Assalamu'alaikum.
Hai. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan ceria hendaknya. In shaa Allah. Actually, hari ni aku just nak share something whereas untuk menjawab persoalan yang aku sendiri susah nak rungkai. Ngehngeh. Tapi, aku cuba jugak lah kan. Yelaa, sebab adalah hamba Allah sana sini, asyik-asyik tanya aku, kenapa aku buat blog. Senang je aku nak jawab. Heyy, suka hati aku lah. Blog aku, bukan blog kau! Eh, berani pulak kan aku jawab camni depan dia. Kasar-kasar aku pon, in shaa Allah cuba jaga hati mereka-mereka walaupun aku akui selalunya ada yang touching. Haih! Kecewa dengan diri sendiri. *Boleh tak jangan tanya lagi lepas ni? Nah! Hambek ni aku jawabkan. Wakaka.
1. EXPERIENCE - Pengalaman yang tak berapa nak berpengalaman sebenarnya. Kehkeh. Tak kira, nak cerita jugak. Actually, before ni area hujung tahun 2009, aku ada create satu blog, roomate aku dulu lah time foundation ajar. Aku ni kan dulu boleh dikatakan buta IT. Sob sob. Bila dia dah ajar tuu, aku buat-buat, then terbengkalai untuk satu tempoh lebih kurang 1 tahun. Then, entah macammana datang satu kekuatan untuk aku memulakan kembali berblogging lepas tu. Sampai satu tahap, satu masa tu, aku ni pon gatai tangan sangat, nak pi delete akaun google aku, ntah macammana akaun blog aku sekali terdelete. Sedih mak nak! Tapi, nak buat cemana. Aku redha and pasrah je masa tu. By then, sekarang ni laa ada kekuatan balik untuk create semula.
Haaa, taadaaa, ni lah diary fisrt aku time zaman sekolah dolu-dolu.
2. LOVE WRITING - Mana tak nya, dapat sumber inspirasi daripada sekolah dulu hah. Bukan nak riak, bukan nak bangga pon. Kakakaka. Tapi, betul la orang cakap, kalau kita dah be postive dengan sesuatu perkara tu, macammana sekalipun kita mesti nak cuba buat yang terbaik kan? Dulu, masa darjah 6, aku takut gila dengan cikgu yang ajar aku penulisan. Dari situ laa, aku belajar buat esei bebetul. Tulisan pon bebolat je. Comell! Dulu jelaaa. Sekarang tulisan aku ngalahkan tulisan apa lagi. *kadang-kadang aku sendiri tak paham dengan apa yang aku tulis, sampai suruh member aku bacakan. Teruk tak teruk tu! Sampailah naik sekolah menengah, walaupun sehari dapat homework esei 2,3 kengkadang tu, memang memula rasa berat, tapi bila dah siap, dalam hati kata, 'pergh! hebat betei aku buat karangan.' Hihihi.
Ni diary second, sebab diary first tadi dah penoh. And satu hal lagi, takdak kunci nak bukak. Nak koyakkan sayang. T__T
*Poyoo je tulis centu bagai.*
*Poyoo je tulis centu bagai.*
3. AS A DIARY - Dulu, masa sekolah, of course aku ada diari. Haha. Gegurl gitteeeww! Yelaa, bila ada pape je yang berlaku, sedih ke, gembira ke, aku akan tulis semuanya dalam diari aku. Tapi, mostly semua tentang hidup peribadi aku, family and sekutu dengannya. Yelaa, dulu masa aku sekolah, mana aku kenal blog, facebook, myspace, friendster bagai. Aku ni boleh dikatakan kuno gileee-lah. So, alternatif dulu yang aku ada, diari jela. Sampai sekarang still ada lagi, kenangan. Macam-macam story ada, sayang nak buang. So, sekarang ni bila dah maju sedikit demi sedikit, apa salahnya aku buat diary digital, ye dak?? Hihi.
4. TAK PANDAI MELUAHKAN RASA - Yeke? Haha, kadang-kadang lah. Contoh macam bila aku tengah sedih kan. Aku tak reti nak luahkan dekat orang lain directly, yang mana aku ni sebenarnya tengah sedih. Paham? Ingat lagi, sekali tu, aku pergi usrah, tapi usrahmates aku yang lain tak dapat join sebab semuanya ada hal yang tak dapat di elakkan. So, aku berdua jela berusrah dengan naqibah aku. Masa tu, dua-dua mood tengah gelong. Masa tengah baca and recite ayat Al-Quran terpilih, aku and naqibah sesama nangis. Sebab satu hal terkesan gila dengan maksud ayat tu, and satu lagi, memang merawat sungguh hati kala tu. Then, masa tu jugak, sis naqibah tanya aku, 'apa masalah yang buat aku sedih sangat masa tu'. Aku baru nak start je berceritera, terus air mata ni laju jeeeeeee turun, macam waterfall deras mengalir dari atas gunung tuh! Memang laa air mata ni mahal kan, tapi, tak salah aku rasa kalau aku menangis kenangkan kesilapan aku sendiri. *Eh, motif aku cerita tentang air mata ni dah kenapa. Okay, back to the topic. Haa, itulaah, senang cerita, main point yang aku nak sampaikan kat sini aku lebih senang menulis dari berkata-kata yang akan buatkan orang lain pun turut 'sedih' bila tengok aku dah mula berkata-kata. Paham tak ayat aku ni? HAHA, lantak lah. Aku buat sedih tu in bracket sebab ada makna. Biar aku dan mereka-mereka sahaja yang memahami. Ekekeke. Abaikan.
