15 May 2013

I Really Miss You

Assalamu'alaikum.

Selamat Pagi Cikgu!

Wa'alaikummussalam. Okay, baca doa sama-sama. 

Bismillahirrahmanirrahim.......

Haaii peeps! Rindunya saat tuuuuu! *Eh, tetiba je aku ni kan. Yelaa. Aku sedar diri, sedar ruang, yang aku ni dah melepasi zaman persekolahan. *Apa-apapun zaman belajar belum habis lagi okay! Jangan nak ngengade sangat. Serius! Sekolah, zaman yang paling heaven bagi aku sebenarnya. Rindu nak kena marah dengan cikgu-cikgu sebab tak siap kerja sekolah, rindu nak kena rotan dekat jari sebab kuku panjang, rindu nak kena denda sebab lambat hantar buku dekat library, rindu kena denda sebab bawak liquid pergi sekolah, rindu nak kena cubit dengan cikgu disiplin sebab tak pakai name-tag and jarum peniti datang sekolah. Tau jarum peniti tu hape?? Dah tau diam. Ciss. Semua bendaa tak elok je aku buat dulu! Haha. Wei, bukan aku saja-saja tauu, tapi benda dah nak jadi, acaner ha? Hihi. Actually, aku ni dulu kat sekolah, baik je, bukan brutal mana pun, pemalu gitteeeww. Tapi tu laaa, biasa laa kalau tertangkap atas benda-benda aku sebutkan tadi. Semorang pernah buat kot. *Tapi taktau lah kalau aku sorang je yang buat. Eleehh, macam lah korang tak pernah buat. Baik ngaku cepat!


Bebudak dalam gambar dekat atas ni cecomel tak? Comel kan kan? Ni kalau tak silap aku lah, gambar masa aku darjah 1 area tahun 1998. Tu lah guru kelas aku. Nama cikgu ni Cikgu Rukinah. Loving sangat kalau you all nak tau. Haaa. Kalau you all hebat, try lah carik mana satu aku. Hiks. Of course lah yang paling jelita di situ. Kakakaka. Nasib baik ex-classmate aku dulu scan gambar ni and tagged aku dekat fb, leh la aku share dengan you all. Kalau tidak, tak dapat la you all tengok aku time zaman kegemilangan ni.


Atas ni pulak gambar time aku form 5 tahun 2008. Ni gambar masa lepas Majlis Anugerah Graduasi dan Anugerah Cemerlang sekolah aku. Semua ni lah muka-muka student cemerlang sekolah. *Lahhh sangattt kann. Bebudak nilah ex-classmates aku dulu, dari aku form 1, sampai lah form 5. Hehe. Serius rindu lah. Gambar yang lain ada, tapi tak larat nak scan lah. Ni pun aku terjumpa. Hahah, yang lain aku simpan dalam pendrive semua hilang taktau pi mana.

Alhamdulillah, dulu aku pernah duduk dekat bangku sekolah, dengar apa yang cikgu-cikgu aku yang baik hati lagi budiman mengajar dekat depan. Semua tu sweet memory bagi aku. Memang takkan sama lah kan, walaupun pada hakikatnya sekarang ni pun aku still belajar lagi, tapi suasana dia lain bebenor. Dalam-dalam pernah di ajar dulu oleh cikgu-cikgu, Alhamdulillah, aku turut diberi peluang yang aku kira sangat berharga lah kan, dapat mengajar bebudak P.A.S.T.I selama lebih kurang 4 bulan macam tu. Of course aku akui, nak mengajar bebudak ni, kadang-kadang menguji kesabaran. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Yang penting, kena kuat and kena pandai ambil hati diorang. Diorang ni sangat manja and ada yang nakal tu tak tau lah nak cakap camne kan. Hihi. Tapi serius, walaupun kadang-kadang penat, tapi fun sangat. Lupa sekejap masalah aku bila aku ada dengan diorang ni. Hope so, lepas ni ada peluang lagi nak rasa macam tu.







