Assalamu'alaikum.
Sebenarnya dah mengantuk. Cumanya nak spend sikit je masa untuk buat post ni. Sebabnya Rabu ni aku dah nak gerak ke Shah Alam, hari Khamis aku dah register check in hostel untuk penginapan final year ni. Of course lah bila dah check in nanti, busy nak punggah barang, kemas apa semua kan. Then, by Sabtu and Ahad pulak, kena attend majlis nikah and kenduri kahwin abang saudara aku dekat Bandar Baru Bangi. By Monday pulak, dah start rushing ke kelas, add drop subject apa semua, nak mintak pengesahan Ketua Jabatan lagi, nak kena jumpa supervisor untuk pengesahan tajuk thesis, nak kena attend meeting untuk program Extival sempena Majlis Konvokesyen tak lama lagi, and so on lah. So, maybe a little quite busy sikit lah bila dah start balik campus. Maybe tak sempat nak buat sambungan tentang entry lepas.
Masa ni before bertolak ke destinasi. My bro, from right Che Nyah, Injat, Loep. (Gelaran dalam family)
Okay. By the way, hari tu aku and family start bertolak ke Bandung pukul 7.45 malam hari Selasa. Dalam area pukul 9.00 malam centu sampai. Waktu Malaysia pukul 10.00 malam masa tu. Area 2 jam jugak lah perjalanannya. Sesampai je kitorang dekat sana, terus pergi check in hotel berdekatan and boleh tahan murah lah jugak. Pop Hotel nama dia. Hihi, nak kata bajet hotel, ye kot. Harga dia 1 juta Rp per day. Kuikui. Tapi serius bagi aku takdelah teruk pun. Okay je. Warna warni lagi tu. Rasa macam duduk dalam kindergarten pulak masa memula sampai tu. Sedap mata memandang la. Kitorang yang pergi 14 orang dewasa, and 2 orang kecik. Kitorang just ambil 4 bilik jela. 1 bilik 3 orang. Dalam bilik dia ada 2 single beds. Kitorang cantumkan aje katil tu. Kira okay lah tu kan. Selesa pun selesa.
Ni lah dia hotel yang kitorang duduk tu. Ceria kan pintu bilik dia?
Ni dekat Kawah Putih.
My big family.
Esoknya kitorang start trip ke Kawah Putih. Kawah Putih ni kiranya tempat lawatan yang boleh tahan ohsem lah. Gunung Berapi yang dah tak aktif. Sejuk mengalahkan Cameron Highlands lagi. Sebabnya kitorang kena naik gunung tu, baru sampai betul-betul dekat kawah tu. Perjalanan dari tempat penginapan kitorang boleh tahan jauh jugak. Huhu. Penat seyh duduk 3 jam dalam van. Jalan kota dia memang 'superb' habis lah kan. Kematu habis ............ Tak sanggup nak teruskan ayat last. Haha. Yang pasti dekat Malaysia, jarang bebenor kita jumpa jalan macam tu. Orang yang betul-betul bersabar dan tabah sahaja ye yang mampu menahan. Memang aku respect betul la orang-orang dekat sana. Cuba bayangkan, jalannya kecik sangat, berlobang-lobang pulak tu, dengan motorsikal yang beribu-ribu lalu ditambah kereta bas lori lagi, tapi tak berlaku langsung eksiden tau, walaupun berlanggar sikit-sikit pun memang takde. Memang teruja la masa tu kan. Traffic light dekat sana pun, berbeza dengan negara kita. Dekat Malaysia, kalau 4 simpang jalanraya, mesti takkan bertembungkan mana-mana kereta kalau dah lampu hijau. Tapi, dekat sana, bila traffic light dah hijau, mesti bertembung antara satu sama lain, berebut siapa jalan dulu, dialah yang dapat kuasai jalan. Tapi, serius respect gila dengan diorang, memanglah nampak serabut, tapi walaupun jadi centu, tak wujud pun pergaduhan atau marah-marah masa memandu. Diorang respect antara satu sama lain, erti kata lain sehati sejiwa centu. Saling memahami.
Tersusun je orang sana menunggu turn untuk isi minyak.
