22 March 2018

Doa Perbanyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum,

Post kalini nak share sedikit tips dan doa untuk perbanyakkan susu ibu as guidelines almost untuk diri sendiri dan terbuka kepada sesiapa yang baca entry ni. Mudah-mudahan, kita sama-sama yang berniat untuk fully breasfeed our baby; tidak kiralah yang totally fully direct feeds ataupun feed by bottles disebabkan atas tuntutan kerja dan sebagainya untuk keep continue breastfeeding them until 2 years sepertimana yang disyariatkan Islam inshaa Allah. Semoga usaha kita untuk berikan susu yang terbaik buat anak-anak kita dapat memberi manfaat untuk mereka masa hadapan. Kerana apa? Kerana susu ibu adalah susu yang sebaik-baik kejadian dan mempunyai magika tersendiri buat anak-anak yang menyusu. Semoga bayi yang disusui dilimpahkan rezeki untuknya membesar dengan sihat dan sempurna. Sesungguhnya semua ibu-ibu mahukan yang terbaik buat bayi kan kan kan. So, jom tanam azam untuk menyusu secara eksklusif sejak bayi kita dalam kandungan lagi. Susu ibu adalah the best imune ever! :'D

Alhamdulillah, setakat ni, anak ibu; Umar dah menginjak 3 bulan setengah dan alhamdulillah ala kulli hal ibu masih diberi kekuatan untuk teruskan penyusuan untuk anak ibu tersayang walaupun ibu bekerja office hour 8.30 am till to 5.00 pm. Itu tak pernah menjadi penghalang untuk ibu keep feeding my baby. Niat ibu, nak teruskan penyusuan ni sampailah umur Umar 2 tahun. Semoga Umar membesar dengan sihatt dan kuat!*simpan dalam hati*

Pada awalnya, ibu zero jugaklah dalam ilmu penyusuan ni. Yelah first timer kan haha. Masa tengah sarat pregnant pun memang dah berniat untuk berikan susu ibu je, cuma tak berapa nak study sangat pasal corak pemberian susu ibu tu. Haa, bila Umar dah deliver, barulaaa ibu kaluitt baca sana baca sinii tanya sana tanya sini. Nasib baikkk semua kawan2 ibu membantu dan sentiasa keep supportive ibu untuk teruskan penyusuan. Tambah plak ada konsultan laktasi yang sentiasa share their experiences in this journey, so sedikit sebanyak improve my knowledge and skill in this matter. Alhamdulillah. Tapiii, banyak lagi yang ibu kene belajar pasal ni. Takpelah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang penting kena rajin *walaupun kadang-kadang ada jugak rasa malas tu ish syaitonirojim sila blah dari sini yer syiuhh syiuhhh*

Eh ehh ehh, meleret pulak dah ibu ni kan. Hehe, okay, disamping ibu-ibu keep struggling jaga pemakanan and makan supplement as milkbooster, jaga waktu pumping, kena ingat segala-galanya haruslah berbalik pada yang memberi rezeki. Disamping pumping tak kira masa, cari milkbooster segala bagai, kene la mintak jugak dengan Dia kan dengan cara terhormat antaranya berdoa, berzikir. Bila kita minta, inshaa Allah Dia akan beri. Susu sedikit ke, susu melimpah ruah ke, semuanya atas kehendak Dia. Jangan susah hati, ada hari susu sikit, ada hari susu melimpah ruah, sebab apa? Sebab Allah tahu keperluan bayi tu, jadi Dia jadikan susu ibu tu macam tu. Susu ibu yang terhasil adalah mengikut keperluan bayi kita pada ketika itu.

Antara doa-doa ataupun zikir yang boleh diamalkan sepanjang kita para ibu-ibu nak menjayakan penyusuan eksklusif untuk our babies here we goo cikedouttt :-

*pictures credit to inche google*

Okayy, mudah-mudahan niat kita semua untuk penyusuan bayi sehingga usianya 2 tahun berjaya dengan izinNya. Inshaa Allah. :')

Jumpa lagi.

Genap Setahun

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, serasanya mahu membiarkan jari-jemari menari-nari seketika bagi meninggalkan jejak setelah lama aku berdiam diri.

Bagaikan mimpi. Rasa baru saja semalam aku menjaga ayah di wad 4C dan NICU Hospital Ipoh selama hampir sebulan lamanya sambil bercerita gelak ketawa dengannya. Kini, rasa baru tersedar dari lamunan yang panjang. Setahun yang lalu, ayah tlahpun pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya pada waktu dan ketika saat yang amat penting dan bermakna buat hidup aku; di hari pernikahanku 24hb Mac 2017. Amat berharap ayahlah yang akan mewalikan aku. Tapi, Allah maha tahu apa yang terbaik buatku. Dia tahu aku terlalu kuat untuk menerima takdir itu. Hendak sahaja aku meraung-raung tangisi pemergian dia. Namun, aku masih punya iman, tiada lagi terdaya untuk aku menolak segenap takdir dan hikmah yang tersirat. Aku redha. Ya, aku redha. 

