Assalamu'alaikum.
Selamat Pagi Cikgu!
Wa'alaikummussalam. Okay, baca doa sama-sama.
Bismillahirrahmanirrahim.......
Haaii peeps! Rindunya saat tuuuuu! *Eh, tetiba je aku ni kan. Yelaa. Aku sedar diri, sedar ruang, yang aku ni dah melepasi zaman persekolahan. *Apa-apapun zaman belajar belum habis lagi okay! Jangan nak ngengade sangat. Serius! Sekolah, zaman yang paling heaven bagi aku sebenarnya. Rindu nak kena marah dengan cikgu-cikgu sebab tak siap kerja sekolah, rindu nak kena rotan dekat jari sebab kuku panjang, rindu nak kena denda sebab lambat hantar buku dekat library, rindu kena denda sebab bawak liquid pergi sekolah, rindu nak kena cubit dengan cikgu disiplin sebab tak pakai name-tag and jarum peniti datang sekolah. Tau jarum peniti tu hape?? Dah tau diam. Ciss. Semua bendaa tak elok je aku buat dulu! Haha. Wei, bukan aku saja-saja tauu, tapi benda dah nak jadi, acaner ha? Hihi. Actually, aku ni dulu kat sekolah, baik je, bukan brutal mana pun, pemalu gitteeeww. Tapi tu laaa, biasa laa kalau tertangkap atas benda-benda aku sebutkan tadi. Semorang pernah buat kot. *Tapi taktau lah kalau aku sorang je yang buat. Eleehh, macam lah korang tak pernah buat. Baik ngaku cepat!
Bebudak dalam gambar dekat atas ni cecomel tak? Comel kan kan? Ni kalau tak silap aku lah, gambar masa aku darjah 1 area tahun 1998. Tu lah guru kelas aku. Nama cikgu ni Cikgu Rukinah. Loving sangat kalau you all nak tau. Haaa. Kalau you all hebat, try lah carik mana satu aku. Hiks. Of course lah yang paling jelita di situ. Kakakaka. Nasib baik ex-classmate aku dulu scan gambar ni and tagged aku dekat fb, leh la aku share dengan you all. Kalau tidak, tak dapat la you all tengok aku time zaman kegemilangan ni.
Atas ni pulak gambar time aku form 5 tahun 2008. Ni gambar masa lepas Majlis Anugerah Graduasi dan Anugerah Cemerlang sekolah aku. Semua ni lah muka-muka student cemerlang sekolah. *Lahhh sangattt kann. Bebudak nilah ex-classmates aku dulu, dari aku form 1, sampai lah form 5. Hehe. Serius rindu lah. Gambar yang lain ada, tapi tak larat nak scan lah. Ni pun aku terjumpa. Hahah, yang lain aku simpan dalam pendrive semua hilang taktau pi mana.
Alhamdulillah, dulu aku pernah duduk dekat bangku sekolah, dengar apa yang cikgu-cikgu aku yang baik hati lagi budiman mengajar dekat depan. Semua tu sweet memory bagi aku. Memang takkan sama lah kan, walaupun pada hakikatnya sekarang ni pun aku still belajar lagi, tapi suasana dia lain bebenor. Dalam-dalam pernah di ajar dulu oleh cikgu-cikgu, Alhamdulillah, aku turut diberi peluang yang aku kira sangat berharga lah kan, dapat mengajar bebudak P.A.S.T.I selama lebih kurang 4 bulan macam tu. Of course aku akui, nak mengajar bebudak ni, kadang-kadang menguji kesabaran. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Yang penting, kena kuat and kena pandai ambil hati diorang. Diorang ni sangat manja and ada yang nakal tu tak tau lah nak cakap camne kan. Hihi. Tapi serius, walaupun kadang-kadang penat, tapi fun sangat. Lupa sekejap masalah aku bila aku ada dengan diorang ni. Hope so, lepas ni ada peluang lagi nak rasa macam tu.
Semua gambar dekat atas ni, sepanjang aku mengajar dekat sana lah. Bawah ni pulak gambar-gambar masa Hari Sukan P.A.S.T.I Daerah Lenggong. Alhamdulillah, cikgu-cikgu yang mengajar dekat situ bagi kepercayaan dekat aku untuk handle part hiasan dan keceriaan. Alhamdulillah, segala latihan-latihan before hari sukan tu berjalan dengan baik. Jum terjah sesama gambar kat bawah ni, tapi tak semua lah aku uploadkan.
Actually, macam-macam acara yang bebudak tu masuk, antaranya seperti biasalah kawad kaki, acara larian, acara lompat benteng, acara bina bangunan, acara kasut gergasi, and etc. Aku tak ingat P.A.S.T.I yang aku ajar tu dapat nombor berapa untuk keseluruhan masa tu, tapi tersenarailah dalam 1 hingga 3. Hihi. Kira okay lah tu kan. Berkat usaha anak-anak kesayangan sekalian. Alhamdulillah.
Okay, seterusnyaaaaaa, aku nak share lagi. Hihi. Share gambar masa sambutan Hari Guru dekat P.A.S.T.I. Tapi tak berapa nak banyak yang pasti. Wekeke. Sebab masa tu agak busy, so, tak dapat nak snap bebanyak gambar.
Hari Guru, tapi mostly acara untuk anak-anakku.
Belon-belon yang aku dan cikgu yang lain tiup bersama-sama dengan anak-anak terchenta.
Gegurl ni pandai mengaji. Subhanallah. Sekarang dah darjah 1 dah. Belajar rerajin tau sayang! Cikgu doakan.
Nama aku Awanis. Nama anak kecil ni Awatif. See? ada persamaan kan? Dia anak Ustaz aku masa aku sekolah menengah. Dia manja sangat dengan aku. Tak tau lah kenapa. Sebab aku cikgu yang baik. *Masuk bakul angkat sendiri. Bapak aih, berat nanang!
Ni lah antara cikgu-cikgu yang banyak tolong aku kalau aku tak tahu. Tudung oren tu aku panggil Achik, tudung coklat tu aku panggil Ummi.
Terharu sangat. Serius aku cakap. Aku just jadi cikgu part-time, tapi MasyaAllah. Terima kasih sayang! :')
Kek terindah buat semuaaaaaa CIKGU yang ada di atas muka bumi ni, termasuk Ummi dan Ayah aku sendiri and termasuk awak. Bersempena 16 Mei bakal menyusul, wanna wish Happy Teacher's Day to all of You!
Pengalaman aku dididik dan mendidik sedikit sebanyak mencorakkan warna-warni kehidupan yang mendidik jiwa untuk terus berazam memacu kejayaan, walaupun 1000 kali pun aku akan terjatuh selepas itu.
Pendidik tidak akan menjadi pendidik yang baik kalau dia tidak bersedia mendidik jiwanya terlebih dahulu. Tapi, yang aku tahu, semua pendidik adalah yang terbaik!
Cikgu, maafkan aku.
Maaf andai pernah sakiti hatimu.
Jujur aku masih mentah ketika itu.
Kini aku mulai sedar betapa berharganya dirimu.
Terima kasih cikgu. Thank you cikgu. I love you cikgu.
Selamat Hari Guru kuucapkan padamu.
Lots of love. Assalamu'alaikum.



























