14 October 2013

Hijrah, Untuk Tuhan

Bismillah..

Dear blog yang aku sayang, chenta seluruh jiwa raga. Aiceeehh. Ekceli kan kan kan, dah sampai kampung sejak pagi Sabtu lagi, kol 3.30 pagi centu. Nak katanya bleh goyang kaki yayyyyy! I meant 'cuti' kejap dari pegang timbunan bebuku. Lahhh sangatttkan. *Banyakk cantekk! Last paper dah lah Khamis nih. Habok pon tak revise lagi. Eh ehh, cool lah cool, malam masih mudaaa. *Ayat nak sedapkan hati. Cet. 



Mood raya ON, mood exam also ON. Hehe. Bagus tak bagus tak? ==" *Sepak kang dak Nis nih.

Haaa, hari ni hari Isnin bersamaan 9 Zulhijjah 1434H. Jum kita sama-sama rebut peluang ambil tawaran daripada Allah dengan berpuasa sunat Hari Arofah, lillahi ta'ala.

Nak tiba 10 Zulhijjah 1434H yang mana umat Islam seluruh dunia akan sama-sama menyambut Aidil 'Adha yang mulia, atau disebut jugak Hari Raya Haji, dan hari Raya Qurban, yang mana seluruh umat Islam akan mengagungkan Allah SWT dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan melakukan ibadah Qurban untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, ia juga bersempena dengan mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya Ismail a.s. Sama-sama kita bermuhasabah diri in shaa Allah. Pada bulan ini jugak umat Islam di seluruh dunia turun ke bumi Mekkah Al-Mukarramah untuk menunaikan kewajipan Rukun Islam yang ke-5. Serius, teringin nak ke sana. In shaa Allah. Moga Allah bukakan hijab-hijab di hadapan agar dipermudahkan langkah kaki seterusnya. Amin.



Hmm hmmm hmm. Lately, banyak betul ujian hati. Sebab apa? Sebab diri sendiri ke yang tak pandai nak care tentang hati sendiri? Hmmm. :'(

Sebab Dia peduli.

Lalai. Leka. Lupa. Alpa. Buat dosa. Tersedar. Taubat. Lalai. Leka. Lupa. Buat dosa. Taubat. Ulang lagi benda yang sama. Beratus kali lah asyik ulang benda sama. Tapi, pernah tak kita terfikir. Kenapa Allah masih bagi kita peluang untuk terus menapak atas muka bumi Dia ni? Pernah tak?

Adakah hanya untuk kita mengulangi dosa, ulang ulang ulang dan ulang, then akhirnya dihumban ke dalam An-Nar yang sangat ngeri azabnya tu? Na'uzubillah.

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Sesungguhnya aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.' Mereka berkata, 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu sedangkan mereka orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpah darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.' Tuhan berfirman, 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'." [Al-Baqarah : 30] 



Sungguh. Allah Maha Tahu apa yang kita tidak tahu.

"Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." [Az-Zaariyat : 56]

See? Nampak tak tujuan utama Allah ciptakan kita. Terkadang kita sedar apa tujuan utama hidup kita, kan? Tapi, terkadang bila terbuai dengan keindahan dunia yang sementara ni, kita always leka, jatuh. Itulah manusia. Kita lah.

Tapi, Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah tu baik. Baik sangat. 

Nah.

"Katakanlah (Wahai Muhammad), 'Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Az-Zumar : 53]



Allah selalu bagi kita peluang. Sama ada kita sedar atau tidak atau sengaja buat-buat tidak sedar. Itu saja.

Setiap yang teruji tu, berkemungkinan fasa tersebut adalah untuk Dia mengampunkan dosa-dosa kita. Atau untuk menguji keimanan kita di paras apa. Ya. Dia faham kita. Dia faham sangat. Kita lemah. Lemah. Sebab tu Dia suruh kita kuat. Kuat yang macamana?

"Jangan kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman." [Ali-Imran : 139]



Tiada siapa yang mengenali diri kita. Orang yang paling rapat dengan kita, bahkan ibu bapa kita pun tidak mengenali kita dengan sebenarnya, sama ada luar, apatah lagi yang di dalam. Allah. Allah yang kenal siapa kita. Sebab Dia yang menciptakan kita. 

Once bila terbuat dosa, lepas tu bila dalam hati rasa resah, gelisah, tak tentu arah. Bersyukurlah kerana itulah antara hidayah yang Allah beri pada kita. Kasihnya Dia pada kita. Tapi, kita balas tak kasih sayang pada Dia? 