Semua gambar dekat atas ni, sepanjang aku mengajar dekat sana lah. Bawah ni pulak gambar-gambar masa Hari Sukan P.A.S.T.I Daerah Lenggong. Alhamdulillah, cikgu-cikgu yang mengajar dekat situ bagi kepercayaan dekat aku untuk handle part hiasan dan keceriaan. Alhamdulillah, segala latihan-latihan before hari sukan tu berjalan dengan baik. Jum terjah sesama gambar kat bawah ni, tapi tak semua lah aku uploadkan.







Actually, macam-macam acara yang bebudak tu masuk, antaranya seperti biasalah kawad kaki, acara larian, acara lompat benteng, acara bina bangunan, acara kasut gergasi, and etc. Aku tak ingat P.A.S.T.I yang aku ajar tu dapat nombor berapa untuk keseluruhan masa tu, tapi tersenarailah dalam 1 hingga 3. Hihi. Kira okay lah tu kan. Berkat usaha anak-anak kesayangan sekalian. Alhamdulillah. 

Okay, seterusnyaaaaaa, aku nak share lagi. Hihi. Share gambar masa sambutan Hari Guru dekat P.A.S.T.I. Tapi tak berapa nak banyak yang pasti. Wekeke. Sebab masa tu agak busy, so, tak dapat nak snap bebanyak gambar.


Hari Guru, tapi mostly acara untuk anak-anakku. 


Belon-belon yang aku dan cikgu yang lain tiup bersama-sama dengan anak-anak terchenta.


Gegurl ni pandai mengaji. Subhanallah. Sekarang dah darjah 1 dah. Belajar rerajin tau sayang! Cikgu doakan.


Nama aku Awanis. Nama anak kecil ni Awatif. See? ada persamaan kan? Dia anak Ustaz aku masa aku sekolah menengah. Dia manja sangat dengan aku. Tak tau lah kenapa. Sebab aku cikgu yang baik. *Masuk bakul angkat sendiri. Bapak aih, berat nanang!


Ni lah antara cikgu-cikgu yang banyak tolong aku kalau aku tak tahu. Tudung oren tu aku panggil Achik, tudung coklat tu aku panggil Ummi.


Terharu sangat. Serius aku cakap. Aku just jadi cikgu part-time, tapi MasyaAllah. Terima kasih sayang! :')


Kek terindah buat semuaaaaaa CIKGU yang ada di atas muka bumi ni, termasuk Ummi dan Ayah aku sendiri and termasuk awak. Bersempena 16 Mei bakal menyusul, wanna wish Happy Teacher's Day to all of You!

Pengalaman aku dididik dan mendidik sedikit sebanyak mencorakkan warna-warni kehidupan yang mendidik jiwa untuk terus berazam memacu kejayaan, walaupun 1000 kali pun aku akan terjatuh selepas itu.

Pendidik tidak akan menjadi pendidik yang baik kalau dia tidak bersedia mendidik jiwanya terlebih dahulu. Tapi, yang aku tahu, semua pendidik adalah yang terbaik!

Cikgu, maafkan aku. 
Maaf andai pernah sakiti hatimu.
Jujur aku masih mentah ketika itu.
Kini aku mulai sedar betapa berharganya dirimu.

Terima kasih cikgu. Thank you cikgu. I love you cikgu.

Selamat Hari Guru kuucapkan padamu.

Lots of love. Assalamu'alaikum.

Sebab Aku Berblogging

Assalamu'alaikum.

Hai. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan ceria hendaknya. In shaa Allah. Actually, hari ni aku just nak share something whereas untuk menjawab persoalan yang aku sendiri susah nak rungkai. Ngehngeh. Tapi, aku cuba jugak lah kan. Yelaa, sebab adalah hamba Allah sana sini, asyik-asyik tanya aku, kenapa aku buat blog. Senang je aku nak jawab. Heyy, suka hati aku lah. Blog aku, bukan blog kau! Eh, berani pulak kan aku jawab camni depan dia. Kasar-kasar aku pon, in shaa Allah cuba jaga hati mereka-mereka walaupun aku akui selalunya ada yang touching. Haih! Kecewa dengan diri sendiri. *Boleh tak jangan tanya lagi lepas ni? Nah! Hambek ni aku jawabkan. Wakaka. 

