah, alhamdulillah. Berdebar nak hadapi esok. Esok ada test Acara Mal, then Selasa plak test Undang2 Keterangan. Ya Allah. Permudahkanlah. Berikan aku kefahaman yang kuat dan kukuh untuk memahami segala ilmu yang telah Kau pinjamkan ini. Jadikan ia sesuatu yang bermanfaat pada diri aku dan orang lain. Aminnn. Doakan aku!

Okayyy lahh. Nak sambung study. Terima kasih daun keladiii. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik2 sajaaaa. 

Salam Ramadhan Kareeemmmm.

Allahumma ballighna fi Lailatul Qadr. Allah. Mohon sampaikan kami pada Lailatul Qadr-Mu.


*Mood happy gila sebab dah tak sabar2 nak balik kampung Jumaat ni. Huhihuhi. Tapi cuti seminggu je. Balik2 je terus kena submit assignment, present and endors Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan bagi kes perceraian. Blerghhhh. Ujian okay, ujiaann. Mujahadah! Moga Allah permudah.

Okayy. Jumpa lagi. Tajdid niat. Lillahi Ta'ala.

Nies, bila jatuh, mohon kuat untuk bangun kembali. 

Assalamu'alaikum, chenta hati.


10 July 2013

Ramadhan Kareem!

Bismillah.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan ruang dan peluang untuk memasuki gerbang Ramadhan yang mulia. Allahu, sungguh. Tak mampu nak aku ungkap betapa bahagianya hati ini kerana terpilih untuk melalui nikmat terindah ini. Alhamdulillah kuucapkan sebagai tanda syukur pada Illahi. :)

Semalam, aku perasan, dari pagi hingga ke malam, cuaca sangat baik, tak sejuk sangat, tak panas sangat, dingin je bersama angin yang menyentuh pipi mulus insani. Tengahari hujan renyai-renyai sebagai tanda Allah merahmati 30 Sya'aban hari terakhir sebelum melangkah masuk ke dalam Ramadhan Kareem. 



Semalam, class pack, tapi hati rasa bahagia, tak tahu kenapa. Mungkin petanda Allah campakkan rasa cinta sayugianya melangkah masuk ke dalam bulan yang sangat-sangat aku rindui. Di sebelah petang, dapat gathering sekejap bersama my besties, makan sama-sama before malam tu pergi bertarawikh bersama-sama di Masjid Al-Azhar yang sangat indah tersergam di dalam campus aku. Ramai jemaah yang hadir, students termasuk jugak warga luar, Alhamdulillah. Sejuk hati. Moga-moga istiqomah sehingga ke malam terakhir Ramadhan, amin. Tersenyum sendiri aku semalam melihat mereka berdiri di dalam sof masing-masing. Terdetik dalam hati, 'Moga-moga ini bukan Ramadhan terakhir bagi kami, dan moga-moga istiqomah kami dalam beribadah kerana-Mu.' Rasa rindu bertemu Illahi makin mencengkam. Allahu. :')

Dekat sini, aku nak senaraikan whishlist untuk diri aku dan kalian semua sepanjang bulan Ramadhan ni, and berharap dapat kita teruskan walaupun Ramadhan telah pun beransur pergi. :'( Yang mana, walau se-busy mana pon aku, aku akan cuba sedaya upaya jugak untuk cari masa laksanakannya. Mana tahu kalau-kalau korang pon boleh take note sama, right? Kerana apa? Benda baik tak salahkan kalau kita nak sama-sama buat?

Before tu, apa yang paling penting, first thing is niat berpuasa di malam hari before tidur, okay? Then, pleasseee, jangan tinggal sahur. Sebab amalan sahur ni ada berkat di situ. Nah, hadith yang mafhumnya berbunyi, "Bersahurlah kamu kerana pada sahur ada barakahnya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

1. Tadarus Al-Quran/ Memperbanyakkan membaca Al-Quran dengan kadar tenang dan tidak tergesa-gesa. In shaa Allah, target nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni. Biiznillah.
2. Qiamullail. 
3. Pergi bertarawikh di masjid/ surau. Buat individu pon boleh, tapi afdhalnya berjemaah kan.
4. Banyakkan berzikir.
5. Solat sunat Dhuha. 
6. Bersedekah. Tak kiralah berapa pun, sebab apa? Sebab Allah tak nilai berapa nilai yang kita sedekahkan tu, tapi Allah nilai keikhlasan hati kita di dalam menunaikan haq-Nya. 
7. Perbanyakkan berdoa semasa berpuasa dan hampir berbuka.
8. Berbuka dengan kurma. 
9. Kurangkan waktu tidur.
10. Semakin rajin untuk belajar dan menyiapkan assignment yang bertimbun. =="
11. Jaga hubungan dengan ummi ayah.
12. Mengelakkan dari percubaan dan perbuatan munkar/ maksiat yang boleh melemahkan iman.

