19 April 2013

Ummi. Ummi. Ummi. Ayah. Love You Never End

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur ke hadarat Illahi kerana masih memberiku peluang dan ruang untuk terus bernafas di atas muka bumi ini walaupun tegarnya aku melakukan kesilapan, berkali-kali, namun Dia masih beriku peluang dan ruang untuk meminta keampunan. Allahu rabbi.

Cuma ingin mengimbau kembali kenangan 2 tahun yang lalu. Ayah. Secara tiba-tiba Allah menduga hati-hati hamba ini. Walaupun aku tahu, ayah perit, sakit, lelah menahan kesakitan pada ketika itu, namun terselit 1001 hikmah di dalamnya. Bak kata ummi, peluang dan ruang sentiasa ada untuk kita hamba-hamba Dia. Sama ada kita pandai manfaatkannya ataupun tidak. 


Pada ketika itu, lebih 2 bulan ayah terlantar sakit, keluar masuk hospital, ICU, dan wad. Allah. Pada awalnya, doktor sahkan bahawa ayah sudah tiada lagi harapan untuk terus bertahan. Masing-masing antara kami harus kuat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Namun, Allah maha berkuasa. Segala kekuasaan adalah milik mutlak-Nya. Sungguh tabahnya ayah. Sungguh kuat jiwa ayah. Ayah lawan rasa perit. Ayah lawan rasa sakit. Alhamdulillah, berkat sabar, syukur, redha, ikhlas, segalanya Allah permudahkan. Dia sayang ayah. Sebab tu Dia bagi ayah kekuatan untuk terus berjuang. Ummi kata, ayah ada tanggungjawab lagi yang perlu diselesaikan kat dunia ni. Sebab tu Allah bagi 'peluang' untuk terus gagah berdiri walaupun aku tahu, ayah perih. :'(

Terima kasih untuk-Mu Allah. Kau sayangkan aku. Kau masih bagi aku peluang dan ruang untuk bersama-sama dengan ayahku serta berbakti padanya.

Sabtu lepas pulak, tak diduga, waktu subuh, ummi tergelincir dari tangga rumah, habis berterabur tasbih dan Al-Quran yang dipegangnya. Kesian ummi. Tak sanggup aku melihat keadaan tu. :'( Allah, Kau uji lagi. Ya, uji-Nya tanda Dia kasih. Tanda Dia cinta. 

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." [Al-Baqarah : 286]

Bergegas aku dan ayah hantar ummi ke hospital kerana bimbangkan kecederaan yang berlaku di kepala ummi, bimbang ada effect dalaman, mana tahu kan. Hm hm. Tapi Alhamdulillah, syukur. Selepas sahaja buat pemeriksaan lanjutan, scan seluruh tubuh ummi, doktor bagitau takda kecederaan dalaman yang berlaku. Masa dapat tahu, gembiranya hati ini rasakan. Tak tau nak kata macamana. Tuhan sahaja dapat mengklasifikasikannya.

Hari ini, ummi dah makin ceria, boleh berborak sakan dengan dia. Cuma kadangkala, dia pening-pening, perlukan rehat lebih. 

Isnin depan, ummi ada lagi appointment doctor dekat Columbia Asia Hospital.  Hope so, kesihatan ummi lebih baik, dan lebih baik. Ayah, terima kasih. Walaupun ayah tak berapa nak sihat, tapi anis suka semangat ayah. Jatuh cinta dengan kesabaran dan ketabahan ayah layan ummi dan anak-anak. Ayah, terus kuat yaa. Anis sayang ayah. Sayang sangat. Ummi jugak. Sayang sangat. 


Dan apabila saatnya Dia uji lagi. Takkan menyerah kalah kerana tetap yakin dengan Cinta Dia.

Kadangkala ia sebagai teguran, kadangkala ia juga sebagai hadiah terindah.


Kata ummi; 'Dia terlebih dahulu aturkan semuanya. Segala-galanya atas kehendak Dia. Seandainya Dia berkehendak, berkatalah Dia, kun fayakun! Maka jadilah ia.'


Teguran. Hadiah. Untuk apa? Untuk jiwa hamba lebih bersedia menghadap Dia di sana.

Lots of love from me, your sweety, Ummi and Ayah. <3 <3 <3

2 comments:

Unknown said...

Anak yang baik.Moga kesihatan ummi & ayah nies bertambah baik.Doakan kesejahteraan untuk mereka setiap solat.Doa anak yang solehah akan dimakbulkan.. :) In Shaa Allah

niesalhaq said...

Subhanallah. Terima kasih atas dorongan. In shaa Allah. Sama-sama kita menjadi anak yang solehah. Amin =)