1. EXPERIENCE - Pengalaman yang tak berapa nak berpengalaman sebenarnya. Kehkeh. Tak kira, nak cerita jugak. Actually, before ni area hujung tahun 2009, aku ada create satu blog, roomate aku dulu lah time foundation ajar. Aku ni kan dulu boleh dikatakan buta IT. Sob sob. Bila dia dah ajar tuu, aku buat-buat, then terbengkalai untuk satu tempoh lebih kurang 1 tahun. Then, entah macammana datang satu kekuatan untuk aku memulakan kembali berblogging lepas tu. Sampai satu tahap, satu masa tu, aku ni pon gatai tangan sangat, nak pi delete akaun google aku, ntah macammana akaun blog aku sekali terdelete. Sedih mak nak! Tapi, nak buat cemana. Aku redha and pasrah je masa tu. By then, sekarang ni laa ada kekuatan balik untuk create semula.


Haaa, taadaaa, ni lah diary fisrt aku time zaman sekolah dolu-dolu.

2. LOVE WRITING - Mana tak nya, dapat sumber inspirasi daripada sekolah dulu hah. Bukan nak riak, bukan nak bangga pon. Kakakaka. Tapi, betul la orang cakap, kalau kita dah be postive dengan sesuatu perkara tu, macammana sekalipun kita mesti nak cuba buat yang terbaik kan?  Dulu, masa darjah 6, aku takut gila dengan cikgu yang ajar aku penulisan. Dari situ laa, aku belajar buat esei bebetul. Tulisan pon bebolat je. Comell! Dulu jelaaa. Sekarang tulisan aku ngalahkan tulisan apa lagi. *kadang-kadang aku sendiri tak paham dengan apa yang aku tulis, sampai suruh member aku bacakan. Teruk tak teruk tu! Sampailah naik sekolah menengah, walaupun sehari dapat homework esei 2,3 kengkadang tu, memang memula rasa berat, tapi bila dah siap, dalam hati kata, 'pergh! hebat betei aku buat karangan.' Hihihi.


Ni diary second, sebab diary first tadi dah penoh. And satu hal lagi, takdak kunci nak bukak. Nak koyakkan sayang. T__T
*Poyoo je tulis centu bagai.*

3. AS A DIARY - Dulu, masa sekolah, of course aku ada diari. Haha. Gegurl gitteeeww! Yelaa, bila ada pape je yang berlaku, sedih ke, gembira ke, aku akan tulis semuanya dalam diari aku. Tapi, mostly semua tentang hidup peribadi aku, family and sekutu dengannya. Yelaa, dulu masa aku sekolah, mana aku kenal blog, facebook, myspace, friendster bagai. Aku ni boleh dikatakan kuno gileee-lah. So, alternatif dulu yang aku ada, diari jela. Sampai sekarang still ada lagi, kenangan. Macam-macam story ada, sayang nak buang. So, sekarang ni bila dah maju sedikit demi sedikit, apa salahnya aku buat diary digital, ye dak?? Hihi.

4. TAK PANDAI MELUAHKAN RASA - Yeke? Haha, kadang-kadang lah. Contoh macam bila aku tengah sedih kan. Aku tak reti nak luahkan dekat orang lain directly, yang mana aku ni sebenarnya tengah sedih. Paham? Ingat lagi, sekali tu, aku pergi usrah, tapi usrahmates aku yang lain tak dapat join sebab semuanya ada hal yang tak dapat di elakkan. So, aku berdua jela berusrah dengan naqibah aku. Masa tu, dua-dua mood tengah gelong. Masa tengah baca and recite ayat Al-Quran terpilih, aku and naqibah sesama nangis. Sebab satu hal terkesan gila dengan maksud ayat tu, and satu lagi, memang merawat sungguh hati kala tu. Then, masa tu jugak, sis naqibah tanya aku, 'apa masalah yang buat aku sedih sangat masa tu'. Aku baru nak start je berceritera, terus air mata ni laju jeeeeeee turun, macam waterfall deras mengalir dari atas gunung tuh! Memang laa air mata ni mahal kan, tapi, tak salah aku rasa kalau aku menangis kenangkan kesilapan aku sendiri. *Eh, motif aku cerita tentang air mata ni dah kenapa. Okay, back to the topic. Haa, itulaah, senang cerita, main point yang aku nak sampaikan kat sini aku lebih senang menulis dari berkata-kata yang akan buatkan orang lain pun turut 'sedih' bila tengok aku dah mula berkata-kata. Paham tak ayat aku ni? HAHA, lantak lah. Aku buat sedih tu in bracket sebab ada makna. Biar aku dan mereka-mereka sahaja yang memahami. Ekekeke. Abaikan.


