30 May 2014

Pilihan

Bismillah.

Buntu.
Dilema.
Mati kutu.

Bersepah pilihan depan mata.
Tapi tulah, aku keliru nak pilih yang mana.

Allah, bukakan hijab-hijab dalam hatiku.
Hapuskan selaput yang menghalang kabur mataku.
Tuntuni aku ke jalan yang benar-benar bisa bawaku menuju syurga.

Berat. 
Sangat berat.
Sometimes rasa nak give up.
Tapi, siapa aku untuk terus mengalah dengan takdir Tuhan.

Usaha.
Bantu diri sendiri.
Bingkas bangun dari sebuah kejatuhan yang menyakitkan.

Janji Tuhan pasti.
Biar susah sedikit kerana Tuhan.
Mungkin juga ia kifarah dosa silam.
Barangkali juga untuk tingkatkan iman.

Pilihlah dalam istikharah. 
Usah gentar. 
Allah tahu mana kurangku.
Allah tahu mana lebihku.
Doa.
Biar berpanjangan.

Moga sinar menyuluh.
Di hadapan.
Terang-benderang.
Qalb.
Senyumlah.
Andai ini pilihan yang harus kau pilih.
Demi sebuah syurga idaman.


19 May 2014

Monday Bluessss!

Bismillah. 

Hari ni hari yang serba tak kena. Rasa takdak mood sangat nak buat pape. Rasa malas. Faham tak? Tapiii, tak boleh terus-terusan ceni. Haiisyhhh.

Hari ni jugak hari Isnin. Jumaat ni, genap sebulan aku berpraktikal. Akan tinggal 4 minggu terakhir je lepas ni. Dalam hati tertanya-tanya, why time run sooooo fast??? Then, lepas tuu akan submit report dekat fakulti, then habislah survival aku as a student. 

Sedih. Sebab lepas ni for sure jarang jumpa dah member-member melainkan tunggu next graduation day la. Tu pon setahun jagung la nak menunggu. Takpelah. Asalkan tak lost contact each others.

Plan nak sambung masters. Tapi, rasanya nak kena ubah planning. Cari pengalaman kerja for few years, then baru sambung masters. Hmmm. Doakan aku.

Takleh nak bobel panjang-panjang, takda mood. Sorry.



Lately, selalu mengidam macam-macam, sejak menumpang rumah orang ni laa. Yela, susah nak keluar satu hal, duit pon macam segan-segan je. Ngidam cheese cake laa, chocolate cake la, ice cream magnum laa, pizza hut laa, and banyak lagi. Tapi, sampai loni tak dapat pon.

Anyway, sapa-sapa ada nak belanja aku cheese cake yang paling sedap di dunia?? Hmmm. Tunggu jela masa tu ye. Harap-harap ada. *lari dalam hujan sambil nangis.