Bismillah.
Alhamdulillah. Masih diberi kekuatan untuk terus bernafas dalam nikmat iman dan Islam. Diberikan pinjaman nikmat masa, nikmat kesihatan yang baik, nikmat umur yang baik, nikmat berada disamping keluarga dan orang-orang yang tersayang. "Maka, nikmat Tuhan-Mu yang manakah lagi yang kau mahu dustakan?" [Ar-Rahman : 13]
Pejam celik. Pejam celik. Rupanya dah menjengah masuk pertengahan bulan Februari. Begitu pantas masa kubunuh. Apakah di segenap ruang-ruang kosong itu telah kuisi dengan segenap perkara yang baik-baik? Umur meningkat, apakah iman aku turut meningkat? Tepuk dada sendiri, dan tanya iman di hati. *menangis*
Banyak. Terlalu banyak yang ingin aku coretkan di sini. Seperti kebiasaannya, sejak dibangku sekolah lagi, dengan terbazirnya sedikit masaku menulis segenap perkara yang berlaku sehari-hari sepanjang riwayat hidupku dalam diari, dan sungguh sedikit sebanyak mampu melegakan rasa di hati. Rasa bahagia, rasa derita, rasa suka, rasa duka dan segala-gala rasa yang ada. Cumanya, kini seolah-olah jari-jemariku seakan kaku, seakan bisu untuk menari-nari laju seperti selalu. Beku. Ya, beku.
Biarlah. Biar. Biar antara aku dan Yang Paling Maha sahaja yang tahu. Aku, lebih selesa begitu.
"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah bersama-sama orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah : 153]
Doa-doa dititipkan pada Tuhan, pasti termakbulkan. Cumanya, Tuhan lebih tahu segenap penghidupan yang baik untuk kita. Sabar, andai doa kita hari ini tidak diperkenankan, bukan bermakna Tuhan tidak mendengar. Boleh jadi, Tuhan tangguhkan kerana Dia mahu kurniakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta padaNya di masa depan. Tuhan Maha Pemurah, Maha Penyayang. He knows us better. Much better. Jangan sesekali berhenti berharap. Jangan. Jangan.
"Boleh jadi aku tak suka sesuatu takdir itu, tapi yang terbaik untuk dunia akhirat aku, Tuhan Maha Tahu." [Al-Baqarah : 216]
Doa yang baik-baik. Fikirkan yang baik-baik. Harapkan yang baik-baik.
Berbahagialah dengan cara yang paling santun, di pandangan Tuhan. :')