23 December 2015

Titanium.

Bismillah.

Subhanallah. Dekat dua bulan tak jenguk awak wahai blog kesayangan. Maafkan mummy sayang. Mummy tak sengaja. Lately mummy busy dengan tugasan akhir untuk final semester mummy. Lagipun wireless dekat kampus and kolej mummy cam teruk sikit semester ni. Bila ada internet, mummy tak sempat nak spent time pun dengan awak sebab mummy dahulukan benda lain yang penting. Awak faham kan? :')

Doakan mummy. Mummy dah nak final exam ni. Mummy risau, takut, tak yakin semua bercampur dalam satu. Doakan mummy berjaya lepasi ujian untuk semester ni. Hari-hari mummy rasa nak nangis. Tapi, tak boleh. Mummy kene kuat bila setiap kali teringat dekat ummi and ayah mummy. Mummy takut mummy akan kecewakan ummi ayah mummy. Disebabkan diorang, mummy still boleh bertahan sampai harini. Mummy tak nak susahkan ummi and ayah mummy. Setiap hari mummy doa supaya Allah murahkan rezeki parent dan family mummy dunia akhirat. Mummy tak pandai, tapi untuk itu mummy kene berusaha. Sebab mummy pegang janji Tuhan, 'siapa berusaha dia akan berjaya'.

Dalam segenap ruang-ruang waktu yang mummy jalani selama ni, mummy belajar satu benda, iaitu hidup kat dunia perlu dan mesti bertawakal sepenuh hati pada Tuhan. Sebab dalam setiap apa yang dah terjadi, sedang kita jalani atau bakal kita hadapi, seluruhnya berada dalam penguasaan Tuhan. Berserah diri. Sepenuh hati.

Boleh jadi aku tak suka sesuatu perkara tu, tapi yang terbaik untuk dunia akhirat aku Tuhan maha tahu. [2:216]

Tuhan, usah Kau biarkan airmataku gugur untuk segenap rasa yang sia-sia.

Pesan pada diri, aku hidup ber-Tuhan. Jadi, biar seluruhnya hanya karena Tuhan. Kuatlah. Kuatlah karena Tuhan.

Esok 12 Rabi'ul Awal 1437H, banyakkan berselawat wahai seluruh kesayangan. Moga-moga jiwa dan hati kita bisa menjadi seteguh jiwa raga Nabi saw kesayangan hati, biar dicaci, biar disakiti, biar diperangi, namun tetap utuh pertahankan satu jalan Teragung, menuju syurga Tuhan. Heal me, Rabb.

Okay, mummy stop dulu sayang. Ada masa, mummy jenguk awak lagi okay. Doakan mummy! :')


6 November 2015

Perutusan Rindu

Bagaikan butir embun
Menitis di daunan
Mula hari baru laman kehidupan
 
Walaupun sedetik
Namun tak pernah pudar
Menghulur kedinginan dan segar
 
Dan diriku hanya
Rumput tumbuh meliar
Yang terdampar sepi
Terasing terbiar
Menanti kerinduan kau utus
Mungkinkah dijelmakan
Sebuah kebahagiaan
 
Selagi rindu terarah
Ku redha dan pasrah
Kerna yakin setia tak akan musnah
 
Selagi rindu bersyariat
Patri janji bersyarat
Biarpun keinginan dibatasi
 
Kerna cinta yang tulus
Lahir dari keimanan
Terima takdir
Perutusan rindu

-TaleebMizad-
 
 
 

Baik-baik, Kesayangan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat dan selamat pagi. Alhamdulillah, masih diberi nikmat pinjaman nyawa untuk tetap bertahan bernafas bagi menjalankan tugas seorang hamba kepada Tuhan Yang Paling Maha. Ok, cuti midsem start dah Alhamdulillah selamat sampai kampung. But please, tolonglah tolong wahai diri untuk kasihankan diri sendiri supaya menggagahkan diri untuk terus gagah dan gigih dalam menyiapkan kerja-kerja anda yang bakal disubmit selepas sahaja midsem habis. Sekian dan harap maklong.

 *Ni gambar 3 tahun lepas kot. Kalau tak silap. Masa dekat Langkawi. Masa ni ayah kuat lagi. Dan, in shaa Allah, ayah akan tetap kuat. Kekasih hati dunia akhirat. :')

Ok ok. Sebenarnya mood tak berapa nak baik. Tapi, paksa diri untuk jadi baik. Risau tentang kesihatan ayah sebenarnya. Malam tadi turun bas dekat Ipoh, ingat nak tengok ayah sekali dekat hospital Ipoh. Tapi, ayah kata balik rumah dulu, sebab ayah tak boleh nak discharge lagi sebab tube dekat perut ayah bocor. Ummi tunggu ayah. So, Dr tahan ayah untuk 3 hari lagi untuk perbetulkan tube tu and bagi antibiotik. Ayah penghidap sakit jantung. Ayah penghidap penyakit hernia (angin pasang). Dan, ayah juga penghidap sakit buah pinggang almost 5++ years already. Before ni ayah cuci darah secara haemodialysis seminggu 3 kali (Selasa, Khamis, Sabtu) dan ayah still bekerja. By the way, sekarang Dr dah tak sarankan ayah cuci darah by HD. Dr sarankan alternatif lain iaitu CAPD, iaitu bahasa ringkas dia cuci darah by air (air apa aku tak berapa pasti). Dua minggu yang lepas, ayah dah warded kat hospital sebab Dr nak buat operation pasangkan tube dekat perut untuk gantikan sarang HD kat tangan ayah. Sempat jugak aku jaga ayah sepanjang tempoh operation tu dalam 3 hari dan terpaksa balik semula Bangi even berat hati. Fyi, kaedah ni kene buat 4x dalam sehari. 8 pagi, 12 tengahari, 4 petang dan 8 malam. Buat dalam setengah jam sekali je. But, nampak macam rumit jugak tapi takdelah se-complicated HD. Kaedah ni ahli keluarga kene belajar handle sebab boleh buat dekat rumah. Setakat ni aku tak tengok secara real life lagi sebab tak sempat attend kursus tu, ingat nak tengok semalam masa sampai tapi ayah suruh balik dulu, tak boleh jaga ramai-ramai dekat hospital, ummi la yang tunggu ayah. Setakat ni yang attend kursus dengan Dr tentang explaination CAPD tu kakak dengan ummi. In shaa Allah esok ayah boleh discharge. Amin. In shaa Allah, by next year ayah akan pencen. Alhamdulillah rasa lega. Nak bagi ayah berehat. Kesian tengok ayah. Tahu dia penat. Tahu dia sakit. Sakit teramat. Tapi, ayah seorang yang sangat kuat. Entah. Kekuatan dari mana yang dia dapatkan, aku tidak tahu. Tapi yang aku tahu, hubungan ayah dengan Tuhan, erat. Nak jadi kuat macam ayah. Kuat luar. Kuat dalam. Even sakit, tak pernah nak tunjuk yang dia sakit. Ayah sangat humble. Selalu letak kebergantungan dan pengharapan pada Tuhan, bukan pada insan. Dan, aku mula rindu sosok tubuh itu. Takpe Nis, esok boleh jumpa. :')