5. AS A HOBBY - Macam sama je dengan diari tadi. Yelaa, setiap orang mesti ada sebab kan kenapa diorang berblogging. Macam tu jugak dengan aku. Ada orang buat blog untuk jadi kaya. Ada orang buat blog untuk jadi famous. Ada orang buat blog untuk kongsi informasi. Ada jugak orang buat blog sebagai medan dakwah. So, hobi aku memang suka menulis. Walaupun kengkadang aku publish kan post bersifat peribadi atau lain katanya as a diary, tak bermakna blog berkonsepkan peribadi or diary tidak kekal lama, sebabnya kehidupan orang lain belum tentu sama dengan apa yang aku lalui. Mungkin, sedikit sebanyak cerita-cerita yang aku kongsi boleh dijadikan pengajaran untuk diorang, kalau bukan hari ini pun, mungkin 4,5 tahun akan datang, maybe? Siapa tahu kan. Soo?
6. MEDAN DAKWAH - Of course, aku akui. Aku memang tak sempurna. Terlalu hina. Terlalu banyak dosa. Hati ni entah bagaimana lah rupanya kalau aku sendiri boleh tengok betapa hitam dan kelatnya dosa. Tapi, ketidaksempurnaan aku ni, tidak bermakna aku harus berhenti jalankan dakwah, yang mana ia merupakan kewajipan setiap yang bergelar Muslim. Am I right? Memang, mesti ada orang kata, 'weh, kau pon buat silap and salah itu ini, ada hati nak nasihat aku, cerminlah diri tu dulu!' Ye. Aku banyak kali cermin diri aku ni hah. Aku sedar. Hidung tak mancung, pipi pulak tembam. Yes I am. Tapi tak salah kan aku buat benda yang Rasulullah buat? 'Sampaikanlah apa-apa dariku walaupun hanya dengan satu ayat.' Walaupun aku tahu, aku punya dosa, sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk ajak kau mendapat redha Dia. Kalau kau nak terima Alhamdulillah. Kalau taknak, takpa. Kalau nak tunggu aku sempurna dekat mata kau, memang aku tak mampu beb.
7. SHARE INFORMATIONS - Bertukar-tukar maklumat dengan blogger lain. Pergh. Heaven gila tahu! Masa aku blogwalking kat blog-blog lain, kengkadang tu aku akan dapat maklumat yang sebelum ni aku sendiri tak pernah tahu and tak pernah kaji pon. So, itu adalah satu bonus kan??
8. FULFILL LEISURE TIME - Waktu aku takdak kerja apa nak buat, waktu aku malas selak helaian buku satu-satu, waktu aku malas nak ngadap televisyen yang kadang-kadang terlalu bosan untuk di hadap, tak salah aku on lappy sekejap, layan perasaan and baca news yang terpampang depan skrin. Tenang dan rileks.
9. TAMBAH NETWORKING - Aku tak nafikan. Semua blogger yang aku kenal dalam dunia blogger ni, so far Alhamdulillah terbaik belaka. Walaupun memang dah ada kenalan-kenalan di dunia realiti, tak salah bagi aku kalau nak menambah and sharing pendapat dengan kenalan di dunia maya. Kan?
9. TAMBAH NETWORKING - Aku tak nafikan. Semua blogger yang aku kenal dalam dunia blogger ni, so far Alhamdulillah terbaik belaka. Walaupun memang dah ada kenalan-kenalan di dunia realiti, tak salah bagi aku kalau nak menambah and sharing pendapat dengan kenalan di dunia maya. Kan?
Okay-lah. Mungkin cukuplah sampai situ je kot aku senaraikan sebab apa aku berblogging ni. Hope so sedikit sebanyak dapat beri manfaat, tak banyak pun sedikit takpa. Anyway, jaga diri baik-baik okay.
Allah S.W.T berfirman dalam kalam sucinya, "Katakanlah, 'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). 'Dan barang apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki." [Saba : 39]
Assalamu'alaikum, chenta hati. Lots of Love.
P/S : Awak awak. Maafkan saya. Saya tahu, saya tak sempurna. Terima kasih banyak sedarkan saya tentang hakikat cinta dan kehidupan. Moga Allah sayang awak selalu. Jaga diri selalu.
P/S : Awak awak. Maafkan saya. Saya tahu, saya tak sempurna. Terima kasih banyak sedarkan saya tentang hakikat cinta dan kehidupan. Moga Allah sayang awak selalu. Jaga diri selalu.







9 comments:
Salam Niesa...
Teruskan usaha Nies, kalo niat tu InsyaAllah, baiklah balasannya... sentiasa mengajak kepada kebaikan...
kita ni rakyat Malaysia kurang membace tetapi dengan adenya blog-blog yg kian banyak hari ini, leh menambahkan pengetahuan kita...
truskan berblogging sbb saya akan bca blog awk. ^.^
mantap jawapannya.. betul tu.. dengan berblogging kita dapat bertukar-tukar pendapat.. pengalaman sesuatu yang beharga dan tidak boleh dijual beli.. tak semua orang ada pengalaman macam kita.. :D
sy kesemua diatas kecuali no6 sb sy xpndai dlm bab agama.baru nk belajar..harap2 satu hari nnti sy pon boleh nasihatkan org dlm bidang agama :)
Teruskan berblogging!!
waahh kelas jawapan dia.haha ..
berblog ni best jgk,kalau ada pape semua boleh diluahkan menerusi blog.tp kena hati2 jugak la bila mengeluarkan kata2 tu.
heee :)
happy blogging dear ^^
hehe..bagus jawapan..mantap.. :)selagi nawaitu betul.. sebab nak sebarkan dakwah.. :)
Teruskan berblogging !
First time dengar, hidung tak mancung tapi pipi tembam. ehehehe :)
Keep it up. wa kat belakang lu. teruskan berblog.. yg penting share benda2 berfaedah..
Post a Comment