29 April 2014

First Day Practical


Alhamdulillah. Masih diberi nikmat pinjaman nyawa untuk terus menapak di atas muka bumi sebagai hamba yang kerdil hina lagi dina.

Alhamdulillah. Dua minggu tak jengah sini, hari ni dapat mengukir jejak untuk kesekian kali. Bukan untuk dipuja dijaja, tapi hanya sekadar untuk memori buat diri ini. Bukan kamu, kamu dan bukan jugak kamu. Tapi, untuk aku. 

Semalam. 28hb 4 2014, done first day practical at Aina & Co. Hari ni baru sempat update sebab dekat sini wifi lembab huehue. Actually sekarang ni menumpang rumah abang dekat Taiping. So, jarang dapat online lagipun tak banyak masa kena layan anak-anak buah lagi apa semua.

Sumpah bapak ahh--cuak! Sehari sebelum tu rasa masa makin laju berdetik. Tap tap tap. Semedanggggg je nengok jam dinding.

Malam sehari sebelum itu, depan Dia yang Maha Kaya Raya Pemberi Rahmah serta Mawaddah--nangis. 

What?? Nangis??? Selalu orang nak hadap practical bukan main happy lagi. Ni kau nangis. Cengeng ke hape?

Ahh. Pedulik. Mungkin itu saja cara untuk aku meluah segala rasa. Tak mintak simpati langsung dari kau, kau mahupun engkau. 

Nangis bukan sebab lemah. Bukan sebab tak mampu nak hadapi next challenges. But, mohon secebis kekuatan dari Dia untuk terus bertahan. Bertahan untuk teruskan perjalanan di hadapan. 

Dia je yang paham totally hati aku ni. Dia je yang Maha tahu rapuh tisu-nya hati aku ni. 

Mungkin kau takkan pernah faham. Itu cara aku. Mungkin gaya dan cara kita berbeza demi mengungkapkan rasa cinta pada Dia.

Nak ngomel depan manusia? Sumpah wallahi, aku yang akan keciwa.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bila kita meletakkan 100% pergantungan serta harapan pada Tuhan, perjalanan di hadapan kita walau sesukar mana pun, in shaa Allah akan jadi mudah semudah abc. Tak kata ujian Tuhan tu senang gila, tapi bila kita percayakan taqdir Dia, demi Allah kita akan redha.

Okay-okay. Sambung pasal practical. 

First day je, dah dapat nama panggilan, Ku-Nis. Suka hati je depa kan?? Haha. Sebenarnya ada kisah disebalik 'Ku' tu. Semua nama-nama staf kat sana pon sekali ada nama panggilan, Ku-La, Ku-Li, Ku-Yut, Ku-Da, Kuntan, Ku-Na, Ku-Long, Ku-Dus, Ku-Mi. Layan kan aje depa nii hehe. Dekat sana takkan kering gusi sebab dok melayan lawak depa hadoii.

Hmm. So far, hari ni happyyyyyyyy sangat,. Memula je macam takut and risau kalau-kalau tak dapat nak sesuaikan diri. Tapi, Alhamdulillah. Semua staff dekat Tetuan Aina & Co superb, ramah, loving each others walaupun berbeza usia, and tak wujud langsung jurang. Layan depa rasa macam nak menitik ayaq mata. Baguih sangat. Bila aku taktau, ada je depa tunjuk ajar. Thanks to kakak-kakak and abang-abang yang beri tunjuk ajar kat aku yang serba serbi kekurengan ni. :')

Tadi sempat jumpa boss sat, yela semalam dia busy memang tak sempat nak jumpa. MasyaAllah, baiknya subhanallah. Take care betul pasal anak-anak  buah dia kat opis. Tapi yela aku pon paham dia busy, lepas tu pon terus dia keluar ada hal klien. Dia entertain aku sat and serahkan aku kat lawyer lain. Ya Allah, hope everythings will be fine and will be more better and better. Moga Allah merahmati kalian semuaa.

Ya Rabb, berkati lah ilmu yang telah Kau pinjamkan untukku, agar aku bisa beramal dengannya untuk manfaat diri dan seluruh umat Islam seantero dunia. Aminn.

