11 November 2013

Cari Bahagia

Bismillah.

Lama menyepi-- Bukan bermakna lupa diri.
Punya agenda tersendiri-- Kukira lebih penting dari ini.
Bukan. Bukan aku lupa. Bukan aku buang ketepi.
Cuma perlukan sekelumit ruang buat hati.

Pejam celik pejam-- Terlalu banyak kubunuh masa.
Dipenuhi dengan isi atau semata lagha.
Bila rasa diri tiada lagi guna-- Jujur kecewa menerpa.
Kerana terlalu banyak buat dosa-- Sini sana.

Al-Khaliq sayang-- Dia sentiasa buka ruang. Buka peluang.
Nak raih ke tak?-- Itu terpulang.
Jangan akhirnya gigit kuku jari tangan sampai kaki-- Malang bukan kepalang.
Menangis airmata darah sekalipun tiada didengar mintak simpang.





7 comments:

Aku pengembara said...

Lama menyepi bukan bermakna lupa diri... Hehe

Nies pa kbr. lama x dengar cta???

fragmenbiru said...

Salam ukhuwah fillah... biarkan diri bersendirian seketika.... tapi jangan terlalu lama...hehe

Puan Ida said...

salam perkenalan dari kak ida
jemput singgah blog akak ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no397

Mormor said...

bila menyepi , ingatlah ada ramai yang sentiasa merindui .
kak niess ! pe habaq :*

eizz said...

Hai Kak Nies :D Rasanya akak boleh jadi penulis :)

Mizz Aiza said...

rindunya kat adik anis.. semoga semua urusan berjalan lancar..

Ninja Anggun (NA) said...

utamakan yang penting dulu .. terutamanya Rabb kita