Petang tadi aku and the geng berjalan nak ke fakulti untuk jumpa supervisor sebab ada taklimat sikit dari dia. Tengah-tengah berjalan bertiga secara beriringan *Bajet macam jalan tu kitorang yang punya, tetiba seorang junior baru, melintasi kami sambil berlari-lari anak sambil tegur *Takut kene langgar kot? Tau student baru pun sebab tengok tag nama dia, "Hahh, lajunya jalannn (sambil ketawa and tutup mulut), Assalamu'alaikum kak." Kami bertiga saling berpandangan sambil buat muka agak weird, then baru menjawab, "Wa'alaikummusalam." Aigooo, terkena lagi. --"
Okay. Okay. Okay. Finee! Termasuk ni dah berapa kali orang kata centu. Tacing tahu! Ergh ergh. Tahu, kitorang jalan macam ribut, masa tu berharga okayy?? :-P Actually, bukan sesaja kitorang jalan laju macam tak cukup tanah. Kitorang dah terbiasa dari foundation lagi wei. Tak tahu lah kenapa. Bila jalan slow melenggang rasa macam lemah semangat. Bila aku, dia, dia dan dia start je journey berjalan kaki, siap lah, semua 'kenderaan berat' sila ikut laluan kiri. @_@ *Ni je istilah yang selalu kitorang pakai. Sadis gile.
Lecturer aku pernah cakap, bebudak medic selalu jalan laju, sebab diorang banyak benda and urusan nak dikejarkan. Tapi, kitorang bukan budak medic! Hewhew. Kawan aku selalu cakap camni bila orang tegur kitorang jalan laju, "Hey, jalan laju ni, dapat membantu flow aliran darah dengan baik and genius okay, genius!" Haha, genius lahhh sangattt! Padahal ayat nak cover malu. --"
Anyway, dalam-dalam orang duk cakap kitorang berjalan laju ni, aku tetiba nak kaji sikit sebanyak tentang ni. Dari hasil bacaan aku, terdapat beberapa kelebihan ataupun manfaat aktiviti atau senaman berjalan kaki laju kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai. Antaranya ialah :
1. Berat Badan Stabil.
-Meningkatkan metabolisme tubuh. Selain jumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisme tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.
2. Menurunkan Berat Badan.
-Selain ia mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.
3. Risiko Elak Serangan Jantung.
-Seperti mana yang kita tahu, otot memerlukan aliran darah yang lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.
-Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.
4. Angin Ahmar atau Strok.
-Walaupun masih tida bukti kukuh yang mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok, namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.
5. Mencegah Kencing Manis.
-Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes tahap 2 terutama dalam kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber : Inst. Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan)
6. Mencegah Osteoporosis.
-Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.
7. Meredakan Sakit Lutut.
-Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau dikenali sebagai osteoporosis. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.
-Bagaimanapun, untuk penghidap osteoporosis, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.
8. Tekanan.
-Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun yang lalu.
9. Kanser.
-Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan dengan izin Allah, in shaa Allah jika individu rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang sedia maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
Wallahu'alam. Ini hanya teori kajian semata ye. Apa-apa pun, segala-galanya terserah pada Yang Maha Berkuasa. Allah dah pesan dalam Al-Quran, setiap penyakit ada penawarnya kecuali kematian. Jadi, why not kita cuba cari ikhtiar? Anyway, prevent is better than cure. In shaa Allah. Apapun, berbaliklah kepada Allah. Dia yang beri kita sakit, Dia juga yang bisa menyembuhkan.
Secara overall nya, betul lah kan, jawapan yang kawan aku bagi, bila kitorang blur taktau nak jawab pertanyaan orang. Dah terungkai kan? Kbai.
Secara overall nya, betul lah kan, jawapan yang kawan aku bagi, bila kitorang blur taktau nak jawab pertanyaan orang. Dah terungkai kan? Kbai.
Assalamu'alaikum.
*Source : SINI






14 comments:
salu jalan laju gak tp masa orang nak belanja makan la.... hehehehe....
Saya selalu jalan laju gak. tapi bukan atas dasar kesihatan ke ape.. sebab x suka membazir masa tengah jalan... hehehe
sy suka jog :) mmg shatkan bdan, rindunya la nk jalan blik hu3..dak2 medic mmg jalan laju..msa sy kt wad, tgok je diorg jalan, ha3..kdg2 suke usik dn tgur diorg, sbb stiap msa lalu kt dpan katil sy..
opppss baru tahu :) thanks for sharing info
nabi muhammad saw suka jalan laju gax :DD
Serious sis pun suka jalan laju masa study dulu. Ye la, kita kadang2 kejar masa kan. Tak suka la jalan lenggang kangkung. Nanti orang belakang marah sebab lembab bebeno jalannye. Hihi.
Orang yg jalan laju nie biasanya org yg otak dia cekap. Saya lupa dah kat mana saya dengar fakta nie..
zara suka jalan laju2 bukan apa..cepat ckit smpi ke tmpt yg di tuju..tak retila nk jln cam model2..hehehe..
nice entry.. memang kadang2 suka jalan laju kalau nk masuk klas
banyak juga kelebihan berjalan laju ni ya? sekarang dah tak banyak berjalan sejak guna kereta.. kalau shopping pun jalan slow sebab nak pilih barang.. huhu..
saya pun sama juga suka jalan laju.. hehe.. siap kena tegur dengan beberapa manusia..ALlah..laju salah perlahan salah..apapuntakboleh.hehe
Xkena Speed trap ke jalan laju2... He3
Kamera AES xde ek kt dlm Kampus? (^_^)
anis pulak dah terbiasa jalan laju smpi jauh kedepan. family tertinggal kt belakang .
hihi ^_____^
hahaha , sama je habit ni , jalan laju , sampai ma pesan , kalau orang laki tengok tak sempat nak tegur , terus hilang sebab jalan laju cam ribut...:P
speed jalan akan bertambah , bila jalan tak pakai spec ...hehe
Post a Comment