Doakan aku na. Dapat buat yang terbaik next day. Biarlah kerja susah mana pon depa nak bagi, niat aku nak belajar kerana Dia.

Dalam kepala dah mula fikirkan sesuatu sebenarnya. I meant untuk my future. Takpe. Kena istikharah dulu. Kena pikir baik-baik pasal ni. Ish, bukan semata pasai kawen lah kalau nak istikharah. Hal kerja pon kena istikharah, moga Dia tunjuk jalan yang benar dan tepat buat kebaikan seluruh penghidupan kita. Istikharah--untuk mintak guide Tuhan apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu.

Okay, takmo cakap banyak sal planning yang masih ligat berpusing dalam kepala. Nak pikir dulu, then mintak pendapat yang lebih pakar. Nanti kalao aku dah yakin tentang tu aku coretkan dekat sini.

Okay-lah. Beradu dulu. Jumpa lain hari. Assalamualaikum! :)

12 April 2014

Tahajjud Rindu

Lately, rasa macama ada yang tak kena. Rasa tak bahagia?

Bukan. Bukan.

Cumanya hati ni. Rasa ada yang tak kena. Hati rasa dahaga. :'(

Dahaga apa?

Dahaga pelukan kasih sayang Tuhan. :'(

Rasa jauh. Hati rasa kosong. Rasa tak tentu hala.

Ya Allah, hindarkan aku dari hati yang rosak. Hindarkan aku dari hati yang mati. :'(

Nies. Jaga solat.

Nies. Solat awal waktu.

Nies. Rajin-rajin tahajud.

Nies. Rajin-rajin mengaji.

Nies. Jaga hubungan dengan Allah.

Nies. Jaga hubungan dengan ummi ayah.

Nies. Jaga maruah.

Nies. Rajin-rajin telaah buku agama ilmiah.

Nies. Jauh-lah diri dari maksiat--ia bisa melemahkan.

Nies. Jaga ukhwah.

Nies. Didik hati sentiasa ikhlas.

Nies. Jadilah wanita cerdik yang solehah.

Nies. Jangan letak cinta dunia melebihi segala.

Ya Allah, rindunya tarbiyyah menjentik hati yang paling dalam. :'(

Rabb, usah Kau menjauh.

Aku lemah tanpa hidayah-Mu.

Aku cacat tanpa cinta-Mu.

Rindu.

Faham tak apa makna rindu?

Ianya seperti gadis yang Allah berikan cuti satu atau dua kali setiap bulan.

Tapi, masih bangun di sepertiga malam.

Melihat sejadah dan telekungnya.

Rasanya daku, rindu itu, begitu.

Berusaha melihat, meski tidak mampu mendekat.

Heal me, Rabb. :'(


11 April 2014

Happy Birthday To You

Aku lelah.
Kau tepuk bahu kata--kuatlah.
Aku teresak-esak.
Kau pandang sayu kata--aku turut sebak.
Aku ceria.
Kau sengih kata--aku gembira kau gila-gila.

Kau bijaksana--luarbiasa.
Kau hulur tangan bahu tika aku--tersungkur dan buntu.
Gaduh manja pengikat cinta.
Tanpa sedar kubunuh masa--mula sayu mula rindu.

Hilang bayang.
Bukan bermakna--lenyap dan hilang.
Bisik doa--berulang-ulang.
Tanda kasih, cinta, rindu dan sayang.

Selamat ulangtahun kelahiran buatmu--Nor Farhana tersayang.
Didoakan berbahgia--infiniti.
Tiada penat lelah--cari jalan pulang.
Moga berjiran di syurga--jaga iman, jaga hati, jaga diri.

.nies, 11 April 2014.


10 April 2014

Dilema

Bismillah.

Waktu sebegini masih belum tidur. Actually, otak tengah ligat berfikir itu dan ini. Dilema. Sepertinya dilema dalam buat keputusan yang tepat, for my future.