Then, vacation seterusnya kitorang pergi ke Situ Patenggang. Kat situ ada macam pasar barangan untuk souvenir and ada tasik semulajadi. Boleh tahan luas jugak lah tasiknya. Tempat tu famous pun salah satu sebab dalam kalangan orang dekat sana, diorang percaya, dekat tengah tasik tu, ada satu batu yang dikenali 'Batu Cinta', yang mana diorang percaya, siapa yang belum ketemu sama jodohnya, bolehlah ke sana, coretkan nama di atas batu itu, kemudian akan bertemu dengan bidadari atau pasangan yang dicari. Hewhew. Kepercayaan orang dekat sana laa. Nak ke tempat batu tu kena lah naik bot. Harga bot dia boleh tahan jugak kot. Dia ada macam-macam jenis bot. Yang kitorang naik tu bot yang kena dayung sendiri. Harga satu bot tu 45000 Rp kalau tak silap aku la. Tak ingat sangat, sebab bukan aku yang bayar kan. Hiks. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh lah bagitahu na.
Ni dalam bot dekat Situ Patenggang.
Ni lah Batu Cinta. Anak buah aku sedaya upaya untuk panjat. Eyyahh!
Then, tour guide kitorang bawak kitorang makan petang dekat satu tempat yang bagi aku, kira unik sangat. Restoran Saung Gawir. Restoran tu berasaskan kayu rotan. Nampak macam elegant habis beb! Makanan dia pun sedap-sedap dan ternyata pedas-pedas belaka. Haha. Tapi serius wei, tak menyesal tau pergi makan dekat situ. Harga pun berpatutan. Nice laaa!
Restoran Saung Gawir.
Makanan diaaa, superb!
Then, hari kedua pulak, aku tak follow group abang sulong aku pergi melawat Tangkuban Parahu. Tempat ni pun nice vacation jugak actually, famous sangat dekat sana. Ni kira Gunung Berapi yang aktif punya. Tempat dia bak kata kakak ipar aku, macam ada parti pulak. Aku tak dapat nak bayang cemana lah sebab diorang aje yang pergi. Nak masuk sorang kena bayar 25000 Rp kalau tak silap aku. Masa entrance tu satu hal, then kena tukar kenderaan, naik trak. Trak tu aku tak pasti berapa kena charge dia. Memang advanture jugak lah. Aku follow ummi dengan ayah jela, sebab diorang nak pi shopping.
Next, antara tempat shopping yang sempat kitorang pergi antaranya for sure lah Pasar Baru. Dekat sini Subhanallah, macam-macam ada tau. Aku yang tak suka ber-shopping pun tetiba jadi rambang mata sebab banyak sangat barang, cantik-cantik pulak tu, terutama kain baju lah kan. Dekat Pasar Baru ni, kalau korang nak cari kain pasang memang banyak sangat lah kan. Tapi kena pandai pilih and tawar menawar harga yang pasti. In shaa Allah, taukey diorang bebaik belaka, senang kautim punya. Hihi. Satu hal lagi yang aku suka dekat sini, diorang ada buat servis menjahit baju, and siap dalam masa 1 hari je, and diorang terus hantar dekat tempat penginapan kita. See? Seronokkan. Suatu benda yang baru bagi aku. Sempat jugak la kan tempah sehelai seorang kami semua ni. Selesa and sedap je pakai. Hehe. Alhamdulillah. Harga kainnya termasuk upah menjahit boleh dirunding.
Ni lah antara kedai di Pasar Baru yang menawarkan perkhidmatan menjahit dalam masa 1 hari and hantar ke tempat penginapan.
Then, another tempat lagi, kitorang sempat pergi Factory Outlet. Bangunan dia banyak dan besar. Kat sini pun banyak pilihan baju-baju yang cantik. Harga dia pun boleh tahan and murah serta berpatutan. Tempat dia macam tempat pakaian dekat shopping mall tu. Factory Outlet ni, terbahagi kepada banyak blok. Ada bangunan yang jual pakaian, beg and kasut, ada bangunan khas for men, and banyak lagi lah. Hehe. Kena rajin berjalan sikit lah kan. Takpun, naik je kenderaan, suruh je tour guide bawak. Selalunya memang tour guide prefer centu pun. Diorang dekat sana, bagus sesangat. Buat kerja tak ambil kesempatan pun .
Antara bangunan di Factory Outlet.
Ada satu lagi tempat shopping, nama tempat tu Toko Tiga. Tempat ni macam more to branded and high quality products lah. Harga dia pun lebih kurang macam dekat Malaysia. Kena pandai pilih lah dekat sana. Actually, aku tak sempat pergi dekat sana. Family aku yang lain je pergi. Sebabnya aku kena jaga anak buah aku dekat hotel. Heuu. Jadi baby-sitter lah kan. Diorang tak boleh ikut 3-rd day tu, sebab nanti diorang penat and bad mood. Tempat shopping bukan dunia mereka okay. Kang meragam tak henti-henti. Fullstop.
