Assalamualaikum,
Alhamdulillah, serasanya mahu membiarkan jari-jemari menari-nari seketika bagi meninggalkan jejak setelah lama aku berdiam diri.
Bagaikan mimpi. Rasa baru saja semalam aku menjaga ayah di wad 4C dan NICU Hospital Ipoh selama hampir sebulan lamanya sambil bercerita gelak ketawa dengannya. Kini, rasa baru tersedar dari lamunan yang panjang. Setahun yang lalu, ayah tlahpun pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya pada waktu dan ketika saat yang amat penting dan bermakna buat hidup aku; di hari pernikahanku 24hb Mac 2017. Amat berharap ayahlah yang akan mewalikan aku. Tapi, Allah maha tahu apa yang terbaik buatku. Dia tahu aku terlalu kuat untuk menerima takdir itu. Hendak sahaja aku meraung-raung tangisi pemergian dia. Namun, aku masih punya iman, tiada lagi terdaya untuk aku menolak segenap takdir dan hikmah yang tersirat. Aku redha. Ya, aku redha.
24hb Oct 2016-Warded paling lama almost sebulan dari awal bulan 10 sampai awal bulan 11.
Mujur masa ni Master aku baik hati bagi cuti tanpa gaji sebulan.
Warded paling lama, and paling last sebelum ayah pergi. :'(
Terima kasih, ayah kerana meredhai perkahwinanku dan suamiku; walaupun ayah pergi dulu tanpa aku mendengar suara tua lafaz akad nikah yang diwalikan olehmu. :'(
Segenap ceriteranya takkan pernah kulupa. Tersemat di dada, agar setiap kali kumerindu, ceritera itu akan terus berlagu-lagu.
Genap setahun sudah pemergian ayah kesayanganku. Genap setahun juga pernikahanku. Hampir. Penyeri sehari-hari Allah karuniakan permata hati pada tanggal 8hb Dis 2017; Muhammad Umar Fahri bin Alif Farhan nama diberi. Usianya hampir-hampir ke 4 bulan awal bulan hadapan. Jelas, sebelum ini aku terluka, namun Allah maha baik hadiahkan aku seorang dedek yang tersayang. Terima kasih ya Allah.
Sekarang dah 3 1/2 bulan. Walaupun anak ibu takpernah jumpa tokwan, tapi ramai cakap muka anak ibu iras-iras tokwan.
Anak ibu membesar dengan baik yer sayang, jadi kuat mcm tokwan, okay?
Kebetulan atau suratan, entah. Tidak aku tahu. 24hb Mac 2018 ini juga, suamiku membuat keputusan untuk mengadakan majlis aqiqah anakandaku. Rasa sedih yang tiada terungkap bila fikiran melayang-layang tertumpu 24hb Mac yang lepas. Tuhan, kumohon, kuatkan aku. Kuatkan aku. Kuatkan aku.
Demi yang tersayang, aku redha.
24hb Mac; tarikh keramat yang penuh dengan suka dan duka yang penuh hikmah.
Teruskan sabar dalam bersabar. Inshaa Allah, ada manisnya. :')
Hugs. <3






2 comments:
semoga tabah.. setiap yang bernyawa pasti akan mati... itu perjanjian kita dengan Sang Pencipta. Jangan putus doa kerana doa anak yang soleh dan solehah akan sampai kepada mereka di sana :)
hi thanks
I am also updated with a new tutorial on how to prepare ghaliye mahi
. Please see this tutorial.
Post a Comment