Lepas habis cuti midsem seminggu, kelas macam biasa. Tapi, maybe dalam Khamis tu
 kene gerak pergi Terengganu untuk majlis sambut menantu kakak aku. Ok, tersedar balik yang kakak aku dah kawen! :'D Selama ni duk bergurau bergaduh tarik rambut apa semua rasa macam sama je dengan before dia kawen hehe. Ok, aku doakan semoga kau bahagia kakak dengan suamimu yang sangat engkau kasehi. Aminn.

*Gamba raya tahun ni before kakak kawen. Ok, so sweet tau kakak bagi duit raya kat adik yang dah besar panjang haha.

Ok, berbalik pada main topic. Actually, dah lama tak berjalan. Alhamdulillah, at last, dapat jugak berjalan even sekejap je. Harap masa tu kesihatan ayah dan ummi baik-baik saja. Aminnn. Masa kecik-kecik pernah la pergi parent bawak jenjalan. Bila dah besar tak reti nak jalan dah haha. Sabar jela. Jarang sangat pergi negeri-negeri pantai timur sebab takde sedara-mara kat sana. Bagi aku maybe sebab jauh kot. Sebab tu jarang ada planning untuk ke sana dengan family. Padahal member-member ramai gila asal dari pantai timur. Takpe, setakat ni geng F4; Shida, dah kawen, haritu tak dapat jugak nak pergi sebab aku jadi pengapit Atie dua-dua blah pihak kat Melaka and Bangi. Pastu memang dua-dua blah clash tarikh. So, takpe. Next turn Siti and Mekna, in shaa Allah aku cuba gagahi untuk sampai sana. Amiiinnnn.

Ok, cukup setakat ni kot. Doaku setiap detik dan setiap saat, moga-moga Tuhan Yang Paling Maha berkati ummi dan ayah, seluruh ahli keluargaku, saudara-maraku, guru-guruku, sahabat-sahabat tersayang dan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. Eratkan silaturahmi antara kami, biar kami bersatu, biar kami maju-- teruntuk agamaMu, Rabb.

Ya Allah, sungguh, hanya kepadaMu tempat aku bergantung harap. Sepenuh hati. Tiada yang lain, hanya pada-Mu.

26 October 2015

I Love You, Infinity

Bismillah.
 
Ok, tengah bosan keje. Nak study otak tengah stuck ditambah dengan mengantuk teramat. So, decide bukak blog tinggal setapak dua jejak. So far, Alhamdulillah, everythings okay. Ditambah tolak kali bahagi, kira-kira tinggal dalam dua bulan lebih untuk aku habiskan study. Kali ini, detik ini, ketika ini, moga terhitung segala kebaikan yang diniatkan dan terampun segenap perilaku yang tidak baik dipandangan Tuhan. Moga. Moga. Amin.
 
Tak sabar nak tunggu bulan Januari. Tak sabar nak habiskan final exam. Then, tak sabar nak balik kampung and nak attend hari bahagia sahabat kesayangan aku. Huhuhu. Wei Syuuuu, alhamdulillah, ko dah nak kawen! Sekelip mata. Aku macam tak caye gilee. Huhuhu. tak pasti nak describe macamana perasaan aku. Happy, excited, rasa nak lompat bintang, dicampur dengan rasa sayu, sedih dan segenap perasaan yang tak terdefinisi. *Ok, ko dah buat aku menangis sambil menaip. :(
 
Syu, terima kasih sebab jadi kawan yang baik dari kite form 1 sampai laa sekarang. Terima kasih sudi ada dengan aku saat jatuh bangun aku. Terima kasih sudi ketawa menangis sama-sama dengan aku. Terima kasih melayan karenah aku, dengar cerita-cerita karut tentang hidup aku, angkat call aku tak kira masa, balas mesej-mesej aku even ko penat dengan keje-keje ko. Terima kasih terima baik buruk aku even aku tahu banyak buruk je dari yang baik dekat diri aku. Terima kasih selalu nasihatkan aku. Terima kasih sudi bersabar dengan aku. Terima kasih sebab jadi yang terbaik, untuk dunia akhirat aku.
 
Harap, ko dah kawen nanti, tak lupakan aku. Lepasni, aku dah takda orang dah yang sudi dengar cerita-cerita karut aku. Takpe, aku okay je. Hehe. Aku doakan, ko sentiasa bahagia dunia akhirat. Dari seluruh kesabaran ko selama ni, Tuhan hadiahkan ko sesuatu yang paling terindah dalam hidup ko. Dan, in shaa Allah, aku akan make sure, andai dipanjangkan umur aku, aku akan datang majlis and teman ko hehehe.
 
Sudah ahh, malas nak sesedih hahaha. Papepon, aku doakan segala-galanya berjalan dengan baik atas izin Tuhan. Doa yang baik-baik, in shaa Allah yang menyusul pasti baik-baik. Tuhan, jaga dia untukku. :)
 
Hey girl, im loving you, infinity. <3
 
Ni masa dia datang majlis konvo aku, huwaaaaa seriously, i am really really touched!
 