24hb Oct 2016-Warded paling lama almost sebulan dari awal bulan 10 sampai awal bulan 11.
Mujur masa ni Master aku baik hati bagi cuti tanpa gaji sebulan.
Warded paling lama, and paling last sebelum ayah pergi. :'(

Terima kasih, ayah kerana meredhai perkahwinanku dan suamiku; walaupun ayah pergi dulu tanpa aku mendengar suara tua lafaz akad nikah yang diwalikan olehmu. :'(

Segenap ceriteranya takkan pernah kulupa. Tersemat di dada, agar setiap kali kumerindu, ceritera itu akan terus berlagu-lagu.

Genap setahun sudah pemergian ayah kesayanganku. Genap setahun juga pernikahanku. Hampir. Penyeri sehari-hari Allah karuniakan permata hati pada tanggal 8hb Dis 2017; Muhammad Umar Fahri bin Alif Farhan nama diberi. Usianya hampir-hampir ke 4 bulan awal bulan hadapan. Jelas, sebelum ini aku terluka, namun Allah maha baik hadiahkan aku seorang dedek yang tersayang. Terima kasih ya Allah.

Sekarang dah 3 1/2 bulan. Walaupun anak ibu takpernah jumpa tokwan, tapi ramai cakap muka anak ibu iras-iras tokwan.
Anak ibu membesar dengan baik yer sayang, jadi kuat mcm tokwan, okay?

Kebetulan atau suratan, entah. Tidak aku tahu. 24hb Mac 2018 ini juga, suamiku membuat keputusan untuk mengadakan majlis aqiqah anakandaku. Rasa sedih yang tiada terungkap bila fikiran melayang-layang tertumpu 24hb Mac yang lepas. Tuhan, kumohon, kuatkan aku. Kuatkan aku. Kuatkan aku.


Demi yang tersayang, aku redha.

24hb Mac; tarikh keramat yang penuh dengan suka dan duka yang penuh hikmah.

Teruskan sabar dalam bersabar. Inshaa Allah, ada manisnya. :')

Hugs. <3

25 October 2017

Become a mother yay!

Assalamualaikum,

Haiiiii. MasyaAllah sisturrr! Lamanya tak lawat blog kesayangan neyhhh. Sumpah rinduuuu. And satu lagi before ni takde mende sangat yang nak share dekat sini. So amek pendekatan untuk diamkan diri ditambah plak memang busy pun. Dah lama tak blogwalking. Rindu plak tebiat dedolu :')

Pejam celik, pejam celik dah nak ke hujung tahun dah. And guess what??? Huuu, Alhamdulillah, I'm becoming a mother for the real very soon! Tak tahu macamana nak describe perasaan sendiri. Happy, syukur, tak sabar, takut semua bercampur jadi satu. Terima kasih ya Allah. Untuk karunia yang satu ini. Ayah pergi, sebagai penyembuh luka di hati, Kau kurniakan kandungan ini sebagai penyeri sehari-hari. Walau tahu ayah tidak akan pernah ada pengganti, moga-moga anak ini menjadi sehebat dan segagah ayah suatu hari nanti. Agar -- setiap kali kumelihat dirinya, akanku terlihat sosok tubuh ayah yang pasti kurindukan selamanya.

Doakan aku untuk selalu sabar dalam bersabar.


15 May 2017

Takkan Terlupakan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, untuk nikmat iman dan islam. Terdetik menziarahi blog kesayangan yang dah terlalu lama ditinggalkan. Meninggalkan bukan bererti melupakan, meninggalkan bererti memberikan ruang untuk selalu sayang dan merindukan. Moga-moga.

Tanggal 24/03/2017, selamat menjadi isteri teruntuk suami. Alhamdulillah atas kesempatan yang terluang. Masih jauh perjalanan. Masih bertatih dalam menyempurnakan tanggungjawab yang tergalas.

Terima kasih sudi menjadi suami. Terima kasih menerima segenap kurang dan cela-cela yang terlihat di sudut hati dan mata.


Namun, pada tanggal 24/03/2017 juga , ayah kesayangan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Pergi. Jauh. Jauh dari dunia realiti. Tetapi, tetap merasa dekat di hati.

Rindu? Terlalu rindu. Tidak mampu diluahkan dengan kata-kata lisan. Hanya mampu berlegar-legar di fikiran. Bila terkenang jatuh air jernih dari tubir mata. Doa sebagai pelepas rindu paling dalam.


