Bismillah.
Lately gegendang telinga asyik dibingitkan dengan pelbagai soalan; Dah berpunya ke? Bila nak kahwin? Kalau takde sapa-sapa boleh tak nak 'masuk'?
Bila soalan-soalan tu menjengah, terkadang jawab tanpa perasaan. Ada jodoh tak kemana kan?
Tipu lah kalau kata tak nak kawin kan. Itu semua fitrah. Tapi, aku masih punya tanggungjawab yang lain sebelum menjengah ke alam tu.
Tolong. Tolonglah stop tanya aku soalan-soalan yang merimaskan aku. Jodoh bukan dekat tangan aku. Tapi Dia yang pegang. Bukan kata aku malas nak usaha langsung, tapi biarlah ia datang dalam keadaan aku benar-benar bersedia luar dan dalam.
Bukan niat aku nak lukakan hati sapa-sapa. Aku dah cuba. Aku dah penat cuba. Tapi walaupun aku penat bukan bermakna aku putus asa. Doa. Tu senjata aku dulu, kini, dan selamanya. Selagi aku belum benar-benar yakin yang aku letakkan cinta utamaku pada Yang Satu tu melebihi segala-galanya, jadinya aku tak kuat nak berharap pada siapa-siapa.
Istilah cinta dan sayang.
Sapa-sapa pon boleh ungkapkan sekarang.
Tapi, sejauh mana dia benar-benar faham semasa dia ungkapkan pada seseorang.
Aku bukan taknak berharap.
Tapi aku takut nak berharap.
Aku takut nak bagi harapan yang kadangnya aku sendiri tak mampu tunaikan.
Biarlah. Biar
Andai benar kasihkan aku.
Andai benar-benar sayangkan aku.
Andai benar kau cintakan aku kerana Dia yang Satu.
Beri masa untuk aku perbaiki diri aku.
Kau juga begitu.
Raih cinta Dia, sebelum raih cinta aku.
Pernikahan bukan untuk sehari dua.
Tapi untuk bersatu selama-lamanya.
Sampai syurga.
Mana bisa andai aku tak persiapkan jiwa raga aku,
Untuk menjadi serikandimu.
Untuk menjadi madrasah zuriatmu.
Aku tak risau soal jodoh,
Dan aku taknak terlalu memikirkan.
Andai benar kau ditakdirkan untuk aku,
Di Lauh Mahfuz tercatat namamu untukku,
Aku ditakdirkan Tuhan menjadi pelengkap tulang rusukmu,
Walau terpisah jauh beribu batu,
Kita akan tetap kembali bersatu.
Andai sebaliknya,
Aku takkan pernah berputus asa dengan Rahmat Allah.
Aku yakin itu.
Biarlah. Biar.
Aku kini letakkan kau sepenuhnya di bawah jagaan Tuhanku.
Aku yakin, Dia pemegang hati-hati.
Biarlah andai disatukan nanti,
Ia adalah berlandaskan nama Tuhan yang Satu,
Pemilik Cintaku.





