6 June 2013

Another Step Begin

Assalamu'alaikum.

Haii. Sebenarnya entry kali ni, aku buat auto-publish. Sebabnya hari ni adalah hari untuk aku register masuk hostel untuk semester 7 merangkap final year aku. In shaa Allah. So, hari ni sepertinya tak sempat menaip entry. 

Debar weh. Haha. Bukan apa pun sebenarnya. Yela, bila dah lama cuti ni, rasa semangat nak mulakan hari-hari dengan attend class, jalan reramai dengan kengkawan, makan dekat cafe sebelah tasik lepas habis kelas, buat assignment group sesama, gegaduh sesama, memasam muka sesama, gelak ketawa berdekah-dekah sesama. *Okay, yang tu over okay. Hiks. Rindu sangatlah waktu tu. 

Anyway, setahun je lagi hah aku nak habiskan study aku in Bachelor of Syaria with Law (Hons). Doakan aku yer kawan-kawan. Pejam celik, pejam celik, dah 4 tahun aku habiskan masa aku di campus. Huhu. Kalau dekat sekolah menengah ni, aku dah form 4 dah tau. Terasa diri ni makin menua pulak. Hehe. 

'Mujahadah itu payah kerana syurga Allah terlalu manis dan indah'. Serius! Aku jatuh hati dengan quote ni. *Melting gitteeewwww. Quote ni kiranya jadi pengubat hati aku, untuk aku terus istiqomah dalam berjuang kerana Dia. Ya, aku akui, terkadang aku selalu sahaja jatuh. Jatuh. Dan jatuh lagi. Aku tak nafikan tu. Tapi, bagi aku, walaupun berkali-kali aku jatuh, tu bukan bermakna aku tiada harapan untuk bangkit kembali. Kita adalah hamba Dia, dan Dia sentiasa beri kita peluang dan ruang untuk bermuhasabah diri serta bertaubat pada Nya. See, Maha Pemurah kan Allah? Maha Pengampun kan Allah? Yuup. Absolutely! Kita hamba selalu ada harapan. Harapan untuk terus melangkah ke hadapan. Tinggal kita nak ataupun tak nak, itu sahaja.


'Biar susah sedikit kerana Tuhan'. Lirik dalam lagu nasyid nyanyian Rabbani - Nun Di Sana, Kak Eyqa yang perkenalkan lagu ni dekat aku. Thanks akak. Serius, lagu ni buatkan aku rasa, aku bukan keseorangan di dunia, hakikatnya aku ada Dia, kerana Dia tujuan utama. Walaupun aku penat sekarang, walaupun aku terasa berat sekarang, selalu kena pesan pada diri, andai inilah jalan menuju Rabbi, terimalah, ikhlaslah. Berdoa semoga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapinya. Allah S.W.T. dengar. Sentiasa dengar. 

Yang pasti, jalan juangku masih panjang. Masih jauh berliku-liku untuk sampai ke destinasi yang di tuju. Ya Allah, kumohon, beri aku kekuatan. Kuat untuk menghadapi sebarang godaan. 

Pengembaraan kini bermula. Semoga ada manis di hujungnya. In shaa Allah. Doakan aku ya. Semoga semuanya berbahagia.

Assalamu'alaikum.

12 comments:

Fais-SKA said...

Wkmussalam..All the best..smoga d'berkati dan d'permudahkanNYA =)

shahrilhakime said...

Tahniah yong.... moge mike berjaye habiahkan sem ni dan grad dengan keputusan yang mabeles.......

nae nematoda said...

good luck and all the best...:)
semoga ALLAH permudahkan segalanya

Akupenghibur.com said...

good luck ..wahh bakal lawyer ..bestnya :)

Unknown said...

Semoga berjaya dunia akhirat.. ∩__∩

Anonymous said...

selamat berjaya sis...

Lieza Nordin said...

smga bjyaaaa akk :)) smga diredhaiNya sllu ^_^

Lisa Sheila said...

gudluck nies... s3moga trus istiqomah n berjaya dunia n akhirat..aamiin ;)

ANISRAHIM said...

ALhamdulillah masih diberi nafas. Moga terus suksess ye dik :) Moga berjaya dalam apa jua bidang di ceburi :D

Mizz Aiza said...

semoga anis terus tabah menghadapi tahun akhir sebagai seorang pelajar.. akak doakan semoga anis berjaya menempuhi rintangan yang mendatang dengan jayanya.. :D

Latifahzainal said...

all the best nies

Aida Ismail said...

Good luck Nis! ^^ sis doakan. May you have a bright future ahead~ Allah bless you~