7 June 2013

Eczema

Assalamuálaikum.

Aku datang lagi. Hehe. Bukan apa, just nak share something, yang sebenarnya masalah ini aku sendiri sedang menghadapinya. Sebenarnya, lebih kurang 4 tahun yang lalu jugak lah kan, since aku dekat foundation dulu, baru aku sedar, aku menghidap satu penyakit yang dikenali sebagai Eczema. Masa sekolah dulu tak ketara, sebab tak dak pulak hint-hint dia. Then bila dah lama-lama tuh, ada lah tandanya. Anyway, its okay, anggap sahaja setiap penyakit yang kita hadapi sebagai satu ujian dan kifarah dosa-dosa kecil kita, kan?? Sakit tu, memang lah sakit kan, tipu lah kalau aku kata, aku sentiasa dapat tahan, bila dia nak datang tu, pedih ya Rabbi. Tuhan sahaja yang tahu. Tapi nak tak nak, kena hadapi jugak disamping mencari jalan ikhtiar, right? And, walaupun ada penyakit, itu tak bermakna kita tak dapat jalankan aktiviti harian kita seperti biasa, kan? Sebab setiap penyakit pasti ada penawarnya. Allah S.W.T. sendiri dah sebut di dalam Al-Quran.  

Okay, siapa dekat sini pernah dengar penyakit Eczema ni? Siapa yang tak tahu tu, haaa, meh sini meh dekat sini, aku nak explain lah kan serba sedikit tentang penyakit ni. 

Eczema adalah merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Masalah ini pada kebiasaannya lah kan akan dihadapi oleh wanita and kanak-kanak. Eczema boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan kulit akan mengelupas. Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk berikutan pengambilan makanan di mana pesakit mempunyai alahan (allergic) terhadap makanan tersebut. Selain itu, menyentuh bahan-bahan alahan dan perubahan suhu secara mendadak, contohnya cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk akan menyebabkan kegatalan pada kulit.

Walaupun begitu, penyakit eczema ni bukanlah suatu penyakit yang berjangkit. Akan tetapi, ia masih merupakan penyakit komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit. Betul lah tuuuu! Huuuu. Anyway, kepada all of eczema's patient, bertabah dan terus kuat hadapi ujian yang satu ini. Ya?

Bawah ni contoh kulit pesakit yang menghidap eczema.




Terdapat pelbagai faktor dalaman (fizikal) serta luaran (persekitaran) yang boleh mendorong seseorang menghidap penyakit eczema ni. Dekat bawah ni aku list kan beberapa faktor yang menyumbang kepada gejala eczema ni.

FAKTOR-FAKTOR DALAMAN (FIZIKAL)

1. Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergic rhinitis. 
2. Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
3. Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

FAKTOR-FAKTOR LUARAN (PERSEKITARAN)

1. Bahan-bahan iritasi : Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca, cuaca yang terlalu panas dan lembab atau sebaliknya.
2. Alahan (Allergens) : Sabun, syampu, serbuk pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).

Umumnya, eczema ini menyebabkan kegatalan yang teramat sangat. Tahap kegatalan dan meningkat apabila kulit pesakit menjadi semakin kering. Jika digaru continously dekat tempat yang sama, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar akan berulang and ia boleh diringkaskan seperti dalam picture di bawah ni.


Oleh itu, perlulah mengambil langkah-langkah pemulihan yang sewajarnya bagi mengelakkan atau mengurangkan gejala eczema pada kulit. Antara langkah pengawalan yang boleh diamalkan oleh pesakit ialah :

LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN 

1. Penjagaan Kulit Sensitif.

-Gunakan krim/losyen dengan kerap bagi melembabkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Hal ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
-Mengelakkan diri daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.

2. Pakaian.

-Memakai pakaian yang longgar. Lagipun ni kan sememangnya tuntutan syariat. Right? Selain itu, pakailah pakaian yang berunsurkan fabrik yang selesa seperti kapas.
-Mengelakkan diri dari memakai pakaian yang ketat. Mengelak memakai pakaian berunsurkan bulu biri-biri kerana ia memudahkan berlakunya iritasi pada kulit.

