Assalamu'alaikum.
Kenapa eh makin dekat nak balik campus, jiwa raga ni sepertinya semakin berdebar-debar, berdetak-detik, kencang bukan main lagi. Adakah ini suatu petanda baik atau sebaliknya? Astaghfirullah. Moga segalanya baik-baik saja. Amin. Actually, aku baru balik dari kampung di Kedah, kali ni abang saudara aku pulak yang kahwin. See? Bergilir-gilir kan. Lepas yang sorang tu bertunang, yang sorang tu pulak kahwin. Cepat jer masa berlalu. Semua cucu cicit Tok Habsah pun makin lama makin membesar. Seronok Tok bukan main lagi tadi. Nampak muka dia kemain ceria lagi, siap buat lawak tak henti-henti. Hehe. Yelaa, mana tak cerianya, cucu dia yang seterusnya berkahwin. Mak pak saudara aku yang boleh tahan 'kegilaan'nya, habis semua orang anak dara dan teruna kena bahan. Siap rancang dah lepas ni siapa pulak naik pelamin, then, then, then, seterusnya, termasuk lah aku ni hah. Siap Mak Ndak aku cakap camni lebih kurang, 'Anis umoq 22, Pipah(anak Mak Ndak aku) umoq dia 21, kita tengok sapa kahwin dulu'. Huwaaaarghh! mana aciiii centuuuu! Ni nak buat aku lari dari rumah ni. --" *Okay, yang ni over. Dah kenapa masuk soal kahwin tak kahwin ni. Sekadar muqadimah sahaja okay.
Okayy, back to the main topic! Actually, last week yang aku tetiba menghilangkan diri sekejap tu, sebabnya aku agak busy sikitlah dengan hal family. Sempena aku cuti, adik aku cuti, ummi ayah aku pon cuti, so, kitorang planning buat family trip fly to Bandung. Bukan apa, hambek pengalaman di negara orang. Alhamdulillah, setakat apa yang dirancang dari awal planning berjalan dengan lancar.
Aku and family terbang ke sana lebih kurang 4 hari. Sebenarnya nak lama lagi, ummi laaaa, tak puas shopping. *Eheh, nama ummi pulak naik. Tapi betul laa, ummi cakap, Bandung ni antara kota yang digelar sebagai 'Syurga Membeli-Belah'. Tapi, aku ni kalau nak ikutkan tak berapa minat sangat shopping, sebabnya aku tak suka lah. Terpaksa la mengikut jugak. Haha. Padahal aku tak reti nak tawar-menawar harga. Ceit.
Entry kali ni tak cakap banyak-banyak. Just nak share sikit je pengalaman yang tak berapa nak pengalaman sangat lah. Moment first yang aku tak dapat nak lupakan malam before pergi, aku punya perut ni meragam tak tentu hala. Nak kata aku makan terlebih dos siang tu, serius tak kot, sekali je pun aku ngadap makanan. Pergi Shah Alam, bermalam dekat rumah kakak aku sebabnya senang, esoknya terus konvoi je reramai sekali dengan Che Nyah aku. Actually, malam tu pulak masa makan dengan family dekat Restoran Lebai Dollah, Shah Alam, aku tak makan. Diet okay diet! Diet lah sangat. Orang yang amek order makanan aku sampai hati dia tak take note apa yang aku order. Terasa bagai di anak tirikan. Sedih mak nak! Aku majuk lah sekejap malam tu. Haha, sengal kan. Eh, kenapa sampai kat sini pulak. Yela, tetengah malam tu kan, tengah sedap aku layan bahtera mimpi, tetiba rasa perut kejang, dari pukul 3 pagi sampai laaaaa 5 lebih. Memang tak tidur la aku kan. Ke hulu ke hilir ulang alik keluar masuk toilet. Mungkin jugak tu effect dari rasa debar aku yang tak tentu hala untuk memulakan jorney petang lepas tu. Terusss jadi mak guard tetengah pagi tu, nak tidur tak boleh sebab menahan sakit.
Then, moment yang kedua pulak, nak kata cuai dari pihak aku, yela kot. Huu. Sedih gilaa. Dah sampai je kat LCCT, adik aku drop kan kitorang dekat situ sambil tunggu group family akak ipar aku sampai, then adik aku terus pergi cari car park yang termurah dekat sana. memang termuuuuuraaaaaahh sangat tauu. Jauh gile bapak! Aku kata macam ni sebab apa? Disebabkan kecuaian aku, disebabkan kegelabah-biawakkan aku yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa patah balik berjalan kaki tengah panas terik ke tempat adik aku parking kan kereta, jauh nya anggaran 3-4 km. Sebab aku tertinggal beg duit aku. Memang terbaikkkk. Kalau aku tak bawak, matilaa, dengan segala IC card nya, duitnya, mana aku nak cari. nak mintak simpati dekat ummi ayah memang tak dapat laa kan, free-free je dapat jelingan tajam kang. Ergggghh. Kurus sekejap la aku masa tu. Sekejap jela tapi.
Masa nak terbang balik kat Malaysia pun benda yang sama jugak berlaku dekat aku. Haih! perut yang asyik meragam, and kegelabah-biawakkan aku terserlah kembali saat aku di hadapan imigresen, aku tunjuk la passport dengan tiket flight. Tetiba auntie tu tanya aku, 'Pass declaration' *ke apabenda tah nama dia kamu mana?' Lepas je auntie tu tanya aku, terus aku jadi tak tentu hala, aku ingat aku terlupa bagi tiket flight dekat dia. Punya la aku cari dekat sekitar airport tu, padahal benda yang dia nak, ada je dalam hand bag aku. Serius, rasa macam nak terjun bangunan je time tu. Huwaarggh. Yela, cari punya cari macam aku hilang anak pulak. Ergh. bertabah laaaa. Cuba laaa kawal sikit gelabah biawak kau nis. Tapi, kalau nak ikutkan gelabah biawak dengan aku memang tak dapat dipisahkan! Ini serius. Heh.
Anyway, Alhamdulillah, selamat pergi dan balik. entry kali ni, hanya ni jela yang dapat aku kongsikan. Huhihuhi. Next entry, in shaa Allah, ada lagi sambungannya. Hehe. Terima kasih daun keladi kerana sudi luangkan masa untuk membaca. Okay, jumpa lagi.
Assalamu'alaikum!





7 comments:
kak Anis.. tak ada ka cenderahati??? :P hehe.. memang dugaan perut buat hal kan..boleh pitam..hehe
hehehe.. kesian akk.. adoyai.. next time jgn excited sgt walaupun excited...ekkekeke >.<
Assalam :) he3 ole2 dr bandung xde ke??? bhya awk ni, kena kwal panik 2 :) tkot nnti terbwa2 slalu hu3..pape pun smoga dipermudahkanNYA..
patutla xde,bercuti rupanya..sian dia mcm2 dugaan nampaknya..
biaselah tu nervous terlebih bila dalam flight ,,wah syoknye bercuti
alhamdulillah semuanya ok.. seronok dapat bercuti.. :D
Seronoknyaa pergi holiday. Bila la akak nak merasa ni. Hehe ^^
Post a Comment