Ok, nak sesiap kemas tutup kedai, solat and nak pergi class. Ok, bai. Lariiiiiiiii.


19 October 2015

Jauh

Dan,
Hanya karena kalau,
Aku hadir sekadarnya,
Membebani segenap rasa-rasa yang tertuang,
Menganggu gugat tujuan asalmu untuk leluasa hidup mekar--

Maka,
Sebisanya aku,
Menjauh darimu semata untuk menjaga,
Dari sengaja diluka dan terluka.

Biarkan aku hilang,
Dan,
Jauh.


12 October 2015

Perasaan Yang Tak Terdefinisi

Semalam
Masih terngiang-ngiang
Esak tangis
Yang kukira tiada penghujung

Sendu semalam
Kutinggal jauh-jauh
Entah di mana
Entah sejauh apa

Hari ini
Adalah realiti
Yang aku tidak boleh lari-lari
Perasaan yang tak terdefinisi

Hari ini
Selalu merindui sosok semalam
Yang pernah melintas indah
Walau hanya momennya cukup sesaat

Hari ini
Selalu menyeka air jernih
Dari sosok tubir mata
Yang entah dari mana-mana datangnya

Hari ini
Hari yang aku tak pasti apa
Dan mengapa
Aku ada di sini

Esok
Pasti ada
Untuk diri yang masih percaya dan mempercaya

Esok
Adalah impian
Adalah harapan
Sebisanya ketemu bahagia

Esok
Kalaupun bukan di dunia
Akanku tunggu di surga

Pasti.

10 October 2015

Kesayangan

Bismillah, Assalamualaikum.

Lately tasks banyak gila. Tapi, alhamdulillah. Siap satu tugasan. Tapi ada beratus-ratus lagi tugasan nak disiapkan. Huwaaaa. Mana taknya, satu subjek ada 4-5 tasks, tambah 4 subjek dah berapa. *Nangis terduduk tepi katil sambil mengenang nasib.* Kuatkanlah aku Rabb! Ok, in shaa Allah, esok pagi sambung. Lek luu lek luuu, Allah tahu kemampuan kau. Jadi, keep calm and have faith!

Dah lama tak tidur lewat macamni. Tapi takpa, nak spent time menulis before tidur. Takde idea pon nak tulis apa. Hmm.So far, lately sangat busy. Tapi takpe, as long as masa aku terisi dengan segenap perkara bermanfaat, so aku masih okay. In shaa Allah.

Alhamdulillah. Dah tiga minggu kakak kesayangan aku mendirikan rumahtangga. So far, dia masih tetap menjadi satu-satunya kakak kesayangan yang pernah aku ada. Dialah lawan, dialah kawan. Tarik rambut masam muka macamana pun, seminit lepas tu okay balik. Didoakan semoga bahtera yang dibina bisa membawa kalian ke taman-taman syurga, in shaa Allah.


 Weyh, otak jammed kot. Serius, tak tahu dah nak tulih apa. Ok lah, haaa one more thing, Alhamdulillah, buku kesayangan dah sampai pada tangan. Hujan Matahari dan Lautan Langit by Kurniawan Gunadi.


Entah. Aku tak pasti kerana apa aku sangat mencintai buku-buku ni. Berulang kali baca pun aku tidak jemu-jemu. Mungkin, sebab setiap bait aksara yang tertulis serasanya sama dan kena pada jiwa aku. Terlalu mengesankan. Terkadang bisa buat aku nangis dek karena terkenang dosa-dosa lalu, nangis karena rasa syukur terpilih memiliki sebuah kehidupan yang bernama aku, tersenyum sendiri, rasa haru, rasa sedih, rasa bahgia dan sebagainya yang mana bercampur dalam satu, di hati. Untuk kamu-kamu, yang ingin mengenalku, bisa saja kamu baca buku-buku ini dan pasti, kamu akan ketemu siapa aku. Karena juga, menerusi setiap pembacaan, tulisan itu benar-benar seperti kata temanku, 'tika membacamu, maka aku mengenalku.' *Ewah mak enon tetiba speaking indo ni dah kenapa haha*

'Hari ini, aku akan menenggelamkan diri dalam tujuanku. Karena aku masih percaya bahwa tujuan yang sama akan mempertemukan orang-orang dalam perjalanan. Tentu bila yang dimaksud dengan kamu, sedang menuju tujuan yang sama, kita akan bertemu. Itu keniscayaan.' (c) kurniawangunadi


Moga Tuhan jaga setiap yang disayang.

Love.

5 October 2015

Kepastian

memilih untuk sesuatu yang pasti
sesuatu yang jelas menurut mata hati
 
andai ini terbaik
dunia akhirat aku
mohon
lapangkan jalan, Rabb
 


29 September 2015

Tunggulah

tunggulah
bila yang akan kamu tunggu itu sesuatu yang berharga
maka tunggulah
 
karena mungkin tidak ada lagi yang demikian
karena menunggu itupun tidak untuk selamanya kan?
tidak akan menghabiskan seluruh hidupmu kan?
 
bila yang akan kamu tunggu itu
adalah sesuatu yang benar-benar membuat hidupmu
akan menjadi lebih baik
maka tunggulah
 
meskipun orang lain kehabisan sabar terhadap kesabaranmu
biarkan saja
karena kamu lebih tahu tentang dirimu sendiri
dan sesuatu yang sedang kamu tunggu itu
 
kamu mungkin bisa mendapatkan pengganti yang lebih cepat
tetapi menunggu akan membuat sesuatu menjadi semakin berharga
bila yang akan kamu tunggu
adalah sesuatu yang pasti datangnya
maka jangan ragu untuk menunggu
 
karena jarak dalam satuan waktu
akan mengajarkan kita
bagaimana menahan hawa nafsu
bagaimana kita menahan diri
dan bagaimana kita mengisi waktu
dengan hal-hal yang baik selama menunggu
 
dalam menunggu
kamu harus membayar dengan waktumu
untuk sesuatu yang paling kamu inginkan
sebuah harga mahal dari menunggu
karena waktu kamu tidak akan pernah bisa diganti
bahkan dikembalikan
 
dan untuk sesuatu yang berharga
aku percaya
kamu siap membayar semua itu
 
dan bila kamu memintaku untuk menunggu
aku akan melakukannya
karena aku tahu kamu sangat berharga
dan aku juga tahu
bahwa menunggu ini
tidak selamanya
tidak akan menghabiskan seumur hidup
 
tunggulah sebentar
sabar
atau
kamu akan kehilangan.
 