Ok, 5 tahun sudah aku menghabiskan sisa-sisa kehidupan di bumi tarbiyyah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Actually, un-officially habis study lagi, still waiting for practical hujung bulan ni sampai bulan Jun, in shaa Allah biiznillah. But roughly, semuanya berjalan lancar before ni, sepertimana diizinkan Tuhan. Say what?? Alhamdulillah. :)


Okay. Yang menjadi dilema adalah perancangan lepas ni. Yes, of course. Kita hanya merancang, and Allah is The Best Planner. What so ever, turn back to Him.

First, apa-apa pon niat buat sesuatu mesti kerana Allah ta'ala. Belajar bukan untuk tujuan untuk exam semata. Bukan untuk grab first-class (hons) pointer je. Tapi the main point is untuk cari redha Dia. Belajar bukan semata untuk cari bekalan di dunia, tapi bekalan di akhirat sana. Syurga Dia bukan senang nak dapat. Bukan senang-senang boleh masuk kalau usaha setakat cukup syarat. Moga Allah guide langkah kaki kita, moga kita sentiasa sedar dari lena. Jatuh bangun itu biasa. Senyumlah. Kerana apa? Sampai ketika ini, detik ini dan waktu ini kita masih diberi peluang dan ruang untuk merasai nikmat cinta Rabbuna.

Niat di hati, nak sambung belajar lepas habis practical ni. First, vision kenalah clear and jelas. Most important thing; tahu apa dan kenapa nak further study. Ni pon baru je lepas buat survey postgraduate dekat ipta tempatan; UKM, UiTM, UIA and UM dalam masters of law/ legal studies. Ada jugak consults dengan member-member pasal plan aku ni. So far, tengok dia punya requirements okay laa, and certain tu ada yang quit bit tough. Tapi, its okay, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih, kan??

Niat aku nak jadi lecturer. Ntahlah. Semangat tu makin berkobar-kobar lately. Takde sapa dorong pon. Yela, memang before ni ummi ayah aku nak sangat aku jadi cikgu. Diorang suruh aku apply guru MRSM lah, j-Qaf lah, tak kisahlah apapun lepas je abis degree ni, asal bersangkut paut dengan guru. Sebab diorang kata guru agama amatlah diperlukan masa kini. Aku okay je kalau nak berkhidmat as a teacher sepertimana diorang sarankan tuu, dapat sumbang ilmu dekat budak-budak, as bekalan sampingan ke akhirat and a very good deeds right? At least dapat amek experience pun dah cukup before further study lepas nii. But, the main objective is wanna be a lecturer. A solehah lecturer. Biiznillah.


Huurmm. Tapi, tu lah. practical start hujung bulan April sampai hujung bulan Jun ni. So, lepas tu aku plan, aku nak terus sambung chambering (latihan dalam kamar) selama 9 bulan, average aku start bulan Julai 2014 then tamat maybe dalam bulan Mac 2015. So, dalam masa aku practice tu nanti, aku apply la postgraduate tu. Let say kalau dapat offer study awal tahun depan, boleh terus je register. Kan?? At least, aku ada experience practice dekat firm and ulang alik court. Tau selok belok cemana lawyer handle cases depan mata. Fresh-kan balik kepala hotak dengan segala benda berkaitan pliding, litigasi, and sekutu dengannya before study balik. Ke cemana?

Aku tanya member aku, merangkap senior, dia buat 2 in 1. I meant chambering buat, master pon buat. Dua benda dalam satu masa. Siang chamber, malam gi class sebab dia pilih coursework. Kalau aku kat tempat dia, sumpah penat. Then, aku ada jugak tanya member aku yang lain pulak. Dia cakap, better buat satu-satu. First buat chamber dulu 9 bulan, then after tu baru sambung study. Slow-slow. Takde pening kepala. Takde sakit jiwa. Biar lambat asal selamat.

