30 December 2014

Rasa Rasa Sesuatu

Biarlah sejadah itu basah
Kadang--
Ada benda tak mampu nak cerita

Buka mulut--
Bukan untuk orang sebelahkan kita
Bukan untuk dengar orang menangkan kita
Bukan untuk dengar orang buka salah dia
Bukan cerita aib dan buruk dia

Bukan
Bukan
Bukan

Kadang--
Hanya itu cara

Tapi--
Kadang hamburan airmata dah lebih dari cukup
Kerana manusia selalu tersalah sangka

Dan--
Dunia memang memenatkan
Mungkin tambah menyesakkan

Bila kau tak ikhlas
Bila kau tak redha

Dalam kau tangis sampai nak pecah dada
Tengok ada salah kau dahulu
Sebelum kau cari salah dia


Berhenti--

Dari sakitkan hati sendiri

Kembalilah

Kembali


4 comments:

cahaya khodijah said...

Kerana ujian itu meningkatkan darjat dan keimanan, moga Allah bantu. Moga Allah kuatkan. Dan Dia sebaik-baik pendengar.
:')

Unknown said...

terus kuatkan semangat kerana Allah bersama kita, insyaAllah. :')

Nina Ahmad said...

kenapa ni nies?? nina tgk mcm sedih je. apapun sabar dan kuatkan semangat tau :)

arzmoha said...

tak tahu nak komen apa. tapi gambar dan entri saling berkait.


semoga bersabar ya