(c) kurniawangunadi
 
 

28 September 2015

Pasti Akan Ada

pasti akan ada
pasti ada orang yang mampu menerimamu
seburuk apapun masa lalu yang kamu miliki
orang yang bisa dengan lapang menerima masa lalu itu
dan menenangkanmu dengan kata-katanya
bahawa itu tidak masalah baginya
karena ia melihatmu hari ini dan mengajakmu ke masa depan
 
pasti ada orang yang bisa menerima segenap kekuranganmu
ketika kamu sibuk menutupinya
ia akan tersenyum dan mengatakan kepadamu
untuk menjadi dirimu sendiri saja
apa adanya
 
akan ada orang yang rela memberi segenap perhatian hidupnya untukmu
meski kamu pada dasarnya bukan siapa-siapa
dia ada untuk menjawab pertanyaan-pertanyaanmu di atas
'apa ada orang yang bisa menerimamu?'
jawabnya, 'ada'
akan ada dan pasti ada
orang yang bisa menerimamu sedemikian rupa
 
kamu akan menemukannya
hanya bila kamu berani mengungkap dengan jujur
tentang siapa dirimu
bagaimana masa lalumu
apa saja ketakutanmu
 
kau akan menemukannya
saat kau berani jujur tentang dirimu sendiri
 
suaracerita (c) kurniawangunadi, dokterfina
 


10 September 2015

Setia

Bismillah.

Khamis yang indah Alhamdulillah. Ok. Taknak cakap banyak. Bangun pagi terus search lagu ni tetiba teringat lepas dengar dalam radio kereta semalam masa hangout dengan Kak Teah and the geng lepas hantar Kak Syera pergi KLIA. So macam suka pulak lagu ni sebab macam just nice. Setakat lirik je mampu. Nak dengar official soundtrack dia pergi carik sendiri dekat youtube. Takde bawa apa-apa maksud okayy, aku tulis dalam ni sebab aku suka. :')

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu
Maafkan andai menganggu lenamu
Andai pernah melukakan
Maafkanku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara

Kau tahu
Kau satunya
Kumahu
Kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah
Kau dan aku
Mahu kan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Andai hatimu berubah
Pastiku cuba fahami
Tetapku melangkah terus berani
Kau tahu
Kau satunya
Kumahu
Kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu tak semudah
Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Biar pun apa saja
Kupercaya kau setia

Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Setiaku demi dirimu
Setiaku hanya padamu

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu

Setia by Elizabeth Tan & Faizal Tahir

Photo credit to : Ada dalam handphone.

Selalu

Selalu
Ada perkara-perkara
Yang tak mampu diluah

Selalu
Memilih diam
Bisu dari berkata-kata

Selalu
Menangis semahunya
Diwaktu yang lain nyenyak tidurnya

Selalu

8 September 2015

Tetap Bertahan

adakalanya
hati rasa lemah
perasaan semacam lelah
 
adakalanya
rasa mahu saja bazirkan airmata sepanjang hari
agar rasa yang terbeban pergi
 
adakalanya
diri sendiri selalu sahaja tidak dimengerti
monolog dalam hati tanpa didengari
 
adakalanya
mahu tinggal tetap di langit
karena di bumi selalu rasa disakiti, sakit
 
adakalanya
mahu saja lari dari realiti
mahu bernafas dalam dunia fantasi
 
ternyata--
akan hilang sesak di dada
 
ternyata--
hanya bahagia-bahagia saja yang ada
 
cuma
kena harus sedar
bahwa
 
hakikatnya--
seluruh penghidupan
adalah ujian
 
hakikatnya--
sakit
jatuh
perit
terbeban
miskin
kedana
kecewa
bahagia
kaya raya
setiapnya adalah ujian
 
hakikatnya--
beruntung bagi mereka yang berjaya atasi setiapnya
beruntung bagi mereka yang mensyukuri tiap bagiannya
 
wahai segala rasa yang terpuruk dalam hati
terima kasih pernah menjadi bagian
tapi aku mohon
 
segala yang buruk--
silakan berlalu pergi
pergi dari hati
agar bisa kuterus menjaga diri
 
segala yang baik--
mohon terus saja menetap dalam hati
mohon
 
tetaplah, bertahan
 
karena syurga Tuhan
sukar untuk didapatkan.
 
 


7 September 2015

Graduation Day!

Assalamualaikum!

Ok, dah lama tak menulis. Haritu plan nak tulis tapi busy sket. So, ni baru ada kesempatan. First of all, nak ucap Alhamdulillah dah settle urusan pre-reg course dan check in hostel. Alhamdulillah dah siap kemas bilik so sebab tu takde gelisah sangat dah. Even pada awalnya seriously aku cakap, bapak malas gile nak balik UKM. Hmm, tahla, rasa berat. Tapi, sampai bila nak rasa berat kan. Haha, tanggungjawab belajar tak habis lagi. Nak tak nak kene usaha lebih. Renew niat. Aku datang ni niat nak menuntut ilmu semata-mata Allah. Biiznillah.

Ok, sebenarnya taknak cakap pasal semester baru pon haha. Alhamdulillah, minggu lepas 29 Ogos 2015, hari graduasi aku. Okay, sepanjang aku belajar di KUIS selama 5 tahun; foundation 1 tahun, degree 4 tahun, segala jenis suka-duka pahit-manis jatuh-bangun-tergolek ketawa-menangis aku lalui bersama-sama dengan sahabat-sahabat, rakan seperjuangan, mungkin semua itu takkan boleh lagi untuk aku dapatkan di luar sana. Dan, biarlah. Biar semua kenangan itu aku simpan kemas dalam kotak hati.  so far, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Even ahli keluarga aku tak datang semua, tapi perasaan bahagia yang ada itu memadai dari segala-galanya. Untuk ummi, untuk ayah aku gagahi. :)

Konon-konon sehari sebelum tu ada buat pre-convo ahaha. Tapi tak macam pre-convo pon haha. Satu hal pemandangan main hentam je kat memana pon, then gambar huduh je memasing ahah. Just sesaja snap gambar untuk buat kenangan. Yela, lepasni mesti susah dah nak jumpa ramai-ramai. Sekarang pon dah mula rindu.






