17 May 2013

Apabila Kita Sedar Kita Adalah Pendosa

Assalamu'alaikum.

Hi. Salam Jumu'ah Mubarakah! Apa khabar kengkawan sekalian. Harapnya di hari Jumaat yang penuh berkah ini, kita sama-sama mendapat rahmat serta keampunan daripada Allah S.W.T. in shaa Allah. 

Pendosa. Kita adalah pendosa. Siapa bukan pendosa dalam kehidupan dunia ini? Hanya Rasulullah s.a.w. dan para nabi sahaja yang maksum daripada segala noda dan dosa. Kita sebagai manusia biasa, dosa hakikatnya adalah sebahagian daripada fitrah. Aku, kau, dan manusia di segenap dunia juga mempunyai dosa. Hanya perbezaannya adalah sama ada ia jelas ataupun tersembunyi. Setiap antara kita punya aib tersendiri, cuma ianya terzahir atau terhijab, itu sahaja.


Persoalannya di sini ialah, bukanlah ia dikira dari dosa yang terzahir ataupun tidak. Akan tetapi, adakah kita punya inisiatif untuk membersihkan segala dosa kita ataupun tidak?

'Mahu' adalah jawapan yang membezakan kita daripada pendosa-pendosa yang lain. Ingat, petunjuk Allah S.W.T., ada di mana-mana, tinggal kita sahaja untuk mencarinya. Usah asyik berkata, 'masih belum sampai seru', bimbang nanti diri sendiri yang menyesal kemudian hari. Kerana apa? Ajal maut, bukan di tangan kita, tapi di tangan Yang Maha Pencipta. 

Benarkah kita pendosa tidak mempunyai harapan? Manusia manakah yang berkata sedemikian? Sedangkan pengampunan Allah S.W.T. begitu maha meluas.

Pendosa yang tidak memohon ampunan daripada Allah S.W.T. akan menjadi sebahagian daripada ahli neraka. Namun demikian, para pendosa ini akan memasuki syurga Allah S.W.T. seandainya mereka bersungguh-sungguh membersihkan diri, mencari kesalahan diri, dan berusaha memperbaikinya. Sungguh! Keampunan Allah S.W.T. begitu luas. Tetapi, untuk mendapatkan keampunan daripada Allah S.W.T. perlu disertai dengan usaha, bukan hanya dengan bersahaja.

Allah memperjelaskan dalam Al-Quran, maksudnya :
"Sesiapa yang melakukan kejahatan ataupun menganiaya dirinya sendiri dengan melakukan maksiat, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [An-Nisa : 110]

Ini adalah sebagai dalil yang membicarakan tentang Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang Maha Pengampun. Oleh yang demikian, usah putus asa dari rahmat Allah S.W.T., kerana apa? Kerana sesungguhnya kita para pendosa ini sentiasa mempunyai harapan. Jangan sesekali berkata tidak. Harapan sentiasa terbuka selagi ajal dan kiamat masih belum tiba.

Firman Allah S.W.T. lagi dalam Al-Quran yang mana maksudnya berbunyi :
"Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu." [Al-'Araf : 156]


Sebenarnya, Allah S.W.T. memberikan kita pilihan. Sama ada memilih ke syurga, ataupun ke neraka-Nya. Mahu menjadi hamba-Nya yang sejati ataupun penderhaka kepada-Nya. 

Rumusan ni adalah daripada sumber pembacaan yang aku baca iaitu dari Buku Motivasi 'Untuk Kita Pendosa - Harapan Selalu Ada' by Hilal Asyraf. Bolehlah you all lawat laman web Langit Ilahi, untuk dapat sebarang informasi. In shaa Allah, semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Jom dapatkan reramai buku ni, in shaa Allah, akan berpuas hati dan takkan menyesal. Sebab apa? Sebab buku ni cara penyampaiannya simple, santai, mudah difahami, menusuk qalbu bila dibaca, ada pengajaran dan superb!

Fi hifzillah, Assalamu'alaikum, chenta hati.

11 comments:

Unknown said...

sy sndri pun masih trkial2 mncari pengampunan.
Entri yang baik :)

Unknown said...

setiap manusia melakukan kesilapan.
semoga kita semua dijauhkn drpd sesuatu yang tidak baik.
kita pandai fikir kan yg mana baik dan buruknya sesuatu.

Unknown said...

sekecil mana pun dosa kita,pengampunan kpd Tuhan itu perlu.

Mizz Aiza said...

manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan.. akak pun banyak dosa.. terima kasih sebab mengingatkan akak..

Unknown said...

kita jaga aib orang lain..Allah akan sembunyikan aib kita..huhu..betul ka? hehe.. saya baru nak berjinak2 dgn Hilal Asyraf..baru kenal..hehe..moga2 bermanfaat pada semua yg membaca.. :)

Unknown said...

uish...bgus entri ni..mendalam,...masih mcm ni lagi...tak tau bila ajal tu dtg,minta pengampunan tu la kuncinya..

Emildza Jayy said...

Saya seorang pendosa. :'(

vanillasnow said...

sebaik2 pendosa adalah mereka yg bertaubat :)
Nice entry btw..May Allah bless u ♥

faizah husna said...

sy pun ada buku nih..tp tak habis baca lagi :) best kann? selami jiwa ..^^

Unknown said...

Niat ada tp sering terleka :( Astagfirullahazim.

Unknown said...

Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lg maha mengasihani :) nice share