18 June 2013

Mati Itu Tiba-Tiba

"Apabila detik ini kita mampu menghembuskan nafas, belum tentu kita akan dapat menariknya lagi."


Ya Allah, bagai terasa inginku putar kembali ke zaman persekolahan, untuk bersama guru kesayangan, Cikgu Aluyah, yang sentiasa tersenyum gembira setiap kali mengajar pelajar-pelajarnya subjek fizik. Tak pernah penat dan jemu menerangkan satu persatu setiap teori dan sentiasa beri tunjuk ajar kepada pelajar di dalam menyediakan experiment dan report. Rindu. Jujur. Aku rindu. Rindu nak masuk lab fizik, sambil bagi salam dekat cikgu yang setia menunggu. Sepanjang cikgu mengajar aku 2 tahun lamanya, cikgu sekalipun tak pernah marahkan kami pelajar-pelajarnya, malah melayan kami seperti anak-anaknya sendiri. 

Teringat lagi, setiap kali kena masuk lab, mesti ada je buah tangan yang cikgu akan bagi kat kami. Baiknya cikgu. Ya Allah, tabahkan hati aku dalam menerima takdir Engkau yang satu ini. Sekelip mata sahaja, cikgu pergi buat selama-lamanya pagi tadi. Cikgu menghidap breast cancer stage 4, and effect ke hati. Aku mendapat tahu dari kakak aku, sepatutnya hari ini cikgu di hantar ke Pulau Pinang untuk buat chemotherapy. Tapi, pengetahuan dan perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Allah lebih sayangkan cikgu. Allah tak nak cikgu menanggung kesakitan tu lebih lama lagi, Allah sayang cikgu. Allah ambil cikgu untuk beri cikgu kerehatan berpanjangan di sana. Allah tak nak bagi cikgu penat lagi fikir masalah dunia kerana tanggungjawab cikgu di sini dah terlunas. Moga cikgu di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin. AL-FATIHAH buat Allahyarhamah. Moga cikgu tenang di sana. *Tak berkesempatan nak jumpa cikgu buat kali terakhir. Aku jauh. Tears. :'(


Sungguh! Kematian itu tiba-tiba. 

Mati adalah bercerai roh dari tubuh badan, tetapi ianya bukanlah satu babak penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan seterusnya yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur dan terus ke fasa seterusnya. Sesungguhnya, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. 

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat." ['Ali-'Imran : 185]

Semua yang berlaku pasti ada sebab dan akibatnya, namun ada juga perkara yang berlaku di luar tabii atau yang tidak dapat dijangkau oleh akal secara kasar. Itulah kehebatan Allah! Kadangkala Allah memberikan signal yang menandakan sesuatu bakal berlaku tetapi ada juga yang berlaku tanpa sebarang signal. Begitu jugalah halnya dengan kematian. Ada orang yang sakit bertahun-tahun, semakin hari semakin tenat tetapi masih hidup bertahun lamanya. Namun, dengan kuasa Allah, orang yang masih sihat pula yang menemui ajal ketika pergi menziarahi orang yang sakit. 'Kun fayakun!'. Itulah kehebatan Allah.


Apakah bekalan yang akan kita bawa? Adakah detik-detik akhir nafas kita merupakan detik-detik yang baik atau sebaliknya? Dan apakah kalimah terakhir yang akan terpancul di mulut, terdetik di hati dan terawang-awang dalam akal separa sedar kita? 

Seorang muslim sepatutnya sentiasa membuat check-up amalan, bekerja keras untuk mendapat ISO terkini, dan sentiasa komited dengan perintah Allah. Andai kematian itu kunjung tiba, tidaklah terkejut kerana telah mempersiapkan diri seakan-akan sudah tahu bilakah waktu kematiannya. Ayuh, kita sama-sama tanya iman kita ya. 

Sesungguhnya, kematian itu terlalu dekat. Ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat, sama ada keadaan kita sedang sedar atau berkhayal, dan dalam taqwa atau maksiat. Di mana aku?

Selalu-selalulah ingat mati, agar hati tidak mati-mati. 

Sekadar renungan. Assalamu'alaikum. 

12 comments:

Kisah Si Dairy said...

salam takziah untuk yang pergi..kirimkan doa dan al-fatihah selalu untuk arwah ye..

Cik Nor said...

al-fatihah...

Mizz Aiza said...

inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. al-fatihah untuk cikgu aluyah..
terima kasih di atas peringatan terhadap kematian.. kita selalu mengatakan jodoh itu rahsia Allah swt, sehingga kita lupa bahawa mati juga rahsia Allah swt.. begitu berdosa, hina dan malunya diri ini untuk bertemu yang Allah swt kerana dosa terlalu banyak.. :(

Unknown said...

sem0ga arwah d'tempatkan d kalangan 0rg2 briman.. amin

nae nematoda said...

kematian itu pasti bagi setiap yang bernyawa...salam takziah dan al-fatihah..

Anonymous said...

Al-Fatihah buat arwah guru Cik Nies... Smoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman... Amin...

Anonymous said...

bulan syaaban sinonim dengan bulan untuk mengadakan kenduri arwah...

Fais-SKA said...

Byakkn bersabar..yg hdup pasti mati..yg pntg redha..Al-fatih untuk arwah dan salam takziah bt fmly arwah....

Aku pengembara said...

Al-fatihah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang2 yg beriman

shahrilhakime said...

Takziah...a ateh perginya cikgu mike tu yong..... moge beliau tenang di sane..... kite??? ..tak tau bile.... jadi nye beramal le seolah2 kite akan amti besok haghi...

Aida Ismail said...

Innalillah~ moga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Betul, setiap orang akan merasai mati. Cuma kita tak tahu bila pulak turn kita nanti. Hmm..

Latifahzainal said...

alfatihah utk cikgu nies.smga rohnya ditempatkan dikalangan golongan yg beriman.kematian itu pasti.smpai masa kita pun kembali..