Bawah-bawah ni semua masa hari kejadian. Dalam family aku, ayah cakap aku lain dari yang lain. Sebab aku sorang jela tak buat sesi photoshoot dekat studio sempena majlis konvo. Aku yang taknak. Lagipun tak tahu lah, rasa macam takde perasaan sangat. Cukup lah setakat gambar mana yang ada, tak kisah cantik ke tak gambar tu, setakat guna camera handphone je so faham-faham jela kan, tapi cukup dalam tu ada orang-orang yang aku sayang, terpaling memadai bagi aku.


Family aku yang meraikan hari jubah aku. Abang-abang aku tak dapat turun sebab keje. :')


Ummiiiii, i love youuu.


Ayahhh, thank youuuu for everythinggggs.


Niii kawan baik aku dari zaman sekolah menengah. Rumah dia satu taman aku je. Sedih campur terharu sebab dia sudi bazirkan masa dia untuk datang majlis konvo aku. Dahla datang dari jauh. Huwaaaa, thank you syu. tak tau pon dia nak datang. Tak tau pon dia contact kakak aku cakap nak datang. Masa keluar dari dewan, bila pergi kat family aku, terkejut beruk tengok dia ada sekali. Wei, aku hargaiiiiii. Sayang ko sangat-sangat. :'(



Bersama-sama dengan kalian, aku gembira syukur. :)


Mereka adalah bintang dalam hati aku. :)


Half of my classmates.


Haiii, kami F4. Yeayyy kami officially grad! :)

Alhamdulillah, Thank You Allah. :')

Tamat sudah satu episod dalam hidup. Banyak lagi episod-episod akan datang in shaa Allah, andai diberi keizinan dari Tuhan untuk terus meminjam jasad dan terus bernafas dalam jiwa hamba.

Love.

3 September 2015

Ujian

Bila Engkau mengujiku dengan paras rupawan,
Maka jadikan mataku memiliki kepekaan untuk bisa melihat yang ada di dalam hati.

Bila Engkau mengujiku dengan suara,
Maka jadikan telingaku memiliki kepekaan untuk bisa mendengar kebenaran, bukan rayuan.

Bila Engkau mengujiku dengan begitu banyak kebaikan,
Maka jadikan hatiku memiliki perasaan lurus, perasaan yang tidak mudah berubah hanya karena kebaikan seseorang.

Bila Engkau menguji dengan ketidakpastian,
Maka jadikan pikiranku jernih untuk segera mengambil keputusan.

Bila Engkau mengujiku dengan banyaknya pilihan,
Maka jadikan nuraniku mampu mendengar petunjukMu, bahwa hanya ada satu yang layak dituju bukan dipilih.

Bila Engkau mengujiku dengan waktu,
Maka jadikan kesabaranku memiliki batas yang lebih panjang dari waktu yang kau berikan.

Bila Engkau mengujiku dengan kehadirannya,
Maka jadikan aku orang paling bersabar menghadapinya.


23 August 2015

Mewujudkanmu

Mewujudkanmu.
Ternyata mewujudkanmu tidak semudah apa yang aku sangka selama ini.
Tidak semudah apa yang aku pikirkan.
Bahkan, dengan usaha aku yang demikian sampai saat ini kamu belum bisa kuwujudkan.
Harus jatuh berdebak.
Harus tertolak.
Harus kembali menatap hati yang berantakan.
Perasaan yang tak terdefinisi.
Harus memahami ulang definisi tentang kau.
Bahwa kamu ternyata tidak bermakna kamu sebagaimana aku pahami selama ini.
Ada banyak kemungkinan tentang siapa kamu bagi Tuhan.
Sesuatu yang dirahasiakan dan tidak pernah aku mendapat bocoran.
Mewujudkanmu ternyata benar-benar memulas perasaan.
Perjalanan ke sana membuatku harus patah berkali-kali.
Harus membangun kembali apa sesuatu yang baru.
Harus mengenali kembali definisi-definisi baru dalam hidup ini;
'kamu', 'menunggu', 'yang terbaik'.
Dan, banyak kata-kata lain yang seolah-olah berubah makna setiap kali aku menemui peristiwa.
Mewujudkanmu kali ini menjadi lebih pasrah, lebih berserah.
Bahwa aku sungguh benar-benar mengakui bahwa aku tidak benar-benar tahu yang terbaik untuk diriku sendiri.
Aku hanya bisa mengusahakan yang terbaik, tapi tidak tahu tentang yang terbaik.
Mewujudkanmu kali ini lebih berserah.
Berserah tentang definisi kamu yang kini aku tidak tahu.
Tentang kamu yang tidak pernah aku sangka.
Kamu yang tidak pernah aku kira.
Kukira demikian yang akan terjadi.
Hari ini, aku akan menenggelamkan diri dalam tujuanku.
Karena aku masih percaya bahwa tujuan yang sama akan mempertemukan orang-orang dalam perjalanan.
Tentu, bila yang dimaksud dengan kamu sedang menuju tujuan yang sama;
Kita akan bertemu.
Itu keniscayaan.

(c) Kurniawan Gunadi
-suaracerita-


4 August 2015

Turn 24 Years.

Bismillah.