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan-Mu dengan bertaubat, serta bertawakal kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberi pertolongan." [Az-Zumar : 54]

Jangan berputus asa dengan kasih sayang Allah. Kita manusia, tak terlepas dari berbuat dosa. Tapi, janganlah kita gunakan ia sebagai tiket untuk kita melarikan diri dari segera bertaubat kepada-Nya. Taubat. Tak boleh bertangguh-tangguh. Kenapa? Ajal tak menunggu kita. Bila-bila masa. Bimbang tak sempat nak mohon maghfirah dari Dia. Tak ke itu suatu yang sia-sia? Allah. :'(



Someone pernah ingatkan aku tentang hijrah. 'Nak berubah biar kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Kena ikhlas. Ikhlas? Payah. Memang payah. Mula-mula memang kena paksa diri. Paksa untuk berubah dari jahiliyah ke arah fitrah sebenar(baik). Lepas tu in shaa Allah bila dah terbiasa, ia semudah abc, petik jari haaa!'

Istiqomah. Istiqomah. Istiqomah. Biar jatuh, biar rebah. Kena bingkas bangun. Grab peluang tu selagi ada masa.

Ujian. Ujian. Ujian. Jadikan ia sebagai penguat diri untuk dekatkan diri dengan Rabbi. Jujur, aku suka bila diri dalam keadaan susah, payah. Kerana saat itu aku dapat merasa hati aku kuat bertaut dengan kasih dari Illahi. Direct. Bukan aku kata aku tak suka dalam keadaan senang. Bukan. Cumanya aku bimbang, jika dalam situasi itu selalu, aku akan berasa berada di zon selesa dan besar kemungkinan aku hanyut. Lupa tujuan utama aku. Menjauh. 

Susah. Senang. Derita. Bahagia. Semuanya adalah ujian. Untuk Dia menguji tahap kehandalan hati dan iman kita diparas apa. 

"Allah berfirman kepada malaikatnya, 'Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpakan bermacam-macam ujian padanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.'" [Hadith Qudsi Riwayat Thabrani]

Meremang bulu roma bila baca berulang kali hadith qudsi tu. :'(

Allahh. Baiknya Kau pada aku. 

Sweetnya Kau ya Allah. Engkau telah mengujiku dengan cara Kau sendiri. Kau menguji kerana Kau rindu akan rintihan aku kan ya Allah? Allahu Akbar. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana Kau telah memilih aku untuk ujian ini.



Berbahagialah kerana kita diuji.

Kerana apa?

Kerana itu tanda kasih sayang Allah tidak pernah berbelah bahagi.

Sungguh. "Hanya dengan mengingati Allah jiwakan kembali tenang." [Ar-Ra'd : 28]

Hasbunallah. Hasbunallah. Hasbunallah.

Hijrah. Untuk Tuhan.

Tahu. Aku memang bukan yang terbaik. Sedang cuba. 

Biarlah berapa kali aku nak jatuh bangun. Biar orang nak hina, asal Allah tahu aku usaha bagaimana.

Isbir ya Qalb. Cuba. Ya, cuba lagi.

Awak. Jom kita sama-sama mulakan langkah ya? Renew and reset niat. Saya sayang awak. Fillah. Moga-moga till Jannah Allah. In shaa Allah.

Sodaqallahul'azim.

7 comments:

fizalinolie said...

Jom... Sama2 kita berpuasa :)

sitirohaida said...

insyallah...sama-sama kita manfaatkannya...

NurulAinEddihar said...

Assalamualaikum . insyaAllah . :)

Mizz Aiza said...

insya-Allah.. jom kita sama-sama berubah menjadi lebih baik..
p.s: selamat berpuasa dan selamat hari raya aidiladha adik anis.. :D

fazaira said...


"Allah berfirman kepada malaikatnya, 'Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpakan bermacam-macam ujian padanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.'" [Hadith Qudsi Riwayat Thabrani]

Ya Allah, sesungguhnya aku tidak layak memasuki syurga mu dan tidak pula aku mampu menghadapi neraka mu... peliharalah kami Ya Allah....

Akupenghibur.com said...

assalamualaikum mari kita berubah menjadi lebih baik

Mormor said...

kuat kan hati . Allah jentik bahagian yang paling lembut sekali iaitu hati supaya kita kembali pada pemilik hati :)