7 January 2015

Kerana Kasih Sayang Tuhan

Bismillah.

Tak dapat nak lelap mata. Bukak sekejap blog untuk tinggalkan setapak dua jejak. Jari menari-nari sambil layan Ya Nabi Salam by Opick. Allah. Heaven gila rasa. Jatuh cinta. Even tahu lagu ni dah lama. Tapi baru tahu title dia apa. Lambatkan aku. Takpe. Abaikan.

Allahu. Alhamdulillah. Masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas dalam jiwa hamba. New life began. Smile. Alhamdulillah. Tak seperti yang aku jangka. Benar. Mereka kata proses nak move on tu payah. Perit. Sakit. Terhimpit dek rindu yang lalu. Ya. Memang. Tapi, walau sesakit mana pun, tetap diri sendiri perlu dan wajib mencari penawar untuk hati supaya tak dibiar terus mati dek terkenang kenangan lalu yang menikam menghentam-hentam. Alhamdulillah, sekelip mata aku bisa melupakan, sekelip mata aku bisa memaafkan, sekelip mata aku bisa menerima kenyataan. Kerana apa? Kerana aku yakin takdir yang Dia cuba rencanakan. Jujurnya, kini aku lebih tenang aku lebih bahagia.

Ingat. Allah masih sayang. Bukan Dia saja-saja campak ujian untuk hati. Dia cuma nak kita beringat. Dia kesian kat hati. Tak nak hati terus-terusan terpagut dengan harapan yang tak pasti. Benar. Kalau kita terlalu agungkan cinta insan, takkan kemana-mana. Itu silap kita sebagai manusia biasa. Lupa yang cinta Tuhan lebih indah dari yang kita jangka. Sumpah, takkan terjangka. Damailah. Tenanglah. Berbahagialah bagi mereka yang berjaya memenangi cinta Tuhan. Allahu. Infiru duhai Nis. Infiru ilaAllah. Dia sayang. Dia kasih. Dia masih pandang kau dengan penuh kasih sayang. Kembalilah kepada Tuhan. Biar Dia peluk erat hati kau dengan penuh mesra penuh cinta. 


Benar juga. Terkadang kita sebagai manusia biasa terlupa akan satu hakikat sebenar. Yang menyebabkan kekecewaan bukanlah orang, tapi bila kita terlalu berharap pada seseorang. Bukan salah orang tu kerana memberi harapan, tapi salah sendiri kerana tidak meletakkan sepenuh keyakinan dan pengharapan terhadap Tuhan. Dia pemilik hati insan. Biar berharap pada Tuhan, bukan lagi pada insan. Nescaya kau takkan terperuk dalam kekecewaan.

Cinta Tuhan indah. Yang pasti perasaan itu takkan pernah menyakitkan. Tidak ada sebab untuk kau tidak tersenyum tampan Nies. Senyumlah. Untuk merasa bahagia seperti yang kau damba. Allah dah berikan rasa bahagia untuk setiap hamba dengan cara-Nya. Dan boleh jadi wasilah bahagia itu adalah berbeza untuk setiap satunya. Cuma, rasa bahagia itu tetap sama bilamana kita yakin bahawa pemberi bahagia adalah Dia. Hanya Dia.


Aku mungkin pernah rebah. Tapi rebah aku bukan bermakna aku terus kalah dan mengalah. Aku bersyukur menjadi hamba bersyukur dipilih untuk diduga. Kerana Tuhan janji dalam kalam agung-Nya, tidak beriman seseorang muslim tersebut sehingga dia diuji dan setelah diuji dia bersyukur dan bersabar. Jadi, wahai kesayanganku sekalian, usah terjerut dengan rasa susah rasa penat rasa lelah. Tuhan cuma nak tengok siapa antara kita yang paling sabar hatinya, yang paling tabah jiwanya, yang paling taqwa imannya bila dicampak ujian. Dia cuma nak tengok siapa yang akan berpaling dari Dia atau berbalik pada Dia setelah tertimpa ujian bertubi-tubi. Kita masih ada peluang. Kita masih ada ruang untuk pulang. Dia sentiasa menunggu dan terus menunggu dengan sejuta hamparan kasih sayang. 

Ya. Kita hamba lemah. Tapi bangkitlah kerana kita punya Allah. Senyum lagi sayang. :')

Oh yaa. Selamat tahun baru. Takde azam baru. Tetap sama seperti sebelum ni. Cumanya berharap dapat perbaiki diri dari hari ke hari. Andainya esok masih ada lagi untukku, moga imanku bisa seteguh Bilal bin Rabah, di mana kisah hidupnya yang benar-benar buat aku rindu. Rindu pada sentuhan kasih Tuhan dan Nabiku. Namanya saja bisa buat airmata aku mengalir tanpa mampu diseka-seka. Hebat cinta kau Bilal pada Rabb dan Rasul. Jujur, aku cemburu.

Allahumma ahyina bil iman. Allahumma amithna bil iman. Allahummahsyurna bil iman. Allahumma adkhilna jannata maal iman. Amin.

Assalamualaikum, kesayangan.

5 comments:

sinuha said...

Semoga kita bersama-sama menjadi hamba yang tabah dengan dugaannya dan bersyukur dengan nikmatnya :)

Unknown said...

Alhamdulillah ;)

Student Kecik said...

hati ini sentiasa diuji :(
Alhamdulillah..

arzmoha said...

bila mula baca entry ni. dan rasa macam pertama kali singgah disini.
Bahasa sungguh mendalam, macam baca cerpen.

sekali baca macam tak berapa paham apa yang diuji. Tetapi ingatlah.

tatkala kita rasa kita diuji dengan teruknya, sebenarnya ada orang yang diuji lebih dari itu. contoh terbaik apa yang dialamai mangsa banjir baru-baru ini.

Yanti Husin said...

Nice entry..
semoga tabah & redha..
Allah sebaik-baik perancang.. :)

khalisyaawan.blogspot.com