Selamat malam guys!
Cer tengok nis ni, dalam banyak kerja kena siap pun ada hati nak update post. Sepak kang! Alaaaa, sorry lah. Bukan apa, sebenarnya nak amek mood before baca kes-kes yang diamanahkan untuk di-review. Nampak rileks kan? Padahal hari Khamis ni lecturer nak soal. Hewhew. --"
Anyway, lately aku tengok dekat fb, twitter, and sekutu dengannya lah kan, ramai sungguh yang berceriterakan soal cinta ni. *Hanya mampu menjadi stalker terbaik di home-page jelaaaa. Dekat blog aku yang secara literalnya sungguh ke-biasa-biasa-an nih, tak pernah lagi cakap soal cinta kecuali masa aku join contest yang Cik Akak anjurkan. Nah, klik SINI untuk review ayat cinta aku yang mungkin dah berkarat pun. *Ahh, pedulik pulak kan? So, malam ni tetiba terdetik untuk menulis tentang ni untuk kesekian kali. Apa? Ingat aku takde hati, takde perasaan ke hah? Tipu lah kalau aku cakap, aku tak teringin untuk merasai betapa heaven-nya dikasihi, dicintai oleh insan yang disayangi. Semorang nak, tahu! Tapi, bagi aku, biarlah ia disemai dan bercambah mekar mengikut aliran yang benar. Aliran yang mampu meraih redha Tuhan, bukan murka Tuhan. Na'uzubillah. :'(
Bila dikenang-kenang, serius! Memang indahkan kalau hidup kita andai sentiasa bersama-sama dengan orang yang paling kita sayang dan cinta? Segala-gala di mata bagai indah belaka. Yang pahit menjadi manis, yang sukar menjadi senang, yang duka berubah menjadi gembira.
Terasa ingin diputar kembali ke masa lalu, agar bisaku perbaiki segala khilaf, agar hilang segala resah di dada, agar diri kembali sedar bahawa cinta teragung hanya untuk Allah, bukan untuk orang yang salah. Allah. Tapi, jauh disudut hati yang paling dalam, tetap mengakui bahawa benar kata Allah di dalam Kalam Sucinya, yang bermaksud :
"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." [Al-Baqarah : 216]
Benar. Terkadang, Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang terbaik. Terkadang juga, Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
Biarlah. Masa lalu berlalu begitu. Biarlah. Masa lalu yang terkadang menghambat rasa rindu. Biarlah. Moga masa lalu jadi pengajaran buat diri tatkala hati terasa kelam lagi buntu. Alhamdulillah! Masa lalu banyak beri aku pengajaran dan pedoman untuk aku terus bangkit, untuk aku terus melangkah dan berlari ke hadapan. Terima kasih wahai masa lalu, kerana engkau banyak mengajarku erti kehidupan duniawi, agar lebih dekatkan diri dengan Rabbi!
Kalau nak dibahaskan soalnya cinta, ianya terlalu subjektif. Susah untuk dirungkai dan dipertikai. Selagi aku masih belum benar-benar berjaya tanamkan dalam hati cinta untuk Rabbi, bermakna aku gagal untuk mengenal cinta sejati. Jujur. Pemilik cinta adalah dari Illahi. Hanya dengan kembali pada Dia, kita akan bertemu dengan cinta sejati.
Janji Allah pasti. Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik, untuk wanita yang baik, dan begitulah sebaliknya. Apa yang pasti, 4 perkara yang tidak perlu kita khuatirkan lagi kerana Allah sudah ada rencananya buat kita iaitu rezeki, jodoh, ajal maut, dan derita atau bahagia. Selebihnya, atas usaha kita sendiri untuk perbaiki mana yang sepatutnya, perbanyakkan ibadah, cuba sedaya-upaya untuk mujahadah, untuk menjadi hamba yang bernilai di sisi Allah. Selalu sangat kita sebut, 'siapalah jodoh aku nanti', tapi pernah tak kita menyebut, 'bagaimanalah cara kematian aku nanti'.
Ya. Memang. Aku akui. Terkadang, bila rasa tak mampu untuk berdiri, terasa benar-benar memerlukan someone yang halal di sisi, nak menangis puas-puas di bahunya dan meluahkan segala resah di hati, agar terlerai segala kekusutan yang aku pendam dalam hati. Aku tidak pernah meletakkan sebarang ciri-ciri lelaki untuk dijadikan ciri-ciri bakal suami idaman. Cuma, cukuplah baik agamanya dan menjaga hubungan yang baik antara ibu bapa dan ahli keluarganya. Hal ini kerana andai dua aspek itu dijaganya, maka, aku yakin bahawa dia mampu menjaga aku dengan baik andai aku dipilih menjadi suri dalam hidupnya. Wahai pelengkap tulang rusukku, di mana kamu? :'(
Tak mengapalah wahai hati, suatu hari nanti Allah akan beri. Sekarang bukan masanya. Dah tiba masa, sekelip mata Tuhan akan hantarkan dia. Percayalah. Kalau tidak di dunia, in shaa Allah, pasti di syurga nanti. Yakin dengan Allah. Yang penting sekarang, fokus pada kewajipan diri terhadap Rabbi, fokus pada family, fokus pada study, fokus pada perbaiki sahsiah diri.