3. Diet Pemakanan.

-Sentiasa mengamalkan keseimbangan diet untuk mengekalkan daya tahan yang kuat.
-Mengelakkan diri memakan makanan laut, kekacang, susu dan telur yang pernah menimbulkan kesan-kesan allergic before ni. (Boleh je makan sikit-sikit if teringin, tapi JANGAN OVERDOS!)

4. Persekitaran.

-Mengamalkan kebersihan dan pengudaraan yang baik di sama ada di rumah mahupun di tempat kerja/sekolah.
-Pastikan tahap kelembapan persekitaran yang sederhana.
-Sentiasa menggunakan cadar dan selimut yang bersih. Sebolehnya selalulah basuh and tukar tau.
-Mengelakkan diri dari persekitaran yang terlalu lembab  atau terlalu kering.

5. Perangai Peribadi.

-Sentiasa mengamalkan sikap positif dan kekal riang.
-Sentiasa memastikan kuku jari pendek agar kekal bersih bagi mengelakkan sebarang kelecetan kulit akibat menggaru.
-Mematuhi arahan doktor bagi penjagaan kulit.
-Mengelakkan diri dari kerap terdedah kepada cahaya matahari.


Jangan risau, kita perlu rasa bahagia, dan berhak rasa bahagia. Dan, pilihlah untuk berbahagia! Jalanilah kehidupan dengan penuh senyuman kerana Dia sentiasa ada buat kita. :)

Till then, 
Lots of love. 
Assalamu'alaikum. ^_^

*Source all of the pictures : Abang google yang tersayang.

15 comments:

Fairuz Aqilah said...

jaga diri ye.. takpe tu, insyaAllah awak boleh tahan segala sakitnya. mohon Allah ringankan. amin... chill! :')

Mizz Aiza said...

sabar ya anis, setiap penyeakit pasti ada ubatnya.. anak saudara akak pun pernah mengidap penyakit ni, alhamdulillah sekarang dah sembuh.. bagus info ni anis..

Lieza Nordin said...

sakit leh mndekatkan kita dgnNya :') baru tau nama penyakit ni..huhu~~ smga cpt ok akk :) jaga diri ^^

DILA ELLA said...

saya pun baru sembuh dari eczema ni,memang seksa tahan sakit..tapi setiap penyakit kan ada ubatnya..:)

Nina Ahmad said...

pernah dgr jugak.. sakit tu kan penghapus dosa kecil :)

jaga diri baik2 taw

eizz said...

Pernah dengar penyakit ni. Kesiannya.

Sekarang ni Kak Nis sakit ni lagi ke ?

Badrina Ibtisam said...

nice sharing..

apapun akak banyakkan bersabar ye. Allah S.W.T. sayang akak, sebab tu Dia uji. Tabah ye. :')

Anonymous said...

Adusss... mesti pedih kn...
Kuatkan minda n tabahkn hati (^_^)
Insya ALLAH selamat

Fais-SKA said...

stiap pnyakit ada ubatnya :) smoga cpat smbuh dn sihat2 slalu..byakkn berdoa..pntg lrang kena ikut..gtl ni kbykannya sbb alergik..

niesalhaq said...

In shaa Allah, terima kasih buat semua ya. Huuuu. Sakit tu still sakit, sebab penyakit ni akan datang bebila masa je, so kena get ready.
=)

Latifahzainal said...

csin akak pun ada penyakit nie jugak.kesian tgk sbb dia kecik lagi.bila digaru habis kulit menggelupas.btw banyakkan bersabar ye nies.dgn izin allah insyaallah akan sembuh..

iha said...

wah kak.. kita boleh jadi kawan baik ni, sebab iha pun baru buat entri pasal ni.. nampaknya penyakit kita sama.. :)

#dapat tau pasal entri ni dari Aisya Lieza.. :)

kay_are said...

eczema ni yang tangan tak boleh rase lembap tu kan?kalau taklagi sakit jadi nye.. hmm orang cakap ade ubat untuk eczema ni,tapi pemakanan pun leh membantu rase nye.

Unknown said...

saya ada alergik..huhuu.tapi tak teruk sangat..sabar ya kak..dah jumpa doktor belum? hehe

Aida Ismail said...

Tengok gambar pun dah tau mesti gatal sangat kan? Hmm..sis kena gigit kutu kucing hari tu pun tak tahan gatalnya. Huhu~ Moga cepat sembuh Nis.