In shaa Allah, kita sebagai manusia hanya merancang. Walau sebaik mana pun bagi kita perancangan kita, ingat, perancangan Allah adalah yang paling paling paling terbaik! So, serahkan segala pengharapan pada Allah. In shaa Allah, jika kita menjaga hak kita dengan Allah, Allah akan jaga jugak hak kita sesama manusia umumnya.

Sebelum tu, aku nak minta maaf zahir dan batin andai pernah melakukan apa-apa kekhilafan sama ada secara sengaja atau pun tidak. Moga fasa Ramadhan kali ini merupakan satu platform bagi kita semua umat Islam untuk memperbaiki serta memperbanyakkan amalan ibadah kita. In shaa Allah. Moga berbahagia semuanya. :)

Last but not least, di kesempatan ni, aku nak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Mubarak. Selamat meneruskan ibadah-ibadah sampingan di samping menunaikan ibadah khusus di bulan mulia ini. Moga kita dapat terus merasai nikmat Iman, Islam dan Ihsan sehingga ke syurga. Mari menjadi hamba. Hamba pada siapa? Hamba pada Ilah, bukan pada nafsu syahwah. :)



Before tu, tadi aku bukak fb, terbaca pulak status Kak Dieba, merangkap usrahmates aku. Dia ada share satu link mengenai ---> Mutabaah Amalan Harian. Korang boleh klik je dekat link aku bagi tu. So, kita boleh guna pakai dan jadikannya sebagai guideline yang mana kita boleh tandakan ataupun tick progress amalan harian kita. Comel sangat, seriuss! Hehehe. Saja nak buat share dekat semua. Benda baik, in shaa Allah, Allah berkat. :')

Ramadhan Kareeem! 

Till then, 
With loves and happy fasting! 

Assalamu'alaikum.

7 July 2013

Surat Dari Bakal Ibu Mertuaku

Bismillah......

Duhai gadis yang baru kukenal,
 Tahukah kau dia puteraku, 
Lahir dari rahim suciku, 
Kupertaruhkan hidupku untuk memilikinya, 
Anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya kubesarkan dengan segenap rasa cintaku.

Duhai gadis pilihan putraku, 
Ibu harap kau mempunyai TANGAN yang lebih lembut dari tanganku,
Kerana ibu tak mahu kau melukai puteraku.

Duhai gadis pilihan puteraku,
Ibu harap kau mempunyai SENYUM yang lebih sejuk dariku,
Kerana puteraku akan datang kepadamu untuk mencari ketenangan,

Duhai gadis pilihan puteraku,
Ibu harap kau mempunyai TUTUR KATA yang SEINDAH EMBUN,
Kerana ibu tidak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya.

Duhai gadis pilihan puteraku,
Jadilah anakku,
Agar ibu tak pernah rasa kehilangan puteraku kerana kehadiranmu.

*Dipetik dari "Surat untuk Calon Menantu Perempuan" - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood.
.
.
.
.
.

Bakal ibu mertuaku yang kukasihi lagi kusayangi,
Betapa besar pengorbanan seorang ibu,
Mengandung, melahir, membesarkan,
Perit, aku tahu itu,
Tapi, keperitan rasa itu akan hilang andai anak-anakmu sentiasa bersamamu,
Aku takkan sekali-kali ambil dia darimu,
Kerana mereka sebahagian daripada nyawamu,
Lagi pula syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

Wahai bakal ibu mertuaku,
Andai aku lah yang tertulis untuk anakmu,
Sesudah akad terlafaz,
 Aku akan setia menemani anakmu,
Belayar dalam bahtera cinta,
Menuju redha Tuhanku.

Wahai bakal ibu mertuaku,
Aku seorang gadis, 
Aku seorang wanita, 
Sama dan sefitrah denganmu,
Persiapan demi persiapan perlu kuatur satu-persatu,
Demi menghadapi hari mendatang,
Berilah aku peluang dan ruang untuk mensolehahkan diri buat ummi dan ayahku terlebih dahulu,
Barulah aku yakin, aku bisa menjaga anakmu yang sudi menjadi suamiku. 