Moga rasa-rasa yang ada, Tuhan sentiasa pelihara. Kenangan-kenangan yang ada, moga tersimpan kemas dalam kotak hati. Apabila merindu saat nanti, segala kenangan itulah yang bakal merawat hati.

Tuhan, jagakan ayah di sana. Ayah, berehatlah. Anis sayang ayah.

15 February 2017

Tiga Puluh Tujuh

Tiga Puluh Tujuh
Detik demi detik
Kurasakan benar-benar pantas

Berlalu
Membunuh sewaktu-waktu

Tiga Puluh Tujuh
Bersediakah segenap ragaku
Menghulur segenap rasa-rasa
Korbankan segenap asa

Demi dia yang terasing
Dari duniaku

Tiga Puluh Tujuh
Dekat makin dekat
Memilih untuk perjudikan rasa
Bahagia ataupun derita

dia atau Dia

Tiga Puluh Tujuh
Terkadang kian rapuh
Selalu harapkan bahgia menyuluh.


18 January 2017

Menahan Rindu

Sejenakku termenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan siulan burung burung

Menemani hariku
Menemani sepiku

Tersiksa angkara menanggung rindu
Oh angin kau kirimkan kalimah kasihku

Agar dapatku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hati
Akan kuterus berdiri hadapi semua ini

Oh hati kau sedarilah kenyataan ini
Agar dapatku gagahi dan terus berdiri

Biarlah kubersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu

-bywanyhasrita


26 November 2016

Sisi Terbaik

sisi terbaik,
yang ada dalam dirimu,
adalah ketika kamu bisa menjadi dirimu sendiri.
mengapa menjadi diri sendiri itu begitu sulit?
hari ini,
begitu banyak orang lebih mudah menjadi orang lain,
dengan segala macam bentuk polesan, topeng dan aneka jenis manipulasi sikap.
banyak orang kehilangan dirinya sndiri;
dan begitu banyak orang yang ingin mencari jati diri.
bukankah menjadi diri sendiri itu jauh lebih sulit daripada menjadi seperti orang lain?
karena mungkin hanya akan sedikit orang yang bisa menerima mu;
hanya akan sedikit orang yang bersedia jalan bersamamu; 
mendengarkan bicaramu;
atau memahami maksudmu.
bukankah sesuatu yang semakin dikit itu menjadi semakin berharga?
kadang kita lupa;
kita mencari kebahagiaan dengan cara-cara yang salah.
kebahagiaan tidak diukur dengan besar kecilnya penerimaan orang lain terhadap dirimu kan?
kebahagiaan itu terukur pada besar kecilnya penerimaanmu terhadap dirimu sendiri.
dalam wujud rasa syukur atas apapun yang kamu miliki;
dalam bentuk lahir mahupun batin;
bukankah hal itu adalah sesuatu yang sulitkan?
jangan lupa bahagia;
bahagia dalam kesederhaan.




12 August 2016

Banyak

Bismillah,

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, baru diberi kekuatan untuk menulis untuk kesekian kali. Masya Allah, bila tengok last update blog, bulan April hari tu. Lamanyaaaa. Hmmm. Entah, Bukan malas menulis. Tapi, jari jemari seolah-olah membeku dari menari-nari melontarkan sebutir dua kata. Banyak. Terlalu banyak. Yang berlegar-legar di fikiran. Tapi, memilih untuk sendiri. Mungkin, itu yang terbaik buat diri dan hati. :')

Didoakan semoga segalanya baik-baik saja. In shaa Allah.

Okay lah. Nak masuk tidur dulu. Ada masa lain jumpa lagi.

Assalamualaikum, kesayangan Tuhan. :')


28 April 2016

Terakhir

Mengapakah kita
Selalu berjauh hati
Selalu sendiri
Dan terasa hati

Apakah kita
Tak sehaluan lagi
Berat bagiku
Berat bagiku

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri
Tinggal sendiri
Cinta yang kupinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku

Melepaskanmu
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu

Cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh Tuhan
Kumahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh Tuhan
noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buatku.



19 April 2016

Sabar

sabar itu--
bertahan

bertahan untuk
tidak menceritakan
segala kesukaran
segala kesedihan

pada (si)apapun
kecuali--

Allah


30 March 2016

Syurga

Ajarkan aku
Bagaimana untuk mencintai
Tanpa memiliki
Kerana aku
Tidak mungkin hilang
Apa yang tidak aku punyai.

Ajarkan aku
Yang indah sempurna
Tanpa cacat cela
Itu bukan cinta.

Tapi syurga Dia


21 February 2016

Rindu

rindu
namun tak terluah

bisu
hanya itu termampu

doa
moga Tuhan selalu pelihara

--jasad, jiwa, segenap rasa yang ada



13 February 2016

Baik-baik.

Bismillah.

