7 June 2013

Saat Mustajabnya Doa Para Hamba

Assalamu'alaikum.

Salam Jumaat buat semua. Di harapnya kalian berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Mohonlah maghfirah dari Tuhan bagi dosa-dosa yang telah lalu, moga diterima-Nya kembali, in shaa Allah.

"Doa adalah merupakan senjata orang mukmin. tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi." [Riwayat Hakim]

Sering sahaja kita mendengar hadith ini kan? Alhamdulillah. Berdoalah kerana dalam doa tersimpan 1001 kekuatan. Berdoalah, memintalah, merintihlah. Kerana Allah amat mencintai hamba-hamba-Nya yang merintih, mengadu, meminta pada Dia. Berdoalah sebagai tanda kita ini hidup bertuhan. Berdoalah kerana di situ tersimpan kerinduan daripada Tuhan.


Waktu-Waktu Mustajab Doa

1. Satu pertiga malam.

Iaitu di antara pukul 3.30 hingga 4.00 pagi sehinggalah masuknya waktu Subuh. Menerusi hadith yang bermaksud :

"Allah S.W.T. turun dari Árasy-Nya ke langit yang pertama, di sepertiga malam, seray bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, 'Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya aku akan ampunkan dosanya'." [Riwayat Muslim]

Maka, waktu sepertiga malam adalah waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

2. Ketika hujan turun.

Doa sewaktu hujan turun, 'Allahumma soyyiban naafián.' 
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

3. Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat.

Sepertimana yang kita sedia maklum, ketika di antara dua khutbah, imam akan mebaca doa and selawat. Namun, adalah lebih afdhal kita berdoa secara individu. Hal ini kerana, setiap jemaah mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan antara satu sama lain.

4. Selepas membaca tahiyyat akhir setiap kali waktu solat.

Nabi Muhammad s.a.w. telah mengajar kita doa khusus di dalam tahiyat akhir iaitu, 'Allahumma áuzubika min ázaabi jahannam, wa aúzubika min ázaabil qabri, wa aúzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnahil masiihid dajjal'.

Maksudnya, 'Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari siksa Jahannam, dan aku berlindung dari siksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah al-Masih Dajjal.'

5. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya memanjang sujud di dalam solat kita. Namun demikian, Baginda tidak pula menspesifikkan sujud di dalam rakaat ke berapa yang harus dipanjangkan, sama ada yang pertama, kedua, ketiga, mahupun keempat. Oleh itu, kita diharuskan memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Dan, kebiasaannya kita akan memanjangkan sujud yang terakhir di dalam solatkan? Alhamdulillah. Allah tetap mendengar. 

6. Waktu Dhuha.

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya waktu tahrim (waktu yng diharamkan solat iaitu selepas solat Subuh).


Berikut, adalah antara waktu-waktu mustajabnya doa kita sebagai hamba Dia. In shaa Allah, sama-samalah kita grab peluang ni sehabis baik yaa. Semoga sama-sama kita beroleh manfaat di Hari Jumaat yang penuh berkat ini. In shaa Allah. 

Ingat, selagi diberi pinjaman untuk terus bernafas, kita sebagai hamba sentiasa ada harapan. Jangan ingat disebabkan masa silam kita dahulu penuh dengan noda hitam dan dosa, kita tidak layak menempah tiket ke Syurga. Andai benar-benar mahu, biar kena dengan gaya dan usaha, bukan mahu tetapi hanya tahu menongkat dagu sahaja. 

Berdoalah selagi ada masa. Moga Allah redha dan cinta, kerana kita hamba Dia. 

Salam Jumaat penuh Berkat!

Assalamuálaikum.

10 comments:

Unknown said...

berdoa ketika bersujud... saat yang paling menenangkan.. :)

Kisah Si Dairy said...

mari kita sama-sama berdoa...

Akupenghibur.com said...

terima kasih atas peringatannye :) caranya dah ada cuma tinggal mahu atau tidak saje :)

shahrilhakime said...

tq yong...berkongsi bende baik....balasannye pun baik.....

Fairuz Aqilah said...

terima kasih ya ukhti! love it! :)

Nina Ahmad said...

perkongsian yg baik dik :)

Badrina Ibtisam said...

Alhamdulillah..
terima kasih untuk entri ini.
smoga Allah S.W.T. merahmati akak selalu. :')

Fais-SKA said...

Waalaikumussalam..Alhamdulillah perkongsian yg menarik :)

Latifahzainal said...

berdoa dan memintalah kpd allah..sekiranya doa kita belum dimakbulkan jgnlah sesekali berputus asa..btw tq sharing dear..

Aida Ismail said...

Nice entri Nis. Sis nak copy ye. Nak simpan.