Wahai bakal ibu mertuaku yang tersayang,
Andai saat lafaz sakinah itu tiba,
Terimalah aku seadanya,
Kerana aku hanya insan biasa,
Tiada pernah lari dari khilaf dan dosa,
Andai aku tersalah, 
Bimbinglah aku, 
Kerana aku amat merindui taman-taman syurga,
Inginku bawa bersama-sama seluruh insan kesayanganku ke sana.

Ikhlas dari aku,
Calon menantumu.


5 July 2013

Jika benar untuk Allah, pasti Dia akan permudahkan

Bismillah.

Salam Jumaat! Jumaat terakhir sebelum memasuki gerbang Ramadhan yang teramat aku rindui. :') Harap sangat dapat dan masih diberi peluang untuk melangkah masuk ke dalam bulan mulia itu. Aminnn. 

Actually ni baru habis kelas Acara Mal. Rasanya dah lama jugak aku tak buat sharing dekat diary digital aku ni. Hihuhihu. Al-maklumlaaa busy. Busy lah sangatkannn! Hmmmm. Actually, memang pun. Tak menang tangan dibuatnya. Dengan assignment yang kena submit semalam, presentation pagi semalam, meeting program and persatuan, teamwork untuk amalan guaman dan sooooo on. Alhamdulillah, segala-galanya dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. *Kononnya lah kan.  Masih tetap kuat kerana apa? Kerana Allah sentiasa ada. :')


Ahad ni, ada program anjuran Kelab Aqsa Syarif, nama programnya ialah IMANRACE. Untuk akhowat je yer. Alaaaaa, ala-ala macam explorace tu. Pernah tengok? Game dia banyak checkpoint kena lalui. Nak kena tengok ketahanan and ketangkasan individu dalam grouping tu Alhamdulillah, aku telah ditaklifkan menjadi PIC untuk satu game yang merupakan salah satu checkpoint dalam game tu. Doakan aku yaa. Satu perkara yang aku happy sangat bila join kelab ni, lelaki dan perempuan di asingkan. Kiranya if ada meeting ke, memang takkan bercampur dengan ikhwah. So, dapat terjaga lah dekat situ. Heyy! Tolong jangan prejudis ehh. Ada asbabnya tersendiri kenapa Majlis Tertinggi buat macamni. 

Satuu lagiiiiii! Huuuuuu, sebenarnya, layak ke aku hah. Layak ke. Tapi rasa macam tak je. Memang tak layak pun. Kan kan kan. Weiii, layak ke akuuu nak pegang adik-adik tu dalam tarbiyah ni?? T__T *Nangeeessss! Ya Allah. Beratnya terasa amanah ni. Bagaimana aku aku teruskan langkah ini. Sebelum ni aku asyik menerima tarbiyah, tapi mampu ke aku untuk memberi, berperanan sama seperti naqibah aku. :'( :'( Kuat ke aku untuk itu. Kenapa rasa macam tak kuattt. Entah apa yang aku rasa saat ni. Bukan bimbang aku tak dapat nak manage masa aku, tapi aku bimbang aku gagal bimbing adik-adik dalam tarbiyah ni. 


Naqibah aku selalu pesan dekat aku camni, "Anis, Anis kena yakin, Allah yang pilih Anis untuk teruskan kesinambungan tarbiyah ni. Kalau bukan Anis and anak usrah akak yang lain, siapa lagi yang nak teruskan tarbiyah ni. Anis nak ke tengok tarbiyah ni hanya terhenti di sini? Tak nak biarkan aliran tu terus mengalir dan terus hidup demi menuju redha Dia? Kalau bukan sekarang bila lagi? Kita taktau waktu kita mati bila. Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin jugak lusa. Kita taktau. Apa kita nak jawab depan Allah nanti, kalau Allah tanya, 'Apa yang engkau dah habiskan pada waktu usia mudamu?' Apa kita nak jawab Nis. Sekurang-kurangnya, kalau kita bermula sekarang, kita dah ada jawapan untuk itu. Kita diciptakan untuk menjadi hamba, menjadi khalifah di bumi Allah, menjadi dai'e menegakkan agama Allah. Ingat, hidup dekat dunia ni sekejap sangat Anis. Dalam tempoh sekejap ni lah masanya untuk kita berhempas pulas menjalankan amanah yang Dia beri. Yang penting, tajdid niat kita. Kerana apa? Of course kerana Allah ta'ala".