Alhamdulillah. Masih diberi kekuatan untuk terus bernafas dalam nikmat iman dan Islam. Diberikan pinjaman nikmat masa, nikmat kesihatan yang baik, nikmat umur yang baik, nikmat berada disamping keluarga dan orang-orang yang tersayang. "Maka, nikmat Tuhan-Mu yang manakah lagi yang kau mahu dustakan?" [Ar-Rahman : 13]

Pejam celik. Pejam celik. Rupanya dah menjengah masuk pertengahan bulan Februari. Begitu pantas masa kubunuh. Apakah di segenap ruang-ruang kosong itu telah kuisi dengan segenap perkara yang baik-baik? Umur meningkat, apakah iman aku turut meningkat? Tepuk dada sendiri, dan tanya iman di hati. *menangis*

Banyak. Terlalu banyak yang ingin aku coretkan di sini. Seperti kebiasaannya, sejak dibangku sekolah lagi, dengan terbazirnya sedikit masaku menulis segenap perkara yang berlaku sehari-hari sepanjang riwayat hidupku dalam diari, dan sungguh sedikit sebanyak mampu melegakan rasa di hati. Rasa bahagia, rasa derita, rasa suka, rasa duka dan segala-gala rasa yang ada. Cumanya, kini seolah-olah jari-jemariku seakan kaku, seakan bisu untuk menari-nari laju seperti selalu. Beku. Ya, beku.

Biarlah. Biar. Biar antara aku dan Yang Paling Maha sahaja yang tahu. Aku, lebih selesa begitu.

"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah bersama-sama orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah : 153]

Doa-doa dititipkan pada Tuhan, pasti termakbulkan. Cumanya, Tuhan lebih tahu segenap penghidupan yang baik untuk kita. Sabar, andai doa kita hari ini tidak diperkenankan, bukan bermakna Tuhan tidak mendengar. Boleh jadi, Tuhan tangguhkan kerana Dia mahu kurniakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta padaNya di masa depan. Tuhan Maha Pemurah, Maha Penyayang. He knows us better. Much better. Jangan sesekali berhenti berharap. Jangan. Jangan.

"Boleh jadi aku tak suka sesuatu takdir itu, tapi yang terbaik untuk dunia akhirat aku, Tuhan Maha Tahu." [Al-Baqarah : 216]

Doa yang baik-baik. Fikirkan yang baik-baik. Harapkan yang baik-baik.

Berbahagialah dengan cara yang paling santun, di pandangan Tuhan. :')



3 February 2016

Pray

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, hamba tidak tahu berjodoh dengan siapa. Hamba tidak tahu berdoa untuk siapa. Tidak satu pun nama bisa hamba sebut karena nama itu tidak pernah hamba tahu. Hamba hanya memohon, jodohkanlah hamba dengan seseorang yang selalu menyebut nama hamba dalam doanya. Siapapun dia, setidaknya hamba tahu bahwa ketika mencintaiku, dia tidak melupakan-Mu. Amin.





Segenap rasa-rasa yang tertuang, hamba bebaskan dan letakkan ia di bawah jagaan-Mu, Rabb.


Heal me.

26 January 2016

Dull

I'm gonna take my own sweet time,

And my own bitter time too,

Because that's how I am.

15 January 2016

Unforgettable Trip : Awan Lived Happily Ever After HAHA

Bismillahirrahmanirrahimm.

Assalamualaikum!

Sebelum ni dah nak menulis, tapi ada saja kekangan. Tapi takpe, sementara ada masa terluang ni, nak tinggal setapak dua jejak. Alhamdulillah, so far baru selesai menghadapi minggu-minggu yang agak complicated dengan nak completekan presentations and writing papers, final exam and kebetulan di akhir-akhir ini banyak dugaan menduga; itulah inilah. Tapi, Alhamdulillah, Tuhan beri kekuatan untuk bertahan dan selesaikan apa yang patut diselesaikan. Terkadang rasa tak mampu dah. Tapi, melalui kesakitan demi kesakitan yang dirasai, Tuhan hulurkan penawar bagi merawat luka yang ada. :')

