16 June 2013

Happy Father's Day, Ayah

Hari ni berkesempatan update post tengah malam camni. Alhamdulillah. Syukur, masih diberi pinjaman nyawa untuk terus menggalas tanggungjawab yang masih berbaki. 

Teringat dekat ayah. Saat ketika ini, ayah sedang dibuai mimpi lena. Terbayang wajah sayu ayah saat aku ingin meneruskan perjuanganku yang masih berbaki. 

Ayah. Anis rindu. Tuhan. Mohon Kau sampaikan rasa hati ini pada ayah ya. 

Ayah. Maafkan anis. Atas segala kekhilafan anis sepanjang menjadi anak ayah. Hanya ayah dan ummi saja yang sudi terima diri anis, walaupun 1001 kekurangan yang terserlah menerusi peribadi anis.

Namun, ayah tak pernah menjauh dari anis. Tetap sabar melayan setiap satu karenah anis. Kesabaran ayah buat anis jatuh cinta. 

Ayah. Doakan anis menjadi anak yang solehah buat ayah dan ummi ya. Anis jauh dari sifat kesempurnaan. Maafkan anis. Doakan anis bisa menjadi cahaya gemerlapan buat ummi ayah. 

Terima kasih atas segala pengorbanan ayah selama ni. Mohon terus kuat untuk kami. 

Ayah. I love you. Selamat hari bapa buat ayah. Semoga ayah sentiasa bahagia. Semoga ayah sentiasa diberkati dan dirahmati. 

Terima kasih kerana ayah menjadi ayah yang terhebat buat kami, anak-anakmu. 

Tuhan, kumohon, jagakan dia untukku. 


Alangkah bahagianya andai ayah bisa membaca isi hati kala ini. 

Lailan saliiman, ayah.

Assalamu'alaikum.


26 comments:

Mizz Aiza said...

selamat hari bapa untuk ayah anis dan ayah-ayah di seluruh dunia.. ayah akak dah meninggal dunia..

Unknown said...

selamat hri Bapa..kpada ayah anis dn smua ayah2 sedunia..dn AL-fatihah untuk arwah ayah saya..

cahaya khodijah said...

comeynya budak tu. hehe. Slmt Hari Bapa ckgu nordin. :)

Unknown said...

terselit budak comel tu.. selamat hari ayah untuk semua..hehe ^^

Aku pengembara said...

Jasa ibu membawa ke syurga, jasa ayah sepanjang masa.. selamat hari bapa.... :)

Lieza Nordin said...

:') slmt hari ayah.. <3 ayah

Anonymous said...

Selamat Hari Bapa Ayah... He3...
Eh... Terpanggil Ayah plak.. (^_^)
Hensem jugak Ayah Cik Nies ni yea...

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Selamat hari bapak...
untuk bapak.. :)

Mormor said...

sedih laa baca entry kak nies ni . selamat hari papa :3

Anonymous said...

sedih akak...ayah akak pun jauh di sabah sis...akak rindu sanagat kat ayah akak,dah uzur benar dia...:(

niesalhaq said...

Terima kasih kak aiza. Sabar ya akak. Walaupun ayah akak dah tiada di dunia, tapi dia tetap bersama-sama dalam hati akak. :')

niesalhaq said...

Terima kasih zahara.
Al-Fatihah. Moga arwah ayah zahara bersama-sama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh. :')

niesalhaq said...

Hehe, tu anak buah akak. Tetiba je tersesat tepi tu.
Thanks dik. Selamat Hari Bapa juga buat ayah adik, yaa. :)

niesalhaq said...

Yup, betul tu. :)

niesalhaq said...

Hehehe. Tetiba dia terselit anak buah akak tu. :)

niesalhaq said...

Selamat Hari Ayahh <3

niesalhaq said...

Hehe. Ngengade. Anyway, terima kasih.
Selamat hari bapa jua utk ayah Giorgio Izas :)

niesalhaq said...

Terima Kasih :)

niesalhaq said...

Selamat hari papa jua :)

niesalhaq said...

Bersabar ya akak. In shaa Allah, andai ada kelapangan, pergi melawat ayah akak di sana yaa. Mesti ayah akak merindui akak. Moga ayah akak terus kuat untuk menjalani kehidupan ni. In shaa Allah. Sama-sama kita doakan :)

Fais-SKA said...

Aminn..Slmat hri bapa jga bt bapa kt malaysia :) hrgailah bapa anda yg msih ada..jasamu dikenang..mnja dgn ayah eh??? ayah nies thu ke blog ni??

nae nematoda said...

selamat hari bapa semua :)
hari untuk anak tak ada ke ? asyik bapa dan ibu je...hehehe

Akupenghibur.com said...

entri nie buat touching la...selamat hari bapa

eizz said...

Rindu ayah :'(

Blog Kak Nis dah berubah erk. Makin cantik, sorry dah lama tak singgah :)

Aida Ismail said...

Sebak pulak bila baca entri ni Nis. :') Moga kita selalu jadi anak yang taat & sentiasa doakan kesejahteraan ibu bapa kita dunia & akhirat. Happy Daddy's Day! :)

ayuniSumairu said...

sayang ayah/abah/baba/walid/dady.. :)

semoga kita semua dapat mengenang jasa-jasa mereka..
semoga menjadi anak yang soleh/solehah.. dalam mencapai keluarga sakinah mawaddah (jannah) n___n