Menjauh.
Bukan kerana aku lemah.
Bukan kerana aku tidak menerima taqdir Allah.
Menjauh.
Agar bisa berhenti luka berdarah.
Agar tidak menjadi kian parah.
Menjauh.
Masa untukku mula bermuhasabah.
Kuturutkan keinginanmu demi menjaga mahabbah.
Menjauh.
Ketidaksempurnaan aku adalah fitrah.
Andai benar-benar ikhlas terimalah jiwa raga dengan sabar dan tabah.
Menjauh.
Bukan bererti aku mengalah.
Tapi beri peluang kepada hati kembali kepada Allah.
Menjauh.
Bukan tanda aku pasrah.
Tapi beri kau peluang berbahagia tanpa rasa lelah.
Menjauh.
Terlalu ingin terbang jauh.
Moga aku lebih tabah.
Original Ilham from Illahi, written by Me




8 comments:
nice poem ... :)
ada masanya ruang dan waktu menguji ketabahan kita ...
best sajak ni.. memang berbakat la adik ni.. semoga terus tabah menghadapi dugaan hidup..
bagusnya luahan isi hati ni.xper lah.berundur bkn erti kalah.undur utk susun langkah... :)
perghh tangkap leleh .. hehe.
nice word dear. :)
suka kata2 kak nies . menusuk ke kalbu gituhh >.<
Boleh tak nak copy ? :)
Thanks everyone. :')
Aien : Boleh aje dear. :)
Menjauh dan boleh pegi jauh nie.. Ada bakat :)
Post a Comment