24 April 2013

Astaghfirullah, Alhamdulillah, In shaa Allah

Semalam.
Telah pun melambai pergi.
Jauh. 
Jauh sekali.
Takkan mampu aku gapai kembali.
Namun, bukan bermakna lenyap sama sekali.
Kerana masih ada kenangan yang berbaki.

Semalam.
Aku pernah bangun.
Berlari sana sini.
Cuba cari hala tuju yang kian malap.
Terkadang terjatuh.
Terkadang tersungkur.
Hampir karam, lemas dek lautan berombakkan dunia.
Keinginan yang selalu kuutamakan, bukannya keperluan.

Hari ini.
Dia beriku peluang.
Ruang perbetulkan kenangan semalam.
 Biar ia jadi panduan.
Biar ia jadi pedoman.
Walau hari ini jatuh lagi, aku takkan putus asa dengan diri.
Maghfirah dari Ilahi tak pernah putus kumohon menerusi mata hati.
Kerana aku pegang pada janji.
Janji Tuhan yang pasti.
Rahmat-Nya tiada berbelah bahagi.

Hari ini.
Akan kujadikan ia sandaran menjelang hari esok.
Esok, ada.
Tetapi, belum tentu aku turut serta.
Tapi, di sudut hati penuh pengharapan dan doa.
Kerana perjuanganku belum lagi berakhir di sini.
Biar lelah, biar parah, asal tidak tercipta jurang antara hati dengan Robbi.

Esok.
Moga muncul sinar baru.
Walaupun belum tentu kapan nafas terakhirku.
Walau berat mana ujian.
Walau sehebat mana pun dugaan.
Aku tetap pilih Dia, sebagai pilihan utama hati.
Biar ada rasa rindu. Biar ada rasa sayang. Biar ada rasa cinta.
Tak lekang di hati, buat Ilahi.

Semalam, saat aku dilahirkan oleh ummi, aku menangis.
Diiringi lafaz Alhamdulillah.
Sahutan azan seorang lelaki bergelar ayah.
Senyuman manis dilemparkan.

Hari ini, saat ini, detik ketika ini.
Andai ternoktah sampai di sini.
Biarlah pemergianku beserta senyuman mendamaikan.
Diiringi lafaz Innalillah.
Tangisan serta doa insan-insan kesayangan. 

Semalam adalah suatu kenangan, hari ini adalah suatu kepastian, esok adalah suatu pengharapan.

Astaghfirullah for yesterday.
Alhamdulillah for today.
In shaa Allah for tomorrow.

Moga Allah kasih.


2 comments:

Unknown said...

In Shaa Allah moga dipermudahkan segalanya didunia dan akhirat..

niesalhaq said...

Amin. In shaa Allah.