27 February 2015

Berubah

Bismillah.

Alhamdulillah, untuk nikmat hidup kesekian kali. Allahu. Ujian. Itu biasa. Untuk hamba sedar hidup bukan semata nak merasa goyang kaki, tapi nak melihat sejauhmana hamba meng-upgrade diri semata Rabbi.

Berubah. Mungkin dengan kata lain berhijrah. Keputusan seterusnya, dibuat. Harapnya pilihan ini adalah pilihan terbaik buat kehidupan seterusnya. Moga-moga Tuhan pandu hala tuju dan me-redha.

One or two years more to go. Moga jiwa raga dah pun bersedia. Menghadapi segala kemungkinan. Mohon ikhlas terus membenih tulus. Moga Allah permudahkan. Moga Allah pelihara langkah dan jalan.

Hasbiyallah! :')


21 February 2015

Hari Ini

Bismillah.

Alhamdulillah, baru lepas kebah demam. Cumanya tekak masih terasa perit and still batuk. Takpa. Rilek ahh. Sakit tu nikmat sebenarnya kalau kita perhati guna mata hati. So, say Alhamdulillah.

Ntah. Takde idea nak tulih apa sebenaqnya. Harini kena tinggal sorang kat rumah kakak aku. Dia keluar pi shopping barang kawen dengan fiance dia. So aku decide aku malas dah nak ikut sebab semalam aku ikut dalam keadaan demam pening kepala and berjalan dari pagi sampai petang and dalam keadaan terik perghh memang terbaik la. Rasa macam nak tumbang. Malam dapat tidoq legaaa. Bangun pagi rasa kepala berdenyut tapi badan tak panas dah la. 

So duduk rumah taktau nak buat apa. Nak makan tak lalu. So dalam tak buat pape, syok sendiri pakai inai kat jari sorang-sorang haha. My passion is henna. Dulu, kini selamanya. Ingat lagi, masa kecik-kecik selalu tok aku pakai kan inai bila balik kampung. Tengok depan mata tok giling inai. Rindunya rindunyaa. La ni tok dah tak berapa larat dah. Dah tak boleh suruh tok pakaikan inai. So dah tua bangka gini kene pakai sendiri lah. *eh eh apa cerita pasai inai plak tetiba nih aishhh.

Lunch yang terpaling lalu dijamah setakat ini.

Okayy. Mode sekarang ni ramai gila kawan-kawan yang walimah. Sobs. Sedih sebab tak dapat nak attend majlis walimah kawan kat Jitra. Niat di hati nak pergi sangat. Tapi, tak dapat keizinan dari parent. Sebab jauh. Takpe takpe. Aku doa korang dari jauh na, semoga berbahgia Hani and Mirul ;)

Esok nak balik kolej dah. Isnin dari pagi sampai petang ada taklimat siswazah. Selasa plak pagi tu ada arab test, study pon tak lagi haha rilek je kan then petang taklimat lagi. Mak aihh banyak nye taklimat. Rabu maybe dah kene masuk class. Minggu depan ni gak kene setel kan urusan pinjaman mara. Just tinggal nak dapatkan tandatangan kakitangan ukm je lagi then setel semua. Then boleh terus gerak ke hq mara untuk settle up semua. Ya Allah permudahkanlaaaaaaa. Debo tahu debo. Dah beso ni rasa satu maciammm.

Lagi apa lagi ehh. Eh, tetiba kan. Aku suka dengan nama Iman. Nampak sopan. Cita-cita nanti bila dah kahwin ada anak sendiri, nak letak nama anak Iman. Moga iman seindah namanya. Selain nama Iman, nama Bilal pon aku suka. Umar pon aku suka. So in shaa Allah one fine dayy. Kalau tak sempat di dunia pon, moga kesempatan itu masih ada bila di beri peluang melangkah ke dalam syurga. :')

Ya Allah, pertemukan aku dengan bakal suami yang soleh yang bisa menjaga iman aku, menjaga maruah aku dan keluargaku, bisa menjaga aku dan zuriatku andai diizinkanmu, sudi terima baik buruk aku, sudi berada di kanan dan kiriku andai aku tersungkur jatuh, sudi untuk setia denganku, sudi menjadi pelengkap hidup dunia akhiratku. Iman, Bilal dan Umar, kamu tak wujud lagi dalam dunia ni, kalau diberi peluang kita berjumpa, tunggu ibu yaa. :')


19 February 2015

Study Balik

Bismillahirrahmanirrahimmm.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang Tuhan kirimkan sepanjang tempoh 24 tahun aku bernafas di atas muka bumi yang tersergam indah hasil ciptaan Yang Paling Maha.

