24 December 2014

Apa Yang Aku Mahu?

Bismillah.

Keliru
Serabut
Buntu
Kusut

Emosi apakah ini?

Kehilangan
Tahu--
Menyakitkan
Tapi siapa aku?
Siapa aku nak melawan takdir Tuhan?

Aku dah mula redha
Aku dah mula ikhlas lepaskan
Aku dah mula kental jiwa
Aku dah mula lempar jauh-jauh setiap kenangan

Sebenarnya
Apa yang aku mahu?

Damai
Ya. Damai
Di mana kau?

Aku rindu
Rindu tangisi dosa demi Tuhan

Ya Tuhan
Andai setiap yang hadir pada saat ini
Hanya semata untuk menguji hati dan perasaan
Kumohon--
Jauhkan
Jauhkan

Ya Tuhan
Andai setiap yang hadir pada saat ini
Bisa meningkatkan iman dan pedoman
Kumerayu--
Permudahkan jalan
Permudahkan

Allah
Allah
Allah
Redhalah setiap langkahku
Restulah setiap tingkahku

Damailah
Damai
Seiring dengan cinta Tuhan



1 comment:

Miza Idgihat said...

Moga terus tabah akak sayang :')