Genap umur 24 tahun. Alhamdulillah. Hadiah birthday tahun ni paling bermakna bilamana insan-insan tersayang berada di sisi. Itu paling memadai. Ada ayah. Ada ummi. Ada family. Terharu, bila sanak saudara wish birthday, and yang paling penting, Che An, pakcik aku yang stay dekat Switzerland pon wish. Dia balik sini kejap sebab nak attend walimah cousin and nak ziarah Ayah Chor aku dekat hospital. Siap tanya lagi dekat semorang harini besday sapa, besday sapaaa. Alah, thanks Che An. Wanis hargai. Thanks semua, atas setiap doa yang baik-baik. Moga Allah berkat dan pelihara setiap jiwa-jiwa. :')

Dah besar dah Ninis. Moga bisa menjadi bidadari kecil dunia. Sentiasa bersabar dalam sabar.

Okaylah, takde niat nak tulis panjang-panjang. Cuma nak cakap, Alhamdulillah, masih diberi nikmat bernafas berjiwakan iman.

Good night!



28 July 2015

Tak Sabar

Assalamualaikum!

Tak sabar nak tunggu buku indie berjudul Hujan Matahari written by Kurniawan Gunadi sampai dekat tangann. Mesti semua orang kenal, penulis berasal dari Indonesia. Aku ada buat pre-order haritu. In shaa Allah kalau takde halangan akan sampai dari Indo dalam bulan 8 haa centu. Entah. Buat masa ni, Kurniawan menjadi favourite writer. Dia sangat muda. Rasa-rasanya sebaya dengan aku. Tapi masyaAllah, sangat bagus orangnya dan sangat santun karyanya. Selalu buat talk, anjur charity event, buat forum dan sebagainya. Masgun, turunlah Malaysia, buat talk kat sini pulak! Teringin nak attend. Hukss. Karyanya tidak pernah tidak menang buat aku rasa betapa diri ini adalah bagian daripada hamba yang sangat bertuah. Ya, sangat bertuah. :') Entah, mungkin sebab setiap bait-bait kata yang dilontarkan senantiasa memenangi hati dan fikiran aku. Buku ni dah lama, dalam setahun lebih macamtu, tapi baru berkesempatan untuk dapatkan. Maybe by hujung tahun ni plak dia akan release buku kedua berjudul Langitlangit. Tapi, aku tak pasti akan bawak jugak kat Malaysia dalam masa yang sama or tidak. Maybe akan tengok sebanyak mana pre-order dari customers dulu kot. Keep waiting. :') Kalau korang nak tengok karya dia, boleh jenguk dekat soundclound soundcloud.com dan juga boleh bukak sendiri kurniawangunadi.tumblr.com. Amat-amat menyejukkan hati dan jiwa. Sungguh. Bagi sesiapa yang bisa memahami guna mata hati lah ye.

Tak sabaarrrrrrr. Cepat la bulan 8. Hehe. 

 *sumber gambar encik google.

24 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin!

Bismillah.

Rasa-rasanya belum terlewat untuk ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Mash diberi ruang-ruang untuk bernafas lagi.

Dah lama tak update blog. Bukan apa, sebabnya wireless kat rumah problem start je balik sembreak itu hari. Tu yang berkepuk dah habuk kat blog ni. And satu lagi tak sempat pon kalau ye pon nak online lama-lama sebab banyak urusan kena uruskan before raya.

Ok ok. Tak nak cakap banyak. Haritu, raya seperti selalu lah. Haha. Malam and pagi raya dekat rumah family. Sempat jugak la before raya tu buat 2, 3 jenis kuih raya kuih cornflakes, dark chocolate cookies dengan popia nestummm. Then, awal-awal pagi raya tu aku akan tolong ummi masak untuk family makan before and after solat sunat raya aidilfitri. Raya tahun ni menu utama untuk pagi raya nasi daging je. Cicah dengan kuah asam. Tapinya ya Allah sedap ya Rabbi. Haha. Bukan sedap sebab apa, sebab ummi memang pandai masak. Pagi tu sempat gak la ummi ajar cemana nak buat kuah asam style ummi. Menu lain macam biasa la lemang, kek batik, kuih-kuih rayaaa.

Leps solat sunat raya satu family akan amek masa untuk bergambar. Entah. Raya tahun ni rasa lain. Lain sangat. For the first time. Untuk sepanjang hidup aku 24 tahun ni, masa sesi bermaafan, aku menangis masa salam and cium tangan ummi ayah. Entah. Rasa sebak. Rasa hmmm. Tuhan je tahu. Moga baik-baik saja semuanya lepas ni. Then yang best nya still dapat duit raya hahaha. Then lepastu makan sama-sama. Then sesiap untuk balik kampung jumpa tok. Sampai kampung makan lagi ahahah. Borak-borak dengan tok. Banyak pulak cerita tok. Yelah dah lama tak jumpa. Sempat jugak tok pesan, cucu-cucu jaga solat. Tu yang Allah akan kira pertama sekali dekat akhirat nanti. Baik tok! :') lepas tu barulah beraya rumah cousins kat taiping dan ipoh. Masa ray kedua ada family gathering blah family ummi. Sempat buat tahlil untuk ahli keluarga yang da meninggal dunia.

Raya ketiga takde pergi mana, duduk rumah je and orang yang datang tak henti-henti. Raya keempat ziarah and beraya rumah kawan masa sekolah dulu-dulu. Raya kelima plak orang datang rumah jugak.

So kesimpulannya, raya tahun ni aku asyik makan je. Hahahah. Eh, panjang pulak aku menaip. Ok lah, sambung dekat next entry pula yaaa.
Eh cop! Result pon dah keluar. Satu je aku boleh cakap, syukur Alhamdulillah ya Allah. Takdela 4.0 flat haha sebab macam masih blur-blur lagi untuk first semester, tapi sangat melegakan hati. Sujud syukur! :') Next semester and in sha Allah merupakan last semester untuk masters ni, aku target 4.0 flat. Allahumma aminmnn. Niessssss usaha lebih sikit pleaseeee.

Ya Allah, aku tak tau apa yang sedang kau caturkan untuk hidup aku, tapi yang aku tahu ya Allah, apa yang sedang kau aturkan untuk seluruh penghidupan aku, adalah yang terbaik untuk dunia akhirat aku.