Alhamdulillah, diberi peluang untuk further study untuk kesekian kali. Lately, hari yang memenatkan. Sangat penat. Apetu, selalu orang kata alaa rilek la minggu awal-awal chill-lah dulu. Tapi tak sempat nak lepak-lepak banyak benda nak kene setel and fikir.

Syafakillah untuk diri. Lately jugak imuniti badan tak berapa kuat. Demam, badan kurang air, mengelupas kulit sebab kurang air, tekak perit. Allah. Takpa, ujian buat diri. Tuhan beri sebab Dia sayang, Dia nak hapuskan dosa-dosa kecil. Tak rasa beruntung ke nis? Allah :'(

"Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku." -HR Bukhari Muslim

Penat, tapi subhanallah penat yang kukira sangat bermakna. Benarlah Tuhan bilang, percayakan Dia, nescaya gundah gulana hilang serta merta walau beribu ujian menghentam jiwa raga. Everything move smooth. Aku, senyum. Puas. Tuhan, baiknya Engkau! :')

Minggu depan dah start class. In shaa Allah, niat dalam hati, moga niat belajar kerana Allah bisa kekal sampai titik peluh yang terakhir. Kakak pesan, 'belajar untuk kenal erti susah, then akan rasa betapa nikmatnya masa depan.' Ok, noted! :')

Wahai jiwa yang sedang bertatih, moga terus gagah dalam meraih segenap cinta kerana Allah. Good luck!

Didoakan Awan dapat 4 flat sem ni! Aminnnn.

Ok, sampai sini dulu. Jumpa lagi.



14 February 2015

Cukup

aku tak mahu membandingmu
dengan bulan

yang jauh

bila kau
sentiasa dekat

aku tak mahu membandingmu
dengan bintang

yang
walau terang

sering hilang

aku tak mahu membandingmu
dengan apa
sebab bagiku
kau cukup

kau sempurna

aku senyap
cukup kuintai dari jauh

sebab aku tak sanggup
kalau kau dapat hidu

rasa apa aku
cukup aku tahu

kau sempurnakan sosok jiwaku

cukup itu.


13 February 2015

Entah

Taip-taip
Delete

Dua tiga kali taip
Dua tiga kali delete

Fikiran aku dah kenapa sebenarnya
Penuh duk fikir apa
Entah

Rasa tepu
Sampai satu tahap tak boleh nak fikir

Tak dapat nak describe
Rasa tu rasa apa
Entah

Tarikh nafas
Hembus

Tarik lagi
Hembus lagi

Entahlah
Penat


11 February 2015

Menipu


Kerana selagi
Aku masih belum mampu jujur dengan diri aku
Kenapa aku harus berhenti menipu dunia?

--oh, egoisnya.

Dating

Bismillah.

Alhamdulillah, masih diberi izin bernafas dan berlabuh kasih di atas muka bumi Tuhan. :) 

So, lagi seminggu je lagi nak tukar status as a student, again. Fuhh affuh. Debar tahu tak. Huhuhu. Ahh, Watlek watkul je. Hihi, no need to gabra sangat okay. Doa banyak-banyak semuanya berjalan dengan baik. In sha Allah. Tapi, tulah. Sedih jugak. Sedih nak tinggalkan ummi ayah kat rumah. Rasa cam berat nak lepaskan something yang sangat urghhh! Susah nak cakap. Sebab tu lately jiwa satu machiaam galau. In shaa Allah, once sampai sana, aku tak lupa asal usul. Akan selalu balik jenguk ummi ayah kat kampung. Lagipun dorang tak berapa nak sihat. So, memang as a kiddo tanggungjawab aku jaga diorang. Didoakan urusan ummi ayah dipermudah. Sentiasa dipermudah. Mohon dijaga dunia akhirat.