Dilema jugak sama ada nak pilih coursework or research. Dua-dua ada pro and con. Ada yang kata kalau coursework ni lebih jimat masa, paling minimum setahun, maximum ada yang 2 tahun. Just need attending class je. Takyah pening-pening buat research. Then, research pulak ada yang kata enjoy, sebab takyah gi class dah, totally research ikut masa kita. Biasanya memula nak apply tu kena cari siap dah tajuk and submit proposal. Minimum tengok 2 tahun, tapi boleh drag sampai 3 hingga 4 tahun kalau unfocus. Maybe. Setakat roughly yang aku survey. tapi, taktahu lah sejauhmana kan. Yang mengalami situasi tu je yang faham and tahu. Wallahu'alam.


Takpelah. Sebenarnya, segala-galanya depends on diri sendiri sebenarnya. Kalau nak get something tu, susah macamana pon, kita mesti akan dapatkan jugak, is'nt it? Yang penting, mission utama tu untuk apa. Kan? 

Nies, kalau ada masalah, Allah tak suruh kau peningkan kepala cari solution waktu tu jugak. Sebab apa?? Itu hanya buat kau lebih rasa stress, tertekan, murung, putus asa, malah boleh kecewa kalau tersilap langkah. Sebabnya ilham atau hidayah segalanya datang dari Allah. So, Allah pesan, kalau ada je masalah benda pertama perlu kau buat; sabar dan solat. Let Allah be the ruler over your heart. In shaa Allah, He will guide your way along this journey until the end line.

Nies, believe that miracles will be happen if you totally put trust on Him. For sure, He knows the best. He really knows what we never know. Fikir perlu. Tapi, tak perlu pening-pening. Plan and follow the flow.

Istikharah memanggil.

Smile, again. :)

7 April 2014

Pilihan

Hadir cinta.
Salah siapa?

Usah tuding jari.
Takdir ilahi.

Bahagia.
Fitrah kecintaan--di dunia hingga ke sorga.

Derita--tak mampu digagahi.
Andai cuba lari-lari.

Pilihan--di tangan.
Sengsara andai diri ketagih ikut hati--bukan iman.

Lepaskan.
Biar ia bertingkah ikut rentak ciptaan Tuhan.

Bebaskan.
Moga mahkluk kecintaan hati bahagia penuh senyuman.






Takdir

Bismillah.

Rasa bahagia.
Ada juga kalanya derita menjelma.
Itu biasa. 
Selagi kita bergelar manusia--khalifah di bumi Yang Kuasa.

Sunyi--sepi.
Pandang kiri.
Toleh sebelah lagi.
Usikan gaduh-gaduh manja lenyap--hilang lagi.

Usah tangisi yang pergi--andai hanya bisa menyengat hati.
Relakan ia pergi--andai itu sahaja cara ceriakan nurani.
Senyum--takdir Illahi.
Pesan pada diri--bangkit kesekian kali.

Peduli kata kata sumbang--kelam.
Kau siapa semahunya menjatuhkan aku ke dalam longkang--jahanam.
Cukup aku punya Tuhan--tuhan sekelian alam.
Punca segala kekuatan--luar dan dalam.

Berbahagia.
Selagi Tuhan ada--tersemat dalam jiwa raga.
Bingkas bangun bukan kerana manusia tega mencela--sini sana.
Tapi kerana Tuhan sedang menchenta.


5 April 2014

Believe



Jujur.
Tidak mudah mengejar impian.
Sulit--sukar mencari sesuatu yang telah hilang.
Jauh lebih payah mempertahankan apa yang sedia ada.
Kerana yang digenggam bisa terlepas.
Yang diikat kadangnya bisa terbelenggu.
Kadangkala juga yang indah itu hanyalah sementara.

Ikhlas.
Redha.
Muhasabah kendiri.
Percaya kuasa takdir.
Itu kekunci.

Keajaiban muncul--biiznillah.

4 April 2014

Will Miss You

Bismillah.

Hi geng! Rinduuuu. Heeee, i'm home! Boleh tak nak buat loudspeaker? Hahah. Over okay.

Almost a month break before start internship on 28th April till to 20th Jun 2014. Pheewww. Sepanjang cuti nih nak buat apa heh? Ekceli, memacam dah aku list-kan. Nak tolong ummi ayah, nak kemas rumah, nak belajar memasak haha, nak kumpol resepi, nak jumpa anak buah yang ngengade tuu, nak review laws before intern, and etc. Jangan list jer pandai, buatnya tidak. Hmmm. In shaa Allah.

