Bismillah.
Alhamdulillah, baru lepas kebah demam. Cumanya tekak masih terasa perit and still batuk. Takpa. Rilek ahh. Sakit tu nikmat sebenarnya kalau kita perhati guna mata hati. So, say Alhamdulillah.
Ntah. Takde idea nak tulih apa sebenaqnya. Harini kena tinggal sorang kat rumah kakak aku. Dia keluar pi shopping barang kawen dengan fiance dia. So aku decide aku malas dah nak ikut sebab semalam aku ikut dalam keadaan demam pening kepala and berjalan dari pagi sampai petang and dalam keadaan terik perghh memang terbaik la. Rasa macam nak tumbang. Malam dapat tidoq legaaa. Bangun pagi rasa kepala berdenyut tapi badan tak panas dah la.
So duduk rumah taktau nak buat apa. Nak makan tak lalu. So dalam tak buat pape, syok sendiri pakai inai kat jari sorang-sorang haha. My passion is henna. Dulu, kini selamanya. Ingat lagi, masa kecik-kecik selalu tok aku pakai kan inai bila balik kampung. Tengok depan mata tok giling inai. Rindunya rindunyaa. La ni tok dah tak berapa larat dah. Dah tak boleh suruh tok pakaikan inai. So dah tua bangka gini kene pakai sendiri lah. *eh eh apa cerita pasai inai plak tetiba nih aishhh.
Lunch yang terpaling lalu dijamah setakat ini.
Okayy. Mode sekarang ni ramai gila kawan-kawan yang walimah. Sobs. Sedih sebab tak dapat nak attend majlis walimah kawan kat Jitra. Niat di hati nak pergi sangat. Tapi, tak dapat keizinan dari parent. Sebab jauh. Takpe takpe. Aku doa korang dari jauh na, semoga berbahgia Hani and Mirul ;)
Esok nak balik kolej dah. Isnin dari pagi sampai petang ada taklimat siswazah. Selasa plak pagi tu ada arab test, study pon tak lagi haha rilek je kan then petang taklimat lagi. Mak aihh banyak nye taklimat. Rabu maybe dah kene masuk class. Minggu depan ni gak kene setel kan urusan pinjaman mara. Just tinggal nak dapatkan tandatangan kakitangan ukm je lagi then setel semua. Then boleh terus gerak ke hq mara untuk settle up semua. Ya Allah permudahkanlaaaaaaa. Debo tahu debo. Dah beso ni rasa satu maciammm.
Lagi apa lagi ehh. Eh, tetiba kan. Aku suka dengan nama Iman. Nampak sopan. Cita-cita nanti bila dah kahwin ada anak sendiri, nak letak nama anak Iman. Moga iman seindah namanya. Selain nama Iman, nama Bilal pon aku suka. Umar pon aku suka. So in shaa Allah one fine dayy. Kalau tak sempat di dunia pon, moga kesempatan itu masih ada bila di beri peluang melangkah ke dalam syurga. :')
Ya Allah, pertemukan aku dengan bakal suami yang soleh yang bisa menjaga iman aku, menjaga maruah aku dan keluargaku, bisa menjaga aku dan zuriatku andai diizinkanmu, sudi terima baik buruk aku, sudi berada di kanan dan kiriku andai aku tersungkur jatuh, sudi untuk setia denganku, sudi menjadi pelengkap hidup dunia akhiratku. Iman, Bilal dan Umar, kamu tak wujud lagi dalam dunia ni, kalau diberi peluang kita berjumpa, tunggu ibu yaa. :')





1 comment:
xper nnti ada ler tu...
Post a Comment