Next. Alhamdulillah again. Tak plan pon sebenarnya nak dating dengan dia. Sebab before ni setiap kali plan je selalu je tak menjadi. So, bila biar je keadaan tu berjalan, tetiba Allah bagi ruang dan peluang untuk spent time together even sekejap tapi bagi aku bermakna. 


She's my adik. Beautiful adik. Aku takde adik kandung perempuan. So, dia la salah seorang yang menggantikan tempat tu. Tempat aku kongsi masalah, tempat aku gelak ketawa, tempat aku sedu sedan, tempat aku carik gaduh, tempat nak merajuk, tempat aku bahan-membahan. Dan segala jenis tempat la. Dah lama kenal, almost 2 years maybe. Selama ni contact by phone je, kalau tak call wassap or message. Tu jela. Tapi, baru sekarang dapat face to face. Masing-masing jauh. So, xkisah lah pasal jauh ke idak. Tapi, hati sentiasa rasa dekat, itu paling memadai. :)

Adik, lepas ni jangan serik jumpa kakak okay! :)

Thanks for everythings. Thanks sudi datang jejauh semata nak jumpa kakak. Kakak hargai. I love you. Moga ketemu lagi ya.

Sungguh!

Momen-momen indah bersama belahan jiwa
Bisa membenihkan serpih-serpih cinta

Momen-momen menjemput ruang bahagia

Akanku per-saksikan di pentas syurga

--teristimewa, demi Tuhan.

9 February 2015

Cinta Yang Terbebas

Fitrahnya cinta
Indah sifatnya
Manis rasanya
Bahagia empunya

Bila rasa terjatuh cinta
Fikir dalam-dalam
Ia antara dua-
Nafsu atau iman

Bila jatuh cinta
Makin kuat kena berusaha menjaga
Hati dan fikiran
Dari tegar memikir perihal tuan badan

Bila kita rasa
Hati tak tersengaja
Tersangkut pada sesiapa
Jangan mudah katakan ianya cinta

Jangan terlalu melayan
Dengan asyiknya perasaan
Yang tak diundang
Karena-

Ia bisa beri kesan pada hati
Hati siapa?
Faham-faham lah yaa

Boleh jadi--
Karena terlalu memandang paras wajahnya
Terkesima dengan gayanya
Terpesona dengan tutur katanya
Yang didengar indah ditelinga

Istighfar--
Ubat mujarabnya

Cinta luar biasa
Kan hadir satu ketika
Di saat ikhlasnya jiwa
Membebaskan cinta yang ada

Ia kan hadir
Saat jiwa terpesona
Indahnya surga.

Dan
Satu saat,
Moga rasa yang terlahir
Menjemput redha


--detik lafaz sakinah bergema.

:')

7 February 2015

Lelah

Lelah
Serasa nak lepas semua
Tapi kutak terdaya
Hampa

Lelah
Ingin saja lari dari dunia
Dunia menggila
Kecewa

Lelah
Biar seluruh umat ketawa
Pandang hina
Aku rela

Lelah
Biar rebah asal tak lemah asa
Cuba dekati Yang Paling Maha
Akan rasa luar biasa
Bahagia


4 February 2015

Ghaibmu

Biar ghaibmu suatu misteri
Tiadaku mencari sebarang pembayang lagi

Biar ia bertanda tanya saja
Hatiku dah lama bertitik noktah

Biar
Biarlah berlalu
Biar
Biarlah begitu

Biar waktu mengubat rindu
Tiadaku mencari sebarang penawar pilu

Biarlah mereka tertanya-tanya
Hatiku dah lama berganti arah

Biar
Biarlah berlalu
Biar
Biarlah begitu

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar
Biarlah berlalu
Biar
Biarlah begitu