13 May 2013

Bila Terasa Rindu

Assalamu'alaikum...

Rindu! Malam tadi tetiba jer aku termimpikan kawan aku dekat campus sana. Yelaa, bila sem break ni, memang takkan dapat jumpa punya. Huhu. Bukannya malas ke apa, tapi masing-masing duduk jejauh. Ada yang kat Kelantan, ada yang Terengganu, Melaka, Selangor. Huhu. Ni dah sampai termasuk dalam mimpi aku nih kiranya bebetul rindu lah ni. Hahah. Sepanjang cecuti ni boleh call, mesej, wassup tu jelah. *Teringin nak tulis surat macam zaman sekolah dedulu. Hiks. Rindu gila momen tu.


Hah! Saja aku upload picture ni. Serious, susah sangat nak dapat gathering sekali kalau bergambar. Almaklumlah, bebudak law kan memasing busyyy memanjang! Huh. *Sumpah ayat poyossss. Actually, ni lah sebahagian dari classmates aku. Ni masa kitorang gathering masa attend majlis perkahwinan lecturer yang ajar kitorang subjek Criminal Law. Lecturer ni the best punyee lahh kan. Include sem lepas, dah 2 sem dia ajar aku, untuk subjek elektif lah tapi, tu lahh subjek Criminal dengan satu lagi Tort. Untuk final year akan menyusul 3 minggu je lagi lebih kurang ni, in shaa Allah, dia still akan mengajar aku subjek Tatacara Mal. Feuww, Hai sir! Berjumpa lagi kitaa. Hahaha. Harap sir tak bosan and penatlah layan kami bebudak semester 7 akan datang ni. 

AND, for your information jugak, lecturer ni jugak laaa yang akan jadi Supervisor aku sepanjang aku buat thesis untuk final year akan datang ni. Haha. *Wajib bosan kot, kompem sir mual tengok muka kau 24 hours dekat campus! Cait. Nampak tak permainan dia? Hehe, by the way, aku nak cakap, aku sayang gila-gila lah dekat lecturer nih. Bukan sebab apa, tapi bagi aku, walaupun dia ni boleh tahan garang and tegasnya, tapii, dalam masa yang sama dia amat memahami condition all of students dia. Yang aku suka dia ni, dia amat sharp dengan masa. Siapa jer yang lambat masuk kuliah dia, kompem takkan boleh masuk. Kalau orang tu bernasib baik dapat masuk pun, kompem punya kene perli pedasss punyaa! *Aku cakap ni sebab aku pernah kena. Bhahaha. Tapi, rileks laa. Bagi aku, tu normal la berlaku time belajar kan. Ustaz Riduan, ustaz aku time sekolah menengah dulu pernah cakap, semua ni lah kenangan. Nanti bila dah besar benda-benda ni bila teringat balik, mesti boleh buat kita tergelak sendiri. *Dia pesan dekat bebudak batch aku masa tu, sebab batch kitorang paling menggila.Tapiii BAIK --"  Time sekolah dulu, pernah kena jemur tengah panas lah, ketuk ketampilah. Tak malu, sebab buat reramai. Kenangan beb! Nampak je muka ayu, tapi, ganas ya Rabbi. Hehe, tapi, its true. Betul kata ustaz, bagi aku, memang ada kebenaran di situ. Seronok sebenarnya setiap momen waktu belajar ni.

Nampak tak bebunga purple yang kitorang pakai tu?? Nampak tak nampak tak?? Hihi, actually, time ni kitorang dijemput menjadi penyambut tetamu, layan tetamu and ect. Aku ni haaa, siap jadi flower girl lagi dengan kawan aku yang pakai baju biru belakang aku tuh, time berarak waktu lecturer aku baru sampai untuk pergi ke tempat makan beradab. Malu gilaaa lah. Tapi, still buat muka cute. Ah, pedulik aku! Semua tetamu kebanyakkannya students ngan lecturers, soooo, peaceee! Hekhek.





Haaa, ni lahhh sahabat dunia akhirat aku. Bertemu berpisah in shaa Allah kerana Allah. Walaupun kengkadang ada gaduh-gaduh, masam-masam muka, tapi Alhamdulillah, disebabkan kekuatan hati antara kami, ia bisa bersatu kembali. Ntahlah, bila ada mereka, aku terasa kuat. Kuat untuk mulakan dan teruskan langkah ini. Suka duka pahit manis semua pernah dilalui bersama. *Eceh, ayattttttttttttt! Tak boleh belahh.

Tapi, serius aku cakap, diorang ni lah teman aku nak bergelak ketawa sakan, kongsi masalah bagai, nak nangis sesama, nak makan and tidur sebantal. Ni lah mereka. Rindu gilaaa dekat hampaa. 


K.A.M.I. Moga ukhwah ini kekal abadi hingga syurga Illahi. Doakan kami jadi wanita solehah yang indah budi pekerti dan bijaksana ya. Thanks for being my crayon, my dearie friendsss. 

Assalamu'alaikum, kbai.

5 comments:

Lieza Nordin said...

yeah.. kalau dpt jmpa... smua cite akan kuar nnti..hek3.. :)) mmg best kalau dpt jmpa kenkwan lama :)

eizz said...

Cantiknya kak anis. hehe. nanti exam buat elok2 k. hehe

Unknown said...

kak Anis jadi tumpuan..haha.. dah masuk campus life kena pandai kejar masa kan..kalau tak ketinggalan

Mizz Aiza said...

comelnya anis.. tiba2 akak rasa rindu pada zaman study dulu.. pahit manis bersama bff..

Aku pengembara said...

Bila terasa rindu.. Huhu