21 October 2013

So What??? Whatever

Hari demi hari. Terkadang keliru dengan perasaan sendiri. Fikir mana baik mana buruk. Dilema.

Allah. Guide my way. Jatuh lagi. Jatuh dan terus jatuh. Siapa yang sudi tarik tangan aku naik kembali ke atas? Whoooo! I'm asking! Blerghhh!

Of course bukan dia, dia, dia dan dia. Kau tak perlu nak mengharap pada manusia. Sebab apa? Kerana manusia takkan pernah faham.

Kau senyap, manusia takkan dengar dan faham keinginan kau.
Kau berkata-kata,  belum tentu manusia nak dengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut kau.

So what??!


Dalam bilik, mata pandang atas meja solek. Al-Quran pink comel milik aku. Kupandang sayu. Allahhhhhh. Di situ ada sumber kekuatan yang telah lama hilang. :'(

.
.
.

Sekali selak, terus terpampang surah Al-Kahfi. Mata terus tajam terlihat tafsir ayat 104-105. 

Bunyinya begini, "(Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedang mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan dan tidak percaya terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sia amal mereka, dan Kami tidak memberikan penimbangan terhadap amal mereka pada hari Kiamat."

Maafkan aku andai aku tak sempurna. Aku senyap bukan bermakna aku benci. Tapi aku tengah mencari kekuatan diri aku yang hilang. Biarlah. Biar. Biar tiada siapa yang memahami. Cukup hanya Dia yang tahu isi hati aku bagaimana. 

Mungkin juga, aku bukan yang terbaik. Biar aku cari sendiri hala tuju hidup aku di mana. Walau ia akan membunuh masa. Biar.

Tiada  niat untuk menyakiti, tapi itulah hakikat, bukan aku. Bukan aku.

Please, pray for me to be pious one. 

Dear self, remember one thing, mati bila-bila masa. Tu je. Well prepared.

Inner struggling. Again. 

Takpe, Dia tahu. Dia tahu.

11 comments:

mychickenfloss said...

kekuatan sentiasa ada..ada bila kita dekat dengan Dia..jangan jauh...jangan jauhh...:)

Fais-SKA said...

Semoga diberikan kukuatan utk awk..inshaa'Allah yakin padaNya..Dia maha memberi dan maha penyayang..dekatkanlah diri padaNya

eizz said...

Kak Nies jangan sedih. Kak Nies KUAT ! :')

Nina Ahmad said...

semoga adik sentiasa tabah ya.. masalah itu satu ujian :) kuatkan semangat

Hidayah Ibrahim said...

Tabahkan hati, kuatkan diri. Sesungguhnye allah jer tahu macam mana kita kan kak.. Teruskan berdiri kak.. :'(

Aennathirah said...

kuatkan semangat ye kak. tabahkan hati. ^^

fazaira said...

Assalamualikum adek Nis, tabahkan diri sentiasa menyeru akan Nama Allah, atas nama Nya Ya-Qawwiy yakni Yang Maha Kuat yg tidak bergantung kpd sesuatu, mudah2an diberiNya Adek Nis kekuatan dan atas NamaNya Ya-Qahhar yakni Yang Maha tdk boleh dikalahkan, mudah2an Adek tdk tertewas oleh ujian dan gangguan.... lihatlah dalam diri adek akan bapa adek mencari rezeki utk membesarkan adek dan mak adek yg bersusah-payah membesarkan adek.... mudah2an adek terus kuat, InsyaAllah....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam..ap tjuk lgu dlm blog ni ea..nakkkkk!!!!!! hihi

Mormor said...

carilaa sumber kekuatan dari Al-Quran . insha Allah . ayat-ayat chentaNya sungguh mendamaikan :') be strong kak nies . LY :*

PeRdU cINta said...

jadi Allah is number one..always..