Aku pernah bertanya naqibah aku, saat aku buntu sangat, "Akak, kenapa eh, setiap kali Anis nak buat benda baik, hati Anis berdebar sangat. Tapi, bila buat perkara-perkara lagha, tak pernah pun rasa macam tu." Naqibah aku jawab, "Mungkin rasa berdebar itu petanda, syaitan tengah berusaha buat kita untuk rasa was-was dengan kebaikan yang kita nak buat. Nak tak nak, kita tetap kena lawan. Lawan perasaan tu. Sebab bila kita terikut jugak rentak syaitan, bila dekat akhirat nanti, syaitan akan jawab pada kita, 'padan muka engkau, siapa suruh engkau ikut aku'. Masa dekat akhirat nanti, dah takde siapa yang boleh tolong kita termasuk ahli keluarga kita, kecuali amalan yang kita bawa."  

Untuk kesekian kalinya, aku tahu, ni adalah salah satu hidayah yang Allah nak beri pada aku. Melalui dengan cara ni. Dulu, mungkin aku terlalu jauh dari Allah. Terlalu jauh. Allah masih sayang, sebab tu Dia pilih aku untuk berada dalam jalan ni. Allah hantar dekat aku insan-insan yang always ingatkan aku tentang kebesaran Tuhan, tentang hakikat kehidupan. Tipu kalau aku kata, sekarang ni aku tak jatuh, tipu kalau aku kata sekarang ni aku tak leka dengan dunia, tipu kalau aku kata sekarang ni aku jauh dari dosa. Aku hanya insan biasa. Insan biasa yang sedang sedaya upaya cuba keluar dari kara-karak jahiliyah dosa. Aku ingin menjadi luar biasa di mata manusia amnya. Bukan luar biasa meraih publisiti murahan dunia, tapi luar biasa untuk menjadi wanita peliharaan Allah di dunia, agar menjadi perisai menuju akhirat sana.

*Doodle yang Kak Kathy buat untuk I. Hikss.

Anyway, last but not least, before habiskan kalam aku untuk entry kali ni, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada Kak Kathy sebab create doodle yang sangat ohsem untuk aku sempena menyambut Ramadha Al-Mubarak. Thanks a lot kakak maniss. Moga Allah sentiasa memberkati dan merahmatimu. And for sure, untuk semua kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog aku yang sungguh ke-biasa-biasa-an ni, thanks ye. Aku hargai. In shaa Allah, andai diberi masa dan kelapangan lagi selepas ni, aku akan ziarah pulak ke blog kalian. In shaa Allah. Semoga semuanya dimurahkan rezeki dunia akhirat.

Kawan-kawan, aku nak share satu ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud, "Maka, ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu." Sangat simple ayat ni, tapi sungguh mendalam maksudnya. 

Okay, till then, jaga diri, hiasi peribadi, moga Allah kasih dan sayang.

Jika benar untuk Allah, pasti Dia akan permudahkan. Teruskan langkahan dengan penuh senyuman!

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak! :')

Assalamu'alaikum.

*Source of pictures : Abang google tersayang.


1 July 2013

Berdebar

Maaf. 
Lately agak busy dengan tugasan sebagai seorang mahasiswa.
Ya Allah, ikhlaskan hati ini dalam menyelusuri medan peperangan ini.
Berdebar. Setiap hari bila ingin mulakan langkah kaki, hati rasa berdebar tak tentu arah.
Mereka kata, itu petanda, syaitan sedang berusaha menjatuhkan hati kecil, supaya berhenti dan mengalah.
Mohon. Mohon itu dijauhkan.

Tuhan, berilah aku kekuatan untuk bertahan. Berilah ilham yang baik untukku di dalam membuat penulisan yang terbaik untuk tugasanku dalam tahun akhir ini. Jadikan aku seorang yang berani melontarkan kata-kata serta hujahan yang bernas yang bisa menggegarkan dunia berpandukan syariat-Mu. Bukan kerana aku ingin menggoda, tapi kerana ingin menjadi wanita peliharaan-Mu. Wanita yang bakal menjadi bidadari solehah. Di dunia, mahupun di sana.

Moga debaran ini kian berakhir bersama-sama lelahnya rasa.
Moga debaran ini juga merupakan suatu petanda. Petanda yang baik yang bisa membuatku bahagia menuju syurga.

Moga-moga ada pengakhiran terbaik. In shaa Allah.

Malam ni ada kuliah subjek Acara Mal, pray for me. Assalamu'alaikum!