Love. :')

14 June 2015

Terima Kasih Tlah Menjaga Diri

ajari aku menggunakan pena
akan kutulis gemercik air
udara dingin
kabut senja
sampai daun gugur

terima kasih tlah menjaga diri
terima kasih tlah menjaga diri
terima kasih juga tlah bersedia bersabar
bersabar terhadap perasaan yang sedang tumbuh

ingin sekali mekar
ingin sekali segaran
akan tetapi kita masih percaya bahwa
untuk menjadi mekar kita perlu waktu

terima kasih kerna aku rasa Allah tetap menjadi yang pertama
bila kelalaian kita menjaga diri
membuat orang lain berasumsi sedemikian rupa
semoga kita segera diselamatkan
dan kurasa Dia pasti segera menyelamatkan

terima kasih tlah bersedia bersabar
kerna aku pun sedang bersabar menunggu waktu mu yang lebih luang
kerna sekarang begitu banyak kesibukan yang bila kita tidak bersabar dan gelabah
justeru bisa jadi membuat kita salah mengambil keputusan

terima kasih tlah menjaga diri 
kerna aku akan menjagamu dari perasaanku yang sedemikian rupa
entah bagaimana caranya
entah harus berdoa seperti apa

kerna kita tidak tahu pasti
salah satu dari kita akan memulai 
dan itu aku
diwaktu yang nanti akan aku cari tahu
entah bagaimana caranya

kerna aku tidak akan membiarkanmu terlalu lama berasumsi
kerna aku tahu kita benar-benar sedang diuji
dengan kehadiran masing-masing
kita sama-sama menjadi ujian satu sama lain

mari menangkan.

#suaracerita


Mini Reunion!

Bismillah,

Saja nak update gambar-gambar kenduri semalam. Setelah setahun lebih habis degree dulu, ni lah perjumpaan pertama secara beramai-ramai. Alhamdulillah, walau tak semua yang ada, tapi at least terubat jugak rindu ni haa.

Dalam ramai-ramai ni, ada yang dah jadi lawyer syarie, sambung DAIJ, sambung master, chambering, jadi cikgu dan banyak lagi lah. Alhamdulillah. Semoga kawan-kawan sentiasa maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.










Sorang dah, tiga lagi bila??

In shaa Allah, we will be soon. :)

Okay, mood exam. Doakan aku ya!

Ramadhan dah makin dekat. Allahu. :)

Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareemm :)

13 June 2015

Hati Boleh Berubah

Bismillah.

Malam ni bosan. So, amek masa bukak blog. Nak coret serba sedikit sebagai tanda hidupkan entri kesekian kali. Actually, minggu lepas aku ke Melaka, attend walimah kawan aku. Seminggu jugak lah aku menapak kat sana. Lagipun aku takdak transport, so aku terus gerak sekalilah dengan dia, at least dapat gak tolong mana patut masa before and after majlis tu. So far, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik biiznillah. Cumanya malam nikah and pagi majlis tu hujan lebat, tapi sokay, masa pengantin nak berarak tu hujan dah stop. So, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sepertimana yang telah dirancang. Aku happy sangat dapat belajar adat orang Melaka.  Ok, fyi, for the first time aku jadi pengapit. Huuu. Segan sebenarnya. Yela, aku ni dahla jenis darah gemuruh. Nak pulak kene jalan depan orang ramai. Memang takla kan. Tapi, memandangkan aku fikir yang kahwin tu kawan baik aku, so aku berkorban lah sikit. Hehe. So far, okay la jugak. Takdelah se-ngeri yang aku duk fikir-fikirkan selama ni. Huhuhu.

Masa memula sampai rumah dia actually rasa awkward la jugak, sebab aku ni kalau dengan orang yang tak kenal, maca susah sket nak masuk. Tapi, semuanya dipermudahkan. Family member aku sambut aku dengan baik. Saudara mara dia pun sambut kedatangan aku dengan baik. Aku jadi happy bila dapat masuk dengan semorang kat situ. Memang dari awal sampai sampai lah majlis tu habis, aku rasa itu macam keluarga aku sendiri. Selalu kalau orang yang baru kenal akan panggil nama penuh aku, Awanis. Tapi, memula kenal je diorang dah panggil aku Awan. Hehe. And aku tak kisah pun. Rasa lagi dekat. And for sure aku tak rasa kekok pon nak panggil mak mak or sedara mara kawan aku tu dengan panggilan family diorang macam Along, Akak, Mak Lang, Mak Long, Busu, Makcik and so on sebab diorang pon prefer aku panggil centu. Rasa macam mesra Alhamdulillah. In shaa Allah kalau diberi peluang untuk ke sana lagi, ingat nak ziarah diorang biiznillah. Sempat lagi aku bisik kat Busu masa aku dah nak balik lepas Busu cakap, "Awan ada masa datanglah sini lagiii," And aku pon jawab "In shaa Allah, nanti Awan sampai masa aqiqah anak Atie" #eh Haha. Busu gelak je. Hehe.

Okay, perasan hee.

Ni lepas majlis akad nikah malam tu, adat Kampung Londang, Melaka diorang ada sanding malam tu.

Masa jadi pengapit majlis siang tu. Hehe

*Cantikkan pengantin :')

*Kawan-kawan baru kitaaa, ni before akad nikah, dari kanan - Ekin, Rubi, Atie, Awan, Pah. <3

So, esok nak attend majlis blah lelaki plak. yang bestnya esok ramaiiiiii lagi kengkawan yang dapat aku jumpa sebab maybe esok semua budak-budak ex-smsu batch 2010 turun skali semua. Dah macam reunion plak. Heheh. Alhamdulillah, even memasing dah berjauhan, tapi ada yang still keep in touch even dalam wassap group. Ramai jugak yang dah kahwin. Sobbs! *kau nis bila lagi??? T____T

Selalu je orang tanya masa kat Melaka itu hari soalan gitu. Huaaaa. Sedih nak jawab. Yang mampu jawab in shaa Allah lepas abis blaja or lepas keje. Jawapan mengelak. Kuikui. Takpelah. Tak risau pun. Cumanya, hmm sesiapa yang asyik duk tanya tuuuu hmmmm please stop dari bertanya. Please, jagalah hati insan yang ditanya itu. Huuu.

