Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan mencemburui kepada orang lain yang mencintai orang yang kita cinta,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar aku pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang kau berikan kepadaku.
-Sajak Aminah Qutb buat bakal suami-
Sajak dekat atas ni adalah sajak hasil garapan Aminah Qutb yang merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal iaitu Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.
Wahai engkau,
Yang entah di mana hatinya,
Yang entah di mana hatinya,
Yang aku sendiri tidak pasti untuk siapa sebenar hatinya,
Moga-moga teguh mengagungkan chenta dari Tuhan yang Esa,
Kerana hatimu adalah milik Sang Pencipta,
Kerana hatimu adalah milik Sang Pencipta,
Moga terus berada di bawah jagaan Dia.
Chenta,
Aku tak mencari engkau yang sempurna segala,
Cuma cukuplah kau bisa ajari aku tentang santun dalam beragama.
Beri aku masa untuk bersedia,
Bukan untuk menjadi idaman para jejaka,
Tapi, untuk terus gagah menjadi hamba yang sebenar-benar hamba pada Dia yang terlalu mencintai kita.
Ya Rabb, salurkan rasa chenta di hati untuk terus teguh mencintai-Mu, menggapai redha-Mu sebagai tujuan utama hidup dan matiku di sepanjang perjalanan yang panjang ini, menuju-Mu. :"(





9 comments:
Subhanallah. Sabar lah wahai hati. Kadang kala bukan tidak sudi menerima cinta dari seorang lelaki cuma hati belum bersedia. :') Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah.
Miza doakan semoga suatu hari nanti akak akan berjumpa dengan lelaki sejati ^_^ Amin
Yupp, cinta Allah dahulu sebelum mencintai org lain
ya ALLAH , cepatkan laa jodoh kak nies . hihi
Cinta Allah yg no. 1 sebelum cinta kepada makhluk..
Amin..suka entri ni =) bila hati dah cinta dan tetap pada Allah, pasti Dia kurniakan kpda kita pnjga dan peneman yang terbaik..
love this enty <3 cinta pada kekal abadi tetapi kawal cinta kita kepada manusia..
Amin =)
true indeed.:) semoga terus istiqamah mencintai Dia.
betul tu adik.. cintailah Allah terlebih dahulu.. kerana Dia juga yang memberikan rasa cinta di hati setiap makhluknya..
Post a Comment