Alhamdulillah, selesai hadap final exam. Sedih sebab terlalu rindukan suasana kelam kabut siapkan kerja-kerja yang menimbun, suasana rasa nak putus nyawa bila kerja yang diproceed tak nampak sebarang tanda-tanda akan siap pun, situasi rasa nak menangis setiap kali lepas presentations, situasi keluar and makan ramai-ramai dengan classmates, situasi berborak and sharing stories dengan kakak roommate sampai 2-3 pagi and so on. Kepada Kak Liza, terima kasih sudi jadi kakak roomate yang paling baik yang pernah kite ada. Terima kasih selalu dengar kite membebel. Terima kasih selalu bagi semangat kat kite. Terima kasih bagi classmate kite tumpanng tido bilik kite time exam week. Banyak sangat kenangan yang ada. Minggu-minggu terakhir before kite balik kampung, kite tengok akak lain. Akak nampak macam tak bermaya, macam hilang semangat untuk teruskan research PhD akak. Kite hanya mampu dengar luahan hati akak and bagi kata-kata semangat apa yang patut je. Akak, terima kasih untuk setiap kenangan yang ada. Kite doakan akak terus untuk kuat semangat untuk abiskan research PhD akak tu. Jangan stress-stress. Semoga akak dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dunia akhirat. Sorry buat akak menangis masa kite nak balik malam haritu. Kite tak sengaja. Tak sengaja nak buat akak rasa hilang. Kita jumpa lagi next time okay! Nanti kite turun UKM kite inform kat akak tau tau. See you when I see you, soon. In shaa Allah. :')

Sehari lepas habis final exam, planned dengan classmate pergi jalan-jalan. Tak jauh pun. Pergi berjemur dekat Banting je. Hehe. Actually, sorang dari member aku ada nampak tempat tu dekat facebook. Tengok tempat tu cantik, and kebetulan fees dia pun boleh tahan murah. So, sebab tu kitorang tawakal je pergi. Tadom Hill Resorts, Banting. Dari UKM haritu kitorang bertolak dalam 9.30 pagi, then stop breakfast dekat Nilai and bajet sampai sana around pukul 11.20 pagi macam tu. Serius aku cakap, tempat tu tersangatlah cantik and bersih. Fees nak masuk sini kalau weekdays (Mon-Thurs) Adult around RM20, weekends (Fri-Sun) RM23, for children tak silap half price dari tu.  Untuk Facilities; gazebo, khemah, toilets, showers, surau, cafe and security kawasan tasik sangat tiptop. Securities pun boleh tahan la. Cuma nak pesan awal-awal, tasik memang boleh mandi, tapi kawasan dia tu macam ada bau sikit la sebab kawasan ladang kelapa sawit. So faham-fahamla. Tapi, benda tu takdak bagi effect pun. Cumanya, in case la kan, kulit sapa-sapa yang tak tahan ke kan ada gatal-gatal owatsoeva, better tak payah mandi kot, sebab that side atas tanggungan kita sendiri. Tapi kalau tak mandi tasik tu rasa macam rugi sebab dah bayar pun ahaha. So, kalau rasa kulit tak berapa tahan, better pergi carik tempat yang lebih sesuai untuk mandi manda bersama yang tersayang ihik ihik. Lagipun, before kita masuk tu kita perlu sign lebih kurang macam agreement/form menandakan sebarang yang berlaku atas tanggungan sendiri. So, pilihan atas diri sendiri nak go on or tak.

So far, aku and members pergi sana and rasanya sampai harini kot tak boleh move on. Haha. Ok, over kan. Bukan. Actually, aku ni jarang sangat dapat pergi tempat-tempat macamni. So, bila dah dapat pergi tu, that memories macam susah nak buang. Lagipun dapat new experience, Alhamdulillah. Sebab sebenarnya, aku ni sangat-sangat lah penakut dengan air dalam contoh macam laut. Setakat tempat cetek aku boleh la main. Kalau pergi kat kawasan kaki tak sampai tapak ooh please, janganlah paksa aku even pakai life-jacket sekalipun kalau kau taknak aku benam-benamkan kepala kau dalam air masin tu disebabkan kegabraan, kecuakkan and kekalutan aku. Dulu first and last kot masa mandi kat Langkawi. Mangsa kene kakak aku lah. Huhuhu. Sorry kakak. Harap kau tak serik ada adik macam aku. Hehe. So, kesimpulannya macam tulah. Bila datang tempat ni, memula memang otak aku ligat fikir, macamana la aku nak mandi tasik tu nanti. Takkan aku nak benamkan kepala kawan-kawan aku pulak?? Makkkkk taknakkkk. So, bila aku citer experience aku tu dekat member2 aku, dengan harapan aku boleh excuse mandi, tapi jawapan yang aku dapat dari diorang, 'Ahhhh, takde takde Awan kena jugak mandi. Tak kira. Penat jalan jauh.' T_____T So, bila tiba masa kejadian tu, take time kot nak turun ke tasik tu. Buat malu je dengan semua orang kat sana. Boleh tahan la, abang yang jaga tasik tu cakap, tasik tu dalam 20 kaki dalam. Kalau tak pandai berenang and abaikan life-jacket so memang boleh sampai ke dasar lah. Pastu dia boleh gelak kat aku. Kureng betul huhh! Tapi tulah, berkat doa dan usaha yang gigih serta sokongan dari member2, aku berjaya buang perasaan insecure aku, perasaan cuak aku, perasaan gabra aku, perasaan kalut aku lepas je masuk dalam tasik. Hahah, pelik-pelik aku ni. So, lepas je dari kejadian tu, Awan lived happily ever after. Hehe.