Buat masa ni, jagalah cinta hati buat Rabbi. Ihfazillah yahfazka (Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu). Moga langkah kaki ini terus dijaga dan terus menyelusuri jalan yang haq, bukan pula yang batil. Moga tiada lagi noda terpalit di hati. Moga tiada lagi masalah hati.
Semakin aku menjauh, semakin dia mendekat,
Semakin aku cuba melupakan, semakin dia mendampingi,
Semakin aku mendalih, semakin dia mempersetujui,
Selalu aku menolak tetapi dia terus memujuk,
Selalu aku melawan tetapi dia tetap sabar.
Katanya;
"Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, nescaya kamu akan beruntung." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Bertuahnya memenangi cinta lelaki soleh, yang mahu terus menjaga kita atas nama agamanya. Dia tidak pernah menghebahkan cintanya kepada semesta kerana katanya fitnah ada di mana-mana dan takut hasad dengki manusia bermaharajalela yang bisa menghancurkan kebahagiaan yang dibina. Dia menasihatkan supaya serahkan cinta itu kepada Allah, iaitu Pemilik Sebenar Cinta, in shaa Allah pasti bahagia.
Katanya;
"Jika kita menjaga cinta kita kepada Allah, Allah akan jaga cinta kita sesama manusia."
Cinta itu suatu yang suci. Seharusnya ia disalurkan pada jalan yang benar, bukan dalam keadaan tercemar. Cinta buat hati, moga terus mekar seindah mawar. In shaa Allah, ruang dan peluang sentiasa ada. Moga terus sabar.
Till then,
Lots of love. :)
Assalamu'alaikum.
*Source all of the pictures : Abang google tersayang.
Till then,
Lots of love. :)
Assalamu'alaikum.
*Source all of the pictures : Abang google tersayang.









17 comments:
huhu... akk!! study2... ekkekek :p
tu r pasal.. adik punya fb un byk..ekhh..budak2 sek lak tu :3 .. hurm.. xpela.. nasb baik adik xde mood+xde feeling nak rasa lagi+xnak pening dengan benda alah tu...hahahah..
Kalau kita sygkan seseorang kita bawa dia kejalan y diredhaiNya bukan pada kemurkaanNya.. eheh xD nite akk ^^
jdoh 2 mmg rhsia Allah, wlpn kta cinta kt ssorang 2 bgai nk rak, kalau xde jdoh..xkn brsama jga..kunci dia bg sy sng je..cinta Allah spnuh hati dlu, jdkan Allah no1, cari redha Allah dan yakin pada Allah..in.shaa.Allah prncangan Dia lbih baik bt kita =)
akak suka sangat baca entri ni anis.. setiap perenggan penuh dengan pengisian.. bersama-sama kita menjaga cinta kepada Allah swt.. :D
Tunaikan cinta kepada yg Haq sebelum mmberi kpd yg tidak layak.
Nice entri. :)
Fuh..jiwang tu..ayat tu yang penting..
Aik... Comel2 camni pn xde Pakwe lg ek?... He3
Xpe, Insya ALLAH nnt dpt pasangan yg terbaik (^_^)
suka kata2 'terkadang ALLAH menemukan kita dgn owg yang salah..semoga kita mnjadi penilai yang baik..trkadang jgk ALLAH sengaja menemukn kita dgn owg yg salah supaya kita selalu dekat denganNYA..mengharapkn pertolongan dri ALLAH sebagai insan biasa yang dicipta oleh ALLAH..Amin
=)
Haha. Nak study lah ni. tapi mood xdatang2, acaner ha? :P
Anyway, betul tu dik. Baguslah if adik fikir centu, study betul2 dulu ya. In shaa Allah, tiba masanya, tahulah Allah aturkannya. :)
Setuju dengan akak. Biar cinta di bawah naungan-Nya. :)
Yup! Agreed 100%
Tanpa redha dari Dia, kita manusia takkan kemana :)
Allah knows the best!
Terima kasih akak. In shaa Allah. Kita sama-sama cuba ya akak. Kalau terjatuh, kita sama-sama bangun ye :')
In shaa Allah. :)
Ekekekeke. :P
Allah knows the best. In shaa Allah. :)
Terima kasih yaaa. Amin. Moga dapat mengetuk pintu hati kita menuju cinta yang diredhai-Nya, hanya mengharapkan Dia. Hanya Dia. :')
Best entri ni. Sis pun suka! :') Cinta..fitrah manusia. Papepun, just go with the flow. Kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. ^^
Entri yang buat emel terpukau sekejap. Dengan lagu dia lagi. Ermm, betul2 sedih. :'((
Post a Comment