13 January 2015

Wanita Terbahagia

Bismillah

Saja nak tinggal jejak. Hehe. Malam tadi pasang radio era.fm tetiba terdengar lagu Wanita Terbahagia by Bunga Citra Lestari. Huuu, tah. Rasa cam suka gilaaa lagu tu sebab cam comel, "pada kau aku taktau la kau suka ke tak, ahhh pedulik pulak aku kau suka ke tak, asal aku suka dah memadai kau jangan sebuk". Lirik dia pon macam cantik and sedap. So, apa lagi aku download la hihi. 


Kat bawah ni aku share lirik dia, tapi sorry la aku gatai tangan pergi ubah lirik dia. For sure, aku tahu lirik dia untuk 'jejaka kesayangan dia', whatsoeva la kan, tapi aku first time dengar je malam tadi, aku tak fikir 'jejaka kesayangan' aku "ada ke pon ahaha mimpi betul mak enon di siang hari" tapi otak aku directly terfikir Tuhan kesayangan aku. Sorry the owner lyric. Jangan marah aku. By the way, aku hargai kau berjaya buat aku suka lagu kau disebabkan lirik kau yang comel tu. Aku tak ubah banyak pon, hanya dua ayat dalam satu rangkap je. And every capital letters tu for sure just for Him. Only Him, Rabb. At least, kau buat aku rasa nak menghargai Tuhan itu lebih. Thanks! Sebab aku rasa aku wanita terbahagia tuuu hehehe. :B

Okbai.

Wanita Terbahagia.

jujur ku mengagumi
pantas ku beri
seribu pujian buat Kamu

jauh di dalam hati
selalu ku rasa
bersyukur aku mengenal-Mu
kerna cinta dari Kamu
jadikan aku
wanita terbahagia di dunia

bersama Kamu
ku jadi tahu
artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia

bersama Kamu
ku rasa jauh
lebih mengerti
arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
ku yakin sama
tujuan-Mu jadikan aku
menuju-Mu

jauh di dalam hati
selalu ku rasa
bersyukur aku mengenal-Mu
kerna cinta dari Kamu
jadikan aku
wanita terbahagia di dunia

bersama Kamu
ku jadi tahu
artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia

bersama Kamu
ku rasa jauh
lebih mengerti
arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

-----------------------------------------------------------------

Kesayangan,

biarlah chenta rindu hadir
dalam mimpi dalam jaga
hanya teruntuk--
Kamu

selayaknya

tidak pernah tidak berjaya
tebarkan haruman kelopak bunga-Nya

yang--
mekarnya
mewanginya
bisa dihidu seantero dunia

chenta pada siapa?
ya, pada Dia

--Rabb

11 January 2015

I'm Growing Up!

Bismillah

Assalamualaikum!

Salam 'isyak kesayangan. Rasa rajin nak menaip malam ni. Yela, dulu kalau masa sekolah ada diary book sendiri. Setiap hari kalau tak tulis satu benda dalam tu tak sah. Nak kata tulisan cantik tak jugak. Hahaha. Tah, memang suka menulis. Mungkin ini kot salah satu cara untuk reflect diri, sebab setiap kali bosan mesti akan baca balik tulisan sendiri. And for sure, kalau benda baik yang ditulis setiap kali tu akan jadi reminder untuk diri aku yang always pelupa nih. Sobs!

Pejam celik pejam celik, mak datuk harini saja dah masuk 11 Januari 2015. Lebih kurang seminggu dah pon masuk tahun baru. Hmmm. Tengok, betapa cepatnya masa berlalu. Umur makin lama makin meningkat. Amal pulak yazid ke yankus? :'(

Hurmm, lately, banyak perkara berlaku dalam diri aku. So far, alhamdulillah, everythings went well. Even terkadang rasa nak tersungkur dalam selut, tapi dalam nak jatuh tu Allah campak selautan kasih sayang yang tak terhingga hebatnya. Dan, terkadang rasa diri ni terlalu beruntung kerana terpilih hidup dalam nikmat iman dan islam. Siapa aku untuk menidakkan nikmat terbesar sebegini rupa? Moga diri menjadi seorang yang sentiasa mensyukuri segala apa yang tuhan beri, bukan hanya suka complain itu dan ini. Alhamdulillah I'm still breathing and alive in Imaan and Islam.

Hai, jangan risau. saya okay, saya dah besar! :) 

Sekarang ni kalau nak ikutkan secara hakiki mengikut kalendar Islam, 21 Muharram 1412-H aku di lahirkan atas dunya fatamorgana ni, so officially lah aku berumur twenty-four years. Err. Kalau ikut kalendar masehi, belum lagi lah muehehe. Tak kisahlah pasal tu. Yang penting kene terima hakikat diri makin menua. Sobs. Lagi 6 tahun nak masuk thirty. No no no. Maafish musykelaa, don't think toooo much! Yang penting, sebenarnya diri makin dekat dengan kematian. Allah. Prepare untuk ke syurga atau sebaliknya. :(

So, dengan harapan kematangan hati seiring dengan pertambahan usia. Be more mature in what so ever you do. Thinks before you acts, do good deeds. Smile. Lagi sebulan akan bergelar active student kembali. Ohmai. Dah prepare luar dalam ke? Huhu. Feeling?? Happy, excited, tak sabar, takut, bimbang, semua ada lah bercampur dalam satu. I wish everythings will gonna be fine later and so soon hekhek aminnn. Sebabnya actually sebulan kebelakang ni, diri tak berapa nak baik kesihatannya. Mohon doa yang baik-baik. 

Okay. Sampai sini dulu. Jaga iman dan hati, kesayangan. :)


Ma'assalamah! Spread the love.