Gazebo ni kene sewa. Tak silap aku RM80/day include terus deposit RM30. Tapi geng aku tak mampu nak sewa, so kitorang guna tikar je. Lepak atas pasir. Hehe. Sebbaik dibenarkan.

Khemah untuk sesiapa yang nak rest ke kan, bermalam kat sini pun boleh. Ada satu lagi bentuk dia macam lebih kurang chalet, besar gak la, lebih selesa dari ni, yang tu lupa nak snap. Sama jugak fees RM80/day.

Ni view depan sekali, bangunan blah kiri tu receptionist, tempat nak simpan barang berharga, side kiri tu ada tasik, oren tu tempat simpan life-jacket.

Masa mula-mula kitorang sampai sana, tengah krik-krik sebenarnya. Buntu fikir nak bentang tikar kat mana.

Okay, ni dah bersiap sedia untuk menghadapi saat 'genting' tersebut. Hehe.

Finallyyyy, Alhamdulillah, berjaya jugak. Hehe. Gambar masa saat 'genting' takde harap maklong. Hehe.

Alhamdulillah, last aku naik kayak masa degree dulu, tu pun sebab join kokurikulum punya aktiviti. First berkayak masa form 4 time join kem kepimpinan dekat Pulau Pangkor. So, latest berakit pulak. Hehe. Feeling dia lebih kurang je rasanya. As long as pandai imbangkan diri atas tu so okay je. And kena pandai kayuh.

 Ni masa dekat atas bukit, nampak tak buluh belakang tu?? Tu kawasan untuk terjun ke bawah I meant terus ke dalam tasik. So, new experience jugak la time tu terjun dari tempat tinggi. Faham tak perasaan tu macamana? Entah, yang aku tahu, rasa macam jantung nak terkeluar. Once dah terjun, aku siap monolog dalam hati, 'bila nak sampai bawah ni weh, aku dah rasa macam takdak jantung'. Rasa lamaaaa gila tau tak nak sampai. Then bila masuk je dalam air tuuuu, monolog lagi dalam hati, 'Ya Allah, aku akan timbul balik ke ni ya Allahhh'. Sama jugak rasa macam lama je bila dah kat dalam ayaq. Hukhuk. Once bila timbul je, terus sebut Alhamdulillah, air pun dengan bahagianya masuk dalam hidung apa semua. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Hukhuk, takpala Nis, at least kau ada pengalaman. At least first step aku berjaya buang rasa takut aku, untuk jadi lebih berani. Lepas-lepas ni, keep it up lagi okay! Kalau tak cuba takkan tahu. Masa pergi tu, bukan geng kitorang je, ada budak-budak dari UM and UIAM jugak, hehe. So, ramai lah jugak berkawan kat sana. Takdak la krik-krik bawak haluan sendiri. Perangai depa semua pun lebih kurang je cam kitorang, so far okay la boleh masuk. Hehe.

Ni Kak Nana. First yang terjun. Hehe, kelakar gila tengok gelagat masing-masing masa nak terjun tu. Huhu.

Okay, ni lepas aku berjaya terjun. Hehe. Okay, abaikan mat salleh kat belakang aku tuh, dia budak UIA. Tah macamana boleh masuk dalam gambar ni pun tak tau. Masa tu dia duk main buaian tu.

'Luasnya hati tidak pernah bisa kita saksikan wujudnya. Setiap orang yang kita temui sedang bergelut dengan dunianya sendiri. Dunia yang tentu saja sebagaimana dunia yang kita pijak hari ini, memiliki lautan dan langit. Tempat yang luas untuk menampung segala keresahan dan ruang yang luas untuk dimaknai. Tempat itu adalah hati.' -Kurniawan Gunadi.

Bersama-sama mereka, aku bahagia.

Okay, dah settle up semua dan tunggu nak balik je. :)

Arrrgghh, suka port ni. Sangat cantik. Kalau bukak and lepaskan kain warna putih tu biarkan terbang bersama angin sepoi-sepoi bahasa wahh rasa macam dalam kayangan je ahahah. Ok, suka berangan.

Okay, last but not least, ini lah kenangan penutup lepas study semester ni. Alhamdulillah. Moga-moga, didoakan semuanya berjaya dalam imtihan. Amin ya Allah.

Okay, dah mula rinduuuuuu. Sobss. Thank you girls for this the veryyyy unforgettable short trip. Jumpa lagi kawan-kawan the next day. I will love you, forever until hereafter, biiznillah. :)

sampai ketemu lagi pada saat-saat yang tidak terduga nantinya.

Love.

6 January 2016

Weh!

Bismillah.

Weh!

Esok last paper. Rasa nak nangih.

Doakan.





