30 December 2014

Rasa Rasa Sesuatu

Biarlah sejadah itu basah
Kadang--
Ada benda tak mampu nak cerita

Buka mulut--
Bukan untuk orang sebelahkan kita
Bukan untuk dengar orang menangkan kita
Bukan untuk dengar orang buka salah dia
Bukan cerita aib dan buruk dia

Bukan
Bukan
Bukan

Kadang--
Hanya itu cara

Tapi--
Kadang hamburan airmata dah lebih dari cukup
Kerana manusia selalu tersalah sangka

Dan--
Dunia memang memenatkan
Mungkin tambah menyesakkan

Bila kau tak ikhlas
Bila kau tak redha

Dalam kau tangis sampai nak pecah dada
Tengok ada salah kau dahulu
Sebelum kau cari salah dia


Berhenti--

Dari sakitkan hati sendiri

Kembalilah

Kembali


24 December 2014

Apa Yang Aku Mahu?

Bismillah.

Keliru
Serabut
Buntu
Kusut

Emosi apakah ini?

Kehilangan
Tahu--
Menyakitkan
Tapi siapa aku?
Siapa aku nak melawan takdir Tuhan?

Aku dah mula redha
Aku dah mula ikhlas lepaskan
Aku dah mula kental jiwa
Aku dah mula lempar jauh-jauh setiap kenangan

Sebenarnya
Apa yang aku mahu?

Damai
Ya. Damai
Di mana kau?

Aku rindu
Rindu tangisi dosa demi Tuhan

Ya Tuhan
Andai setiap yang hadir pada saat ini
Hanya semata untuk menguji hati dan perasaan
Kumohon--
Jauhkan
Jauhkan

Ya Tuhan
Andai setiap yang hadir pada saat ini
Bisa meningkatkan iman dan pedoman
Kumerayu--
Permudahkan jalan
Permudahkan

Allah
Allah
Allah
Redhalah setiap langkahku
Restulah setiap tingkahku

Damailah
Damai
Seiring dengan cinta Tuhan



17 December 2014

Impian

Bismillah.

Assalamualaikum! Kaifahalluk?? Sorry banget my lovely blog yang hensem sangat nii. Mummy jarang sangat dah lawat ko sayang. Bukan mummy takde masa, tapi perasaan malas nak online lappy menyebabkan mummy jadi cenni. I'm sorry. Tapi, bukan mummy tak sudi jenguk langsung. Ok, abaikan.

Dua hari lepas, baru je lepas terima message kawan yang sama-sama apply masters UKM untuk kemasukan awal tahun depan. Tunang dia check kan. Dia kata, permohonan tidak berjaya. Gila! Awal gila dia keluarkan result sapa yang dapat and sapa yang tak. Sebab tarikh tutup dia pun baru lagi. Nak menangis rasa faham tak masa tu. T___T At last, buat keputusan untuk contact sendiri pihak pengurusan universiti. Lega, Allahurabbi. Depa kata depa mintak maaf atas kesulitan tu. Actually, depa kata system down. Depa tak buat apa-apa lagi selection untuk pemilihan student yang layak or tak layak. Kelmarin baru depa meeting balik pasal tu. And hari ni tengok kat portal online status dia tulis 'in selection process'. Allah. Permudahkan lah ya Allah. Aku betul-betul berhajat untuk sambung Masters in Shariah. Harap sangat terpilih di antara mereka yang terpilih. Aminnnn Rabbul 'Izzati.

Kalau ada rezki dipilih, in shaa Allah kemasukan bulan 2 tahun depan. Study for two years. Aku apply mixmode. Sebab kos yang aku nak tu dia takde coursework sahaja. Kena pilih samada nak fully research takpun mixmode. Tu je. Jadi, aku buat keputusan nak masuk class and buat tesis. walaupun aku tahu, buat tesis boleh buat aku menangis macam sebelum ni (study time degree, tesis aku rasa pengalaman paling mencabar dari awal sampai akhir. tapi bila dah sampai tahap nak dijilidkan, aku rasa macam waahhhh macam miracles, tesis aku dah siap dalam masa yang ditetapkan. tak perlu nak extend sem or what so ever, walau pelbagai rintangan aku hadapi, maki hamun tu perkara biasa la kan, tebal muka jumpa sv usah dikenang. tapi semua tu mengajar aku erti apa itu kesungguhan dan kesabaran di dalam menimba ilmu lillahita'ala.) And you know what? Alhamdulillah dapat dean list untuk kesekian kali. Serius, aku tak pandai macam orang lain, tapi Alhamdulillah, setiap ujian yang mendatang buat aku makin kuat untuk terus belajar dan belajar. Hanya satu, bila bergantung harap sepenuhnya dengan Allah, in shaa Allah Allah akan bukakan jalan-jalan, bukakan hijab-hijab yang terhalang.

Impian. Membahagiakan dan merasa bahagia. Everyone deserves happiness right? Itulah impian aku. Membahagiakan insan yang menyayangi diri aku. Ummi, ayah, my siblings. Dan, yang paling penting, aku nak bahagiakan Tuhanku dengan caraku. Aku harap, masih belum terlambat untuk aku kembali mekarkan bungaku hanya untuk-Mu Tuhanku. Aku tahu. Itu sahaja cara untuk aku merasa lebih bahagia, biar ribuan ujian menduga.


Walaupun kadang-kadang kita merasa sukar untuk membuat pilihan
Sebenarnya hati kita tahu
Sebab hati melihat apa yang mata tak mampu lihat
Dan hati dapat merasa apa yang fikiran tak dapat memahami
Kadang-kadang kita dapat cari beribu alasan
Tapi yang perlunya hanya satu--
Kebenaran

Pernah terdengar kisah tentang bunga?
Bunga yang hidup dicelahan batu
Sesuatu yang mustahil tapi boleh berlaku
Sama macam hidup ni
Kadang-kadang rasa mustahil untuk teruskan
Tapi disebalik kesulitan yang kita hadapi
In shaa Allah pasti ada keajaiban

Allah. Allah. Allah. Huuuhhh. Bukan mengeluh. Tak. Tak sama sekali.
Itu saja yang mampu aku lepas setiap kali menghelakan nafas-nafas.
Itu saja yang bisa membuatkan hatiku bebas dari rasa galau dan lemas.
Itu sahaja yang bisa mengingatkan aku yang Rahmat Allah itu sungguh meluas.

Allah, hanya Engkau sahaja yang mengerti hati dan perasaan aku. Kumohon, pilihlah apa yang terbaik untuk penghidupan aku dunia dan akhirat.

Merindu. Biarlah hanya tersimpan kemas dalam hati beta. Moga rindu yang tercipta bukan asbab untuk aku mencari murka namun moga menghampiri redha hanya kerana Dia.

Till then, Assalamualaikum!