25 March 2015

Sakit

Sakit--
Usah sekali-kali mengeluh.

Sakit--
Nikmat dari Tuhan.

Sakit--
Rahmat dari Tuhan.

Sakit--
Ingat tentang dosa-dosa.

Sakit--
Kifarah dosa noda.

Sakit--
Tuhan suruh bangkit.

Sakit--
Karena kasih sayang Tuhan melangit.

Syafakillah,
Diri.

:)


22 March 2015

Cuba

Bismillah.

Genap sebulan.
Apakah pengakhiran?
Cuba untuk akhiri setahun lamanya.
Cuba. Cuba.

Tapi...

Susah. Susah.

Kuatkan semangat.
Demi agama.
Demi keluarga.

Perbetul niat.
Hari demi hari.

Untuk apa.
Untuk siapa.

Kesat airmata.

Moga ketemu bahagia.
Moga berjaya.





20 March 2015

Pendrive Demam

Bismillah,

Pendrive, nape awak masuk virus. Habis semua data mummy jadi shortcut and then sekarang terus hilang. Mummy sedih. Mummy sedih sebab data mummy dolu-dolu time degree hilang. Notes mummy yang sekarang pon ada yang hilang. Tak sempat mummy nak buat copy letak dalam lappy. Dahla lappy mummy baru sembuh, hari tu terpaksa format sebab tetiba takleh nak bukak-bukak. Pendrive, jangan buat mummy ceni. Please. :'(

Hilang terus mood mummy cenggini.

Kbai.

17 March 2015

Andai

kau hampir
pada saat takdir

hati telah ikrar janji
untuk tidak mencari

hati telah ikrar janji
moga tidak dicari

bimbang
terluka dan dilukai

menyepi
untuk kesekian kali

tuhan
petanda apakah ini

gelisah dalam tenang
tenang dalam bimbang

andai buruk
nyah-kan dari realiti

andai pengukuh iman
mohon salurkan pedoman

14 March 2015

Tenang

Allah baik.
Baik sangat.

Dia uji.
Kemudian, aku jatuh.

Jatuh.
Atas kelalaian aku yang lalu.

Aku menangis.
Siang malam.

Bersoalkan itu ini.
Kenapa mengapa.

Seolah tidak mensyukuri.
Seolah tidak me-redha.

Allah sapu airmata.
Dengan penuh rasa cinta.

Hati terpujuk.
Hati menyejuk.

Selepas ujian.
Hadirnya rasa tenang.

Tenang selepas tersedar.
Aku hanya perlukan Tuhan.


Tuhan, peluk aku.


1 March 2015

Sedar

Kena sedar.
Mesti sedar.
Wajib sedar.

Yang hidup engkau bukan semata terhenti dekat sini.

Jauh lagi bro. Jauh lagi. Sangat jauh.

Selagi engkau tak mati, selagi itulah engkau perlu dan wajib teruskan perjalanan. 

Tahu, pasti banyak persinggahan. Tapi yang pasti, setiap persinggahan itu punya hikmah. So, teladani setiap hikmah.

Bertahanlah, untuk sikit masa lagi.

Tuhan tak kejam. So, tak perlu kejam dengan diri sendiri.

Chill bro. Chill.

Kata nak jadi solehah. Usaha lagi, please?

Peduli kata-kata sumbang yang sumbing. Sampah.

Bingkas bangun bukan karena insan, tapi semata Tuhan.