Hm. Hm. Hm. Takde idea la nak tulih. Buntu.

Jaga diri, hiasi peribadi.






Kbai.

23 December 2015

Titanium.

Bismillah.

Subhanallah. Dekat dua bulan tak jenguk awak wahai blog kesayangan. Maafkan mummy sayang. Mummy tak sengaja. Lately mummy busy dengan tugasan akhir untuk final semester mummy. Lagipun wireless dekat kampus and kolej mummy cam teruk sikit semester ni. Bila ada internet, mummy tak sempat nak spent time pun dengan awak sebab mummy dahulukan benda lain yang penting. Awak faham kan? :')

Doakan mummy. Mummy dah nak final exam ni. Mummy risau, takut, tak yakin semua bercampur dalam satu. Doakan mummy berjaya lepasi ujian untuk semester ni. Hari-hari mummy rasa nak nangis. Tapi, tak boleh. Mummy kene kuat bila setiap kali teringat dekat ummi and ayah mummy. Mummy takut mummy akan kecewakan ummi ayah mummy. Disebabkan diorang, mummy still boleh bertahan sampai harini. Mummy tak nak susahkan ummi and ayah mummy. Setiap hari mummy doa supaya Allah murahkan rezeki parent dan family mummy dunia akhirat. Mummy tak pandai, tapi untuk itu mummy kene berusaha. Sebab mummy pegang janji Tuhan, 'siapa berusaha dia akan berjaya'.

Dalam segenap ruang-ruang waktu yang mummy jalani selama ni, mummy belajar satu benda, iaitu hidup kat dunia perlu dan mesti bertawakal sepenuh hati pada Tuhan. Sebab dalam setiap apa yang dah terjadi, sedang kita jalani atau bakal kita hadapi, seluruhnya berada dalam penguasaan Tuhan. Berserah diri. Sepenuh hati.

Boleh jadi aku tak suka sesuatu perkara tu, tapi yang terbaik untuk dunia akhirat aku Tuhan maha tahu. [2:216]

Tuhan, usah Kau biarkan airmataku gugur untuk segenap rasa yang sia-sia.

Pesan pada diri, aku hidup ber-Tuhan. Jadi, biar seluruhnya hanya karena Tuhan. Kuatlah. Kuatlah karena Tuhan.

Esok 12 Rabi'ul Awal 1437H, banyakkan berselawat wahai seluruh kesayangan. Moga-moga jiwa dan hati kita bisa menjadi seteguh jiwa raga Nabi saw kesayangan hati, biar dicaci, biar disakiti, biar diperangi, namun tetap utuh pertahankan satu jalan Teragung, menuju syurga Tuhan. Heal me, Rabb.

Okay, mummy stop dulu sayang. Ada masa, mummy jenguk awak lagi okay. Doakan mummy! :')


6 November 2015

Perutusan Rindu

Bagaikan butir embun
Menitis di daunan
Mula hari baru laman kehidupan
 
Walaupun sedetik
Namun tak pernah pudar
Menghulur kedinginan dan segar
 
Dan diriku hanya
Rumput tumbuh meliar
Yang terdampar sepi
Terasing terbiar
Menanti kerinduan kau utus
Mungkinkah dijelmakan
Sebuah kebahagiaan
 
Selagi rindu terarah
Ku redha dan pasrah
Kerna yakin setia tak akan musnah
 
Selagi rindu bersyariat
Patri janji bersyarat
Biarpun keinginan dibatasi
 
Kerna cinta yang tulus
Lahir dari keimanan
Terima takdir
Perutusan rindu

-TaleebMizad-
 
 
 

Baik-baik, Kesayangan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat dan selamat pagi. Alhamdulillah, masih diberi nikmat pinjaman nyawa untuk tetap bertahan bernafas bagi menjalankan tugas seorang hamba kepada Tuhan Yang Paling Maha. Ok, cuti midsem start dah Alhamdulillah selamat sampai kampung. But please, tolonglah tolong wahai diri untuk kasihankan diri sendiri supaya menggagahkan diri untuk terus gagah dan gigih dalam menyiapkan kerja-kerja anda yang bakal disubmit selepas sahaja midsem habis. Sekian dan harap maklong.