Teh botol memang minuman ter-famous di sini. Di mana-mana sahaja pasti ada. Ni pun tour guide kitorang yang belanja. Thanks!
Anyway, itulah antara tempat-tempat menarik dekat Bandung yang sempat kitorang jelajah. Banyak lagi sebenarnya, tapi takpelah, maybe lain kali kalau ada peluang ke sana, in shaa Allah, sampai lah lagi muka-muka ni dekat sana. Haha. Wait. Korang tengok lelaki yang drive van yang kitorang naik dalam gambar kat bawah ni. Hehe. Dialah tour guide kitorang. Umur dia baru 18 tahun. Serius, memula, aku macam tak percaya dari gaya dressing dia, aku tengok macam dah 20-an centu. Dari gaya percakapan dia yang ala-ala sopan gitteewww, dari gaya mahir di jalan-jalan kota area Bandung. Phewww. Teruja lah kejapkan. Huhu. Company dia ambil bayaran 5 juta Rp per half day, bersamaan 12 hours lah. Murah kan? Macam-macam tempat dia boleh bawak kita. Ke mana sahaja. And satu hal yang aku suka tour guide kitorang ni, dia sangat jujur and tak pernah ambil kesempatan sepanjang dia bekerja untuk kitorang. Sepanjang kitorang melawat kat mana-mana tempat ke, shopping kat mana-mana ke, dia still teman and tunggu kitorang. Sekalipun tak pernah dengar dia mengeluh. Suke suke suke! Thanks a lot sebab sudi teman kami. Kami hargai. :')
Dalam van on the way ke destinasi.
Kitorang bertolak pulang ke tanah air next Friday, awal pagi flight pukul 7. 45 pagi waktu Indonesia, and sampai pukul 11 pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah, walaupun sekejap, tapi bagi aku ni antara trip yang heaven sesangat! Hehe. Alhamdulillah. Thanks to Allah S.W.T. for giving us this beautiful chance. Lepas ni, next vacation, niatnya nak pergi Makkah pulak, buat umrah dengan family. In shaa Allah. Harap sesangat. Amin. Kata-kata itu merupakan satu doa rite? Doakan ya guys.
Anak buah aku sedang merenung ke luar jendela, sebelum kami melangkah pulang esoknya. Haikal cakap masa tu, "Heka nak tengok habis-habis." Maybe dia tahu, kami akan pulang esok harinya. :')
Okay lah. Maybe setakat ni je dulu kot. Semoga korang happy-happy selalu lah ya. Thanks for reading! And please, keep reading. Lol. Kepada sesiapa yang nak memulakan trip ke Bandung, atau memana saja lah vacations yang menjadi pilihan hati, semoga selamat pergi dan balik! Jaga diri bebaik okayyy. =)
Jumpa lagi. Assalamu'alaikum.

















13 comments:
Antara tempat dlm perancangan utk Ber Bag Packer...
Mesti best kn Cik Nies?
Cume ade dengar cerita harga brg kt sane dh makin mahal, sebabnye rakyat M'sia suke shopping kt sane...
btw... Nice Entry (^_^)
Batu cinta.. ehek~~ 1rp=duit malaysia akk?? :) smga hajat akk tercapai dan juga hajat org y hendak ke mekah ^_^
wahh best nya.. satu family jejalan sesama. jeles ni. hehehe. btw,pintu hotel tu mmg warna-warni sangat.
Unik jgak..nmpak best wlwpn xpnh terlintas nk p indonesia :) yg pntg bercuti bersama family yg bestnya..Amin, smoga hajat nies dn fmily nk p mekah 2 tercapai la ye :)
Lama dah teringin nk pergi Bandung ni.. tp masih lg busy skrg..
takda masa lg nk ke sana.. huhu
mesti bestkan nies :)
handseomenya abang abang awak!!! seronoknya dapat g bandung.. ni belum tercapai lagi.. memang nak g sangat3! shopping like heaven kan kat sana! bestnya... :'O
best yer.
Aisya : 10000 Rp = RM3.00. 1 Rp xpasti berapa. Hihi. Rendah sangat tu yang. :)
bestnyer jalan2....
seronoknya bercuti bersama keluarga.. serius bilik hotel tu memang macam kingdergarden, warna warni gitu, tapi akak suka.. :D
Bestnyaa jalan2 tengok tempat orang. Btw, pintu bilik hotel tu memang colorful. Ceria betul hehe~
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment