Assalamu'alaikum.
Saat ini. Ketika ini. Detik ini. Perasaan aku bagai berkecamuk. Apa yang aku fikirkan, aku sendiri tak pasti. Adakah disebabkan siang tadi, aku rasa happy go lucky sebab baru memulakan hari-hari baru di campus, then effect dari rasa itu, malamnya aku rasa keliru tak menentu ni? Allah. Jujur, selalu aku bermonolog sendiri dengan hati aku. Bukan kerana ketidakpuasan hati, tapi terkadang aku tertanya-tanya, apa sebenarnya yang aku perlu dalam kehidupan ni. Sebenarnya, jawapan itu Allah dah beri. Cuma terkadang, aku sepertinya merasa amat rendah diri. Rendah diri dengan kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri aku. Mampu ke untuk aku terus berdiri tanpa menoleh ke belakang lagi?
Allah. kacaunya jiwa. Saat ini, kedengaran bacaan Al-Mathurat di segenap ruang Mahallah, terasa berkat malam hari menyelinap di segenap tubuh. Allahu Rabbi. Moga hari esok ada sinar menyerbu di seluruh tangkai hati.
Aku bersyukur. Kerana Dia telah aturkan segalanya baik-baik untukku. Pernah aku tersungkur. Bukan hanya sekali, tapi berkali-kali. Namun, Dia tetap bersama dengan aku. Dia tetap sayang aku. Dia tetap beri aku peluang dan ruang untuk bangun kembali, mencari jalan pulang menuju Rabbi.
Masa lalu, aku pernah kecewa kerana manusia. Jujur, sakit hanya Tuhan yang mengerti. Bagai naik gila dibuatnya. Buat pertama kali, hati terasa bagai dihiris pedih. Ya, mungkin itu petanda, jalan hidupku ketika itu perlu diubah. Kerana terlalu jauh dengan Allah. Dalam sekelip mata sahaja, bila Dia kata, 'kun faya kun!', jadilah ia, boleh berubah segala.
Alhamdulillah, benar kata pendeta, 'Setiap kesakitan itu, pasti ada ubatnya'. Ubat hati aku kala itu, kini dan selamanya ialah kebersamaanku dengan Al-Quran. Jujur, aku bukanlah sebaik mereka di luar sana. Seringkali lalai. Seringkali terleka. Terkadang, bila terasa diri susah, baru mencari Tuhan. Itulah aku. Tapi, benar janji Allah. Dengan Al-Quran, bisa membuat hati kita tenang setenangnya.
Nak tahu tak, kita sebenarnya disarankan amalkan membaca Al-Quran 1 juzuk 1 hari. Kalau tak berkemampuan or ada sebab musabab yang menghalang, memadai baca 1 surah. Kalau tak mampu jugak, baca 1 muka surat. Kalau tetap tak boleh jugak, baca satu ayat. Haaa. Kalau tetap tak mampu jugak, mohon menangis. *Ini aku pesan dekat diri aku sendiri :'(
"Apakah dosaku hingga aku tak mampu membaca ayat suci-Mu Tuhan?" -Paaaangg! Serius, terasa bagai ditampar bertubi-tubi oleh tapak tangan sendiri. Walau hanya dalam minda luar sedar, tapi rasa pedih teramat! Sungguh, aku tersentap dengan ayat ni. Allah.
Hey hati, bertahan and tolong jadi lebih kental dari biasa, boleh? Aku biasa-biasa je, tapi please, mohon kau jadi luar biasa, untuk aku, boleh?
"Biar susah sedikit kerana Tuhan. Kerana kekuatan itu bermula apabila kita jaga hubungan kita dengan Tuhan." Aku suka ulang ayat ni. Beribu kali pun takpa, asal dapat damaikan sedikit ruang di hati kecil aku ni.
Be tough. Be strong. Kau dah janji dengan ummi and ayah kan, nak jadi anak yang solehah. Cubalah. Pedulikanlah bisikan syaitonirrajim kat telinga tuh. Diorang takkan pernah putus asa ajak kau ikut diorang. Satu je, syaiton ni tak kuat, tapi, iman kita yang terkadang terlalu rapuh dan lemah. Andai esok masih ada untukku, moga ada sinar baru. In shaa Allah.






15 comments:
thank :)
such giving me a motivation to be strong... :)
tak semua orang kuat bila dilanda ujian , dan tak semua orang tabah bila hati diuji :)
motivasi malam .. tersentuh :') sllu je lupa padaNya sedangkan Dia sllu ingt kita >.<
Waalaikumussalam..sma2 muhasabah diri, peringatan yg sgt baik buat sy :) ape pun, letaklah Allah no1 dlam hati..in.shaa.Allah, Allah bg jalan buat kita semua..
anna bizikrillah tathmainnul qulub . be strong kak nies . allah sengaja jentik hati iaitu bahagian kita yang paling lemah supaya kita kembali mengingatinyaa , allahurabbi :'D
betul sangat............
terima kasih sebab mengingatkan.. akak pun dah jarang2 membaca al-quran.. :(
aamiin ya rabbal alamin..,apa sj perkara yg ingin di lakukan, hnya Allah diletakkan no 1...inshaallah smuanya akn baik2 shja... ;)
Assalamualaikum Yong Nies alhaQ...
mike tau ngape awok gemo ke blog mike???... sebabnye banyak kate2 mike ni tak menggambarkan dighi mike yang baghu nak menginjak ke umo 22...... walopon awok 'tue' daghi mike....tapi kate2 mike tu kekadang menyedo kan dighi awok yang kerdil ni..... time kasih ateh tande ingatan tu....
entri yang bermanfaat :) muhasabah diri ..thanks ingatkan diri ini yang selalu alpa
takpe sis..sabar ye?
muhasabah diri.. nasihat yg bagus. semoga tabah ya.. thesis susah sgt ke?
baru kenal. terasa dekat. Mungkin Allah dekatkan hati kita kerna jalan yang kita lalui sama :).. Salam ukhuwah.. Moga Dia terus permudahkan urusan awak (^_^)
semoga dipermudahkan Allah swt selalu...dan berjaya dlm pengajian..Aamin..
Moga Allah permudahkan jalanmu~ :)
nak jadi baik dan solehah ,mmg macam2 gangguan.. harap tak terleka dan kecundang la.. tapi sabar dan tawakal ya sis.. :)
Post a Comment