Bukan. 
Bukan taknak kahwin. 
Nak. Semorang nak.
Tapi, mungkin belom masanya. 
Bukan. 
Bukan memilih. 
Tapi, belum hadir si dia yang pasti. 
Bukan.
Bukan taknak mencari. 
Tapi, buat masa ni hati tak mampu nak menerima dan memberi. 
Bukan. 
Bukan taknak cuba buka hati. 
Tapi, hati telah lama mati.


Pada kamu, kamu, kamu dan kamu,

Yang aku tolak buat masa ni,

Mohon jangan terasa hati.

Maafkan aku.

Bukan niat di hati,

Aku mohon ruang,

Ruang yang aku sendiri takpasti,

Sampai bila akan terisi.


Sedang. 
Sedang neutralkan rasa hati,
Untuk yang benar-benar pasti,
Untuk yang benar-benar ikhlas--
Sampai mati.

Pelajaran yang aku dapat sepanjang tempoh ni;
Tentang hati. 
Hati boleh berubah.
Seribu tahun pun kau bercinta dengan dia sebelum akad yang sah, 
kalau Tuhan kata bukan dia, bukan dialah.
Lama mana pun kau bercinta, sebenarnya kau tak kenal pun dia. 
Yang kau kenal hanyalah lakonan semata-mata.
Dan karena itu,
Aku menunggu yang mencari aku.
Mencari untuk sahkan aku,
Menjadi halal di bawah lindunganmu.
Bukan sebagai perempuan simpanan.
Yang bila kau nak kau datang,
Yang bila kau taknak kau buang.

Hati boleh berubah.
Dan kini,
Aku tak teragak-agak untuk menunggu,
Yang berjuang untuk aku.
Demi dunia akhirat aku.

Aku tunggu.



p/s : Sambil menaip sambil layan lagu Ikrar Kasih by Taufik Batisah. <3

24 May 2015

Yang Baik-baik

usah gentar
selagi Tuhan kau utamakan
kau sentiasa dalam perhatian--
dan jagaan

doa yang baik-baik
fikir yang baik-baik
lakukan yang baik-baik
yang hadir juga baik-baik

moga.


18 May 2015

Syukr 'Ala Kulli Hal. :)

Bismillah.

So far alhamdulillah, masih diberi pinjaman nikmat iman dan nyawa, dalam Islam. :)

Exam around the corner. Will starting on 16th of June till to 24th of June. Pray for my success in dunya wal aakhirah ya my dear peeps!


Ramadhan also around the corner. Dah ready luar dalam ke? Hmm. Serasanya, semacam baru saja berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun lepas. Allah, cepatnya masa itu membunuh. Allahumma bariklana fi Syaaban wa balighna fi Ramadhan. Moga-moga diberi kesempatan, ruang dan peluang menjengah masuk ke dalam Ramadhan. Amin.

Ummi ayah demam balik je dari Kelantan kelmarin. Dari planned asal nak pergi walimah abang Ehsan (my cousin), at last ayah terus kene admitted di Hospital Raja Perempuan Zainab II disebabkan hernia ayah mengeras untuk kesekian kali. Tak senang duduk rasa. Hari kejadian, contact adik, contact ummi, Alhamdulillah ada hikmah sebenarnya ayah kena admit. Doktor bersihkan bendasing dalam perut ayah and sekitar pusat ayah Alhamdulillah thummalhamdan lillah, sebab before ni every times aku teman ayah pergi appointments and check up dekat Hospital Ipoh doctor always said hernia ayah tak berapa serius and just do nothing. (Padahal ayah dah tak macam rupa orang normal.) Hmm. Aku yakin ada hikmah. Ada hikmah. :'(

Tak dapat nak bayang, hidup without ummi and ayah. Everytimes aku bayang, everytimes tu jugak, hati jadi sayu, sedih, and menangis. Ummi selalu pesan dekat aku, she said, 'Anis, ayah seorang yang kuat. Ada sebab kenapa Allah masih pinjamkan ayah untuk kita. Sebab Allah tahu kita perlukan ayah, masih perlukan ayah. Ada 'sesuatu' yang ayah kena lunaskan atas muka bumi demi keluarganya. Cumanya once bila Tuhan nak ayah 'berehat', kene bersedia. Ayah, Anis tak sedia ayah. Anis tak sedia. Anis tak sanggup untuk takde ayah. Anis sayang ayah. Anis sayang ummi. Ummi ayah selalu jadi pendengar setia anis setiap kali anis ada masalah. Ummi ayah layan anis macam kawan baik yang mana anis sendiri tak pernah ada kawan baik sebaik ummi dan ayah. Yang tak pernah jemu-jemu dengar, dengar, dengar dan menasihati. Ummi ayah tak pernah penat dengan karenah anis. Even anis jatuh, ummi ayah selalu je ada untuk buat anis bangkit kembali. Bila anis berjaya, ummi ayah orang pertama gembira hiba. Ya Allah, panjangkan umur ummi dan ayah aku. Berikan keafiatan yang baik buat mereka dunya dan akhirat. Bahagiakan hati-hati mereka. Jadikan kami anak-anak yang soleh solehah buat mereka agar bisa menjemput rasa bahagia bila mereka di syurga. Moga. :'(


Dan Alhamdulillah, sejauh ini juga aku berjaya untuk move on dengan izin Tuhan yang pengasih penyayang. Move on dengan sesuatu yang pada awalnya menyakitkan, but at last ia memberi 1001 rasa yang terpaling membahagiakan. Jujur.

Ma. terima kasih kerana merindui anis di sini. Anis benar-benar menghargai. Saat bilamana ma hantarkan rasa rindu, usah khawatir ya, karenanya rindu ma sentiasa berbalas. :') Terima kasih karena pernah menjadi sosok jiwa yang terpaling mulia selepas ummi dan ayah, terima kasih karena pernah menerima diri anis seadanya, terima kasih buat anis merasa bahagia mengenali ma yang berhati santun dan mulia. Moga kita bisa berjiran di singgahsana syurga. :')

Izinkan aku terus terbang seiring dengan rindu dan kasih cinta-Mu, Rabb. <3