 *Ni gambar 3 tahun lepas kot. Kalau tak silap. Masa dekat Langkawi. Masa ni ayah kuat lagi. Dan, in shaa Allah, ayah akan tetap kuat. Kekasih hati dunia akhirat. :')

Ok ok. Sebenarnya mood tak berapa nak baik. Tapi, paksa diri untuk jadi baik. Risau tentang kesihatan ayah sebenarnya. Malam tadi turun bas dekat Ipoh, ingat nak tengok ayah sekali dekat hospital Ipoh. Tapi, ayah kata balik rumah dulu, sebab ayah tak boleh nak discharge lagi sebab tube dekat perut ayah bocor. Ummi tunggu ayah. So, Dr tahan ayah untuk 3 hari lagi untuk perbetulkan tube tu and bagi antibiotik. Ayah penghidap sakit jantung. Ayah penghidap penyakit hernia (angin pasang). Dan, ayah juga penghidap sakit buah pinggang almost 5++ years already. Before ni ayah cuci darah secara haemodialysis seminggu 3 kali (Selasa, Khamis, Sabtu) dan ayah still bekerja. By the way, sekarang Dr dah tak sarankan ayah cuci darah by HD. Dr sarankan alternatif lain iaitu CAPD, iaitu bahasa ringkas dia cuci darah by air (air apa aku tak berapa pasti). Dua minggu yang lepas, ayah dah warded kat hospital sebab Dr nak buat operation pasangkan tube dekat perut untuk gantikan sarang HD kat tangan ayah. Sempat jugak aku jaga ayah sepanjang tempoh operation tu dalam 3 hari dan terpaksa balik semula Bangi even berat hati. Fyi, kaedah ni kene buat 4x dalam sehari. 8 pagi, 12 tengahari, 4 petang dan 8 malam. Buat dalam setengah jam sekali je. But, nampak macam rumit jugak tapi takdelah se-complicated HD. Kaedah ni ahli keluarga kene belajar handle sebab boleh buat dekat rumah. Setakat ni aku tak tengok secara real life lagi sebab tak sempat attend kursus tu, ingat nak tengok semalam masa sampai tapi ayah suruh balik dulu, tak boleh jaga ramai-ramai dekat hospital, ummi la yang tunggu ayah. Setakat ni yang attend kursus dengan Dr tentang explaination CAPD tu kakak dengan ummi. In shaa Allah esok ayah boleh discharge. Amin. In shaa Allah, by next year ayah akan pencen. Alhamdulillah rasa lega. Nak bagi ayah berehat. Kesian tengok ayah. Tahu dia penat. Tahu dia sakit. Sakit teramat. Tapi, ayah seorang yang sangat kuat. Entah. Kekuatan dari mana yang dia dapatkan, aku tidak tahu. Tapi yang aku tahu, hubungan ayah dengan Tuhan, erat. Nak jadi kuat macam ayah. Kuat luar. Kuat dalam. Even sakit, tak pernah nak tunjuk yang dia sakit. Ayah sangat humble. Selalu letak kebergantungan dan pengharapan pada Tuhan, bukan pada insan. Dan, aku mula rindu sosok tubuh itu. Takpe Nis, esok boleh jumpa. :')

Lepas habis cuti midsem seminggu, kelas macam biasa. Tapi, maybe dalam Khamis tu
 kene gerak pergi Terengganu untuk majlis sambut menantu kakak aku. Ok, tersedar balik yang kakak aku dah kawen! :'D Selama ni duk bergurau bergaduh tarik rambut apa semua rasa macam sama je dengan before dia kawen hehe. Ok, aku doakan semoga kau bahagia kakak dengan suamimu yang sangat engkau kasehi. Aminn.

*Gamba raya tahun ni before kakak kawen. Ok, so sweet tau kakak bagi duit raya kat adik yang dah besar panjang haha.

Ok, berbalik pada main topic. Actually, dah lama tak berjalan. Alhamdulillah, at last, dapat jugak berjalan even sekejap je. Harap masa tu kesihatan ayah dan ummi baik-baik saja. Aminnn. Masa kecik-kecik pernah la pergi parent bawak jenjalan. Bila dah besar tak reti nak jalan dah haha. Sabar jela. Jarang sangat pergi negeri-negeri pantai timur sebab takde sedara-mara kat sana. Bagi aku maybe sebab jauh kot. Sebab tu jarang ada planning untuk ke sana dengan family. Padahal member-member ramai gila asal dari pantai timur. Takpe, setakat ni geng F4; Shida, dah kawen, haritu tak dapat jugak nak pergi sebab aku jadi pengapit Atie dua-dua blah pihak kat Melaka and Bangi. Pastu memang dua-dua blah clash tarikh. So, takpe. Next turn Siti and Mekna, in shaa Allah aku cuba gagahi untuk sampai sana. Amiiinnnn.

Ok, cukup setakat ni kot. Doaku setiap detik dan setiap saat, moga-moga Tuhan Yang Paling Maha berkati ummi dan ayah, seluruh ahli keluargaku, saudara-maraku, guru-guruku, sahabat-sahabat tersayang dan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. Eratkan silaturahmi antara kami, biar kami bersatu, biar kami maju-- teruntuk agamaMu, Rabb.

Ya Allah, sungguh, hanya kepadaMu tempat aku bergantung harap. Sepenuh hati. Tiada yang lain, hanya pada-Mu.