Tunggu result. Itu yang paling mendebar-kan. Hope so, semuanya baik-baik saja.

Lepas intern ni aku nak buat apa eh. Any suggestions?? Hmm. Banyak benda yang berlegar dekat kepala otak aku ni. Buat chambering? Amek master? Apply guru MRSM? Jadi cikgu sandaran dekat sekolah ayah sementara tunggu master?? Nak kena buat istikharah dulu. Mana satu yang jadi keutamaan aku, keperluan aku. Allah, guide aku. 

Takpe Nies, bak kata Ustazah Khuz, doa--usaha--ikhtiar--tawakal. Takmo pening-pening. Allah kan ada? Just, follow the flow. :')

Okay-lah. Kat bawah niii saja je nak lepas rinduuu kat F5 kesayangannsss. Before balik rituhh sempat luang masa sesama sebab lepas ni kompem dah susah nak gather, memasing sume duduk jejauh, Kelantan, Terengganu, Melaka, Perak. Anyway, ukhwah ni bukan setakat ni je. Bukan setakat 5 tahun kami bersama, moga-moga sampai syurga. :')



Dulu, time asasi sebenarnya F4. Nies, Siti, Atie, Shida. Hihi. Orang la yang pepandai gelarkan. I meant bebudak lain. Sebabnya kalau kemana-mana je for sure muka kami berempat ni mesti sama-sama. Kalau tak cukup korum, mesti diorang akan tanya, mana sorang lagi? Hahah. F4 ni sebenarnya stand for Famous Four/ Fantastic Four. Haha. Gedik kan??? Diorang laa gedik, bukan kami. Haha, memula masa awal diorang gelarkan tu, cam tak boleh nak terima hakikat. Lelama tuu terus melekat sampai skang. Hehe. Iols pon terima dengan redha dan hati terbuka. Kuang kuang. 


Tapiiii, lepas je naik degree dulu, ada sorang lagi kawan niii yang baiiikkkk sangat dengan iols. Kemana-mana je mesti sama. Boleh dikira susah senang sama-sama giteww. Terus jadi F5. Nies, Siti, Atie, Shida, Dekna. Hehe. Childish sangat. Ah! Pedulik. Jangan pandang kami sebelah mata hokaii. Normal laa perangai macam budak-budak. Kesukaan dan kegemaran macam budak-budak, tapi kami dah besar okay! Haha.

* Ni laaa kamiiiii. Heeee.


Haaa. Yang atas niii pulak. Room-mates aku. 3 sem duduk sama. Tapiiii, aku ni kan pemalu. Disebabkan diorang, aku jadi tak tahu malu. Diorang ni bestttt, disebabkan diorang niii, aku jadi tak kekok buat pape. Serius, kalau orang jumpa aku kat luar, kalau diorang tak kenal, mesti diorang kata aku ni sombong. Tapi, sebenarnya aku tak lah sombong mana. Haha. Ishh, bukan sombonglah. Cuma aku tak pandai nak mulakan dulu, tapi bila dah kenal, aku gila-gila je. Hihi. Yang pakai purdah tuuu bukan room-mate aku, dia adik kepada room-mate aku, yang pakai tudung pink tu. Teringin nak pakai centuuu. Huuu. Nampak terlindung dan terjaga. In shaa Allah, one fine day. :')


Atas nii pulak last-day sesama submit thesis dekat supervisor and faculty before balik kampung memasing. Sobs. Sedih. Tak pernah rasa sedih macam tuu before nii kalau balik untuk sem-break. Rasa kehilangan somethings yang berharga. Hurmm. Ada ke peluang nak rasa semua tu lagi lepas nii. Allah. Rinduuuu. Sampaikan rasa rindu yang bertamu dalam hati ini kepada mereka-mereka yang disayangi. :')


Hey you,i guess this is the last gift from you. In shaa Allah, i will miss you. Please, take good care of yours. See you soon. :')