5. AS A HOBBY - Macam sama je dengan diari tadi. Yelaa, setiap orang mesti ada sebab kan kenapa diorang berblogging. Macam tu jugak dengan aku. Ada orang buat blog untuk jadi kaya. Ada orang buat blog untuk jadi famous. Ada orang buat blog untuk kongsi informasi. Ada jugak orang buat blog sebagai medan dakwah. So, hobi aku memang suka menulis. Walaupun kengkadang aku publish kan post bersifat peribadi atau lain katanya as a diary, tak bermakna blog berkonsepkan peribadi or diary tidak kekal lama, sebabnya kehidupan orang lain belum tentu sama dengan apa yang aku lalui. Mungkin, sedikit sebanyak cerita-cerita yang aku kongsi boleh dijadikan pengajaran untuk diorang, kalau bukan hari ini pun, mungkin 4,5 tahun akan datang, maybe? Siapa tahu kan. Soo?

6. MEDAN DAKWAH - Of course, aku akui. Aku memang tak sempurna. Terlalu hina. Terlalu banyak dosa. Hati ni entah bagaimana lah rupanya kalau aku sendiri boleh tengok betapa hitam dan kelatnya dosa. Tapi, ketidaksempurnaan aku ni, tidak bermakna aku harus berhenti jalankan dakwah, yang mana ia merupakan kewajipan setiap yang bergelar Muslim. Am I right? Memang, mesti ada orang kata, 'weh, kau pon buat silap and salah itu ini, ada hati nak nasihat aku, cerminlah diri tu dulu!' Ye. Aku banyak kali cermin diri aku ni hah. Aku sedar. Hidung tak mancung, pipi pulak tembam. Yes I am. Tapi tak salah kan aku buat benda yang Rasulullah buat? 'Sampaikanlah apa-apa dariku walaupun hanya dengan satu ayat.' Walaupun aku tahu, aku punya dosa, sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk ajak kau  mendapat redha Dia. Kalau kau nak terima Alhamdulillah. Kalau taknak, takpa. Kalau nak tunggu aku sempurna dekat mata kau, memang aku tak mampu beb.


7. SHARE INFORMATIONS - Bertukar-tukar maklumat dengan blogger lain. Pergh. Heaven gila tahu! Masa aku blogwalking kat blog-blog lain, kengkadang tu aku akan dapat maklumat yang sebelum ni aku sendiri tak pernah tahu and tak pernah kaji pon. So, itu adalah satu bonus kan?? 

8. FULFILL LEISURE TIME - Waktu aku takdak kerja apa nak buat, waktu aku malas selak helaian buku satu-satu, waktu aku malas nak ngadap televisyen yang kadang-kadang terlalu bosan untuk di hadap, tak salah aku on lappy sekejap, layan perasaan and baca news yang terpampang depan skrin. Tenang dan rileks. 

9. TAMBAH NETWORKING - Aku tak nafikan. Semua blogger yang aku kenal dalam dunia blogger ni, so far Alhamdulillah terbaik belaka. Walaupun memang dah ada kenalan-kenalan di dunia realiti, tak salah bagi aku kalau nak menambah and sharing pendapat dengan kenalan di dunia maya. Kan?
 

Okay-lah. Mungkin cukuplah sampai situ je kot aku senaraikan sebab apa aku berblogging ni. Hope so sedikit sebanyak dapat beri manfaat, tak banyak pun sedikit takpa. Anyway, jaga diri baik-baik okay. 

Allah S.W.T berfirman dalam kalam sucinya, "Katakanlah, 'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). 'Dan barang apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki." [Saba : 39]

Assalamu'alaikum, chenta hati. Lots of Love.

P/S : Awak awak. Maafkan saya. Saya tahu, saya tak sempurna. Terima kasih banyak sedarkan saya tentang hakikat cinta dan kehidupan. Moga Allah sayang awak selalu. Jaga diri selalu.