aku tak mahu membandingmu
dengan bulan
yang jauh
bila kau
sentiasa dekat
aku tak mahu membandingmu
dengan bintang
yang
walau terang
sering hilang
aku tak mahu membandingmu
dengan apa
sebab bagiku
kau cukup
kau sempurna
aku senyap
cukup kuintai dari jauh
sebab aku tak sanggup
kalau kau dapat hidu
rasa apa aku
cukup aku tahu
kau sempurnakan sosok jiwaku
cukup itu.




2 comments:
setiap yg berlaku tu ujian..keep smile :)
awaaaak lagu sebak :-(
Post a Comment