11 January 2015

I'm Growing Up!

Bismillah

Assalamualaikum!

Salam 'isyak kesayangan. Rasa rajin nak menaip malam ni. Yela, dulu kalau masa sekolah ada diary book sendiri. Setiap hari kalau tak tulis satu benda dalam tu tak sah. Nak kata tulisan cantik tak jugak. Hahaha. Tah, memang suka menulis. Mungkin ini kot salah satu cara untuk reflect diri, sebab setiap kali bosan mesti akan baca balik tulisan sendiri. And for sure, kalau benda baik yang ditulis setiap kali tu akan jadi reminder untuk diri aku yang always pelupa nih. Sobs!

Pejam celik pejam celik, mak datuk harini saja dah masuk 11 Januari 2015. Lebih kurang seminggu dah pon masuk tahun baru. Hmmm. Tengok, betapa cepatnya masa berlalu. Umur makin lama makin meningkat. Amal pulak yazid ke yankus? :'(

Hurmm, lately, banyak perkara berlaku dalam diri aku. So far, alhamdulillah, everythings went well. Even terkadang rasa nak tersungkur dalam selut, tapi dalam nak jatuh tu Allah campak selautan kasih sayang yang tak terhingga hebatnya. Dan, terkadang rasa diri ni terlalu beruntung kerana terpilih hidup dalam nikmat iman dan islam. Siapa aku untuk menidakkan nikmat terbesar sebegini rupa? Moga diri menjadi seorang yang sentiasa mensyukuri segala apa yang tuhan beri, bukan hanya suka complain itu dan ini. Alhamdulillah I'm still breathing and alive in Imaan and Islam.

Hai, jangan risau. saya okay, saya dah besar! :) 

Sekarang ni kalau nak ikutkan secara hakiki mengikut kalendar Islam, 21 Muharram 1412-H aku di lahirkan atas dunya fatamorgana ni, so officially lah aku berumur twenty-four years. Err. Kalau ikut kalendar masehi, belum lagi lah muehehe. Tak kisahlah pasal tu. Yang penting kene terima hakikat diri makin menua. Sobs. Lagi 6 tahun nak masuk thirty. No no no. Maafish musykelaa, don't think toooo much! Yang penting, sebenarnya diri makin dekat dengan kematian. Allah. Prepare untuk ke syurga atau sebaliknya. :(

So, dengan harapan kematangan hati seiring dengan pertambahan usia. Be more mature in what so ever you do. Thinks before you acts, do good deeds. Smile. Lagi sebulan akan bergelar active student kembali. Ohmai. Dah prepare luar dalam ke? Huhu. Feeling?? Happy, excited, tak sabar, takut, bimbang, semua ada lah bercampur dalam satu. I wish everythings will gonna be fine later and so soon hekhek aminnn. Sebabnya actually sebulan kebelakang ni, diri tak berapa nak baik kesihatannya. Mohon doa yang baik-baik. 

Okay. Sampai sini dulu. Jaga iman dan hati, kesayangan. :)


Ma'assalamah! Spread the love.

3 comments:

PeRdU cINta said...

Moga syurga mendekati kita dan kita menjauhi azab nerakaNYA.,

Unknown said...

lagi sebulan?dah tak lama tu...selamat kembali ;)

arzmoha said...

selamat tahun baru, selamat meningkat usia...