Rindu.
Tapi entah pada siapa yang dirindu.
Lidah terasa kelu.
Bila aku tahu ada seseorang turut menyimpan rasa itu.
Rindu.
Mungkin pada mereka, mungkin pada dia, mungkin juga pada kamu.
Terasa berat bagai ada sesuatu.
Biarlah hanya aku dan Tuhanku yang tahu.
Rindu.
Aku lebih rela diam membisu.
Bukan niat aku menjauh dari kamu.
Tapi, siapalah aku.
Rindu.
Andai rasa ini bisa buatku tersasar dari tujuan sebenarku.
Mohon dihapuskan segera biar ia berlalu.
Pergi jauh dari hidupku.
Rindu.
Biar Allah sahaja yang menjaga rasa di qalbuku.
Biar doa sahaja yang menjadi perantara aku dengan Rabb-ku.
Aku sudi, demi redha dari Empunya Sebenar Rindu.
Rindu.
Saat merasai nikmat terbalasnya rindu dari Tuhanku.
Ujian dugaan silih berganti, namun aku tak pernah rasa jemu.
Kerana kusedar Dia rindu mendengar rintihan doa dariku.
*Original Ilham from Illahi, written by Me

7 comments:
alahai rinduuuu
bila rindu datang bertemu,hanya allah tempatku mengadu..
sampai salam rinduku padanya Ya Allah.. :)
*sampaikan
Rindu. Kak Anis ni pandai betul berjiwang. Ayat best, boleh buat buku :)
nice words kak nies . rindu >.<
rindukan anis.. :D
Post a Comment